Saturday, June 25, 2011

Coklat Gubahan Bunga utk Siti

saje sajelah nak tepek gambar gubahan bunga dari homemade chocalate...gubahan ni koi buatkan khas untuk majlis kawin anak sedara koi minggu lepas...modal nak buat gubahan serupa ini sepert di bawah:
1. 1 kilo coklat Beryl's -RM 15.60
2. sedikit coklat putih - RM 7
3. Pewarna merah (oil based) - RM 3.80
4. lidi lolipop - RM 7.90
5. Mould (acuan) - RM 5
6. bakul - RM 7
7. Bunga - RM 10

lain lain bahan tambahan yang di recycle kat umah..plastic wrapper, span cucuk bunga, dawai ikat plastik balut bunga...kos nyer lebih kurang dalam 60 ringgit la...

coklat tu pulak ade lebih kurang 100 bijik..rasanya kurang 100 la sebab batang lolipop tu satu plastik ade 100. masa gubah jambangan tu anak sedara (including my son) dok keliling bunga tu sambil telan air liur...so atas dasar kemanusiaan, koi pun bagi la sorang sebatang lolichoc tu...







sesapa yang nak dapat khidmat nasihat dari koi cara cara nak buat gubahan bunga lolichoc ni..jangan la malu2 nak bertanya yer....koi sedia nak bagi tutorial secara cincai...hahaha...



coklat compound memang senang nak buat..takyah nak jaga2 suhu..modal pun tak besar sgt...sedap pun sedap jugaklah...walaupun tak leh lawan coklat Ferrero Rocher...tapi okaylah juga nak buat hantaran kawen ker..tunang kerr...doorgift ker..tapi adalah diingatkan anda supaya tidak menggunakan coklat masakan yang biasa terdapat di kedai2 dan minimarket depan rumah anda...ini adalah kerana kualiti rasa coklat tersebut tak sesuai dimakan begitu saja...kalau nak salut2 dengan biskut raya okaylah....

coklat masakan kalau makan rasa dia macam byk minyak sikit...siap melekat2 kat lelangit..kalao orang pahang cakap rasa 'berlemin'..kalau dalam bahasa lain agak susah nak diterangkan...so, kalau pergi kedai jual bahan kek tu..cuba tanya dia coklat jenama Beryl's..pakai jenama Tulip pun okay jugak..tapi koi lagi suka Beryl's....

selamat mencuba..

.

8 comments:

ajumohit said... [Reply]

kreatifnya ko yan..cantik hasil gubahan ko tu...sedapnya aku suke coklat beryls

alinac lover said... [Reply]

heheheh terbaikkk

Anonymous said... [Reply]

NAK TANYE CAMNE NAK CUCUK BATANG PADA BUNGA TU??? N BUNKUS CHOC ROSE TU GUNA APE EA?

Nafisa81 said... [Reply]

boleh rujuk entri saya http://www.aziankhalil.com/2012/03/tangkai-lollichoc.html

Anonymous said... [Reply]

white choc tu plk guna jenama ape..y coklat mskn bese ke cmne...huhu..nk try ni..nk try bt jambangan bunga..then buh satu bear kecik...tuk konvo..

Mencari Yang Satu ^_^ said... [Reply]

macam mane saya boleh contact akak? untuk belajar cara membuat gubahan coklat bunga ni

Mencari Yang Satu ^_^ said... [Reply]


Assalam.. saya Sha..
Saya nak tahu bila ada kelas coklat?
Di mana?
Boleh akak kasi saya nombor akak?

nini said... [Reply]

amboiiii sedapnya

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??