Thursday, October 21, 2010

datang bulan..

Last week anak buah koi yang berumor 10 tahun dah jadik anak dara. Umo 10 tahun baru dajah 4…uihh..cepat betul budak-budak zaman sekarang mencapai usia akil baligh…seingat koi..masa koi dajah 6…ustaz ade mintak budak laki keluar kelas jap, kena bawak buku pergi pustakaan…bila budak laki semua dah keluar…ustaz Tanya…

“Berapa ramai yang dah datang bulan?”

Koi dan beberapa teman lain yang tak tau istilah datang bulan terpinga-pinga...pastu ustaz sambung lagi...

“datang bulan, datang kotor, datang haid, uzur, period...tu semua samalah...”

Oooo...begitu...budak2 mana tau istilah. Tau perkataan haid je sebab ade belajar kat kelas agama. Perkara2 yang membatalkan puasa antaranya datang haid.

So,adelah 3 ke 4 orang je yg angkat tangan…haaa…dalam 20 orang budak pompuan dalam kelas tu, adelah 3-4 orang je yg dah datang bulan. Pastu ustaz cakap

“saya belum terlewatlah ni…dan saya harap yang 3 ke 4 orang ni..ibu kamu dah ajar kamu yer…”

Pastu Ustaz Marzuki, (skarang dah Allayarham) pun cerita la serba sedikit pasal hukum2 yang berkaitan dengan datang haid, apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat, cara penjagaan, cara mandi hadas, batas pergaulan, cara menguruskan mende alah tu dan lain-lain lagi.

Koi sendiri mula datang bulan masa form 1, dok dalam bilik air bukan main lama lagi…pikir ayat nak bagitau mak…pastu kejap kejap masuk bilik air…sungguh meresahkan.

Masa dajah 6, kalau ada kawan kawan yang mengalami kebocoran, kecoh bebetul. Macam satu perkara besar. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, kebocoran tu perkara biasa jer,selalu sangat terjadi. Kat koperasi sekolah pon ade jual pad. Dan masa lower form, ade lagi kawan kawan pompuan yang belum datang period.. agaknya persekitaran mempengaruhi faktor kematangan dan kesuburan kot...budak sekarang banyak tengok tv drama2 cintan cintun...pastu berangan nak jadik macam dalam tv. Nak jadi Zeti dalam Sembilu lah...nak jadik Puterilah...nak jadik macam awan dania lah...tu yang cepat matang tu kot...


3 comments:

az rina a.k.a jaijina said... [Reply]

samelah, dulu masa 1sttime period, resah gile camne nak kasi tau emak..malu pon ade..

Solihin Zubir said... [Reply]

budak zaman skrg mmg cpat matang..
dan itu agak menakutkan coz budak2 zaman skang, lom cukup umor dh ada yg pndai wat seks! ish.. nauzubillah...

Tomato Gurl's Life said... [Reply]

bdk skang terlalu byk terdedah tue sbb matang sblm usia..

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??