Corak Inai pengantin - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, May 16, 2012

Corak Inai pengantin








cantik takk...haa...bos takde yer ari ni...so di waktu rehat nilah nak mengular...cik adik manis bos tecit ni suka conteng2 tangan orang...so ini antara hasil contengan-contengan beliau yer...

macam tak bersalah ajer... ok...

ditepekkan sekali hasil copy paste untuk kita sama-sama tidak terlalu sempit menjalani hidup seharian.


Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

 3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Keputusan (English): Ruling On Applying Design Henna In Islam Decision: The 88th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 2nd October 2009 has discussed the ruling on applying design henna in Islam. The Committee has decided that:

1. Applying henna in both hands and feet is permissible for women, whether for married or non married women as long as it does not open the door to fitna

2. However, the application is limited to wrists and ankles. The colour of henna should not remain permanent as in tattoos and the henna does not contain doubtful ingredients. As for the pattern and design, the permitted designs are leaves and plant designs. Meanwhile, designs of animal, deities or any design contradictory to Islam are prohibited.

 3. Application of henna on the both hands and legs of men is not permissible except to a number of fingers of bridegrooms during marriage ceremonies and for medical purpose.

Sumber : MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

4 comments:

  1. akak pernah terbaca kata lukis atas kulit gini tak boleh..akak pun tak pasti la betul ke tak..

    ReplyDelete
  2. Sama mcm diana. Kawan saya, bapak mertua dia org alim yg femes jugak kat Malaysia ni. Bapak mertua dia kata haram sebab menyerupai tattoo. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. tatoo tu sesuatu yang bersifat kekal manakala inai bersifat sebaliknya...proses mencacah tatoo menyakitkan dan inai pulak sebaliknya...byk beza antara tatoo dgn inai...

    ReplyDelete
  4. cantik design dia..simple je x la serabut..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad