Aktiviti di Halaman Rumah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, August 13, 2026

Aktiviti di Halaman Rumah

Bertemu lagi kita...
Tapi tulah.. Blog MY ni ceritanya biasa biasa aje...
ni gambar yang MY ambil hujung minggu lepas.
Tak ke mana mana pun...
duduk rumah aje.

Pondok kat rumah MY ni macam hutan dah..
Penuh pokok...
Yang menjalar, yang memanjat, yang bergantung...
ada yang nak kena re-potting,
tapi malasnya lahhh

Ni antara projek baru suami MY.
sakit mata tengok budak budak kerja cat tak habis kat belakang tu.
Kalau ye pun nak stop,
potong la elok elok...
beria buat tempat duduk,
Tapi suami MY tak duduk sangat pun kat situ.
dia kata macam ada hama mengetik.
Lepas duduk mesti rasa gatal gatal...hahaha..
Mama Yan memang tak kuasa duduk atas bangku tu.
Baik duduk dalam rumah menikmati angin ekon sejuk sejuk atas sofa empuk...


Di ajaknya anak anak buat mural kat dinding pulak dahhh....
Layannn...
tapi jangan suruh MY buat ye..
Malas.
Tolong buatkan air & jemput jemput cicah sardin boleh la..


Ucid dan Aril nampak enjoy tolong ayah walaupun kecoh betul buat kerja.
Berdua je tapi bisingnya macam ada 20 orang.

nanti kalau dah siap projek mural ni MY tunjuk okay..
Takut jadi projek gajah putih je ni..haha






 

13 comments:

  1. Geram kan tengok finishing cat tak kemas! Pondok menghijau gitu mesti tenang, cuma isu hama tu kacau mood. Mama Yan ada petua tak nak halau hama pokok?

    ReplyDelete
  2. Cantiknya rumah ada landskap. Besar rumah Kakyan, duduk rumah besar pun dah best dah ni. Layan suasana taman rumah. Agaknya kena kurangkan pokok kat kerusi batu tu kot baru best duduk santai. Nantikan saja hasil mural mereka.

    ReplyDelete
  3. wah pandai lukis mural ye? hebat.

    saya tukar link blog tau awak

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak tengok projek mural tu.

    ReplyDelete
  5. Waah tak sabaaar tengok hasil muralnya kak , 😍😍😍. Lumayan loh, tak payah bayar orang. Terkadang utk buat mural ini sampai hrs bayar ahli.

    Sukaaa tapi saya lihat gazebo kakak. Banyak tanaman begitu 😄. Langsung terasa sejuk nak duduk

    ReplyDelete
  6. Ada hero 2 orang membantu tu, In Sha Allah berhasil tu :)

    ReplyDelete
  7. Macam best je main conteng-conteng dinding tu.
    Bagitau anak-anak, projek mesti berjaya disiapkan sebab kawan-kawan blog Mama nak tengok hasilnya 😃

    ReplyDelete
  8. Rajin suami MY. Bininya tak rajin tak apa, hihi. Pokok yg menjalar² tu boleh kerah askar², hahaha.

    ReplyDelete
  9. sakit mata betul tengok garisan cat tu, cat habis ke masa hujung tu? Merimbun jugak pokok bunga akak, cantik!

    ReplyDelete
  10. Wah bagus nya anak² MY diberi peluang melukis mewarna kat dinding rumah.. pondok pokok tu nampak je semak tp berseri tau.. minum2 ptg kat bangku luar tu syiok pe 😆😜

    ReplyDelete
  11. Meriahnyaa bunga kertas tu, cantikkkknyaaaa.. sukalah kita

    ReplyDelete
  12. hahaha semoga tak menjadi projek terbengkalailah ye...halus-halus gak garisan yg nak dicat tu

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad