Piing Rig Nak Tumbang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, July 12, 2012

Piing Rig Nak Tumbang

Piling Rig

Gambar kat atas ni namanya "Piling Rig". Mesin ni digunakan untuk membuat kerja-kerja melantak cerucuk atau dalam bahasa biasanya kerja 'piling'

Tinggi piling rig ni lebih kurang dalam 12 meter, yela saix sebatang cerucuk pun 12 meter kan..mestilah mesinnya 12 meter tinggi jugak lebih kurang. 

Gambar ni diambil lebih kurang 3 tahun lepas rasanya. Masa tu tengah tambah bilangan cerucuk kat tapak sebab perunding C&S tu terlepas pandang pada tembok penahan yang perlukan cerucuk sebagai asas. Memang menyusahkan orang..tapi takpe..bos suka ajer...VO kann...

masa tu keadaan tanah sangat lembik kerana musim hujan dan kawasan tapak kitorg terdapat air mata air. Punya lah susah nak buat kerja...kasut terbenam dalam lumpur jangan ceritalah...tarik2 kaki ajer keluar..kasut tinggal dalm lumpur, terpaksa panggil budak2 workers cangkul tanah ambik kasut. Oleh kerana  tanah tu lembik sangat, piling rig yang gagah perkasa tu pun boleh condong... memang sikit lagi nak tumbang. Mujur la kat site ade Excavator Kobelco (a.k.a Kobe) besar punya... terhegeh hegeh la En. Kobe datang membuat kerja-kerja menyelamat En. Rig. Bagus...tolong-tolong menolong amalan mulia...

Masa ni koi kecut juga...sebelah tu...ada struktur yang dah siap. kot tumbang karang..jahanam pulak. masa dah sengat tu...workers yang kerja kat bawah bukit sebelah tu dah lari awal2 dah....koi buat derk jer masa operator piling tu bising2 tanah lembik la..tak sesuai la..apalah...kecoh betul apek tu...

apapun...koi besrsyukur sepanjang berada di site tak pernah lagi kemalangan jiwa yang berlaku. walaupun takde kemalangan jiwa..tapi koi selalu sakit jiwa dengan kerja-kerja dan masalah yang berlaku tiap hari...hehehe...

5 comments:

  1. uii seram gak ni kalo tumbang.. huhu

    ReplyDelete
  2. Benda ni paling membingitkan telinga, bunyi dia je dah memecah keheningan alam.

    ReplyDelete
  3. Flashback nampak. Nampaknya nature lagi hebat drpd human made kan? Keras cemana pun kalau tanah tu tanak support, condong le jugek.

    ReplyDelete
  4. flashback la aok..takde story nihh..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad