Happy 12th birthday Aril - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, June 14, 2025

Happy 12th birthday Aril

25 hari bulan Mei yang lalu,
Genaplah umur Aril 12 tahun,
kami cuma beli kek dan ayam goreng sahaja,
Kek pun beli di SDS sahaja,
Kek Aril pilih sendiri, kek aiskrim Oreo,
Rasamya sebelum ni pun birthday dia kek aiskrim Oreo ni juga.

Gemuk betul dak Aril ni sekarang,
makan taklah banyak sangat,
berlari atas treadmill setiap hari,
 tapi badan dia tetap naik dan naik.
Ada curi curi makan time mamanya tak nampak agaknya ni..

Terlampau ramai scammer pencuri gambar zaman sekarang ni,
terpaksalah edit edit sikit gambar untuk diletakkan dalam blog atau pun media sosial lain,
 bosan betul jadinya, 
Dah tak bebas nak berkarya.

Memandangkan usia Aril dah 12 tahun,
Cuti sekolah minggu lalu kami pun pergi ke UTC Kotaraya JB untuk membuat kad pengenalan Aril,
Terpaksa pinjam kemeja ayah sebab tak ada baju yang sesuai,
semua ketat,
 sampai sana rupanya baju warna cerah tak boleh digunakan,
JPN suruh pakai kot warna gelap,
Setengah hari jugalah kami berada di UTC.
Orang terlampau ramai,
Sementara menunggu Mykad siap dalam satu jam,
kami pun pergi makan tengah hari di medan selera yang terletak di tingkat bawah,
 Aril makan subway dan MY makan rojak Asma,
Tapi sebab tekak tak sedap, makan sikit aje,
 Selebihnya Aril juga yang habiskan,
Lepas tu lagi bising fikir berat badan anak asyik naik aje...hahaha

Lepas Mykad Aril siap,
Tergelak MY tengok gambar Mykad dia..
Betul betul punya bulat ni...

Tahun depan dah tak boleh pakai tiket kanak kanak,
Tahun ni last la dapat pakai tiket kanak-kanak...
Bertambah la bajet kalau nak makan-makan atau cuti cuti..
Anak dah makan membesar semuanya...
Jom la kita berusaha dengan lebih gigih lagi mencari rezeki demi sekotak pizza, sushi, subway, chicken chop dan spaghetti ...
see you next entry... wassalam




 

4 comments:

  1. Alhamdulillah..Happy Birthday Aril! Teruskan memboolat! Semoga menjadik anak yang berjaya Dan berguna kelak. Aamin

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir. Semoga menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Aril.
    Sama umurnya dengan Firdaus.
    Sihat-sihat selalu dan rajin belajar ye.

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday aril 🎉🎉🎂. Semoga menjadi anak kebanggaan orangtua selalu yaa.. biasanya anak2 itu membulat di usia segini, tp semakin besar , makin banyak aktifitasnya, jadi kurus lagi kak

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad