Bazar Makan Makan Buffet Ramadhan Hotel Opero JB - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 13, 2023

Bazar Makan Makan Buffet Ramadhan Hotel Opero JB

Opero Hotel
Opero Hotel yang terletak bereselahan dengan Southkey Midvalley JB bakal mengadakan Buffet yang bertemakan Bazar Makan-Makan sempena kehadiran bulan Ramadan ni.
Jadi, Bazar Makan makan Opero Hotel ni akan bermula pada 24 Mac 2023 dan hari terakhirnya adalah pada 18 April 2023.
Jadi, Mama Yan sempat menghadirkan diri pada hari Media Review Bazar Makan Makan Opero Hotel bulan lepas.
Memang sangat sangat sangat meriah dengan makanan, persembahan selingan dan kehadiran pelakon hebat Shaheizy Sam dan isterinya pelakon cantik Shatila Melvin yang telah dilantik menjadi duta buka puasa di Opero Hotel nanti. 


Mama Yan pernah recce kawan kawan yang berbuka puasa di Opero Hotel. Katanya, memang sedap gila. Memang puas hati berbuka di sana. Serba serbi memang berbintang bintang ceritanya. Mama Yan yang hadir ke media review buffet bulan puasa nanti ni pun terkejut sungguh. Lebih 400 juadah yang bakal disajikan pada hari kejadian nanti. Ohhoooiiii... memang tak sabar pulak rasanya nak repeat..kahkahkah...

Buffet Ramadhan
Bread & Butter Pudding ni salah satu makanan kegemaran MY.
Kat mana mana pun,
Kalau ada,
Memang tak tinggal untuk cekut puding roti ni.
Walaupun dah kenyang kebuntat sangat,
Tetap juga MY ambil pudding ni,
Dah kenyang pun boleh habis juga.
Bersyukurlah pernah mengandung 5 kali dan salah satu darinya mengandung kembar.
Perut Mama Yan dapat meregang dengan baik sekali untuk memuatkan makanan makanan di hari food review.... hahaha.

Buffet Ramadhan
Ada pelbagai jenis makanan dan kuih muih tradisional Melayu yang dihidangkan seperti kuih koci, seri muka, kuih bingka, kuih lapis dan Mama Yan letakkan gambar apam seri ayu ni sebagai wakil kuih tradisional Melayu sebab apam ayu ni favourite Mama Yan.
Manisnya secukup rasa sahaja, tidak keterlaluan.
Kelapanya pun tak banyak sangat.
Sedang sedap kesukaan MY.

Buffet Ramadhan
Steak macam ni,
kalau makan kat luar sepinggan dah berapa harganya...
Yang ni boleh ambil unlimited.
Tapi paling banyak pun kita akan dalam 3 pcs je.
Sebab banyak sangat makanan yang kita nak cuba.
Memang berbaloi baloi datang berbuka di Opero Hotel ni nanti

Buffet Ramadhan
Sosej tu bukan macam sosej kat pasar malam okay.
Dan semua ni di grilled atau panggang ya.
Kuah atau sos pencicah dia ada macam macam tau. 
Ada black pepper, ada sos bawang putih, ada macam macam lah.
Ikut selera masing masing untuk suai padankan

Buffet Ramadhan
Yang ni tipu la kalau kata tak sedap..
Kecur sungguh air liur masa rakam video ni

Nah close up sikit lagi. 
teksturnya memang halus, lembut dan sangat juicy.

Buffet Ramadhan
Makan bubur lambuk memang cepat kenyang,
Dan tulah dia..
Sape suruh ambik sampai penuh mangkuk dan habiskan?
Tapi tu lah..
sape suruh sedap sangat?
Dagingnya banyak, berketul ketul.
Rasa rempah ratusnya pun tidak keterlaluan.
Just nice.
Teringat kecik kecik dulu beratur bawak besen la, termos la, 
untuk ambil bubur lambuk di surau kat kampung.
Zaman dulu dulu belum ada sistem bungkus dalam tipuware plastik tu.
Style bawak bekas sendiri.
Sampai sekarang pun, kalau dapat bubur lambuk,
Mama Yan la orang yang habiskan.
Kadang kadang, nostalgia tu buat makanan tu bertambah tambah sedap.

Buffet Ramadhan
Salted Egg Praw yang buat sendiri tak pernah jadi.., hahaha.
memang kena makan kat hotel la kut

Opero Hotel
Mussels au Gratin ni resipe dari Itali.
Nampak tak? 
Resipi bukan dari Malaysia aje...
around the world.
Mussels ni kupang.
Yang ni dia pilih kupang yang besar besar...
Kemudian diperisakan dengan bawang putih, daun parsley, keju, lemon dan ada la beberapa bahan yang MY tak dapat kenal pasti... 
yang pasti sedap aje lah.


Opero Hotel
ketupat, lemang, rendang, serunding... 
Ni memang hidangan yang wajib dinikmati.
Lemang dia sedap hoii..
lembut je.. 
Tekak malaysia ke..
tekak omputih ke...
rasa dia tetap sedap.


Ruangan seafood on ice memang takkan ketinggalan menghidangkan tiger prawn.
Ada beberapa jenis sos yang disediakan

Buffet ramdan JB
Yang ni jarang jarang dapat makan kat rumah sebab susah nak jumpa pasar.
Kalau ada pun, punyalah mahal scallop ni kat pasar.

Bazar ramadan 2023
Lamb quzy with Arab rice.
Nasi Arab dia memang lembut, lemak berderai cantik.
Tak tahu lah macam mana chef chef di Hote Opero ni masak.
Sedap sangat.
Yang ni MY ambik sepiring, lepas tu rasa tak cukup pulak.
Nak tambah lagi,
tapi banyak lagi yang belum makan masa tu.

Suami Mama Yan ada cakap,
Jomlah kita bawa staf berbuka kat Opero Hotel ni,
Asyik cerita je... Macam tak boleh move on gayanya...
hahahaha...
Memang tak boleh move on bang.
Semuanya sedap sedap sampai nak nangis kekenyangan.
Nasib baik pergi berdua,
Kalau tak, nak tidur dulu tepi jalan sebab kenyang sangat sampai takleh drive.

Memang berbaloi dengan RM188 kalau macam ni punya mewah dan selesa.

Yang nak booking,
detailnya semua kat bawah ni okay...


𝐁𝐚𝐳𝐚𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧-𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 @ 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐨 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐋𝐢𝐯𝐞 𝐆𝐡𝐚𝐳𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞
Tarikh : 24 March 2023 - 18 April 2023
Masa : 6.30pm - 10.00pm
Harga :

𝐑𝐌𝟏𝟖𝟖 nett / adult (dewasa)
𝐑𝐌𝟏𝟔𝟖 nett / senior (warga emas)
(Senior citizen 60 years and above)
𝐑𝐌𝟖𝟖 nett / child* (kanak-kanak)
(Child age 7-12 years old)

* Image for illustration purposes only
* All prices are inclusive of any prevailing taxes
* Terms and conditions apply
+6011 3680 0899 (Amirah) https://operohotel1.wasap.my
+6016 840 0899 (Grace) https://operohotel2.wasap.my
+6016 511 0899 (Syakirah) https://operohotel3.wasap.my
+6010 887 0899 (Suhana) https://operohotel4.wasap.my

Alamat : 
2, Jalan Southkey 1/2, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor






 

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Nampak menyelerakan kesemuanya. Dpt la menggantikan hotel2 gah kat JB yg sekarang hanya tinggal kenangan. Kena catat siap2 ni.. supaya tak lupa, HOTEL OPERO JB. Ok done ingat.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad