Wednesday, July 11, 2018

Nasib penyu

Ini ialah telur penyu


Masa Mama Yan tengah skroll Facebook, ternampak gambar telur penyu dijual secara terbuka di sebuah pasar di sebuah negeri sebelah pantai timur semenanjung. Lepas tu saja lah tanya di komen, boleh jual ke ni?
Jawapan yang diterima adalah..."Entahla..ramai aje yang jual". 

Yelah kan...bila sesuatu perkara tu dah jadi tradisi...memang payah la nak ubah. Tapi sebagai belia belia negara yang cintakan alam sekitar dan haiwan ekosistem...tolonglah jangan jadi sebagai rantaian permintaan. Orang kata,,,kalau takde permintaan takdelah pasaran..ye dak?

Alahh...lagipun kerajaan tak haramkan penjualan telur penyu ni pun...alangkan haram lagi di smuggle...ni pulak tak haram


Tengok rupa paras penyu ni aje terus tak lalu nak makan telur dia. Kesian tau...penat dia bertelur, nangis-nangis, seronok je manusia nak kekah telur dia.
kalau ayam lainlah, poyo...


Penyu menjadi logo/maskot masa Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Tahunan ke-35 PATA (Pacific Asia Travel Association) dari 9 hingga 16 April 1986. Penyu maskot ni pakai spek itam tauuu...
Anak-anak awal 1980-an ke bawah je kenal penyu PATA ni. Ni sebab penyu memang menjadi daya tarikan pelancong ke Malaysia.

tapi...kalau dah orang Malaysia juga yang cari dan jual telur penyu...lepas tu penyu tercekik tertelan plastik yang disangkanya obor-obor...lepas tu penyu tersangkut kat jaring pukat tunda...agak agak...
tak lama lagi...penyu ni hanya tinggal sejarah macam dinosour rasanya. 







Lirik Lagu Penyu Menangis - Sudirman

Anak muda berlagu sayang 
Di Batu Remis melepas rindu 
Adik ketawa di Rantau Abang 
Penyu menangis siapalah tahu 
Penyu menangis siapalah tahu 

Sesak nafasnya sesak 
(Tak tahu adik tak tahu) 
Sebak dadanya sebak 
(Tak tahu adik tak tahu) 

Bengkak jantungnya bengkak 
(Tak tahu adik tak tahu) 
Retak hatinya retak 
(Tak tahu adik tak tahu) 

Lenyap ditelan derauan ombak 
Telur penawar hatinya lebur 
Tumpah airmatanya melimpah ruah 
Agar terhibur adik terhibur 

Anak muda berlagu sayang 
Di Batu Remis melepas rindu 
Adik ketawa di Rantau Abang 
Penyu menangis siapalah tahu 
Penyu menangis siapalah tahu 

Kelabu matanya kelabu 
(Tak tahu adik tak tahu) 
Sendu tangisnya sendu 
(Tak tahu adik tak tahu) 
Sayu jiwanya sayu 
(Tak tahu adik tak tahu) 
Layu langkahnya layu 
(Tak tahu abang pun tak tahu) 

Sesak nafasnya sesak 
(Tak tahu adik tak tahu) 
Sebak dadanya sebak 
(Tak tahu adik tak tahu) 

Bengkak jantungnya bengkak 
(Tak tahu adik tak tahu) 
Retak hatinya retak 
(Tak tahu adik tak tahu) 

Kelabu matanya kelabu 
(Tak tahu adik tak tahu) 
Sendu tangisnya sendu...

Lagu: SUDIRMAN 
Lirik: J.M. AZIZ

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??