Sambal Ikan Bilis Petai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, November 22, 2025

Sambal Ikan Bilis Petai

Beberapa hari yang lalu, 
penuh di media sosial dengan sambal udang petai,
Tapi kita taknakla join crowd sambal udang ikan bilis,
Udang mahal.
Kita guna ikan bilis aje lah ye..
Kita kan marhain...hahaha...
Hahaha...
Ada je sebenarnya masak sambal udang petai hari tu,
Tapi MY lupa nak ambil gambar.
Teringat pasal gambar bila tengok pinggan Ucid penuh dengan kulit udang.
Udang galah adik ipar MY bagi pulak tu.
Besau besau udangnya.
Tapi takdelah gambar bukti.
Bab makan,
Ucid memang champion.
Macam mana la nak bersunat bulan depan ni.

Mama Yan makan petai kalau dah dimasak aje.
Kalau petai mentah, tak boleh makan.
Jadinya kalau ada petai, 
Kena lah masak.
Kalau tak masak memang tak makan.
Kalau kat rumah MY kat Pahang,
Abah MY selalu buat petai jeruk.
Abah pun tak makan petai mentah sebagai ulam,
Kalau tak dimasak, 
kena makan sebagai jeruk...

Kebelakangan ni,
Malas betul dah nak menulis resipi dalam bloh.
Yela.
Orang semua cari resipi kat youtube,
kat tik tok,
Kat ChatGPT aje..
Dah takde dah yang buka google cari resipi kat blog.
Merajuk dah nak share resipi..hahaha...

Kita share gambar masak sekeping dua dan borak borak aje la... 

Sambal MY kali ni guna cili hijau.
Cili kat Johor tak macam cili kat Raub.
Kat Raub kami masak guna cili padi yang kecil kecil tu,
Kat sini susah betul nak jumpa.
Tanam pun susah nak hidup.

Yang lemahnya cili ni susah nak hancur bila ditumbuk.
Guna kederat.
Naik timbul muscle MY ni tumbuk cili hijau.
Kemudian,
Bawangnya MY hiris je.
Bawang guna bawang kecil dan bawang besar juga.


Lepas cili dan bawang dah garing sampai MY terbersin tiga pat kali,
MY masukkan petai.
Petai selalu MY belah dua sebab takut ada ulat kat dalamnya.
Kacau kacau kejap,
Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.
Matikan api.
Kemudian bila dah sejuk sikit,
MY masukkan ikan bilis dan kentang yang dah digoreng sebelum tu.
Kacau kacau rata,
Angkat masuk dalam mangkuk.


Siap dah lauk makan malam MY dan suami.
Kenapa makan malam,
Sebab siang siang suami MY tak balik makan kat rumah.
Hari cuti selalu busy ke sana ke sini.

Contohnya hari ni la.
MY kejap lagi nak pergi sekolah abang tengok dia kat asrama dan bagi sokongan moral.
Anak sulung MY bakal menduduki peperiksaan SPM minggu depan.
Mamanya bukan main berdebar lagi.
Memanglah SPM bukan penentu masa hadapan,
Tapi MY mahu dia lakukan dan dapatkan yang terbaik dalam hidupnya.
Untuk anak anak yang lahir 2008,
ini peperiksaan yang besar dalam hidup mereka selepas UPSR dan PT3 dimansuhkan.
Masa belajar juga disingkatkan untuk melaraskan semula takwim persekolahan


seperti sediakala.
Memang agak mencabar bagi calon SPM tahun ni.
Mama Yan sentiasa berdoa agar segala urusannya dipermudahkan.
Aminn...


 

1 comment:

  1. Sedapnya makan dengan nasi panas2 tak payah lauk lain dah tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad