Mesyuarat PIBG sekolah anak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, January 25, 2026

Mesyuarat PIBG sekolah anak

Semalam sempat lah Mama Yan pergi ke Messyuarat Agung PIBG walaupun hadir agak lewat.
Tapi tetap ada nama dalam kehadiran.
Mama Yan lambat sikit sebab masakkan anak anak soto dulu.
Sebab dah janji kan...

Kalau tak YB Dato Wee Jeck Seng,
YB Tan Eng Meng.
Begitulah kalau tinggal di Pekan yang mejaritinya berbangsa cina.
Tapi okay ajelah kan.
Kita jalankan tugas kita,
Mereka jalankan tugas mereka.

Ucapan perasmian dibuat dalam bahasa Melayu dan YB berucap dengan sangat lancar.
Semoga sekolah anak terus mendapat pelbagai jenis bantuan dari YB ya...
terima kasih YB

Panas betul dewan sekolah anak anak ni,
Masa cikgu tengah buat cabutan bertuah tu,
Mama Yan beransur balik rumah.
Tahun depan MY nak usulkan pemasangan kipas gergasi di dewan sekolah.
Oppss... Tahun depan anak anak My dah tingkatan satu.
Dah tak sekolah situ dah...
Ni Tahun terakhir MY hadir sebagai ibu murid di sekolah tu.
Kejap je masa berlalu.

Tahun ni kenalah Ucid dan Sarah berhempas pulas sikit kalau nak berjaya masuk sekolah berasrama penuh,
Kalau nak bersantai santai,
Silalah santai santai pergi balik sekolah jalan kaki,
Sekolah menengah kebangsaan depan kawan rumah aje.

Sekian wassalam



 

5 comments:

  1. Awal juga mesyuarat PIBG kat sana ye.

    ReplyDelete
  2. Bestkan sekolah depan rumah. Sama macam Naniey dulu. Depan rumah je.. SK Naura pun dah settle mesyuarat PIBG cuma Naniey tak pergi sebab mama kurang sihat.

    ReplyDelete
  3. Oh, kenapa MY tak terus cadang jer pasang kipas besar tu tahun ni. Panjang lagi tu masa persekolahan anak². Mesti berpanas setiap kali berhimpun di dewan.

    ReplyDelete
  4. Sekolah Aiyan 28/2 nanti, baru dapat jemputannya. Kalau sabtu memang Edy yang kene hadir.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad