Makan Malam di Warung Kolam Memancing - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, February 11, 2024

Makan Malam di Warung Kolam Memancing

Sempena cuti Tahun Baru Cina ni,
MY dan keluarga pulang ke kampung halaman suami di Segamat.
Malam kelmarin,
Suami MY ajak makan kat warung kat kampung ni,
Kami berdua pun pergila berdua duaan naik motor pergi makan..
Masa kat kampung la nak berdating dating, 
Romantika naik motor keliling kampung bagai,
Anak anak dah tak heran kat mak apaknya kalau kat kampung,
Semua hurung atok dan Mak Leha diorang,

MY order nasi goreng kampung & telur mata,
Makan dua suap, sedap..
Cukup rasa dan perisa,
Tapi, lepas tu MY ajak suami bertukar makanan.


Ni mi goreng yang suami MY order,
Masa sampai,
MY tengok mi gorengnya penuh kicap je,
Hmm… sah sah suami MY tak makan ni nanti, 
Daripada dia makan dua suap lepas tu tak habis,
Baik MY ajak tukar,
Suami Mama Yan memang tak suka mi goreng letak kicap,
Dan mi goreng kat sini,
80 peratus warna, rasa dan perisa kicap,
MY telan aje walaupun rasa kicap masin yang teramat sangat…

Jumlah harga makan malam kami yang hiasi kerdipan bintang semalam ialah RM17.50 untuk:
Teh O Ais, Kopi O, Nasi goreng kampung + telur mata dan mi goreng + telur mata..
Harga kat kampung atau kat bandar sama je zaman sekarang ni, 
Sebab harga barang kat kampung mahal berbanding bandar,
Tapi berniaga di kampung takde bayar sewa,
Takde bayar cukai pintu, Indah Water, lesen perniagaan dll.
Api air pun tarik dari rumah je …
Kalau kat bandar, nak meniaga ni macam macam requirement yang perlu dipatuhi..

Apapun,
Balik rumah dah kenyang cukuplah..
Anak anak makan apa kat rumah atuknya?
Diorang makan nasi lauk kari telur rebus,
Sorang sampai tiga biji telur…
So boleh bayang la tahap kekenyangan mereka…
Sebab tu dioeang semua tak heran mama ayahnya nak keluar makan kt warung kampung…
Sebab diorang kenyang jumpa lauk kegemaran.


 

9 comments:

  1. 3 biji telur rebus tu memang boleh kenyang berjam2 tu

    ReplyDelete
  2. Begitulah isteri, memahami citarasa suami, sanggup berkorban menelan mee penuh kicap.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya anak² MY, anak² PH bukan takat nak mengekor, semua sepupu sepapat nak diajaknya ikut kita kalau nak keluar ke Pekan tu...mmg takde kesempatanlah nak dating² bila balik kg 😅

    ReplyDelete
  4. menu untuk dua orang makan dgn harga rm17.50 murah jugak tu .

    ReplyDelete
  5. Hahahahaha saya pun tak bisa kalo mee goreng terlalu banyak kecap kak. Masin pula , 🤣😂😂.

    Saya rindu nasi goreng kampung ala Malaysia ini. Nasi goreng ini diliat simple, tapi ntah kenapa saya tak bisa konsisten buat rasanya.kadang oke, lebih sering tak oke 🤣

    ReplyDelete
  6. sebahagian keseronokan bila balik kmpg kan.

    ReplyDelete
  7. tudiaaa..sampai 3 biji telur rebus..erm...kalau kentut tu..memangggg ermmm...sabo je la..hahahaha

    ReplyDelete
  8. Bagus KakYan memahami selera encik suami. Dorang seronok dan kenyang lagi makan di rumah. Sorang 3 biji telur memang kenyang ya amat.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad