Kursus Kecekapan Pengurusan F01 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 6, 2023

Kursus Kecekapan Pengurusan F01


Dah tua tua ni kena masuk kelas belajar balik semula memang lemau aje rasanya,
Nak kena buat bengkel secara berkumpulan la,
nanti kena buat pembentangan la,
kena jawab soalan la...
Adehhh...
Tapi nak buat macam mana...
Kalau nak tambah bidang Pengurusan Fasiliti (F01) dalam lesen,
memang nak kena attend kursus ni.
Yang boleh attend hanya pengarah atau pemilik sahaja pulak tu.

Kursus ni bermula dari 5 Mac 2023 hingga 9 Mac 2023.
Maknanya seminggu la MY kena berkampung di Masjid Al Jawahir Taman Mutiara Rini Skudai ni.
Kursus ni anjuran Tempua Usaha Sdn Bhd.
Harga kursus ni RM590.

Isi kursusnya,
Nantilah MY share kendian...
Itupun kalau rajin..hahaha
Selalunya macam malas malas gitu

Ni makanan masa minum pagi.
epok epok, mi siam..
mana mana kursus CIDB yang Mama Yan pergi,
ni menu wajib minum pagi,
Epok epok, mi siam...hahaha
Orang Johor la kot panggil karipap tu epok-epok,
Bihun goreng tu mi Siam,
Masa kat Pahang kecil kecil dulu tak pernah dengar pula kecuali Pak Maon dalam Do Re Mi yang cakap.
Ni pula makan tengahari.
Ayam masak apa entah tu,
kurma bukan, rendang bukan,
ungkep la kot...
dengan gulai lemak nangka.
Hazab betul nak makan ayam guna sudu plasti dan pinggan polistrin ni tau.
Ada buah oren,
Tapi Mama Yan tak ambil pun

Erkkk...dia bagi air expired.
abang bombaaaa...
tolonggg....
hahahaha


 

4 comments:

  1. Alamak, air expired tu, camno?

    Hahaha.. betullah, kecik2 dulu memang panggil epok2 & mee siam. Tapi sejak dah berkawan dengan kawan2 seantero Malaya, epok2 dah jadi karipap, mee siam dan jadi bihun goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama2 panggilan tu makin hilang ditelan zaman...segarkan kembali...hahaha...

      Delete
  2. makan dengan tangan la senang MY hehehe, kalau kursus ni awal-awal terang mta dah petang makin layu mata. Pastu dapat lak yg bg kursus jenis takde lawak lagi ngantuk

    ReplyDelete
  3. Kursus apa tu? sambil pekena epok-epok...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad