Cara siang udang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, February 2, 2022

Cara siang udang

 Dalam banyak banyak kerja rumah di rumah mentua...
MY paling kekok bila kena siang ikan ke, udang ke, sotong ke... 

Pernah la sekali, kami ke pasar. Suami beli udang. Balik tu MY pun siang la udang tu... tengah tengah menyiang...

Ipar A: Alah...gunting kepala udang tu sikit, dekat paras paras janggut udang tu... lepas tu bilas je dengan air.

Ipar B : Cabut kepala dengan ekor je, kulitnya tak payah kopek.

Ipar C : Buang kepalanya, lepas tu belah belakangnya. Buang tali hitam atas belakang udang tu... tu tahi udang tu.

Ipar D : Ishhh... macam ni je ko siang udang? Kulitnya semua buang. Tinggalkan ekor aje. Senang nak makan. Pegang ekor dia nanti.  

Biras E : Kopek kulit ekor kepala semua. Belakang belah, buang taiknya. Tinggal ngap aje nanti.

Biras F : Ehhhh.... kepala jangan buang. Cungkil je tali hitam kat atas belakang dia tu. Tarik keluar. Kepala udang la yang buat masakan jadi sedap. Orang niaga mi udang tu, beli kepala udang reject kat pasar nak buat stok udang.

Biras bongsu : Dohh... gane nok siang udang ni Kok Yang? Ahh...jengggg... 

Selesai siang udang dengan pelbagai jenis mazhab, MY pun pergi kat suami dan meroyan " LEPAS NI JANGAN BELI UDANG KAT RUMAH MAK"

Takde cara yang paling betul atau salah untuk menyiang lauk pauk ni sebenarnya. Kadang kadang, ikut jenis masakan, kadang kadang ikut saiz, kadang-kadang ikut kesempatan yang ada. Eh... ni bukan niat nak umpat ipar duai, sekadar berkongsi bahawasanya, cara kerja setiap orang tak sama walaupun dari keluarga yang sama.

Teringat kisah siang udang masa tengah menggoreng mi pagi tadi...hahaha
Tu yang siap je sarapan, basuh pinggan dan mengemas, terus taip kisah ni...

Ajom mandi gosok baju lawa lawa...
Nak pergi jemputan kahwin lepas ni...
Tata titi tutuuuu...




10 comments:

  1. lama pulak ehk tak makan udang .. hmmm dap nyee..

    ReplyDelete
  2. Siang udang dengan potong ayam, lain orang lain cara.

    ReplyDelete
  3. saya biasa if tuk campur dgn mee/nasi goreng, buang semua.
    if nak ambik stok, buang kulit pala, potong sikit tuk buang tali hitam.
    tuk butter prawn, buang kulit tinggal ekor. hahhaaa.. mmg lain org lain keadahnya kan, ada kena ikut camna nak masak juga.

    ReplyDelete
  4. Cara kopek udang ni memang macam cara, kadang ingat nk buat cara ni, time masak, ehhh kopek je laa ikut suka hahahaha

    ReplyDelete
  5. mujurla ipar duia ku tak pernah komplen, dah masak makan heheheh. Kalau macam ipar duai MY tu mau hangin kita ni banyak sangat caranya

    ReplyDelete
  6. Betul betul. Biasanya kalau rewang kat dapur kena tanya dulu nak buat camne sebab cara masak setiap orang berbeza gitu.

    ReplyDelete
  7. kita tak pernah menyiang ikan ke udang ke kat umah mertua, hihi. Tapi potong daging selalu jugak, time raya. DOrang pulak jenis, ikutlah mana2, mak kita lagi cerewet, huhu.

    ReplyDelete
  8. ye..lain org lain caranya. mcm tu juga dgn ikan...mak kita siang cara lain, sampai ke mak mentua cara lain, ipar cara lain. kita raikan jelah.

    tp selalunya ammi sebagai org yg tak rajin memasak tapi rajin membantu di dapur, ammi akan tanya pada org yg nak masak tu..."ni nak potong gaya camne ni?"...supaya dia pun selesa nak memasak

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad