Ngeteh petang di Rumah Kopi Sogame Pontian - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, November 3, 2026

Ngeteh petang di Rumah Kopi Sogame Pontian

Petang Sabtu lepas,
MY dan suami serta anak kembar berdua ni pergi ke bandar Pontian.
Acah acahnya,
suami MY nak beli daging kambing.
Tapi sampai Pontian,
Kedai dah tutup.
Pasar pun dah kemas.
Tulah.. orang pergi pasar pagi-pagi.
Ni pergi pasar lepas Asar.
Jadinya takdelah daging kambingnya.

Alang-alang dah sampai Pontian, 
Jalan jalan la cari tempat ngeteh.
Kalau dah bawa budak kembar ni,
Jarang la takde aktiviti makan-makan...
Kami pun berjalan tanpa hala tuju.
Nampakla Rumah Kopi Sogame ni sebelah Sekolah Agama Rimba Terjun, Pontian.
Singgah slaluh.


Orang ajak ngeteh je...
Tapi ni kira dah makan besar ni...
Chicken chop terus.

Budak ni punya order memang tak kalah.
Matcha latte terus dia order.

MY punya air, ais lemon tea.

Mama Yan dengan suami makan roti bakar je.
Garing tapi lembut roti bakarnya.
Dia goreng atas pan rasanya...
Bukan pakai toaster kut.
Suami minum kopi o dan roti bakat butter.
MY punya yang bawah tu, roti bakar susu.
Sekeping tu RM2.50.
Agak mahal ye.
Ingatkan roti kapit.
Rupanya sekeping gitu je.
Nanti nak buat sendiri lah bakar atas pan.


ni Cheezy fries Sarah..
Sarah makan tak habis pun. 
Mamanya dah makan sikit, pun tak habis juga.
Dia offer Ucid makan sama-sama..
Sama suap mulut satu, ucid sekali suap masuk mulut empat batang, cari yang panjang panjang dan penuh sos pulak tu..
hahahadui...
Macam macam budak ni tau.

Mama tak explore sampai dalam pun.
Malas. Tapi suami kata kat belakang dan kat dalam pun ada meja lagi.
Cantik..
Taknak ambil gambar taruk dalam blog ke?
sengih je sebab malas nak bergerak.

Kat situ ada stall sate juga.
Jadinya, MY orderkan sate untuk dibawa pulang.
30 cucuk ayam dan 30 cucuk sate daging.
Total harga sate RM81.
Tak beli ketupat sebab tengah hari tu MY masak ketupat, lodeh dan kuah kacang.
Tapi balik, rupanya ketupat tinggal dua ketul. 
hahaha... entah bila masa anak anak ni mentong.

dah dekat sangat dah dengan kolej abang,
Tanya abang nak sate?
Nak apa-apa?
Dia kat dah siap makan, taknak apa-apa..
Lagipun abang habis exam semester 1 hari Khamis minggu ni.
Tinggal berapa hari benau kann...
Jadi tak belikan apa-apa untuk abang.

Next time boleh singgah lagi bawa semua sekali.
Sekian, wasssalam


 

1 comment:

  1. Best melepak santai kedai hipstur macam ni. Sekeping je ye roti tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad