Aktiviti di Halaman Rumah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, August 13, 2026

Aktiviti di Halaman Rumah

Bertemu lagi kita...
Tapi tulah.. Blog MY ni ceritanya biasa biasa aje...
ni gambar yang MY ambil hujung minggu lepas.
Tak ke mana mana pun...
duduk rumah aje.

Pondok kat rumah MY ni macam hutan dah..
Penuh pokok...
Yang menjalar, yang memanjat, yang bergantung...
ada yang nak kena re-potting,
tapi malasnya lahhh

Ni antara projek baru suami MY.
sakit mata tengok budak budak kerja cat tak habis kat belakang tu.
Kalau ye pun nak stop,
potong la elok elok...
beria buat tempat duduk,
Tapi suami MY tak duduk sangat pun kat situ.
dia kata macam ada hama mengetik.
Lepas duduk mesti rasa gatal gatal...hahaha..
Mama Yan memang tak kuasa duduk atas bangku tu.
Baik duduk dalam rumah menikmati angin ekon sejuk sejuk atas sofa empuk...


Di ajaknya anak anak buat mural kat dinding pulak dahhh....
Layannn...
tapi jangan suruh MY buat ye..
Malas.
Tolong buatkan air & jemput jemput cicah sardin boleh la..


Ucid dan Aril nampak enjoy tolong ayah walaupun kecoh betul buat kerja.
Berdua je tapi bisingnya macam ada 20 orang.

nanti kalau dah siap projek mural ni MY tunjuk okay..
Takut jadi projek gajah putih je ni..haha






 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad