Thursday, March 28, 2019

Pesuruhjaya Sumpah Skudai


Sebelum ni selalu pergi kat depan Hotel Good Hope, Skudai,
Tapi dengar cerita,
Lesen pakcik tu dah expired..
halalala..
menggagau nak cari tempat angkat sumpah yang baru,
Tiap kali nak tutup final Account projek,
mesti kena bawak pergi cop pesuruhjaya sumpah.

Lepas tu jumpa tempat baru...kat Pasar Peladang, Skudai.
Tak jauh pun dari tempat selalu pergi tu
Area situ situ juga.
Takyah masuk dalam bangunan pasar peladang tu pun takpe,
ikut tepi, sebelah kedai Perabot Jati.
Bukan apa, kalau dah masuk karang..
Elok elok duit cukup sampai hujung bulan,
tetiba cukup sampai hujung minggu je.
Terbeli tudung bawal lak dalam pasar tu...

Untuk sign final account tu kena bayar RM10 kat pesuruhjaya sumpah ye.
macam Mama Yan kan sub kontraktor,
lepas dah buat claim kat main contractor...
lepas dia dah sediakan dokumen bayaran terakhir,
kena la buat satu akun bersumpah yang kita dah setuju dengan bayaran akhir tu.
lepas ni jangan mengada ngada nak minta duit lagi, ada lagi yang tertinggal ke, yang tak claim ke,
memang takde orang layan dah.

Siapa siapa nak gi angkat sumpah,
boleh call no ni. 012-2700 227
kalau nak kena angkat sumpah luar dari pejabat dia,
kena bagitahu awal awal dalam seminggu gitu.
sebab pesuruhjaya sumpah tak boleh cop selain dari tempat yang didaftarkan.
kalau ada keperluan memaksa, dia kena mohon kebenaran dulu.

masa dulu2, ingatkan pergi angkat sumpah ni,
kena bersumpah macam baca ikrar tu.
rupanya, bagi je surat tu, bagi IC,
Dia baca baca sikit dan puas hati dengan pengenalan diri kita
lepastu, dia cop dan sign.
Lepas tu, kena tulis nama dan sign dalam buku yang besar dan tebal.
Itu je...

Sejak kerja sendiri ni,
Banyak tahu tentang dunia sekeliling.
Pesuruhjaya Sumpah la..
Matikan setem dokumen kontrak la...
Lembaga Hasil Dalam Negeri la...
Hmm...dulu banyak main FB dan main game je,
Sekarang, banyak guna Google untuk cari maklumat dan cari tempat.
Terima kasih kepada tekonologi terkini..hehehe
Tanpa teknologi, mungkin akan banyak buang masa atas jalan.






Wednesday, March 27, 2019

Labuku Gebu Part 2

Tibalah masa bagi Mama Yan operate labu kiriman abah dari Raub ni...
Mak aihhh...
Tak lut pakai pisau kecik ye....
Kulitnya keras. 
Mama Yan jarang jarang masak labu ni.
Selalu beli yang kecik cinonet je.

Nampak tak betapa tebalnya isi labu ni...
Kuning keorenan...
Dan abah dah pesan...
Biji dia nanti ambil buat benih...
Aiyakkk...
Nak tanam kat mana? 
Pokok labu ni jenis pokok yang semak...
Nantilah bawak kat kebun baru.

Mama Yan buat kek labu....
Masa kat dalam oven...
Punyalah naik tinggi sampai merekah tengah tengah kek tu...
Tapi bila sejuk,
Dia turun balik...
Cisss!
Resepi kek, tapi rupa macam kuih bingka.
Nasib baik rasanya tetap lembut walaupun agak bantat...hahaha
Ok...Mama Yan memang sejenis yang agak keras tangan...
Tak reti masak!
Masak kek bantat memanjang...

Lebihnya tu ada yang MY buat sayur lemak campur pucuk meranti.
Haa...yang ni habis seperiuk.
Suami kata..'perfect!'
Yo lahhh...dasar tekak Jawa.
Mana makan kek kek ni sangat.

Lagi setengah biji, 
Mama Yan panjang panjangkan kiriman abah ke keluarga sebelah mentua.

Okl, sekianlah cerita labuku gebu.
Nanti dah semai biji benih labu ni...
Tengok MY punya labu...
Kalau tak gebu macam ni...
Sah Mama Yan kena mandi bunga...hihih
Wassalam


Tuesday, March 26, 2019

Tauhu begedil : Percubaan gagal


Hari tu Mama Yan teringin bebenar nak makan tauhu begedil yang tengah famous tu.
Nak beli macam mahal,
So mengggoogle la cara cara buat tauhu begedil.
Ala...begedil biasa je,
Bezanya sumbat dalam tauhu kering je.
Isi tahu dikorek, lepas tu masuk balik.
Isi tauhu ni pun bukan banyak sangat,
Seco'et je...

Mulut nak makan,
Tapi malasnya boleh tahanlah.
Kononnya nak kurangkan kolestrol, Mama Yan rebus kentang tu,
Patutnya kena goreng.
Dah la rebus, nak tumbuk pun malas,
Mama Yan pergi guna mesin pengisar
Dua kali senggggg aje,
Kentangnya dah jadi halus mulus macam kentang putar KFC.
Muahahaha....

Dah jadi rupa itu,
Nak masukkan dalam tahu pun susah.
Mujurlah kat rumah ada banyak piping bag.
Masuk piping bag, paipkan terus ke dalam tauhu tu.

Masa nak goreng, golek golek dalam telur,
Lepas tu goreng dalam minyak panas sampai kulit tauhu tu garing 

Inilah kejadiannya...
Garing di luar, cair di dalam.
Patutnya Mama Yan taruk keju...baru la bila makan bertali tali macam orang Itali gitu...

Rasa dah ada,
Tapi tak kena la begedilnya dah jadi rupa kentang putar.
Masuk dapur pun 2 kali je seminggu,
Ada hati nak derhaka pada resepi ya...
Rasakan kegagalannya...hahaha...

Oklah...
Nanti MY cuba lagi di lain masa
Wassalam
.


Tuesday, March 19, 2019

Kisah taklimat tapak MBJB

Hari ni ada site visit di Majlis Bandaraya Johor Bahru, MBJB.
So pagi pagi pagi pukul 8.15 Mama Yan dah keluar rumah
Tapinya...
Jalan jammed teruks
Jadinya,
Walaupun dah keluar awal,
Sampai lambat juga

Bila sampai dah lambat,
Tak sempat la nak cari petak parking
Bukan apa, kalau lambat sangat,
Nanti pendaftaran untuk taklimat tu ditutup.
Parking tepi jalan je la.. 
Lagipun ramai kot yang park kat situ

So naikla ke tingkat 1, Bahagian Kejuruteraan untuk taklimat tender,
Kalau tak datang taklimat ni,
Tak boleh beli tender.
Habis taklimat dalam pukul 10.30 gitu, 
Turun2..nak pergi kat kereta,
Kereta takde.
Cuak sekejap.
Dah la dari awal Mama Yan ada perasaan
''Kereta tadi aku kunci ke tidak?"
Lepas tu,
Pergi la tanya kaunter depan tu,
Dia suruh naik tingkat 3, bahagian Undang-undang,
Lepas kaunter semak,
Okay...kereta puan ditunda kerana menghalang lalulintas.
Bahagian undang-undang keluarkan bil,
Kena bayar dekat kaunter setempat kat aras bawah..
Turun pulak nak bayar kompaun.
Dalam dompet Mama Yan, semalam ada RM7 je.
So malam tadi, minta la kat suami RM500,
Nak beli makanan kucing dengan pasir kucing.
Lebihnya buat pegang pegang.
Tak sempat beli makanan kucing,
Dah terkorban buat bayar kompaun.

Bayar kompaun RM250
Bayar upah tunda RM95
Melayang RM345
*Nangis*

Dah siap bayar,
Naik balik ke aras 3.
Bahagian undang undang keluarkan surat pelepasan.
Kereta kena tuntut di depoh kenderaan diorang
Huwaaaa...
Macam mana nak ke sana...
Pastu akak kaunter tu cakap,

"Puan naik teksi, tambang dalam 5 ringgit je."
Waterfront city tu...memang tak jauh pun dari MBJB
Tapi kalau jalan kaki...
Berlengas..ketibas...ketibus semua..
Macam blur pulak tadi.
Kan teksi ada...

Sampai kat depoh,
Bagi surat pelepasan kat kaunter.
Lepas tu dah boleh ambil kereta.

Waterfront City ni shopping mall yang dah ditutup.
Pernah buka sekitar tahun 2000
Tak ingat pulak tahun berapa tutupnya.
Yang pasti,
Masa Mama Yan baru kawen dulu,
Pernah la beberapa kali mancing kat sini dengan suami.

Sebelum ambik kereta, Sempat la selfie sekeping dua...
Masuk kereta tengok gambar selfie...
Aiyaaa...
Pas pelawat MBJB lupa nak pulang..
Cisss!!

Okay, teruskan dengan misi pulang balik pas pelawat kat MBJB dan balik.


Anak panah menunjukkan pas pelawat yng lupa untuk dipulangkan

Monday, March 18, 2019

Labuku gebu

Semalam elok elok masa nak keluar rumah pergi opis...
Van poslaju berhenti
Puan azian ke?
Ada bungkusan ye

Tengok kat kotak nama abah Mama Yan..
Apa la agaknya ni...
Boleh tahan berat.
Rupanya...
Jeng..jeng..jengggg....
Labuuuuu...
Besau kemain.

Puasla Mama Yan meng'google' resepi berasaskan labu nanti.
Maklumla,
Tak reti masak.
Buahnya jadi lonjong macam tu sebab buah labu ni memanjat,
Bukan menjalar.
Buahnya tergantung gantung
Tp rasa buah tu...
Tak tau la camana kan..
Nanti kalau dah berjaya masak...
Mama Yan hapdet la kat blog ni.

Terima kasih mak abah...
Walaupun jauh..
Tetap susah payah kirimkan..







4kg lebih engko...

Inilah hasil tanaman tangan orang yg sejuk...macam abah Mama Yan.
Tanam apa pun jadi



Thursday, March 14, 2019

Buku Teks Pinjaman... Haruskah begini?


Ni buku teks yang anak Mama Yan dapat masa darjah 1 dulu..
teruk sungguh!
dengan ada beberapa pages depan koyak...

Tapi anak-anak gembira dan teruja je dapat buku walau apapun rupanya
Mak-mak ni biasalah...
emo sikit
mengucap panjang pakej istighfar sekali tengok anak bawa balik buku dah macam kena gigit tikus
ke memang ada tikus dalam beg sekolahnya..?

Ibu bapa pun main peranan untuk jaga buku sekolah anak-anak
Sama sama la jaga
kalau takde Skim Pinjaman Buku Teks ni...
tentulah banyak duit kita nak kena keluar beli buku teks kan..
So, bila kerajaan bagi buku teks kepada semua pelajar
Ibu bapa la orang yang paling kena bersyukur banyak-banyak
tinggal nak jaga je
takkan itupun tak boleh?
Plastik pembalut mahal?
Balut dengan kertas surat kabar atau majalah sudah
sebulan sekali tukar sampul baru...
hehehe



Taraaa....
Dah diberi baju baru guna fail lama.
tampal kad manila buat kulit baru,
lepas tu balut dengan plastik

Sebenarnya ni gambar lama gila
jumpa dalam facebook Mama Yan
Sekarang anak Mama Yan yang dapat buku ni dah darjah 5 dah pun.
Tak tahu la buku ni masih circulate atau dah dilupuskan
Mama Yan memang akan balut buku anak-anak guna plastik
balut pun cara tradisional
bukan pakai plastik cover yang selit selit tu.
Agak cerewet di situ ya...
hehehe
Yela kan..
buku teks ni bukan anak kita aje nak pakai..
anak anak orang lain pun nanti nak pakai juga
jadi,
biarlah semua orang dapat pakai buku yang masih baik keadaannya.
Kalau kita tak suka dapat buku rosak,
orang lain pun tak suka juga dapat buku rosak..
berkorban la sikit masa untuk sampul buku anak-anak
Harap-harap tahun depan si abang dah boleh sampul buku sendiri mengikut piawaian yang ditetapkan mamanya ni.

Nampak tu...
cerewet tu atas sekali



Tuesday, March 12, 2019

UTC Johor


ooohh
dah buka balik semula sampai malam ye...
bagus la macam ni
Ramai pekerja bukan kerajaan ni susah sangat nak dapat pelepasan majikan untuk keluar waktu kerja
kalau macam ni kan senang sikit
Hari tu,
masa baru lepas bertukar tampuk pemerintahan...
waktu operasi UTC bertukar
sekarang dah balik seperti sedia kala
haishhh
benda yang elok kita ikut je lah kannn

Dalam hati rancang2 nak pergi JPN ni...
surat beranak anak nombor dua tu..
dah rosak
asalnya, masa baru dapat surat beranak tu,
Mama Yan terus letak dalam clear plastic folder,
lepas tu,
masa nak daftar sekolah darjah 1,
kerani sekolah tu keluarkan dari plastik untuk cop sekolah kat belakang surat beranak tu
alih-alih...
sreeettttt...
tulisan dia semua melekat kat plastik folder
kat surat beranak asal tu tinggal samar bayangan
hahahadehhh
nasib baik sebelum tu dah fotocopy banyak salinan

surat beranak uolls elok lagi tak?
kalau dah rosak atau hilang,
boleh la pergi JPN buat yang baru
Senang dan mudah je...

Monday, March 11, 2019

Tambah Dos Lagi...


Selalu Amlodipine 10mg ..
last week jumpa doktor, tambah lagi satu ubat
Metoprolol 100mg
hadoihhhh..

Masalah Mama Yan,
bila kat rumah,
cek sendiri tekanan darah..
takdelah tinggi sangat punnn,
biasa aja
tinggi sikit je
dalam 130/90 macam tu
tapi,
bila sampai klinik,
tinggi meletup-letup pula..
pulak tu,
beberapa malam sebelum pergi check up tu
Mirzan demam...
asyik merengek aja malam malam
elok benarlah dengan pakej tak cukup tidur kann...

lepas ni temujanji lagi sebulan.
Harap harap darah dapat turun dengan baik
dan Mama Yan dapat mengawal diri dan emosi dengan baik juga

Aminn...
Wassalam




Friday, March 1, 2019

Mandi Akhir Haid

Wahh.

Bagus ni...
Ramai muslimah terlepas pandang tentang qada solat selepas suci dari haid
Dulu dulu masa sekolah takde belajar sampai detail macam ni sekali.

Pakat pakat qada solat la gayanya ni...

Klik! Klik!

Post Terhangat