Saturday, October 2, 2010

kereta raya..

Kelmarin masa koi nak parking kereta nak beli sarapan, tayar kereta koi bergesel dengan kerb…alah batu yang disusun tepi jalan tu…tu la namanya kerb. Koi mmg tak pass kalau parking sisi…hasilnya..sport rim raya yang belum pun berusia sebulan telah mengalami kecederaan..alamak! macam mana nak cakap kat En. Suami koi ni…

gambar hiasan:rim yg cedera kat sebelah penumpang..

Sport rim ni En. Suami baru je pasang masa balik kampung raya ari tu...dia kata pasang kat Segamat murah..kalau kat JB mahal...ni dia pasang RM1600 masuk tayar sekali...

”habis tayar kite tu?kan elok lagi..”

”Tolak kat kedai la...sbb tu dapat RM1600”


Hmmm..Kiranya RM2k jugakla kos sport rim ni...apalah nak bazir duit beli mende ntah hape hape nih..tak pakai sport rim tayar tu berpusing jugak...tapi ni kata2 koi dalam hati jek la..

Belum pun sebulan koi dah calar balarkan sport
rim baru dia...huhu..mesti dia kata koi nak sabotaj dia nanti...tapi bila tgk dari jauh..nampak lawo jugak kereta koi pakai sport rim ni..nampak cam kereta mewah gitu...hahaha...perasan!

Pagi semalam masa nak pergi kerja koi tunjuk k
e En Suami koi...rim dia dah cedera... nasib baik dia tak cakap apa apa...Cuma dia cakap ”mama..mama....”
Sebagai galang gantinya, petang semalam koi p
ergi kedai Brother’s kat taman Universiti tu...konon nak belikan wiper baru, sbb dah keras. Tapi tangan ni gatal betul nak usik itu ini...sudahnya terbeli pulak CD holder dengan pasang apa ntah namanya...orang kedai tu cakap boleh menjimatkan minyak...menggalakkan pembakaran sempurna...apa-apalah...jadinya...,Wiper = RM59, CD holder = RM 23.80 dengan bende nak kasi jimat minyak tu RM68, menjadikan jumlah perbelanjaan yang tak masuk bajet bulanan ialah RM150.80.


CD holder yg tak brape nak ade CD




1 comments:

Solihin Zubir said... [Reply]

sib bek calar je.. kalo tercabut trus rim tu cmne? haha..

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??