Thursday, January 4, 2018

Sambal Belimbing Hitam the Recipe...

Dah lama tak buat sambal belimbing hitam sejak bersalinkan baby Mirzan. Maka kata bersalin operation tak boleh makan asam belimbing...
Tajam katanya...
Hmmm....
Adakah ketajamannya boleh membelah parut czer?
Wallahualam...
Dah dikata jangan makan...so takpayah la pertikaikan...ye takk??

Hari ni rasa teringin yang tak dapat nak ditahan lagi...
Jadi jomla kita ke dapur min masak masak

Dengan menggunakan pinggan IKEA...
Bajet la ikan bilis Sabah yang telah dibersihkan terlebih dahulu..ikan bilis kalau basuh jangan lama lama sangat...pastu dah siap basuh...toskan airnya. Kalau pakai ikan bilis Langkawi pun boleh juga...Raub takde ikan bilis ye...ikan bilis kat raub semua import.
Lepas tu...cili padi tu koi pakai cili padi kampung yg kecik2 tu...dalam 30 biji kot. Dah kira haritu...lupa pulak.
Belimbing pulak dalam 7 ke 8 ulas la gitu...
Belimbing ni...koi ambik kat rumah ayahbonda la....
Buat sendiri memang takla...malas..ngabihke gas aje.


Bawang merah kecik..koi pakai bawang bombay...dah kira dah berapa ulas ari tu....
Time nak mengarang ni lupa la pulakk...
Dalam 12 ulas rasanya

Bawang merah ni hiris nipis nipis tau...kalau nak pakai bawang kecik siam pun boleh juga...

Aisehh..gambo terbalik la pulak.
Tak reti la pulak nak betulkan....so sila terbalikkan henpon/tab anda....

Mula mula...cili padi dan belimbing hitam...tumbuk dulu sampai lumat kesumat..
Koi taruk ggaram sikit masa tumbuk cili padi tu...kalau tak letak garam...biji cili tu melenting lenting keluar dari lesung...
Lepas dua bahan tu dah lumat...
Masukkan pulak bawang dan bilisnya.
Bawang dan bilis ni jangan tumbuk sampai lumat. Tumbuk kasar kasar je...

Lepas tu...tumis la kesemya bahan yg dah ditumbuk tu dalam kuali....
Sbb koi pun buat sikit je...tumbuk pakai lesung pulak kannn...tak la lama sangat nak tunggu masak....seng seng kejap je...dah garing sambalnya.

Bila dah garing boleh la angkat dan hidangkann...
Memang sedap makan dgn nasik panas ok...
Dah..apa lagi...
Pergi la cari sesiapa yang ada jual belimbing buluh yang dah siap rebus tu...try buat sambal ni...
Sekian, wassalam
Ready to eat

1 comments:

Anonymous said... [Reply]

Ini kalau jumpa nasi memang jalan terus tak pandang kiri dan kanan dah. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??