Saturday, March 31, 2018

Masak Ketam Nipah

Hari ni first time Mama Yan masak ketam nipah...selalu masak ketam bunga je.
Tapi sebenarnya memang kami jarang masak masak ketam ni...
Sebab suami ada alahan dengan makanan laut
Tapi tak tentu alahannya...
Tak faham sangat...
Kadang ok...takde gatal2...
Kadang tak ok...habis badannya merah2 gatal.
Dah tua tua pun ada alahan lagi...
Hahaha

Ketam nipah ni suami yang beli kat pasar Taman U pagi tadi.
Beli 3 ekor je...
Sbb anak anak bukan makan pun.
Dah siap bersihkan semua....dok la termenung depan ketam tu tak reti tak tau nak masak apa...

Dari satu blog ke satu blog berjalan cari idea nak masak apa...
Kebanyakannya goreng ketam bertelur...
Belasah ajelah asalkan masak dan boleh dimakan.



Bahan bahan:
3 ekor ketam 
*10 tangkai cili kering (potong buang biji dan rendam air panas)
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
2 batang serai
Daun kari
1 sudu besar Serbuk kari
2 sudu kicap pekat
Garam
Gula
Asam jawa

Cara cara:
1. Potong cili kering utk buang biji ...basuh dan rendam air panas. Takyah pedas pedas sgt masak ketam ni...nnt pijar pula tangan nak kopek kulit ketam masa makan nanti
2. Blender cili kering bersama sama dengan bahang bertanda* yakni bawang..bawang putih dan halia
3. Tumiskan bahan bahan yang diblender. Kemudian masukkan serai dan daun kari.
4. Kemudian masukkan serbuk kari dan garam. Kacau kacau supaya tidak hangus.
5. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan kicap pekat dan sedikit gula atau apa apa bahan perisa yang digemari. Ada orang suka letak ajinomoto...aoa tiram san lain lain.
6. Masukkan ketam. Kacau hingga sebati. Tutup kuali dengan penutupnya Supaya masaknya sekata.
7. Tutup api sedia untul dihidangkan.

Kalau berani boleh la cuba resepi ketam hentam saja lah labu ni...
Kalau tak berani....
Kena call mak masing2 untuk tanya macam mana nak masak ketam...
Takpun cari blog yang berniche kan makanan...
Hahaha...oklah...
Selamat mencuba...
Wassalam



Ketam masa digodak godak dalam kuali. Gambar dah siap dihidang. Lupa nak snap sbb dah lama tak tulis blog

Friday, March 30, 2018

Kisah Si Bongsu

Eh....dekat setahun dah rupanya...
Rasa macam baru je naik ambulan dr KK Taman U ke HSA....
Hahaha...Okayla..sebelum terus terlupa di makan usia dan waktu...
baik tulis dalam ni...

Throwback 3 April 2017, Isnin
Sebenarnya koi kena dtg check up perut 2 minggu sekali.
Lepas tu..koi skip sekali...bila skip sekali...jadila sebulan tak jumpa doktor.


Ni tekanan darah selepas doktor kat KK suruh baring baring dulu...
Masa triage dengan nurse guna mesin bp yg elektronik tu 220/130...misi tukar pakai bp manual...200/130...misi dah berhuhuhu...
misi suruh duduk relax relax dan tenangkan fikiran...
Pastu bawak buku pink masuk bilik doktor.
Doktor pula ambil bp..jadi 190/130...
Bg ubat dan suruh baring...15 minit kendian repeat
Yang bawah je turun...yg atas sama je 190....

Doktor call Hospital Sultanah Aminah JB..
Pastu doktor pakar kata kena masuk ward...
Alahaiii...lemah sendi sendi mendengarnya...

Sementara doktor dan nurse nak siapkan report dan prepare apa yang nak dibawa...
Nurse2 lain insert line dulu...
Nnt senang nak masuk ubat kalau jadi apa-apa..

Koi ni pikir macam macam perkara nak kena settle.
Siapa nak ambil kereta kat klinik?
Siapa nak ambil anak balik sekolah?
Siapa nak masak?
Standard mak mak lah kan...

Terus call suami...suruh dia dtg jalan kaki sebab nanti nak kena bawa balik kereta...
Suami pula kejap lagi kena pergi meeting kat Pengerang .
Bukan la suami koi pentingkan kerja...
Tapi dah namanya meeting, kena juga pergi sebab tu la mata pencarian kitorang.
Lainla kitorang makan gaji...tak dapat pergi meeting...suruh la bos ganti orang lain.
Kome berdua ni nak ganti dengan sape lagi?

Nurse pula...bg ayat memujuk...
Ala kak...duduk rilek2 je kat ward.
Dalam 2 ke 3 hari..darah dah stabil nanti balik la...

Koi dengar rasa lega la sikit kan...
Masa pregnant yg kembar sebelum ni pun pernah juga masuk ward 3 malam...
Tapi lepastu balik rumah semula bawak perut besar.
Tekanan darah dah cun...
Doktor kasi balik.

Tak lama lepas tu...suami koi pun sampai klinik.
Koi bagi la kunci kereta dengan barang kemas koi yang tak seberapa ni sebab nurse suruh buka barang kemas...
Pas salam salam dengan suami...koi ikut doktor pergi kat ambulan.

Lepas tu...dengan doktor...dengan SN naik ambulan anto gi kecemasan.
Doktor suruh baring dalam ambulan tu...
Haishhh...koi sihat2 disuruh baring...
Rasa nak muntah...koi duduk je la tengok luar tingkap...
Dah la hari hujan...asik terfikir macam mana anak anak nak balik sekolah.
Selalu kalau hari hujan,
Mamanya ni jemput dengan payung kat pagar sekolah.

Turun je ambulan...terus disambut dengan kerusi roda....

"Puan...silakan duduk..."

"Alah..saya sihat la..nak jalan sendiri..."

"Duduk ajelah...kita kat hospital ni...nnt pakar marah saya pulak"

Dengan muka tak puas hati koi duduk atas wheelchair tu
"degil betul pompuan ni "...agaknya doktor tu ckp dlm hati.

Koi ditempatkan di wad OSC...dia macam separa ICU la..kat sini nurse check tekanan darah 15 minit sekali. Sukat urin. Sukat air yang koi minum.

Boringnya la...takleh main henpon...
Tak boleh duduk...
Tak boleh sandar...
Tak boleh bangun...
Tak boleh pergi toilet...kena baring je....
Tangan pun tak boleh letak kat kepala...kena lurus aje. STRESS!

Sajala tanya tanya... "Habis tu nurse..kalau saya nak buang air besar macam mana?"

"Pakaila bed pan...nanti saya tutup tirai..puan boleh la tunaikan hajat"

Inilah 'bed pan'


Errrkkk....stress sebab koi rasa koi sihat...
sakit sikit sikit biasala...perut dah besar kannn...tp dia kata tak sihat.
Tekanan darah terlalu tinggi. Bila2 masa je boleh sawan.

Memandangkan koi sampai ward dalam pukul 11...masuk ubat ikut drip tu...
Dalam pukul 3 macam tu..
Belum ada tanda tanda tekanan darah nak turun walaupun ubat dah nak habis.
Doktor pakar dok tanya lah...

"Mana suami? "

"Suami ada meeting. Habis meeting nnt dia datangla."

"Suami meeting kat mana?"

"Kat Pengerang"

"Oooo...keje Oil and Gas ke? "

Aku tak sempat jawab ye ke tak...doktor sambung lagi..
"Kalau suami dah datang bagitau dia doktor pakar nak jumpa"

Suami sampai dekat dekat pukul 4 petang gitu. Doktor pakar terus datang jumpa dan kenalkan diri...
"Saya Doktor Farah..pakar perbidanan di sini"

"Kalau sampai pukul 6 ni takde tanda tanda tekanan darah hendak kembali normal, puan boleh mula berpuasa ye. Kita terpaksa buat operation utk selamatkan nyawa puan dan baby juga"

Kitorang macam blur la kan...ada lagi 2 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin.
Barang apa pun tak beli lagi. Yang ada dulu2 dah sedekah kat orang.

Doktor Farah tu cerita la sikit sikit pasal kesan darah tinggi masa pregnant.
Dia kata biasa lepas bersalin akan kembali normal.
Tapi kes puan ni..
Ke enam enam kali kelahiran anak puan ada darah tinggi..
Saya rasa puan bukan PIH...
tapi memang ada darah tinggi..
cuma puan sahaja tak sedar..
Selepas ni, puan mesti buat rawatan susulan di KK yang terdekat

Masa bincang2 dengan doktor Farah ni...koi bisik la kat suami...boleh tak kalau nak ikat.
Suami pun sampaikan la kat doktor...boleh ke kalau nak ikat.

"Ye..boleh. Nanti saya bagi borang utk ditandatangani.
Puan mesti maklum sekiranya prosedur ikat telah dijalankan, puan tidak boleh mengandung lagi. Sekiranya hendak mengandung lagi, tidak semestinya berjaya sbb akan ada risiko.
Tetapi saya kira puan memang tak digalakkan mengandung lagi atas faktor faktor kesihatan lah."

Koi angguk je la. Sebab memang dah tak mahu lagi dah. Kesian anak anak. Terabai sebab asyik ada adik baby je. hehehe

Sebenarnya dalam seminggu dua tu...memang koi ada sakit kepala.
Kat opis pun kadang tidur je.
Masuk wad tu...bertambah pulak sakit kepalanya. Haishh.
Hidung pulak dah sebulan lebih rasa tersumbat aje tapi tak selesema.
Bernafas ikut mulut jee...tapi takde hal la...boleh aje lagi bernafas.

Dekat pukul 6 tu makanan malam dah diedarkan tapi koi makan sikit je sbb dah tak lalu makan.
baru 31 minggu  dah kena bersalin.
Risau la juga kan.

Badan dan start bengkak bengkak sebab banyak sangat masuk drip.
Mula mula bengkak kat kaki je...dah lama kot kaki bengkak tu...rasa biasa je.
Kaki tu bila ditekan..dia tak anjal... macam picit buah betik momor. Hahaha...
Lepas dah masuk air kiri kanan dengan ubat sekali, satu badan bengkak.
Tangan bengkak teruk, misi kata ubat ko tak jalan ni...cabut line..insert baru.
Nak insert branula tu...adoihhh...azab betul.
Sebab tangan sana sini dah bengkak, tak jumpa urat.
Yang cucuk pula HO.
Bertabahla demi melahirkan lebih ramai doktor pakar...tapi tak dapat juga nak tabah...air mata keluar sebab sakit oii...
Cucuk..rodok2 sebab nak cari urat..lepas tu tarik semula...Lepas tu repeat lagi beberapa kali...

Macam ni edema...bengkak berisi air...bila tekan dan tak anjal dah.

Malam tu, tidur memang terganggu sangat. Sebab pertama sejuk. Sebab kedua dah start sawan kot. Tak tahu sawan tu ,macam mana. tapi bila pejam mat nak tido rasa berpusing pusing.
Last sekali rasa loya. lepas tu macam sedar tak sedar je. Doktor masuk tukar ubat baru.

Dalam pukul 5 pagi tu, Nurse kejutkan. Lap lap badan, salin baju, macam orang mandila.... tapi semua atas katil je. Sebab tak dibenarkan turun dari katilkan...

Koi dijadualkan masuk OT pukul 10. Last last terlajak sampai 12 lebih baru disorong ke bilik pembedahan sebab ada banyak kes emergency baby lemas dalam perut.
Baby koi selamat dikeluarkan pada pukul 1.00 tenghari.
Lepas tu tak sempat nak tunjuk jantina baby pun,
terus aje baby di bawa untuk bagi rawatan seterusnya.
Sebab dah ada pengalaman czer sebelum ni...takde la takut sangat.
Cuma risau sikit la sebab baby yang dilahirkan tu tak cukup bulan.

Rasa bersalah sangat pada baby sebab mama dia tak jaga kesihatan sepnjang masa mengandung. Mujurla suami bagi support. Sepanjang masa warded tu...nampakla kepenatan Encik Suami menguruskan isteri dan anak-anak. So, hilang la sikit rasa sakit bersalin...hahaha...

Okay nnt koi sambung cerita perkembangan baby Mirzan pulak ye...tak tahu la bilanya...Wassalam

Belanja la satu gambar Mirzan masa umur sebulan.
Diaper saiz newborn pun besar juga.


Thursday, March 29, 2018

Novel atas Talian

Sekarang ni koi selalu gak beli novel guna google. Tapi novel Alaf21 je yg ada...kira ok la...bukan semua pun mampu dibeli kann...

Novel pilihan pula semuanya jenis jenis novel cinta. Sekarang dah jatuh cinta pada tulisan Anis Ayuni. Tulisannya puitis dan tersusun cantik jalan ceritanya.

Tiba tiba rasa macam.nak jadi penulis novel walaupun nak update blog sebulan sekali pun payah lagi susah...hahaha


Ni antara novel yang koi beli secara atas talian.
Senang je nak belinya...
Mula mula...
Kita baca la dulu samplenya...
Download la sample nya dulu...
So dpt la baca dalam 100 mukasurat.
Dah lebih 10 bab kan...kalau dah terbaca...mmg tak boleh tidak nak habiskan juga.

Sampai kat penghujung sample tu...
Keluar la macam kat bawah ni...
Dia tanya la...
"Want more?"
Masa tu memang berbelah bahagi sungguh...
Padahal tak la mahal mana pun...
Biasanya bawah RM20...
Tapi kalau 1 bulan 3 kali beli...
Pulak tu masuk dalam bil Maxis...
Nnt time nak bayar...mula la rasa menyesal beli...hihihi..
Padahal masa tgh melayan novel tak hengat.

Antara novel yang mmg tak rugi beli
  • Sungguh Aku Cinta 
  • Manisnya Cinta 
  • Gemersik Rindu
Tiga tiga ataa ni tulisan Anis Ayuni. Gemersik rindu dah dijadikan drama. Lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah. Manisnya Cinta dah dibuat filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakonan Fazura dan Shaheizy Sam.
Tinggal Sungguh Aku Cinta je belum lagi.

Kalau ada yg nak buat filem/drama cerita ni...
Pelakan dia bagi la Fazura jadi Maira dan Fattah Amin jadi Fajar.
Memang sesuai sangat sangat.
Ulang ulang baca pun tak jemu sbb sweet sangat.
Terbayang bayang dah rupa diorang berdua dalam novel ni
Hahaha....
Okaylah...tetiba rasa nak repeat baca novel ni...
Okey..bye...
Wassalam



Wednesday, March 28, 2018

Throwback : Anugerah Kontraktor Johor 2017

Throwback kenangan manis 2017..
Seri Wardati terpilih menjadi antara kontraktor terbaik Negeri Johor.
Macam tak percaya pula...ye laaa...
kalau ikutkan SW ni baru aje ditubuhkan.
dapat projek pun ciput ciput je..,
tapi tak kisah la...ciput pun kitorang laksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Sebenarnya, syarikat ni suami yang banyak jalankan. Biasala...suami kan kepala keluarga manakala isteri pula tengkuk keluarga.
Syarikat pakai nama koi sebab sebelum ni dia dah ada syarikat sendiri kongsi dengan kawan. 
tapi masing masing dah bawa haluan sendiri...tu yang buka yang baru pakai nama koi pula.
tak kisahla nama siapa pun...
yang penting mimpi kami sama.
kerja untuk masa depan keluarga.


dapat Plak anugerah dan sijil

Gambar kenangan masa kat majlis tu. 


En. Suami tolong ambilkan gambar...hehehe...tq

Tuesday, March 27, 2018

Resepi Cendawan Kukur dan Pucuk Ubi Tumis

Assalamualaikum...
Yer...belum habis lagi episod masak masak lauk dari kampung. Ni kelmarin punya lauk. Macam biasa la...ambik masa sikit nak mengarang. Ni pun kira ok la 3 hari je...
Kisah koi bersalin anak nombor 6 ari tu...lagi seminggu budak tu nak setahun...belum sempat up lagi storynya....

Kali ni lauk cendawan kukur atau kitorang panggil kulat sisir. Ni kitorang beli kat pasar malam hari Khamis..kat Bukit Koman. Nak bagi lauknya nampak muai...petik la pucuk ubi belakang rumah sikit...buat tambah tambah..


Ok...jom tengok bahan bahan dan cara masaknya..


BAHAN-BAHANNYA :


1 cawan cendawan kukur / kulat sisir direndam sehingga kembang & toskan

Secekak pucuk ubi dicelur dan toskan
10 -15 biji cili padi **
1 biji bawang besar **
2 ulas bawang putih **
1 genggam ikan bilis direndam dahulu dan toskan **
Garam secukup rasa
Setengah cawan air


CARA CARA MEMBUATNYA:
  1.  Kulat sisir/cendawan kukur yang talah ditoskan di tumbuk kasar. Toksah tumbuk sampai halus pulak...tumbuk malas malas je
  2. Pucuk ubi pula...ambil daunnya sahaja ye. Lepas tu, celurkan dalam air panas sampai lembut. Nnt toskan. Lepas dah siap toskan...ramas ramas sikit dan gunting gunting kan.
  3. Lepas tu... semua bahan yang bertanda ** ditumbuk halus. Ada orang tak suka tumbuk halus...koi suka tumbuk halus sbb koi tak makan bawang...hahaha. tapi bawang tu kalau dah tumbuk, koi makan la.
  4. Lepas tu...tumiskan bahan tumbuk ke dalam kuali, tumis hingga naik bau.
  5. Kendian, masukkan cendawan kukur dan sedikit air utk melembutkan/memasak cendawan tersebut.
  6.  Lepas cendawan dah masak...baru la masukkan pucuk ubi yang telah dicelur tadi tu.
  7. Masukkan garam dan apa jua bahan penambah perisa yang diinginkan. pada koi garam dah cukup dah sebab dah ada ikan bilis tumbuk kan...
  8. Masak sehingga airnya kering.
  9. Sedia dihidang dengan nasi panas.
  10. Jangan lupa ambil gambar utk di upkan di Facebook mahupun whatsapp kat group family





Cendawan kukur yang telah direndam dan ditoskan. Sedang menunggu ketika utk dihenyak henyak dalam lesubg batu


Pucuk ubi yang telah diramas dan diperah airnya...digunting gunting sesikit. Senang sikit nak masak dan nak makan. Kalau tidak...nanti nya dia bergumpal gumpal


Tumis bahan bahan tumbuk dalam kuali feveret korang ye. Tak tau kenapa...yang buruk kuring tu la yang jadi faveret walau ada La gourmet mahupun tefal


Sedia untuk dihidang bersama sama dengan nasi panas.
Yummehhhhh...
Sesungguhnya enakkkk banget.

Sekian je coretan berbentuk makcik makcik utk hari ni...wassalam



Monday, March 26, 2018

Petua Simpan Daun Sup

Jumpa petua ni dalam facebook. Tulisan pengasas Baitus Solehah...Mak Liza.
Tak tangguh tangguh lagi...terus follow.

Anak anak koi memang suka makan sup. Tak kisah la sup apa pun. Sup kosong sekadar rempah tumis dan daun sup pun boleh. Tapi zalim benar mamanya kalau macam tu...paling cikai pun koi taruk la ubi kentang.

Tiap tiap minggu mesti kena beli daun sup...beli sikit tak cukup...beli lebih sikit...kecut je dalam peti...beli dua pokok kecik aje dah 50 sen. Tapi kadang tu...bukan sbb kedekut nak beli...cuma rasa macam membazirnya asyik buang daun sup rosak. Jom buat daun sup frozen

Petua simpan daun sup.
1. Basuh daun sup
2. Patong ikut saiz yang korang suka
3. Masuk dalam bekas kecil utk sekali masak
4. Taruk air dan tutup bekas

5. Letak dalam peti tempat beku
6. Bila nak pakai...taruk seketul dalam periuk sup panas. Kacau sampai aisnya mencair.
7. Sedia utk dinikmati
 *** Tahan lama..takde la daun sup kecut berut dalam peti tu ***

Sunday, March 25, 2018

Resepi Gulai Rebung Ala Pahang

Last week koi balik Raub jengah mak abah kat sana. Macam biasa la...kalau nak balik...adalah bekalan yang dibekalkan. Ni abah ada bawakan rebung. So semalam menggulai rebung la kome.

Abah koi suka racik racik rebung tu memanjang. Tak suka rebung potong bulat bulat.


BAHAN UTK DITUMBUK:

5 biji bawang merah kecil.
2 ulas bawang putih.
1 inci kunyit hidup.
5 ekor ikan bilis...belah dan rendam.
10 biji cili padi kampung .
2 camca garam.

BAHAN-BAHAN:

3 Genggam rebung. 
Sejemput ikan bilis
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1/2 kotak kecil santan
Air 

CARA-CARA:

  1. Mula mula...rebung dicelur terlebih dahulu. Celur la dalam 7 ke 8 minit. Lepastu angkat dan toskan airnya.
  2. Bahan tumbuk tadi...tumbuk sampai halus. 
  3. Masuk sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk. Masukkan juga serai. 
  4. Selepas bahan tumis tadi sedikit garing...masukkan rebung dan air. Air toksah banyak banyak. Ngam ngam je paras rebung. 
  5. Kacau kacau sikit. Lepas rebung dah lembut dan sebati dengan kuah. Masukkan ikan bilis dan santan dan asam gelugur.
  6. Masakkan santan tu dengan api sederhana sampai menggelegak. Masa mula mula masuk santan ni...tolong jangan main henpon. Kena kacau kacau atau abah sebut tembok. Kena tarik buat macam teh tarik tu...sendukkan..pastu tuang balik. Supaya santannya tak berkepala atau bahasa kampung kome "bakil". Bila dah membuak buak tu...kecikkan api okay.
  7. Masa ni bolehla nak rasa asam garam garamnya. Sbb garam dah bubuh masa tumbuk bumbu tadi kan. Kalau tak cukup masin...tambah la garam lagi. Kalau suka pak aji ke...gula ke...boleh la tambah sendiri. 
  8. Kalau bajet dah sedap...tutup api. Hidangkan dalam mangkuk yang sesuai.
  9. Last sekali...dah masuk dalam mangkuk lawa tu...ambil gambar utk di send kan kat wasap mak dengan caption..."Mak, kitorang dah masak dah rebung abah bagi semalam. Terima kasih. Sedap rebungnya"
  10. Jgn lupa wasap suami juga.."gua dah masak. Jgn mkn kat luar"



Friday, March 2, 2018

Jodoh Pertemuan di Tangan Tuhan

Bila membaca kisah pergolakan rumahtangga suami pelakon Izreen azminda...
teringat pulak 10 tahun lepas...
kisah Norman Hakim dan Abby Abadi
bezanya NH tak sempat nak berpoligami sbb Abby Abadi awal awal lagi dah minta cerai...

Masa tu...
kemain lagi tak tau berapa ribu tan metrik Memey tadah kutukan dan penghinaan dikatakan sebagai perampas la...pemusnah la..hapa la...
Zaman tu orang kutuk2 kat FB abby Abady dan dalam forum forum...
sekarang Page Abby pun dah lama tutup..
Forum2 tempat jadi sarang gosip tu pun tak tau ada lagi ke tak...
masa tu simpati kepada Abby melimpah ruah..
Norman Hakim kelihatan seperti suami yang sangat jahat
tapi tu la...
jodoh dan rumahtangga orang..kita tak payah over sangat ambik tau..
(walaupun masa tu koi pun join kutuk Memey, peminat kipas tak mati Abby nihh)
Kesudahannya...
dorang okay je sampai sekarang,yang kutuk kutuk Memey dulu...
sekarang sambung kutuk Hanis Suraya dan Izreen Azminda pulak kot..
Yang kena kutuk??
Steady dan bahagia je rumah tangga diorang



Cuma bagi koi..
tak kisah apa jua alasan..
tak sepatutnya seorang suami lafazkan 
"dah takde hati "
kepada si isteri ..zalim sangat kot...
Kalau dah benci sangat pun...tak payah cakap apa apa lagi baik kot...
Padahal anak kecik lagi...
kata dah lama takde hati...
masa buat anak tu...
ohh..ok...lelaki kan..
Lembu betina tu dipakaikan lipstik pun korang sebat kannn...

Seorang yang koi kenal...
diceraikan suami tanpa alasan yang munasabah...
paling zalim..
dia tahu dia diceraikan selepas tamat edah..
zalim tak??
dia cuma pelik kenapa suami dia jarang balik rumah...
dan dah tak sentuh dia lagi..
rupanya,,
suami dia dah ceraikan dia tanpa lafaz..
tiba tiba je ada surat cerai..
dapat surat tu..
edah pun dah habis...
koi still kompius macam mana pejabat agama boleh keluarkan surat cerai tu...
siap ada tarikh lafaz cerai...dan nama saksi pdhal bekas isteri tak tahu menahu...

tapi takpe Allah ada dan Maha Berkuasa..
selepas 2 tahun kebingungan..
Allah hantar lelaki lain yang baik utk menemani..
Alhamdulillah..bahagia nampaknya...
cuma yang kelakar...
seminggu sebelum bernikah dgn suami baru...
bekas suami datang mengendeng nak berbaik baik semula...
kihkihkih...
kesian...bunga yang ditinggal kering layu...
dipetik orang juga
dia ingatkan tak laku kot

alamak...dah termengumpat pulak..
apapun...semoga si isteri tabah dan kuat melalui ujian ini..




Thursday, March 1, 2018

AKHIRNYA...berjaya post entri..

Alhamdulillah...akhirnya berjaya renew domain aziankhalil.com ni...
sekarang dah RM50 dah setahun..
apa ajelah benda yang turun selain hujan kan...yg lain semua nya naik..naik..naik...

lama kemain nak settle masalah...dr awal bulan 2 sampai 28.2.2018 baru settle...muahahaha,,
bila masa blog tak boleh buka...rasa macam macam sangat nak update entry kat blog...
bila blog dah boleh buka...hahaha..
haram sudu..tak berupdate pun...

Newsfeed facebook hangat dgn..
1. Pelancaran Naelofar Belofa hijab and turban di Zouk
yer...koi first time dengar Zouk.
alhamdulillah...aku dilindungi dari pergi ke tempat tempat begitu...
Zouk adalah salah satu kelab malam yang terbesar di Malaysia dan terletak di KL.
kelab malam atau disko memang tempat yang tak sesuai nak buat majlis pelancaran tudung okay,..
Tapi yang Cik Naelofa tu lancarkan adalah Turban dan shawl, bukan tudung..
hihihi...
takpelah..beliau dah minta maaf.


2. yang keduanya..
skroll FB aje..
penuh dengan ayat babi sondol ...
adeihh..yang ni koi mintak dijauhkan...hihihi
kisah pemuzik Ude nak ceraikan isteri pertamanya Intan.
no komen..
cuma berharap supaya kita semua dapat memelihara pandangan 
sesungguhnya...
ia bermula dari tidak memelihara pandangan.

3. Ok...yang ni...i like...
majlis resepsi Fatzura..
yang ni tenggelam habis dibuat dek Cik Lofa dan ude...


4. Okay..yang sterusnya ni..penting untuk mak bapak yang ada anak lahir tahun 2013
ok...mak mak sekalian...
uolls dah boleh daftar anak untuk naik tahun 1 tahun 2020 ok.
dulu dulu koi bawa surat beranak ori dan fotostat anak...
bawa salinan IC mak pak sekali ye...
dan bawa salinan bil utiliti..
sekarang katanya kena daftar atas talian je...
Entahla...koi belum tengok lagi macam mana...
lusalah...sbb Sabtu biasanya line gov punya website ni lebih lancar.

5. Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang...
ala...kapalterbang pun orang boleh hijack..
apalagi baru tunang tunang dik...
biasala tu...
move on ye dua dua...


6. Ok..ramai yang tanya kat Facebook..
BRIM dah masuk ke belum..
koi tak minta BRIM...
Pejabat Hasil adalah mimpi ngeri ...hahaha...
kalau takde pasal...takyah la dtg menyerah...

ini aje kot beberapa news trending minggu ni...

okaylah..berjaya dan update blog yang dah bersawang dengan dasyatnya...
walupun takde isi-isi penting pun dalam ni...
jadilahhhh...







Lazada

Post Terhangat