Khamis dua minggu lepas kan permulaan Johor dapat cuti sekolah,
Lepas tu, terus la suami ajak MY balik kampung Sagil kejap.
Anak tak sekolah kan,
Mama Yan tak perlu jemput hantar anak.
kami keluar rumah sekitar pukul 7.45 pagi.
jerebu dan kabus bercampur di pagi hari.
Memang kabur betul pemandangan.
Tengah hari tu terbaca pula kisah tiga beradik yang meninggal akibat kemalangan lori.
anaknya tak percaya sekolah ditutup,
Mereka kemalangan ketika berpatah balik dari sekolah,
kadang-kadang jadi mak ni,
kena tegas juga.
Bak kata orang dulu kala,
Biarlah anak menangis sekarang daripada kita yang menangis kemudian.
semoga syurgalah untuk anak-anak yang dahagakan ilmu ni.
Sampai di kampung Sagil,
Wajiblah sarapan dahulu.
Entah apa nama gerainya.
Kami berhenti je mana-mana gerai sarapan pagi.
Mama Yan makan nasi lemak hijau lauk sambal paru.
Suami pula makan soto.
Lepas selesai isi perut,
Kami pun terus menjengah kebun getah.
kebun ni kami dah mula tanam sawit.
tapi sawitnya kecil-kecil lagi.
Getahnya tak berapa nak ada.
Sambil jengah pokok getah dan sawit,
Petik cili juga.
Sedapnya nasi goreng guna cili burung ni.
Pokok-pokok ni masih ditoreh lagi.
Lepas selesai tengok kebun getah,
jengan kebun sawit arwah bapak mertua pula.
Pokoknya dah tua-tua dan tinggi pula.
hasilnya tak berapa nak lumayan dah.
tapi dah sulam dengan pokok baru.
takde buat apa pun... tengok aje.
Mama Yan bukan suka sangat berkebun tanaman getah dan sawit ni.
tak pandai.
Kami balik ikut Segamat dan singgah kejap rumah mentua.
Balik tu sebelum naik highway,
Suami ajak singgah makan nasi beriani wak Gondan di Yong peng.
Okay.. layan aje.
Masih lagi MY rasa nasi beriani kat sini biasa biasa aje.
Sebabnya memang tak berapa suka nasi beriani.
tapi suami MY beria kata sedap...hahaha.
Ye.. kami memang jarang sependapat.
Tapi bertahan kerana adanya tolak ansur.
Takdelah siapa-siapa nak pertahankan ego masing masing.
Okaylah..
Habis dah cerita 2 minggu lepas.
Minggu ni tak tau ada ceerita tak nak ditulis...hahaha...
Sekian, wassalam


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)