Tuesday, October 12, 2010

hujung minggu di Pontian Johor

Last weekend koi dengan En. Suami, anak2, mak metua serta kakak ipar koi sekeluarga pergi ke Pontian. Fuhhh....kagum betul koi tengok orang tanam nenas kat sana...nenasnya tanam kat laman rumah jer..tapi buahnya besor-besor...laman rumah koi? 3 tahun tak besor besor pokoknyer..


dikelilingi kebun nenas..My En Suami, mak metua koi, anak sedara koi n yg kecik tu Umar Mukhlis...sibuk nak jalan pimpin2 tangan dengan kakak sepupu dia..

Rumah yang kitorang pergi ni dikelilingi kebun nenas...kena jalan sikitlah ke dalam dlm setengah kilo...bolehje bawak kereta masuk...tapi mak metua koi dah menjerit takut, sebab jalannya memang ngam ngam kereta sebijik..

Walaupun koi tak suka makan nenas, tapi bila tengok nenas kat kebun kat Pontian ni....buat koi terliur pulok nak makan nenas. Tapi koi tak suka lepas makan nenas tu nanti lidah koi rasa lidas*. Nak tanam nenas ni bukannya nyer susah sangat...jambul yang ada atas nenas tu...letak ajelah atas tanah...kalau tanahnya sesuai..hidup...kalau tanahnya tak sesuai tak idup..tapi tak pulak mati....menten jer saiznya macam yang koi tanam kat belakang umah koi...


Tanah kat area pontian ni memang jenis tanah hitam yang subur atau tanah gambut. Sampai nak parking kereta hari tu pun terbenam tayar kereta kat tanah hitam tu...takde ke orang nak bagi koi tanah kurnia kat area situ...???

**lidas = rasa gatal pada lidah


0 comments:

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??