Photo Random Mijan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, July 30, 2025

Photo Random Mijan

Tak sedar dah nak habis dah bulan Julai.
Cepatnya masa berlalu.
Mood menulis pun makin ke laut biru...
hahaha...
Hari ni MY celoteh pasal dak Mijan aje lah

Inilah hobi Mijan kat rumah.
Main tanah liat.
Tak tahu lah dah berapa kilo dah tanah liat kat rumah ni.
Lama lama hilang entah ke mana..
lepas tu ada yang kena buang sebab dah keras...
Lepas tu beli baru kat Mr. DIY.

Dia kata dia buat wako tako..
watak kat dalam game Astro Bot.

Nilah rupa menatang wako tako tu..


Ni kat sekolah baru lepas buat aktiviti gosok gigi agaknya..
Tiba buat gigi palsu guna tanah liat.
Yang warna biru tu penutup bekas tanah liat tu asalnya.
Tapi biasalah.. bekas ke mana...
penutup entah ke mana...


Hari tu Mijan demam on-off lebih seminggu.
Pergi klinik kena ambil darah.
Tapi doktor kata, semuanya elok aje.
Dapat ubat batuk dan ubat demam.
bagi paracetamol 125mg...
So kena minum berbelas ml.
stress member kena telan ubat banyak banyak...


Semalam Mijan ada temujanji dengan pakar kanak-kanak di Hospital Sultanah Aminah.
Alhamdulillah..
semuanya baik baik aje..
Masa menunggu pun tak lama sangat.
Doktor tanya nama, dia jawab.
Tanya dah makan ke belum, dia jwab.
Suruh tulis nama, dia tulis.
So next perjumpaan adalah lagi setahun.
On the way balik singgah makan di kedai nasi ayam.
walaupun dia ajak makan di Kedai mamak,
tapi kali ni buat tak dengar aje...
Jemulah mama dan ayah kena makan kari mamak.
hahaha...
Tapi dia tak makan pun..
bungkus je bahagian dia tu bawa balik..
Haishh... bertuah betul budak sorang ni.



 

6 comments:

  1. nampak serupa wako tako tu macam dalam gambar.. good job mijan.. ^^

    ReplyDelete
  2. sungguh Yan tahun ni pun rasa cepat sangat kan, dah nak masuk hujung tahun lagi 4 bulan in syaa allah

    ReplyDelete
  3. Daya imaginasi tu tinggi betul lah, bagus dia main tanah liat tu.

    ReplyDelete
  4. Tinggi imaginasinya tu... Moga sihat² selalu ye Mijan 🤲🏻

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad