Thursday, April 26, 2012

jom kira pasir dan crusher run



Dear Encik Raffi...koi dah kirakan untuk aok...huh...projek apa nih??tebalnyer nak backfill crusher run..sampai lebih 2 kaki...kaya amat bos aok ni...

Wednesday, April 25, 2012

Thursday, April 19, 2012

12 penipuan popular...





12 penipuan popular (Metro Ahad 4 Mac 2007)

Sikap tamak punca ditipu dengan air liur;oleh JAMILUL ANBIA MOHD DENIN

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis taktik paling popular yang digunakan golongan penjenayah kolar putih. Dengan jumlah kerugian membabitkan RM16.5 juta sepanjang tahun lalu, Timbalan Pengarah II (JSJK) Bukit Aman, Datuk Abdul Razak Ab Ghani, menyifatkan kes jenayah penipuan di Negara ini membimbangkan, manakala taktik penipuan semakin licik dan canggih.

"Saya ber pendapat sikap tamak masyarakat menjadi punca utama gejala penipuan terancang sukar dibenteras sepenuhnya,

Biarpun tahap pendidikan rakyat kita membanggakan, namun kerana wang mereka mudah gelap mata hingga ramai ditipu dengan air liur sahaja.,"katanya.

Dua belas taktik penipuan paling popular sepanjang 2006 adalah seperti berikut:
________________________________

1)Taktik: Jual beli tanah
Jumlah kes: 79
Jumlah kerugian: RM4.6 juta

Modus operandi:

Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh.

Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2) Taktik: Bomoh buang sial
Jumlah kes:120
Jumlah kerugian:RM2.8 juta

Modus operandi:

Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

3) Taktik:Jual beli kereta
Jumlah kes:71
Jumlah kerugian:RM2.1 juta

Modus operandi:

Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan
menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank.

Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas.Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

4) Taktik: Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Jumlah kes: 45
Jumlah kerugian: RM1.6 juta

Modus operandi:

Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang.Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000.

Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan.

Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

5) Taktik: Menang hadiah utama loteri
Jumlah kes:135
Jumlah kerugian:RM1.3 juta

Modus operandi:

Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama loteri enam digit. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10, 000.Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000.

Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

6) Taktik: Beli barang runcit dengan cek palsu
Jumlah kes:63
Jumlah kerugian:RM1.3 juta

Modus operandi:

Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus ditubuhkan.

Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

7)Taktik:Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Jumlah kes:106
Jumlah kerugian:RM782,510

Modus operandi:

Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit,kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun,penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

8)Taktik:Menang peraduan Akademi Fantasia 4 (Af4)
Jumlah kes:330
Jumlah kerugian:RM700,000

Modus operandi:

Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan AF4 sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu.Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan.Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat.

9)Taktik:Gores dan menang
Jumlah kes:53
Jumlah kerugian:RM281,334

Modus operandi:

Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah,kedai atau tempat awam.Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai.

Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu.

Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

10)taktik:Tawaran pakej haji dan umrah
Jumlah kes:13
Jumlah kerugian: RM264,000

Modus operandi:

Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat.Namun,selepas mangsa membuat bayaran,pakej ditawarkan didapati tidak wujud.

Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

11)Taktik: Tawaran bantuan kebajikan
dan rumah kos rendah
Jumlah kes:45

Jumlah kerugian:RM178,000

Modus operandi:

Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah kos rendah pada harga potongan lebih
70 peratus. Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah.

Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa  diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12)Taktik:Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau
Jumlah kes:6
Jumlah kerugian:RM161,000

Modus operandi:

Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang  tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.



rasanya kat kampung2 ada lagi penipuan macam ni...yg kat bandar2 byk kena melalui internet...so, berhati hati dan mintak dijauhkanlah..

Wednesday, April 18, 2012

Y Pad


Harga :RM35.90.

kadar kepuasan: 
boleh la...Si adik sangat2 suka ...si abang pulak sebelah mata pun tak pandang...boleh nyanyi2 ABC, One Two Three...bila tekan boleh bunyi huruf..boleh tukar sebut words..boleh spelling...sbb abang kitorang dah terbagi pakai PC..laptop..hp touch screen.takat ipad tampal kertas dah tak ingin...masa mula2 bagi adik..siap bawak tido...

kadar ketahanan: 
belum teruji sbb si adik mok masih sayangkannya..so takdelah nak baling2 atau campak2...

komen ibu:
bolehla..kalau tak asik tengok katun ajer...

tak kuat pakai beteri...korang nak beli..koi boleh belikan dulu..tp takde ready stock..kena order...

WORDLESS WED : once upon a time...


Thursday, April 12, 2012

Taman Hutan Bandar Mutiara Rini

 aktiviti petang hari cuti biasanya kitorg pegi lepak lepak layan anak2 kat hutan bandar MPJBT kat Mutiara Rini...setakat ni agak memuaskanlah...bersih...terjaga...luas..byk pilihan permainan...tapi adala beberapa perkara kadang2 koi pelik dengan sikap manusia kat bandar ni..taula pergi hutan bandar..tapi janganlah perangai hutan di bawak ke situ...

yang pertama sekali, sampah..koi tak sempat nak snap gambar sampah sbb en suami koi kata...koi ni dah macam wartawan bebas dah...hahaha...lama2 koi segan pulak...walaupun macam mana byk pun tong sampah disediakan MPJBT, tetap pengunjung tak masukkan sampah dalam tong tu...kena jalan 10 tapak pun malas...

yang keduanya...main permainan yang tak sesuai dengan usia dan saiz badan,..budak2 kecik dok merengek nak main buaian...yang tgh mainnya mak-bapak budak...tak ke punah mainan kat situ kalau dah yg naik mainan tu overload...design permainan tu utk kanak2..kalau org dewasa yang naik..tak panjang la hayat permainan tu...pastu kalau rosak...ngadu pulak..permainan MPJBT tak jaga...bahaya kat anak anak

bukan takat MPJBT yang kena jaga....kita pengguna ni yang kena lebih2 menjaganya..benda dah disediakan...tinggal nak pakai free aje..jagala memolek... tgk contoh kat bawah ni..

sebab anak koi nak main..koi pergi la mintak..dia bangun tapi buat muka tak puas hati pulak. Nak jer koi jerkah  "apasal? tak puas hati??"
tapi sebagai ibu, koi kena la tunjuk contoh yang baik kat anak2..silap2 karang anak koi pun buat cenggitu jugeh...jahat ker koi taruk gambar2 ni semua..bukan apa...hanyalah sebagai peringatan untuk koi..aok..aokme..deme..sesapa juge yang terbaca...sama samalah kita menjaga harta benda awam...






Monday, April 9, 2012

Kecanggihan adakalanya Mengaibkan

kecanggihan dunia teknologi dan maklumat hari ni agak menakutkan. terlalu banyak rakaman rakaman aksi yang tak sepatutnya tersiar dalam internet. Selebriti, VIP, Menteri, pelajar, ahh..sesapa ajelah..tak terkecuali..bila bila dan di mana saje boleh menjadi mangsa. Kadang2 pelik juga apa ke sengal sangat budak pompuan skang ni...biar kan ajer pakwe masing2 rakam aksi2 terlarang...rupanya dorng sendiri tak tahu aksi2 sensored tu dah dirakam. sbb cara nak rakam sama ada dlm bentuk statik mahupun dinamik boleh dilakukan dengan pelbagai jenis peranti yang mana kita sendiri takkan sangka.

dulu2 bila tgk movie, zaman james bond...ejen nora zain...badshaah..rasa macam apa la diorng ni..berangan macam2..adeke pen boleh jadi kamera...jam boleh jadik bom...rupanya seiring dengan peredaran masa semua tu boleh terjadi...skang ni mmg dah betul2 ada ujud menda2 tu semua.

antara peranti yang kita kena hati2 adalah:


smoke detector atau heat detector. alat untuk mengesan asap atau suhu jika berlakunya kebakaran.


jam meja, jam dinding
alarm kereta ..kunci kereta
pen pun ade kamera

jam tangan


cermin mata pun ade tau..yg ni lagi bahaya...


harga menda mende ni pulak takdelah mahal sangat..seuanya berada di paras mampu milik...so, skang kena lebih berhati hatilah...kalau dapat bila berada di hotel, chalet, homestay, rumah tumpangan atau terkecuali rumah sendiri..kita kena tengok2 jugak...agak2 lain macam ajer...baik selidik.


Friday, April 6, 2012

Telekung Travel Warna Purple Yang Cantik...

koi baru beli jer, telekung travel ni..terguda sebab cumel amat. kecik jer...tak sampai separuh saiz majalah pun..boleh la nak bawak ke site...senang sikit..takla penuh beg kerja koi. skang ni pun rupanye dah macam beg orang nak pergi hiking.

tapi kegembiraan koi menerima telekung travel tu tak kekal lama bilamana koi serlung masuk je telekung tu...kaki dgn tangan koi berada di luar telekung...hihihi..kecik amat...huhuhu...tapi encik suami koi kata...bukan telekung tu kecik..koi yang besar... hmm..benda yg cantik2 ni hanya untuk org yang comel lotte ker???makanya...kemungkinan besar telekung tu akan dimiliki ibu mertuaku..yelah nak bagi mak sendiri...dah sah sah mak koi sama saiz jer dengan koi...dah la kain jenis yang sgt ringan dan nipis...sekali koi sujud..mau prakkkkkk...haaa..rabak free jer...bukan nak kata kain dia takde kualiti...ini hanyalah kebimbangan koi sendiri jer...dr segi warnanya..mmg koi sgt suka...dan koi sgt terkilan bila tak dapat pakai..mmg la boleh pakai stokin..tp skang ni pokoknya koi nak mengurangkan kadar muatan beg...dgn nak bawak stokin solat bagai..baik koi bawak hak tutup kaki...

walaubagaimanapun..harap harap mak mertua koi gumbira menerimanya...


Thursday, April 5, 2012

Si Manis berlapis...


mula mula tak perasan sapa yg dengan elly mazlein ni...bila tanya Abang Ayai..dia kata tu Haiza...yang nyanyi lagi Dangdut tu Dag Dig Dug...cantikkan dia sekarang..lepas dia cabut gigi besi dia tu nampak cantik sangat...tp ni bukan bermakna orang gigi berlapis tak cantik...biasanya orang gigi berlapis ni manis. kena pulak yang berlapis tu tang gigi taring kan...mmg manis...tapi kalau gigi berlapis tu sampai mencacatkan cara makan, penampilan, cara pertuturan..rasanya eloklah diperbetulkan.tapi nak perbetulkan..hmm...mahal tu...

adik bongsu koi menghadapi masalah gigi berlapis yang kronik yang mana gigi taringnya tumbuh lagi sebatang belakang gigi taring sedia ada.. susah nak jaga...nak kena cungkil semua sisa makanan yang terselit dan gosok betul2 sampai bersih...klinik gigi kata nak kena buat minor surgery untuk keluarkan gigi tu...oppsss...surgery...??tu yang dia takut sangat tu...

Alhamdulillah koi tak berhadapan dengan masalah gigi depan yang berlapis. Gigi depan koi, walaupun tu berapa lurus, tapi taklah sampai terkeluar dari landasan..heheh..apapun kalau muka je manis pun tak guna juga...pertuturan kena la manis jugak...tutur kata, budi bahasa, kalau tak terlalu manis pun takpe..at least menjaga adab agar tak kelihatan biadap atau kurang sopan di khalayak...

Tuesday, April 3, 2012

peraduan kumpul huruf dan Menang Dutch lady..

korang perasan tak ada air kotak Dutch lady yang satu jenis tulis Kids, satu lagi tulis School. haa...beli air kotak tu..pastu kumpul2 huruf untuk form perkataan LESS sugar atau CALCIUM atau OMEGA...setelah susah payah berpenat lelah koi mengumpul huruf, bila baca lagi sekali borang peraduan...sekali dia mintak barcode sekali sebagi bukti pembelian daa..mana nak cari..semua koi dah humban dalam tong sampah...haduuu....

sia sia koi mengumpul huruf tu semua...adeh keciwa...nasib baik anak2 koi memang sukakan air tu..kalau takat beli yang kotak kecik Kids tu..hehe...senapas je dah bunyi slurppp...habis...jadik tak rugi apa apalah...lepas ni semua jenis biskut, air kotak, jajan, susu, diaperrs nak kena simpan barcodenya..

sama la macam Lampin pakia buang Drypers..koi dok kumpul mata ganjaran yang ada kat polybag dia..rupanya dia suruh collect barkod..chehh..buang karang...dah banyak pulak tu...sempat simpan 4 ke 5 keping aje ari tu...skang si Abang Mukhlis dah tak pakai diapers..so pembelian Drypers dah kurang sikit la...


jom masuk kumpul huruf ni...kalau nak best..jom kita tukar2 huruf nakkk??

Klik! Klik!

Post Terhangat