Monday, October 18, 2010

kanser payudara....?takutnyerrr...

Ari tu masa lepak2 kat reading station pejabat Harta Bina , UTM, koi terbaca pasal barah payudara dalam majalah Wanita April 1997…uiihh..bapak lamenye dah…pon nak letak kat reading station lagi…??bace jalah…tgh bosan ni…


Koi tertarik nak baca pasal kanser payudara ni pasal kakak ipar koi disyaki menghidapi kanser tu..lepas raya ari tu dah dikorek korek tisu benjolan tu utk ujian, tapi ni dah sebulan berlalu resultnya belum ade lagi...kanser ke…bisul kerr..apa ker…rawatan susulan pon tak ada…benjolan nyer pulak makin hari makin besor…

Lalu mak metua koi suruh ikhtiar melalui kaedah2 tradisional. Tu pasallah kitorang sekeluarga berada di Pontian hujung minggu lepas.

Menurut majalah tersebut, antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko menghidapnya adelah;-
• Wanita yg tidak pernah melahirkan anak atau belum melahirkan anak pertama pada umur lebih 30 tahun
• Wanita yg tidak menyusukan anak
• Wanita yang ahli keluarganya ada sejarah menghidap kanser payudara
• Mula dtg haid awal, sebelum usia 12 tahun
• Putus haid lewat – lepas usia 50 tahun
• Gemok -> BMI lebih 27.5
• Mereka yang suka mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan serta daging

Huhu...faktor risiko yang last sekali tu ternyata meresahkan koi yang suka makan paha ayam goreng berserta kulitnya yang rangup berkrup krup..

Walaubagaimanapun, PSP atau pemeriksaan sendiri payudara boleh menyelamatkan nyawa. Setiap wanita yang berumur 20 tahun ke atas, kena buat PSP secara berkala...sebulan sekali. Yang umo dah 30 tahun pulak kena dapatkan bantuan doktor atau kakitgn perubatan untuk mendapatkan result yang lebih tepat lagi. Macam mana nak buat PSP tu...? haa..kat laman web infosihat ade tulih camne nak buat..siap dengan gambo gambo ’e bagai...

Oleh itu hendaklah kite kite ini peka terhadap sebarang perubahan bentuk, rupa dan warna payudara kite...hehe..boleh gitu? Kalo tak ingat rupenye jangan pulak kite tangkap gambar kerana ianya boleh mengundang padah. Antara tanda2 amaran menatang tu menyerang adalah:
• Benjolah pada breast kita atau ketiak
• Perubahan saiz atau bentuk yang luar biasa pada aset kite tu
• Nipple kite kelihatan tertarik atau terbenam ke dalam
• Dan yang dah agak kronik, keluar lelehan yang luar biasa dari puting susu

Apa yang koi harapkan, kakak ipar koi selamat dari gejala penyakit kanser ni walaupun tanda tanda yang diberikan sudah hampir 70% menyamai gejala mende tu...tp selagi boleh ikhtiar...ikhtiar ajer lah...kesian...kalau masuk spital nak bedah bedah ni...bukannya senang...kerja kilang bukan macam kerja kerajaan...agak ko sakit...asik2 cuti...masuk spital...prestas kerja kurang...hmmm...timbul pulak nanti masalah lain...

Oklah akhirkata...sayangilah aset anda...dan jgn lupa lakukan ujian PSP...untuk mereka yng tersayang.

4 comments:

diana said... [Reply]

semoga akak ipar nafisa cepat la sembuh..
menakutkan la..!

Solihin Zubir said... [Reply]

ishh... takot btoi kalau kena kt bini nnt.. huhu..
mudah-mudahan akak ipar koi selamat.. amin..

dianafisa81 said... [Reply]

diana:mmg menakutkan kak...tgk gambar2 kat hospital pun ngeri

dianafisa81 said... [Reply]

sz:takot kena kat bini?suami mana leh takot...kesian bini...

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??