Happy Birthday Mijan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, April 4, 2024

Happy Birthday Mijan

 Genap tujuh tahun dah umur adik Mijan hari ni,
Lahir pada 4.4.2017,
Ketika tu, kandungan MY masih belum matang,
Hampir dua bulan MY mengulang adik Mijan dalam ward bayi,

Nampak perkembangan semasa Mijan baik baik sahaja kecuali lambat bercakap,
Langsung tak macam anak anak autism yang biasa MY lihat,
tapi semakin membesar,
semakin kelihatan sifat abnormal untuk kanak kanak seusianya.
MY dan suami terima sahaja diri Mijan seadanya.

Kembang kempis hidung dapat baju raya free.
Sehelai kurta yang dia pakai ni dari pihak sekolah,
dan sepasang lagi baju melayu dari penaja.
Terima kasih semua insan yang baik hati.

Hari last sebelum cuti raya,
Semua satu kelas Mijan dapat duit raya..
Alhamdulillah atas rezeki yang telah dikongsi oleh orang orang yang baik.

Potong kek SDS je…
Bukan main happy lagi dia.. 
Semoga Mijan terus sihat dan boleh uruskan diri sendiri.
Sayang Mijan.







4 comments:

  1. Happy birthday Mijan. Seronok dia dapat baju, duit raya dan kek.

    ReplyDelete
  2. Seronok dia dapat baju melayu dan duit raya.... Happy Birthday Mijan, moga jadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat. Takpe zmn sekarang ni banyak bantuan dan sekolah untuk anak-anak istimewa ni MY

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dh besar 7 tahun.. Happy Birthday

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Mijan 🎈
    Alhamdulillah banyak rezeki Ramadhan dia dapat 👍

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad