Ni cerita hari Sabtu minggu lepas,
Dah nak masuk Sabtu semula esok,
Barulah berjaya mengarang kisahnya.
Ucid dan Sarah ada peperiksaan Percubaan Sijil Darjah Enam Agama sepanjang minggu ni..
Ni exam kat sekolah agama kat Johor ni la..
Hari Isnin hari tu ada kertas Tauhid.
Hari Sabtu tu,
pagi pagi MY suruh ulangkaji subjek Tauhid.
Pagi tu jugalah dia baru cakap, kitab Tauhid dia dah lama hilang sebenarnya.
Selama ni belajar share dengan kawan.
Memang meletop kebabomla mamanya ni.
Bertuah punya budak!
Petang tu juga ayahnya bawa semua pergi Angsana Mall untuk cari kitab Tauhid tu di Kedai Buku Badan Cemerlang.
Pergi Angsana nak beli kitab Tauhid,
Kitab habis stok!
hahahaha...
Hmmm... takde stok pula..
Share la engko dengan Sarah untuk study.
Terus MY order kitab tu kat shopee.
Kitab sampai hari Selasa,
Kalau dia bagitahu awal...
sempat la order di Shopee awal awal.
Ni lagi 2 ke 3 hari nak pereksa..
Baru nak bagitau kitab hilang.
Alahai geram betul.
Buang masa je pergi Angsana..
Dah la jammed teruk.
Dah sampai Angsana,
mestilah kena ada makan makan,,
Yang buat salah tu...
Tak malu je nak makan ayam gepuk la.. itu la.. ini la...
Kami singgah la makan Restoran Ayam Gepuk best kat dalam Angsana tu..
Abang Moq tak nak ikut.
So, Aril, Ucid, Sarah, Mijan je yang ikut.
Mijan takde dalam gambar sebab dia jurukamera.
Mama Yan dan Sarah makan bakso.
MY ambil bakso mi kuning,
Sarah ambil bakso bihun.
Rasa dia? Biasa je nyahh...
Suami MY makan nasi Lemak ayam berempah...
Lupa nak tanya sedap tak?
Punca kejadian?
Makan nasi goreng kampung ayam gepuk.
Sedap la kut..
Habis licin.
Mujur aje tulang dan pinggan tu tak boleh dikunyah.
Ni Aril punya makanan.
Nasi goreng pataya ayam gepuk.
Dia kata boleh la.. sedap lagi nasi goreng mama.
Percayala.. Aril tu memang bermulut manis orangnya.
Restoran dalam mall..
Tapi kedai macam warung tepi lorong.
hahaha...
Takde ke bekas yang aesthetic sikit untuk sambal ni?
dengan pakai sudu pakai buang nya..
Aiyaaa....
Eh makanan Mizan takde dalam gambar..
Takyah la..
Mizan makan nasi ayam gepuk tapi tak letak sambal,
dia kan makan nasi putih dengan ayam goreng je.
Lagipun dia pinjam handphone MY untuk buka Youtube.
Susah nak ambil gambar.
Lepas makan, solat Maghrib dan pergi beli makanan untuk Moq.
Beli donat dan pretzel.
Sarah nak coklat kunafa pulak...
Lepas tu nak papa roti pula...
haishh....
Kitab Tauhidnya tak dapat..
Duit meluncur laju juga keluar... Huhuhu...
On the way balik,
Suami bawa la pusing tengok bandar JB.
kesian...
semua lahir kat JB, Tapi jarang jarang dapat tengok bandar JB..
tengokla lampu lampu berkelipan ni...
Mama Yan pun tak ingat dah beli last pergi JB bersiar-siar...
Okayla...
Exam sekolah agama anak hari ni last..
kertas Bahasa Arab.
Lepas ni boleh tumpukan pada PKSK pulak.
Semoga berjaya ye anak anak...
Aminn...


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

Sy pun mcm sis jgk. Kdg yg dicari x jmp. Tp budget yg keluar lebih dr harga brng yg nk dicari...Hahaha
ReplyDeleteSedap2 semua makanan.
ReplyDeleteBawa anak2 mmg budget lebih...saya kalo x nk keluar budget lebih, cari la helah sana sini x mau bawa diorg...
ReplyDeleteUcid Ucid... buat naik darah tinggi mama je ye. Apa rupa kitab tauhid tu? kat N9 ni habis je UPKK takde dah kelas utk darjah 6. Perasan budak2 Johor walaupun dah naik form 1 (masa Kyra di Segamat dulu) ada Peperiksaan Naik kelas ke apa ntah..lupa pulak namanya. Baguslah gitu
ReplyDeleteGitulah budak lelaki, bukan nak bagitau, sanggup dia tumpang buku kawannya ye hehehhe. Dah keluar pi mall wajibla kene pau ye, yang dicarinya tak jumpa tapi lain lak yg kene keluar duit hehehe
ReplyDeleteNasi goreng kampung ayam gepuk sampai licin pinggan tu memang confirm sedap amat! Seronok pusing JB malam-malam layan lampu.
ReplyDeleteAdoiii..mahunya mama dia tak meletop. nak exam baru nak cakap ek. Pergi kedai pulak tak ada. Sabar mama sabarrr...
ReplyDeleteWah Mijan dah handal jadi jurugambar.
Kelakar pulak resto dalam mall kedai macam warung. Kann..carilah bekas yang menarik sikit.
Dari satu kes, dapatlah semua makan-makan dan jalan-jalan pusing JB.
Semoga dipermudah mereka menjawab exam dan dapat keputusan cemerlang. Aamiin...
Selaku begitu kaaan. Nak beli apa, tp jadi beli yg lain juga, malah lebih banyak kluar uang 🤣. Anak2 nihlaah... Saya pernah juga marah saat anak menghilangkan buku. Masalahnya tak langsung bilang. Sementara saya tak suka juga kalau serba mendadak.
ReplyDeleteBittaufiq wan najah Sarah & Ucid.
ReplyDeleteBegitulah anak² ni. Dekat rumah ni esok nak sekolah malam baru bgtau ada homework. Kita jenuh tanya dari Jumaat, jawabnya takde memanjang 😇
Alamak, macam-macam ragam anak. Dengan tempuh kesesakan lagi. Semoga berjaya dan dipermudahkan urusan sekolah anak-anak MY.
ReplyDeleteLama tak ke Angsana.. haritu pesta buku di Paradigm tak pergi ke Yan?
ReplyDelete