Lepas balik dari Mesyuarat PIBG sekolah Ahad lepas,
Mama Yan pun terus suarakan ketidakpuasan rasa hati pada kepada suami,
Petang petang sikit,
Suami ajak cari cendol.
Buat sejuk hati bini dia yang panas...
hahaha...
walaupun rasa marah dan rasa tak puas hati,
MY takde la nak petik nama sekolah tu,
Nanti kang,
Anak Mama Yan pula yang dipulaukan.
Ada ke cikgu sekolah anak MY baca blog ni?
Macam takde rasanya...
Dah tak musim dah rasanya baca blog ni.
Baik layan Tik Tok .. yedak??
Mulanya suami ajak cari sofa nak letak kat ruang kerja Mama Yan..
Tutup pula kedai perabot tu..
Ahad kan...
Memang la tutup.
Lepas tu baru la mencari cendol..
Walaupun hari hujan.
Tapi kedinginan hujan tak mampu menyejukkan hati MY yang membara ni,
Jomlah kita pekena cendol kat Soto Seri Bunian ni.
Kami order cendol biasa aje...
Walaupun biasa...
Ada kacang merah kesukaan Mama Yan.
Mama Yan panggil kacang buah pinggang.
Entahla kalau ada nama lain sebenarnya.
Lepas tu..
Takkan hirup cendol aje..
kena la ada makan makan sekali..
So Mama Yan order nasi goreng lampung telur mata.
Suami MY pula order mi goreng.
Anak anak kami bungkuskan soto.
Kami bawa Sara sorang aje sebab kebetulan dia nak pergi Ecoshop.
nak beli barang untuk surprise party cikgunya.
dah janji pula tu dengan kawannya yang menunggu di ecoshop tu.
Lupa nak ambil gambar mi goreng suami order tu.
Lepas luak makan separuh,
Suami MY ajak tukar menu.
Jadinya, Mama Yan makan mi goreng,
Suami makan nasi goreng kampung tu.
Mesti suami MY rasa makan tak kenyang,
sebab mata bininya asyik menatap mi goreng dalam pinggan dia..hahaha...
Last last tukar terus...
Sarah dengan kawannya berpakat nak buat surprise party untuk cikgunya yang bakal berpindah.
katanya nak share duit beli kek dan lain lain alatan.
Sorang RM5 kali 28 orang dalam kelas dapatlah RM140.
Tapi dah pergi kedai shopping,
sebelum buat collection.
Siapa yang bayar?
Mama Sarah jugaa...
Lepas tu berangan nak beli kek secret recipe..
Eh.. kek secret recipe dengan duit kelas tu,
dapat sebiji aje tau.
kelas ada 28 orang.
tambah cikgu lagi..
Sorang nak makan sesudu aje ke?
Sibuk nak beli party popper la la.. belon la..
adoii.. membazir la anak weiii...
tak layan kang merajuk...
pening betul mak.
Eh.. tadi nak cerita pasal makan kat Soto Seri Bunian aje..
dah melalut ke lain pulak.
Dah.. sampai sini ajelah ...wassalam.
Cendol tu nmpk sedap =D
ReplyDeleteeh sama MY, kak ana pun duk cari sofa untuk bilik tidur hehe, mujur ada cendol kan sejuk hati yang membara tadi... :)
ReplyDeleteItulah mencari jugak mana sotonya tapi tak jumpa hehehhe.... bagus la encik suami melayankan MY tengah panas hati dia mujuk
ReplyDeleteMasih tak sejuk lagi hatinya tu MamaYan. Tapi sejuk sikitlah kan pekena cendol. Kacang buah pinggan? Pertama kali dengar nama lain kacang merah tu. Banyak juga belanja untuk majlis tu.
ReplyDelete