Hari Jumaat minggu lepas, anak kembar MY takde kat rumah sebab pergi perkhemahan.
Aril pula sekolah petang,
Moq pula demam.
Mama Yan perlu naik ke pejabat untuk beberapa urusan.
Kenalah MY bawa adik Mijan naik office sebab Moq demam.
Moq kalau demam memang tidur aje.
Kesian pula adik Mijan sorang-sorang nanti.
Sebelum sampai office,
suami MY ajak makan dulu.
Sebab Mijan nak makan chicken chop, bawalah dia pergi makan kat Restoran Hua Mui Taman Universiti.
Orang tak berapa ramai pun.
Tak macam mula-mula buka dulu.
Suami MY belum makan apa apa dari pagi.
Lepas tu order mi goreng mamak.
Patutnya order la nasi.
Banyak gila ye portion mi goreng dia.
Ada udang besar.. ada tauhu..ada telur, tauge dan sedap juga.
Harganya RM21.90
Dak Mijan ni acah-acah je. Lepas tu makannya tak habis pun.
Bungkus bawa balik.... sepinggan chicken chop di sini berharga RM21.90.
Kira okaylah...
ayamnya sedap.
rangup di luar dan juicy di dalam.
Dihidangkan bersama kentang wedges, coleslow dan kuah black pepper.
Mama Yan order Signature laksa Mee + bihun.
Sedap sehingga terpercik ke tudung.
Dengan harga RM14.90... memang memuaskan craving MY terhadap mi berkuah...
Lepas siap makan kami pun nai ke pejabat.
Buat-buat kerja..
eh tak perasan dah 5.40 petang.
Pejabat kami beroperasi sehingga jam 5.30 petang,
Tapi sebab Mama Yan ada, dorang segan nak balik sharp on time agaknya.
Balik aje lah..
Bukan MY marah pun.
Cuma tak sedar masa berlalu je.
oklah... sekian wassalam..

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)