Percutian ke Melaka | A Famosa Water World - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, February 13, 2024

Percutian ke Melaka | A Famosa Water World

A Famosa Water World
Inilah keluarga kecil Seri Wardati Sdn Bhd.
Bos suami isteri, anak 6 & sorang anak buah,
Site supervisor kami, Encik Razi & isteri serta lima orang anaknya,
Site supervisor lagi seorang, Encik Wady & isteri membawa 5 dari 7 orang anaknya,
Engineer kami, Puan Shafiqah membawa bersama suami, ibu, dan baby Amani,
Lagi sorang kerani kena tinggal kat villa sebab dia tak nak join aktiviti mandi manda.
Percutian ini ditaja sepenuhnya oleh syarikat sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sudi bersusah payah bersama sama syarikat selama ini.
Balik lambat,
Kerja lebih masa,
Kena tukar cuti sebab emergency,
Kena angkat barang,
Kena angkut orang,
Kena kira mengira di luar bidang skop asal,
Dan lain lain lagi…


A Famosa Water World
Mama Yan bersama anak anak,
Ayah tukang ambil gambar,
Wahh… dua anak bujang Mama Yan dah meninggi lebih dari mama dan ayahnya..
Kami sampai water park sekitar jam 10.30 pagi.
Masa ni orang belum ramai.
Water World ni buka dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang.
Jarak dari Villa ke Water World pun dekat je,
Tak sampai 5 minit perjalanan dengan kereta.

A Famosa Water World
Punyalah panas masa ni,
Kelam kabut,
Lupa nak pakaikan anak anak sun block,
Mijan seronok je main air walaupun hari panas terik.


A Famosa Water World
Kawasan dalam Water World ni luas sangat,
MY pun tak jelajah habis habisan,
Setakat jaga anak kat kawasan wave pool dan kids adventure pool aje

A Famosa Water World
Pelampung ni free ya.
Dah ambil,
Pulang semula di khemah pelampung, 
Alhamdulillah,
Orang zaman sekarang semuanya bertamadun,
Takde pun pelampung bersepah tak bertuan dalam kolam tu,
Semua lepas pakai pulang semula. 
Setiap khemah pelampung, ada kawasan permainannya sendiri,

A Famosa Water World
Seronok sungguh tengok semua anak anak gembira…
Hangus rentung semua..


A Famosa Water World
Makan tengah hari kami beli je di kedai makan yang ada dalam tu,
Sebabnya,
Tak boleh bawa makanan atau minuman dari luar,
Harga sebekas nasi berlauk kari ayam ni RM19 ya…
Pilihan keduanya ialah lauk ayam rendang,
Takde pula gambar nasi yang lauk ayam rendang tu.

A Famosa Water World
Pilihan seterusnya spaghetti carbonara,
Yang ni pula harganya RM22,
Sayur tu sebenarnya lebih sikit lagi,
Tapi Mama Yan dah cekut masuk mulut,
Lepas tu baru teringat nak ambil gambar,


A Famosa Water World
Ni masa mula mula sampai,
Belum apa apa,
Mijan dah terjah masuk kolam, 
Kawasan yang depan depan ni,
Cetek je.
Jadi MY biarkan aje anak anak kecil main sendiri,
Dia tak berani pun nak ke tengah,
Kolam yang luas ni,
Walaupun ada ombak,
Tapi dia ombak buatan guna pam,
Jadi rentaknya agak sekata dan tidak bahaya seperti ombak senulajadi.
Jadinya MY perhatikan sahaja.
Walaupun handphone tergantung di leher,
Tapi fokus lebih pada anak anak,
Tu yang tak banyak gambar pun,
Mata ni melingas aje mengira anak anak,


A Famosa Water World
Ucid masuk pertandingan memancing kanak-kanak,
Tapi dapat sekor je lobster,
Hahaha…
Langsung tidak berdaya saing,
Bila ada orang nak rebut ikan yang dia sedang cuba pancing, terus dia beralih ke ikan lain,
Tapi tak kisah la..
Untuk seronok seronok je...


A Famosa Water World


ATTRACTION

S1 - Kids Adventure Pool

S2 - Arabian Village

S3 - Big Ice Cream

S4 - Family Raft

S5 - Hula Hula

S6 - Inner Tube

S7 - High Speed

S8 - Wahaha

S9 - Wave Pool

S10 - Lazy River


FACILITIES

F1 - Main Entrance (Check Point)

F2 - Cabana Rental Counter

F3 - Changing Room/Toilet/Locker

F4 - Wave Pool Stage

F5 - Tube Area


SHOP 

A1 - Nursery Shop


TELEMATCH

T1 - SAnd Beach Area

T2 - High Speed Field

T3 - Sand Area


F&B

B1 - Stall A

B2 - Side Walk Cafe

B3 - Food Court

B4 - Hillside Function Venue



Anak anak yang dah besar sikit MY lepaskan aje untuk main air jauh sikit,
Nasib baik ada Kemal,
Anak buah yang kerja dengan kami,
Dia la yang temankan anak MY main pelampung kat lazy river,
Lazy River yg bertanda S10 tu.
Sampai patah cermin mata dia kena ombak..
High Speed Slide S7 tu,
Anak MY kata tengah tutup sekarang.

Kat A'Famosa Water World ni takde disediakan tuala la pulak.
Selalu kat resort, kolam mandinya ada disediakan tuala,
Kali ni takde..
Jadi, jangan lupa bawa tuala sendiri tau.
Ada la tandas, tempat mandi dan bilik persalinan yang selesa,
Bukanla macam bilik persalinan di air terjun kampung kampung...hahaha
Kat sini pakaian bebas.
Asalkan bukan seluar jeans, atau seluar yang berzip.
Pakaian yang berbutang besi dan berzip ni boleh merosakkan peralatan dalam kawasan taman tema ni,
Jadi boleh je nak pakai baju yang sopan kalau takde baju mandi Muslimah.
Kita Muslimah ni tak boleh mandi di tempat terbuka,
Jadinya MY tak mandi pun,
Lebih kepada jaga anak.
Seluar aje basah,
Dari pinggang ke atas kering.

Kami juga sewa satu Cabana (macam pondok wakaf) untuk setiap Family...
Senang family nak lepak lepak..
Kalau kongsi kongsi,
Macam tak manis pula.
Kalau anak dah besar besar,
boleh la asing khemah lelaki / perempuan gitu,
Tapi kami ni ada anak kecik yang perlu diurus bersama sama..
Kalau nak sewa locker untuk simpan barang barang pun boleh juga..
Tapi kami kat pondok cabana tu aje.
Tak bawa barang berharga sangat pun..

Dah lebih seminggu dah percutian di Melaka berakhir,
Kisahnya belum habis habis lagi ye..
Macam tu la orang tak selalu dapat berjalan,
Berjimat jimat menulis cerita,
Takut cerita habis..hahahaha...

Okaylah.. lepas ni ada dua je lagi rasanya cerita Tahun Melawat Melaka bersama Mama Yan,
Kisah kat Safari Wonderland dan malam BBQ bersama keluarga SWMSB.
Tu aje.. lepas tu takde la dah kut..
Ajer termuntah orang baca..
Baru pergi Melaka,
dia punya cerita aje panjang berjela..
Kalau pergi Korea,
Mau 365 hari cerita Korea aje...

Okay..tata.. wassalaamu





 

5 comments:

  1. Mcam best jer MY Melaka Water World ni...Dania cakap nanti ada 1 day masuk melaka semua free, kami aimed yang Melaka Heritage tu..tapi x tau la dapat pi ke tak sebab Mak Pah sakit kan

    ReplyDelete
  2. Agak aneh juga mereka tak sedia handuk yaaa 😅. Waterpark seperti ini memang selalunya seruuu. Saya trakhir main ini di waterpark escape Penang. Sampai berkali2 naik slide yg terpanjang sedunia tuh 😍😍. Anak2 sampai minta nak balik ke Penang. Saya saja suka, apalagi mereka kan.

    Ramai juga yg ikut family gathering ini ya kak.👍. Seru kalo ramai2 dengan teman office dan keluarga .

    ReplyDelete
  3. memang meriah.... tambah lagi ramai2 mcm ni...yeay!!

    ReplyDelete
  4. Budak budak memang sukalah dapat main air. Tak kisah benda lain dah. Baguslah manusia zaman sekarang dah bertamadun. Tapi untuk makanan tu macam mahal nau pulak. Nak tak nak macam terpaksa beli lah kan sebab tak boleh bawa masuk makanan lain. Kalau tidak berlaparlah nanti.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad