Kesian kan jadi orang berpenyakit ni,
hari-hari fikir menu apa nak makan,
kaji menu apa yang sesuai,
Kuantiti, harga, semua nak kena fikir,
so hari ni MY nak masak peria,
Suami tak berapa suka tapi boleh je makan.
Peria katak memang lebih pahit daripada peria panjang,
Dia kata bini dia pelik.
Sayur yang dia tak suka dan tak sedap,
Yang bini dia suka.
hahaha
MY cuba nak maintain hari-hari makan sayur sayuran,
Tapi kadang tu malasnya nak masak sayur,
Kadang-kadang je ada hari yang rajin,
So bila ada hari yang rajin ni,
Adalah gambar-gambar memasak,
Kalau tengah tak rajin,memang tak adalah gambar atau entry kat blog,
Inilah lauk sayur MY masak,
Simple je,
Dah siap ada protein sekali.
Peria katak ni juga dikenali sebagai peria pahit atau bitter gourd dalam bahasa Inggerisnya.
Peria memang terkenal sebab rasa pahitnya yang power,
tapi sebenarnya ia menyimpan banyak khasiat kesihatan.
Berikut adalah antara khasiat utama peria katak:
1. Mengawal paras gula dalam darah
* Peria katak mengandungi sebatian seperti charantin, vicine, dan polipeptida-p yang mempunyai kesan seperti insulin.
* Sesuai untuk pesakit diabetes jenis 2 kerana membantu meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel.
* Peria katak mengandungi sebatian seperti charantin, vicine, dan polipeptida-p yang mempunyai kesan seperti insulin.
* Sesuai untuk pesakit diabetes jenis 2 kerana membantu meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel.
2. Tinggi anti oksidan
*Kaya dengan vitamin C dan flavonoid yang membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.
3. Menyokong sistem imun
3. Menyokong sistem imun
*Vitamin C juga membantu menguatkan sistem pertahanan badan,
menjadikan tubuh lebih tahan jangkitan.
4. Membantu kesihatan hati
4. Membantu kesihatan hati
*Membantu menyahtoksik hati dan menyokong fungsi hati yang sihat.
5. Melancarkan pencernaan
5. Melancarkan pencernaan
*Tinggi serat, membantu mengatasi masalah sembelit dan melancarkan sistem penghadaman.
6. Membantu menurunkan berat badan
6. Membantu menurunkan berat badan
* Rendah kalori dan tinggi serat; membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal nafsu makan.
7. Menyihatkan kulit
7. Menyihatkan kulit
* Kesan detoks peria katak boleh membantu masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan psoriasis.
Nota penting:
Walaupun peria katak banyak khasiat,
Nota penting:
Walaupun peria katak banyak khasiat,
ia tidak sesuai diambil berlebihan,
terutama oleh ibu hamil, kerana dikatakan boleh menyebabkan pengecutan rahim
RESEPI PERIA TUMIS TELUR
Bahan bahan:
2 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
1 tangkai cili hijau
2 biji telur
3 biju peria katak
Minyak masak
1/2 cawan air
Garam
Cara memasak:
1. Basuh sayur peria katak.
Potong nipis peria katak dan rendam dalam air yang dicampur dengan 2 makan sudu garam.
2. Bersihkan bawang, ikan bilis dan cili,
Tumbuk kasar semuanya
3. Panaskan anggaran setengah cawan minyak,
Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau rata.
Gorengkan telur dalam minyak panas dan kacau laju-laju supaya telur hancur.
Goreng telur tersebut sehingga garing.
Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan sedikit minyak menggoreng telur tadi.
Tumiskan pula bawang, bawang putih, ikan bilis yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau wangi.
Bukan bau Hangit ya.
5. Tambahkan garam dan bahan Perisa jika suka.
6. Masukkan peria dan kacau sebati. Tambah sedikit air untuk melembutkan peria.
7. Masukkan pula telur yang telah digoreng tadi
8. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan
Mama Yan suka kalau bahan tumisnya ditumbuk kasar.
Kalau hiris macam tak mesra rasa.
Kalau blender halus sangat pula
Campur apa lagi ya sesuai dengan sayur peria ni?
Udang ok kut ek?
Yeay dah siap…
Jadilah untuk makan tengah hari MY sorang.
Suami tak balik makan tengah hari.
Orang lelaki tak suka kot makan peria katak. Husband saya pun tak makan. Itu yang lama tak makan peria ni, rasa macam tak best kalau masak untuk makan sorang je. Sedap masak macam ni tumis dan campur telur. Tambah sedap bila tumbuk. Saya pun suka bahan ditumbuk. Dihiris tu kurang sedap sikit kan. Itulah rahsia masak sedap. hihi...
ReplyDeleteWow..Ini fevret sy ni sis =D
ReplyDeleteKami suka yang pahit begini. Suami kata yang pahit itulah ubat untuk jaga kesihatan.
ReplyDelete