Monday, December 31, 2012

Cukup Sudah Terlebih..

Koi dah agak dah...mesti ade yang berubah lagi...tengokla tuh...Hari Jumat masa koi balik lain rupe..Hari Isnin koi datang dah lain pulak rupa..siap bunga plastik dan potpouri burner dan beralas tiles pulak

Jumaat - 28-12-2012


Isnin 31-12-2012


Minggu depan taktau apa pulak nak berubah lagi ni. Ape-apelah...jangan meja melekat kat atas siling udah...

Sunday, December 30, 2012

Belajar Jahit Secara Formal

siang tadi koi pergi kelas belajar menjahit di BBU . Kelas di buat di rumah cikgu tersebut. Buat permulaan ni koi ambik Pekej 1 yang mengandungi perkara2 asas jahitan. Haa..kat bawah ni silibus bagi Pakej 1. Kelas pagi tadi bermula jam 9.00 pagi sampai 12.00 tgh hari. 3 jam untuk satu sesi

PAKEJ 1
 
Kursus jahitan Pakaian Wanita Asas:

Kursus ini khusus bagi mereka yg langsung tidak tahu mengenai jahitan, terutama jahitan pakaian. Bagi mereka yg telah pun mempunyai asas, juga digalakkan mengikuti lursus di peringkat ini bagi menambah pengetahuan. Subjek-subjeknya adalah:
a. Mengenali jahitan tangan
b. Mengenali Mesin Jahit
c. Cara-cara mengukur badan
d. Melakar pola
e. Cara menyusun pola pada kain dgn ira yg betul
f. Cara mengunting  kain dgn betul
g. Paten : Baju kurung moden & kain potong A

Untuk hari ni koi dah belajar sampai dari a sampai d. Next class kena bawak kain untuk start susun pola pada kain dan gunting. Hihihi..seronoknya...

Koi pernah jahit baju kurung koi sendiri, jahit baju Melayu Johor utk anak2 dan suami..tapi buat ikut contoh baju sedia ada. Buat pun main belasah ajer, takde undang2. Utk Suami pulak, baju jer ada, seluar takde sebab koi tok pandai jahit seluar lelaki dewasa. Kalau seluar anak2 bawah umur tu bolehla...cerut getah keliling jer...

Untuk Pakej 1 ni..akan belajar 1 jenis baju shj iaitu Baju Kurung Moden lengkap dgn kain potongan A. Koi tanya jugak apesal kena buat baju ni? Cikgu tu kata, Baju kurung moden adalah asas kepada lain lain baju berfesyen seperti kebaya, dress, kurung pesak, jubah dll. Yelah..dgn perut koi yang dah agak membulat ni...bila ukuran diterjemahkan atas pola, dah tak nampak bentuk kurung moden dah.

Walaupun koi takde niat nak jadi tukang jahit, tapi bila tgk baju melayu kanak-kanak berharga RM49.90 sepasang. Koi rasa baik la koi jahit sendiri jer....Bayangkan 2 pasang baju Melayu kanak-kanak dah RM100. Pakainya pulak di pagi hari raya jer...menjelang tgh hari dah tinggal seluar je..baju, songkok, sampin semua dah hilang nah ke mana. Koi rasa amat tidak praktikal untuk keluarga berpendapatan sederhana macam koi ni. So apa lagi....deme tak moh join belajar menjahit?? 

Friday, December 28, 2012

Terlebih Sudah...

Apa yang terlebih?? Terlebih rajin akak koi kat opis ni. Pantang ada masa dan ruang yang terlebih..terus dia terlebih rajin. Hari ni waktu rehat sempat dia mengemas opis..koi? koi update blog jer time rehat hari jumaat ni,...tengoklah tu...baru 3 hari lepas dia ubah kedudukan kerusi tu hari dah berubah lagi...nasib baik pintu opis ni berat + berskru..kalau tak dah habis kena pindah tempat.


Meja koi betul2 menghadap ruang tamu ofis ni. gambar ni diambil tanpa berganjak seinci pun dari workspace koi. Selain dari ubah kedudukan kerusi dan meja kopi kat depan koi ni...Sempat juga create mini landskap kat sudut opis ni..kalau harapkan koi mmg mintak ampun mintak maafla yer...pasu bunga kat rumah pun En Suami koi yang tolong susunkan...tapi taman mini ni masih dalam pembinaan. Nanti minggu depan silap-silap dah beranak pinak agaknya pokok kat depan ni. nanti minggu depan koi bagi progress report yer...


Wednesday, December 26, 2012

Musim Pengantin Baru...

Ibu mana yang tak kecewa bila diketepikan anak kandung dalam urusan perkahwinan. Kahwin ni bukan satu benda yang main-main. Hampir semua ibu mengharapkan yang majlis perkahwinan yang sempurna dan meriah diraikan sanak saudara kerana itulas masa ibu2 kita ni bertemu sanak saudara dan rakan taulan. Bukan semua ibu bapak mengharapkan majlis gemilang 3 hari 3 malam berarak 3 km pun...

tapi bila anak gadis kahwin sorok2...dan bila dah kahwin baru nak minta restu... ibu mana yang tak sakit hati. Bila dah kahwin...memanglah patuh kepada suami tu menjadi kewajipan. tp sebelum semua itu bermula....bukankah patuh kepada ibu bapa tu menjadi tanggungjawab utama.

Bukan apa sekadar mengulas kisah muka depan metro semalam. Kisah seorang pelakon drama tv berkahwin tanpa pengetahuan ibunya mengundang rasa kesal di hati ibunya. Kesiankannn. memanglah dah jodoh dia... tapi apalah makna hidup bahagia bersama suami tapi pada masa yang sama melukakan hati ibu dan adik beradik yang lain. Adoi jangan cakap banyak2...adik pompuan koi belum kawen lagi...

Apapun...semoga ibu pelakon itu merestui dan menerima seadanya jodoh yang telah ditetapkan untuk anaknya. Kerana doa seorang ibu itu amatlah makbul..lebih2 lagi dalam kes ni beliau adalah ibu yang teraniaya....Semoga kita semua dijauhkan Allah dari perkara2 seperti ini.

Gambar hiasan

Tuesday, December 25, 2012

Cikgu Rania 2 (Siri 24): Aduhai mama!

Oleh Samsiah Mohd Nor

SEPANJANG minggu itu perang dingin melingkari hubungan mereka. Bermula daripada pertelingkahan kecil di dalam kereta semasa menuju ke Melaka tempoh hari dan berlarutan pula dengan pelbagai insiden yang berlaku di rumah.
Rania makin memencilkan diri di dalam kamarnya. Sesekali dia terkenang peristiwa pahit yang berlaku di sekolah. Situasi tersebut makin memburukkan keadaan. Kes Shahir Fikri belum bertemu titik sudah. Tindakan gantung sekolah yang dikenakan terhadapnya ditarik semula setelah ayahnya bertemu Penolong Kanan HEM dan membuat surat rayuan. Para guru tidak berpuas hati dan mendesak Rania untuk tampil mempertahankan haknya sebagai guru yang dibiadapi.

“Dah sumpah seranah cikgu macam-macam boleh kekal lagi kat sekolah ni,” rungut Cikgu Adirah dengan muka masam kelat.

“Tunggulah, nanti lagi ramai yang akan ikut jejak langkahnya. Biadap pada guru! Baik Ren buat laporan di Bilik Disiplin. Kurang ajar pada guru, 20 markah meritnya,” nasihat Cikgu Fatimah pula.

Bingit Rania memikirkannya. Dia malas memikul bebanan itu. Malah, Penolong Kanan HEM pun telah bersemuka dengannya. Namun, diserahkan pada Penolong Kanan HEM untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Hati cikgu terguris ya?” tanya Cikgu Mustafa.

Hampir menitik air matanya ditegur sedemikian oleh Cikgu Mustafa. Mahunya tidak terguris setelah disumpah seranah oleh seorang manusia bergelar murid.

Ah! Malas dikenang-kenang. Fikirannya sedang kusut kala itu. Rania masukkan buku-buku yang ditanda di dalam beg manakala yang belum bertanda disusun di tepi meja. Penat menanda, Rania menggeliat lalu menghampiri jendela di kamarnya. Terpandang olehnya Ummar Qayyum bersama Rais dan Murni sedang bersantai di laman. Hati Rania berdetik melihat kemesraan antara Ummar Qayyum dengan Murni. Kedua-duanya sedang mengagah Fahim manakala Rais memerhati.

Kemudian, Rania nampak Ummar Qayyum mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan melihat sesuatu di skrin telefon. Seketika kemudian, dia beredar dari kumpulan itu. Hati Rania berdebar. Dapat dilihat raut serius Ummar Qayyum sewaktu berbincang dengan si pemanggil. Sedang bercakap dengan siapa Ummar Qayyum? Adakah Ummi Kalthum? Kalau betul, apa lagi mahunya? Rania rasa geram mendadak. Kerana marah, Rania turun menyaingi kumpulan itu dengan wajah masam. Melihat Rania menjeling padanya, Ummar Qayyum segera menghentikan perbualan.

“Siapa yang telefon abang?” Serius nada suara Rania bertanya.

Rais bersama Murni berpandangan. Agak terkejut dengan soalan bernada tegas daripada Rania. Serba-salah Ummar Qayyum mahu menjawab. Dia tidak menduga akan ditanya oleh Rania soalan itu di hadapan Rais dan Murni.

“Kawan abang,” sahutnya dengan wajah berbalam. Cara Rania menegur agak keterlaluan.

“Kawan abang yang mana?” tanya Rania lagi. Dadanya kian berombak. Sakit hatinya tidak terkawal kali ini.

Ummar Qayyum pandang Murni bersama Rais silih berganti. Keselesaannya diregut. Ego lelakinya dicabar. Akhir-akhir ini Rania suka buat perangai. Perkara kecil diperbesar. Ummar Qayyum menahan kesabarannya.

“Jom Ren, kita berbual di dalam,” ajaknya masih dengan suara terkawal.

“Tak payah kat dalam. Kat sini pun tak apa. Tak ada apa pun nak rahsia-rahsia. Ini semua adik-beradik,” getus Rania.

Makin serba-salah Ummar Qayyum dibuatnya. Dadanya semakin bergelora melihatkan tingkah Rania yang seperti mencabarnya.

“Siapa yang telefon abang tadi?” tekan Rania. Suaranya makin meninggi. “Ummi Kalthum kan?” serkap Rania.

Mendadak air muka Ummar Qayyum berubah. Dia segankan Rais bersama Murni yang ada bersama mereka.

“Ren, tak payahlah Ren jerit-jerit,” tegur Ummar Qayyum.

“Ren tanya baik-baik, jawab sajalah.”

“Ummi Kalthum,” sahut Ummar Qayyum dengan harapan Rania akan berpuas hati.

“Ohh, perempuan tu lagi. Dari minggu lepas dia asyik call abang, kenapa? Nak beritahu apa pula kali ni? Tak dapat hadir alumni beritahu abang, tak dapat itu ini semua nak beritahu abang juga. Mana pergi suami dia sampai semua nak beritahu abang?” Rania membentak.

Kesabarannya semakin menipis. Dia tidak suka perempuan bernama Ummi Kalthum yang selalu sangat menghubungi Ummar Qayyum.

“Kenapa Ren ni? Sejak bila Ren berubah jadi macam ni?”

“Abang baru kenal Ren ke? Sekian lama Ren memang macam ni...,” akui Rania dengan senyuman mengejek.

Puas hatinya dapat membuatkan muka Ummar Qayyum berubah rona. Sesudah berumah tangga, ramai pula perempuan yang mengadu hal dan kisah pada Ummar Qayyum. Siapa Ummar Qayyum ini? Sebelum bernikah banyak sangat kisah dengan Murni. Selepas bernikah Ummi Kalthum pula! Siapa lagi selain daripada perempuan berdua ini? Rania menjeling lagi!

“Ren, boleh kita bincang di dalam?”

Rania mendengus. Dia berpeluk tubuh dengan wajah masam mencuka. Melihat situasi yang agak tegang, Rais mengajak Murni beredar. Ikutkan hati, Murni mahu berada di situ dan mendengar perang dingin yang berlaku antara pasangan pengantin yang masih baru itu, tapi dia terpaksa akur dengan arahan Rais.

Oh, perahu layar milik mereka sedang berkocak di tengah samudera, eloklah tu, mudah sikit untuk aku main peranan, bisik Murni sendiri sambil memangku Fahim yang sudah terlelap. Murni letakkan Fahim di katil bayi di ruang tamu kedua. Ruang tamu itu lebih kecil daripada ruang tamu utama, tetapi lebih selesa bagi Murni kerana agak terlindung. Rais duduk di sofa tiga dudukan yang letaknya tidak jauh dari katil bayi. Rais mengeluh.

“Saya rasa kita perlu tangguhkan dulu tentang apa yang saya bincangkan dengan awak hari tu,” kata Rais.

Murni terdiam sejenak. Dia tidak memberikan sebarang reaksi atas kata-kata Rais.

“Awak dengar tak apa yang saya kata?”

“Awak rasa awak tak perlu berbincang dengan saya dulu sebelum awak buat keputusan itu?” tanya Murni berani. Dia rasa dia perlu bersuara juga. Rais terkejut mendengar kata-kata Murni.

“Maksud awak?”

“Saya tahu saya orang terbuang di rumah ini, tapi saya rasa saya berhak bercakap juga.”

“Cakaplah...”

“Masa awak nak menikahi saya dulu, awak dan keluarga awak tak langsung bertanya pada saya, tapi terus buat keputusan...”

“Apa awak cakap ni?”potong Rais. “Awak patut berterima kasih sebab keluarga saya terima awak.”

“Saya minta pertolongan awak dan keluarga awak ke?”

“Murni, awak lupa awak hampir membunuh bayi yang sedang awak kandung masa saya jumpa awak di klinik tu?”

“Lepas semua selesai, awak nak bunuh saya pula? “

“Apa maksud awak?” Terangkat kening Rais mendengarnya.

“Awak pernah terfikir tentang saya bila awak nak buat keputusan menceraikan saya?”

“Kan saya dah kata dulu saya berkahwin dengan awak sebab saya nak selamatkan bayi itu, sekarang Fahim dah selamat dilahirkan...”

“Jadi awak sekeluarga dah tak perlukan saya lagi dan nak buang saya?”

“Saya nak awak mulakan hidup baru.”

“Hidup baru saya sudah bermula di rumah ini,” tekan Murni Rais pandang Murni tidak percaya. “Awak sedar apa yang awak cakap? Saya berjanji saya akan bantu awak melahirkan Fahim...”

“Lepas Fahim selamat dilahirkan, awak nak bunuh saya pula?” ulang Murni lagi.

“Apa awak merepek ni Murni?”

“Saya nak ke mana lepas kena cerai dengan awak?”

“Saya dah janji akan carikan awak kerja dan rumah sewa. Awak boleh tinggalkan Fahim di sini kalau awak tak mampu nak jaga dia. Emak saya boleh jaga.”

“Semudah itu awak nak pisahkan saya dengan Fahim?”

“Masa awak nak buang dia dulu awak tak ingat?”

“Kalau saya buang dia dulu, masalah saya tak berpanjangan seperti ini. Kalau saya gugurkan dia, saya tak perlu kahwin dengan awak hanya semata-mata untuk diceraikan. Selepas bertaraf janda, awak ingat senang ke untuk saya menjalani kehidupan selepas ini? Maruah saya sebagai janda adakah semudah seperti seorang gadis? Kalau saya jumpa seseorang, semudah itukah saya akan diterima dengan taraf janda beranak satu seperti saya ini?” kata-kata Murni tegas dan keras.

“Apa awak mahu?”

“Awak tengok Ren, tanpa sebab yang munasabah pun, dia boleh tunjuk belang depan saya dan awak. Dia boleh menyoal suaminya depan kita tanpa segan silu pada kita. Awak nak saya buat macam Ren?”

“Masalah mereka tak ada kena-mengena dengan kita,” bentak Rais.

“Sekurang-kurangnya awak bertimbang rasa sikit dengan saya seperti mana Abang Qayyum begitu bertolak ansur dengan Ren.”

Rais terpana. Sedikit pun dia tidak menyangka Murni akan mempertikaikan keputusannya untuk bercerai. Sangkanya Murni tidak kisah.

“Jadi apa yang awak nak?” tanya Rais balik.

“Saya tahu saya tak berhak nak persoalkan tentang hati awak, tapi saya nak tahu kenapa awak nak ceraikan saya,” tanya Murni.

Puan Sri Zalia yang baru hendak masuk ke ruang tamu kedua itu terdengar akan kata-kata Murni. Dia terperanjat. Wajahnya berkerut. Dia berdiri di tepi ruangan masuk tanpa disedari oleh orang berdua itu. Tadi, dia perasan Ummar Qayyum bersama Rania sedang bermasam muka di laman, kali ini giliran Rais dengan Murni pula. Sampai hendak bercerai-berai pula orang berdua ini! Apa sudah jadi pada semua orang dalam rumah ini? Sudahlah hubungannya dengan suami semakin dingin hari ke hari, kini menjangkiti anak-anak pula. Ya Allah!
Bantulah keluarga ini. Hindarkanlah keluarga ini daripada duka nestapa!

“Perlu ke saya beritahu alasan saya pada awak?” Terdengar lagi suara Rais memecah gegendang telinganya. Puan Sri Zalia menahan nafas.

“Saya tahu diri saya. Saya sedar. Kerana itu, saya tak pernah pertikaikan tindakan awak selama ini walaupun awak tak pernah melayan saya seperti seorang isteri. Awak abaikan saya. Awak tak pernah sentuh saya, tapi saya akur. Saya reda dan pasrah kalau awak tak sudi nak tengok saya pun. Saya telan semuanya dengan harapan suatu hari nanti awak akan terima saya seadanya, tapi saya tak pernah menyangka awak berniat menceraikan saya setelah Fahim selamat dilahirkan,” rintih Murni.

“Awak patut tahu kenapa saya berkahwin dengan awak dulu,” tukas Rais.

Kerana malu, Murni tidak menjawab. Air matanya bergenang sudah.

“Tak perlulah awak nak pertikaikan keputusan saya.”

“Saya tahu siapa saya di rumah ini, tapi sekurang-kurangnya berilah peluang pada saya...” Rintihan Murni membuatkan Puan Sri Zalia berasa seperti ada tusukan pisau mengenai dadanya. Kasihan Murni.

“Peluang apa? Saya dah korbankan masa saya untuk selamatkan awak dan Fahim dulu.”

“Sampai hati awak,” rintih Murni lagi.

“Apa masalahnya ni Rais?” Puan Sri Zalia tiba-tiba mencelah. Dia sudah tidak tahan mendengar cerita di sebalik dinding pemisah. Mereka berdua dihampiri. Dia mahu bersemuka dengan anak menantunya. Kedua-duanya terkejut disergah Puan Sri Zalia. Murni menyeka air matanya yang sudah menitis di pipi. Rais membatu.

“Kat luar sana Ren dengan Qayyum bertelagah. Kat dalam ni kamu dengan Murni bertegang urat. Apa kena dengan kamu semua ni? Hah kamu Rais, mama dengar kamu nak ceraikan Murni. Betul?” tanya Puan Sri Zalia lagi.

Rais tidak angkat mukanya. Tiba-tiba dia berasa malu alah dengan ibunya.

“Mama tanya, betul ke kamu ada rancangan nak menceraikan Murni?” sergah Puan Sri Zalia.

Rais angguk. Puan Sri Zalia menggelengkan kepalanya. Dia duduk di sebuah kerusi kayu jati di sisinya.

“Bila agaknya kamu nak belajar jadi dewasa? Dulu, kamu yang nak berkahwin dengan Murni. Tidak ada siapa yang paksa. Sekarang, nak bercerai pula? Mazhab mana yang kamu pakai ni, Rais?”

Rais tetap membatukan diri.

“Beritahu pada mama kenapa kamu nak ceraikan Murni? Beritahu mama sekarang.”

“Saya nak mulakan hidup baru...” jawab Rais perlahan.

“Kenapa? Selama ni kamu tak ada kehidupan? Dah elok-elok duduk berumah tangga, hendak bercerai-berai pula,” tengking Puan Sri Zalia. “Masa kamu baca akad nikah hari tu, kamu dah lupa apa janji-janji kamu?”

“Mama pun tahu kenapa saya kahwin dengan Murni dulu kan? Kami tertangkap. Mama tak lupakan?”

“Mama tak lupa dan mama juga ingat tak ada siapa yang paksa kamu nikah dengan Murni,” bentak Puan Sri Zalia.

“Memang tak ada siapa yang paksa saya. Tapi saya nikah dengan dia sebab saya nak elakkan dia daripada gugurkan kandungannya. Sekarang semuanya dah selamat, saya nak mulakan hidup baru saya.”

“Dengan cara menceraikan dia? Kenapa perlu ceraikan Murni kalau nak mulakan hidup baru sekali pun?”

Rais hilang kata-kata. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab sergahan ibunya.
“Beritahu pada mama.”

“Boleh kami selesaikan masalah kami sendiri mama?” pohon Rais.

“Boleh kalau tak berakhir dengan cerai-berai,” Puan Sri Zalia memberi isyarat.

Rais mendengus. “Saya nak mulakan hidup saya mama.”

“Siapa yang halang kamu? Mulakanlah kalau nak mulakan...”

“Saya nak kahwin dengan orang lain,” kata Rais tiba-tiba. Terkejut Puan Sri Zalia mendengarnya. Murni angkat mukanya yang basah.

“Oh, nak kahwin dengan orang lain, sebab tu nak ceraikan Murni?” Puan Sri Zalia seperti mengejek.

Rais ketap bibirnya.

“Kenapa dulu gatal-gatal kahwin dengan Murni kalau nak ceraikan dia?” ulang Puan Sri Zalia seraya mengurut dadanya.

Keadaan sepi sejenak. Makcik Rohaya hampiri ruang tamu kedua lalu jengah ke ruang tamu dengan wajah keliru, tetapi diminta pergi oleh Puan Sri Zalia dengan bahasa isyarat.

Makcik Rohaya menghilangkan diri. Puan Sri Zalia masih menggosok-gosok dadanya yang berasa ketat. Kalau dahulu, Rais mahu menceraikan Murni, mungkin dialah yang paling bahagia dan akan menyokongnya. Tapi sekarang keadaan sudah berbeza. Dia sudah menerima Murni dengan sepenuh jiwa. Semakin dia mengenali Murni, perasaan sayangnya sudah tumbuh. Tambah-tambah dengan kehadiran Fahim yang comel dan montel itu.

“Kenapa kamu nak menceraikan Murni kalau pun kamu nak kahwin dengan orang lain Rais?” Suara Puan Sri Zalia mulai mengendur.

Rais lemparkan pandangannya ke luar jendela. Hatinya merintih.

“Kamu nak kahwin dengan siapa?”

“Saya nak kahwin dengan Ros Ilyani,” kata Rais perlahan.

Sudah diduga oleh Puan Sri Zalia akan jawapan Rais. Dia memejamkan matanya seketika. Dadanya berasa semakin ketat. Kalau dulu Rais mendengar kata-kata aku, takkan jadi seperti ini. Kenapa dulu saja kau tak kahwin dengan Ros Ilyani? Kenapa perlu sakitkan hati Murni bila dia dah sah menjadi isteri kau Rais? Berkata hati kecil Puan Sri Zalia.

Esakan Murni kedengaran. Fahim yang tadinya lena di katil kecilnya sudah mulai merengek. Bagaikan dapat merasa badai dan gelora yang menimpa si ibu. Murni hampiri katil bayinya.

“Kalau kamu nak kahwin dengan Ros Ilyani, kamu kahwinlah, tapi jangan ceraikan Murni,” arah Puan Sri Zalia.

Rais terkulat-kulat sedang Murni sudah pun mengendong bayinya lalu keluar dari ruang tamu kedua.

“Kamu tak kasihan tu?” Juih Puan Sri Zalia merujuk pada Murni yang telah membawa diri entah ke mana.

Rais diam juga.

“Ros Ilyani dah tahu hajat hati kau?”

“Lepas selesai hal saya dengan Murni, saya akan bincang dengan Ros Ilyani.”

“Kamu ingat semudah itu Ros Ilyani akan terima kamu kalau kamu ceraikan Murni?” tanya Puan Sri Zalia dengan nafas yang mulai tersekat-sekat.

Rais terdiam. Dia tidak mengerti, malah dia sendiri belum pasti apa akan berlaku pada masa hadapan, tetapi dia yakin Ros Ilyani akan menerimanya. Sudah dua kali hajatnya untuk memperisterikan Ros Ilyani tidak tercapai. Dahulu Haryati potong jalan. Selepas itu Murni pula jadi rintangan. Sekarang, tiada apa-apa lagi yang akan melintanginya. Dia yakin Ros Ilyani tidak keberatan, tapi dia tidak faham akan maksud ayat ibunya yang terakhir.

Dada Puan Sri Zalia makin sendat. Kepalanya berasa berat tiba-tiba. Nafasnya tiba-tiba tersangkut-sangkut. Sewaktu Rais berpusing ke arah emaknya, tubuh perempuan itu sudah pun condong ke sebelah kiri dan belum sempat Rais berlari untuk menyambut, tubuh ibunya sudah tumbang menyembah bumi. Terkulai di atas permaidani tebal.

“Mama....,” jeritan Rais bergema, menyambar banyak telinga penghuni di rumah banglo mewah itu.

Puan Sri Zalia sudah tidak sedarkan diri. Rais memangku ibunya. Murni kelam-kabut datang semula dengan bayinya. Diletakkan bayi yang ditampung di atas katil. Dia bergegas mendapatkan Puan Sri Zalia. Rania bersama Ummar Qayyum juga sudah berada di ruang tamu itu. Wajah mereka berdua pucat melihatkan tubuh Puan Sri Zalia terkulai di lengan Rais.

“Mama, mama, kenapa mama abang?” Rania sudah menangis di sisi ibunya. Rais merasai denyut nadi ibunya.

“Mama pengsan,” beritahunya pada Rania.

“Kenapa?” tanya Rania.

Esakannya berterusan seraya memanggil-manggil nama ibunya berulang kali. Dilonggarkan pakaian ibu manakala Ummar Qayyum kelam-kabut mencari nombor telefon daripada klinik swasta berdekatan. Rais pula menghubungi ayahnya.

“Ambulans dalam perjalanan,” beritahu Ummar Qayyum.

Rania sapu minyak di dada ibunya.

“Mama kenapa abang?” Rintih Rania, tetapi tidak disahut Rais. Rasa bersalahnya datang menimpa-nimpa.

Apabila ambulans tiba, Rania bersama Ummar Qayyum menaiki ambulans manakala Rais memandu kereta menuju ke klinik swasta berdekatan. Puan Sri Zalia dimasukkan ke wad kecemasan.

“Kenapa mama Ren, Rais,” tanya Tan Sri Razlan yang tiba di klinik swasta An-Nurin sejam selepas itu.

“Ren tak tahu ayah.”

“Kenapa mama, Rais?” Tan Sri Razlan berpaling ke arah Rais pula.

Rais mengetap bibirnya. Wajahnya murung. Dia tidak mampu mengucapkan apa-apa. Rasa bersalahnya makin menghimpit.


CnP from
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CikguRania2_Siri24__Aduhaimama_/Article/index_html

Friday, December 21, 2012

Nostalgia handphone

kelamarin koi citer pasal line telefon..hari ni nak citer sikit pasal teleponnye pulak..
camnilah lebih kurang rupa henpon pertama koi. jenama samsung. Kecik jer..warna gold. pastu tukar henpon lain plak...2nd hand Nokia 3310. Nokia 3210 dan 3310 ni antara yang paling glamer pd awal tahun 2000-an.
Ramai yang seusia koi ni memulakan zaman SMS dengan dua model henpon ni. Ada yg tak kenal rupa 3310 ker? kat bawah ni ada gambar 3310


masa tu agak gumbira menggunakan 3310 ni sebab boleh compose ringtone sendiri. carik je kat internet pastu tekan2 dia punya  note compose...koi pakai henpon ni bertahun tahun lamanya..kalau tak silap sampai tahun 2008 kot..masa tu dah tak jumpa bateri henpon ni lagi dah...asik nak kena cas aje...barulah lepas tu carik yang lain sebagai ganti. masa Tahun 2008, semua orang pakai henpon ringtone polifonik dan dah ade yg pakai bunyi mp3 sebagai ringtone. pasal segan takut org dengar ringtone koi...siap koi 'silent'kan bunyi henpon..kasik ade vibrate je. bagi yg pakai 3310 ni...mmg semua sedia maklumlah yg vibrator nye boleh bergegar meja dibuatnya.

Bagi koi yg paling penting dalam penggunaan handpon tu fungsinya bertepatan dgn keperluan semasa kita. tak payah lebih2 sangat sbb bukan semua pun applikasi henpon tu kita nak pakai.Apa yang penting adalah....ade kredit...telepon canggih manapun tak guna kalau takde kredit okeh..

Wednesday, December 19, 2012

3 Line..

Perghh..tajuk...3 line...sebenarnya nak citer 3 line telepon bimbit paling utama kat Malaysia...Maxis, Digi and Celcom..yg baru baru cam U Mobile tu rasanya belum ramai pengguna...sebenarnya kalau dulu2 lagi banyak kot...pastu diorang merge. Kalau tak silap dulu ada line ADAMS dgn line TM Touch...

Masa mula2 keluar prepaid dulu..mak aih...starter pack utk Hotlink harganya lebih kurang RM250... mahal.. tapi skang 10 hengget pun ada. Sebab koi lambat sikit pakai telepon..hp pertama koi pakai starter pack Hotlink berharga RM123. Nombor pangkal 012-954 hujung tak ingat. maklumlah..zaman dulu..angka 9 kat pangkal tu mewakili negeri Pahang, Kelantan, Terengganu..kiranya orang pahang call murah la sikit. Masa tu boipren koi kat Raub..koi plak belajo kat Skudai.

Nilai tambah a.k.a topap paling murah pun masa tu RM60. huhu... habis PTPTN koi buat nopap telepon ajer...la ni kemain bercinta nak bayar balik...hihihi..gigil jari jemari nak masukkan nombor TAC bayar PTPTN online. masa nopap henpon pakai duit PTPTN dulu tak terpikir pon...dan koi tak pernah tukar line selain daripada Maxis walaupun dah banyak kali tukar nombor telepon. Start awal 2011 koi mula pakai Maxis post paid yang mana koi rasakan lebih murah dan berbaloi berbanding pakai prepaid. setiap bulan koi bayar RM50  jer pastu buat satu sub line RM30 untuk En Suami.


tengok jadual kat atas ni. Untuk macam koi yang tak kuat bergayut ni...sebenarnya sgt berbaloi. Bayar RM50 sebulan, dapat masa berbual 100minit + 100sms. Tu tak masuk bergayut dengan sub line sendiri.
pastu dapat 250MB sebulan, utk akses fb dan twitter kira dah okay sangatlah. Nak update blog mmg tak bulih la pasal henpon koi pun mmg tak sampai ke situ fungsinya.

kalau nak gayut dan gosip2 dengan mak kat Pahang...koi prefer pakai telefon rumah...line TM ke line TM percuma. Pakai la banyak mana pun...macam tu la jugak bayarannya.

Line lain koi pernah jugak pakai...tp company supply la....masa kerja site dalam UTM dulu pakai DIGI..hihih...koi taruk hp dalam poket terus takde line...sbb kat site byk pokok2 kot...kerja skang pakai Celcom...okayla....bos bayar sebulan RM50, pulun call sub contractor banyak banyak kali pun takpe...sbb belum pernah bil lebih drpd 50 lagi.

antara sebab koi pakai Maxis value plus internet ni adalah...anak2 kadang2 dok main henpon..main tekan jer..last last ter'akses' internet.1 kb berharga 1sen. huih....jenuh nak bayar bil terakses tanpa sengaja ni tau tak. Prepaid dulu pernah gak kena...baru topap 30 ringgit alih alih tinggal 40 sen jer...pasal terakses tanpa sengaja...skang terakses sema ada sengaja atau tak, takla jenuh nak bayar sebab dah mmg ada allocation 250MB internet access.

ehh..koi ni bagi promotion percuma lak kat Maxis..hehe..ni bukan promo...ni kongsi pengalaman ajer...


Tuesday, December 18, 2012

Berita Derita Dera

Pagi tadi masa tunggu giliran kat Klinik Ibu Anak tengok ade berita pasal penderaan kanak-kanak di Alor Setar. Tajuk beritanya "Bapa Tiri Mangsa disiasat" . Kalau dah ade bukti dan saksi takyah nak siasat-siasat lagi...siat-siat jer..

Lepas tengok berita dalam TV tu terus terngiang-ngiang lagu Derita ni...Penah tak dengar lagu Derita nyanyian kumpulan Okid?? Lirik cam kat bawah ni...tapi kalau nak dengar lagu...kat youtube ada rasanya. Apalah yang ada dalam kepala hotak si pendera ni ek?? Takde belas kesian ker..alangkan kucing mengiau kelaparan pun kita kesian, ini pulak budak menangis...Ya Allah...ngeri bila dibayangkan. tak sampai hati nak tgk video klip yang di'link'kan dari youtube ke fb baru2 ni...

Yang mendera dalam tempoh 2 ke 3 tahun kebelakangan ni selalunya teman lelaki ibu mangsa, bapa tiri mangsa dan Ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal. Beratnya dugaan menjadi ibu tunggal ni...Semoga Allah Taala jauhkan kita semua dari kejadian dan persekitaran seperti ini...


Derita 
By Okid

Buka mata dan lihatlah..
Insan kecil yang tak berdosa
Jadi mainan dan hinaan semua
Manusia tiada berpedoman...

Apakah salah mereka
Menjadi mangsa yang terbiar..
Dia disiksa tanpa rasa simpati
Hanya melihat darah merah mengalir ke bumi...
Chorus:
Sengsara kan terasa...
Di sepanjang hayatnya...
Tangisan tak bersuara
Insan yang sekecil tu... Merasa
Peritnya derita....
Ditanggung jua...

Mengapa dia disiksa
Hingga lesu tak bermaya
Haruskah kita menyaksikan
Penderitaan pada mereka

Apa nasib mereka jika ini masih terjadi
Kita sama sama membantu
Melindungi hidup mereka..

Mereka perlukan perhatian
Bukan penyiksaan yang diminta
Berikan kasih dan belaian mesramu
Moga diberi petunjuk dan hidayah yang sejati...

Sebahagian petikan dari Utusan Malaysia:- 

Kes-kes kematian akibat penderaan bukan merupakan fenomena yang baru di Malaysia. Kes-kes penderaan yang tidak membawa maut mula dikesan seawal tahun 60-an lagi disusuli dengan penemuan-penemuan golongan perubatan mengenai kecederaan-kecederaan yang dialami kanak-kanak yang dikatakan bukan disebabkan oleh kemalangan (non-accidental injuries). Kes-kes sebegini telah diterbitkan di dalam jurnal-jurnal perubatan dan perkembangan ini dikenalpasti rentetan daripada the battered baby syndrome yang mula diperkatakan oleh Profesor Kempe di awal 60-an di Amerika. 

Di Malaysia, penderaan kanak-kanak mula diterima sebagai suatu permasalahan sosial di dalam tahun 1990, selepas penderaan kejam yang berlaku dan menyebabkan kematian S.Balasundram, kanak-kanak kecil yang ditinggalkan di sebuah tandas air di Hospital Kuala Lumpur dengan kesan-kesan penderaan fizikal dan seksual yang dahsyat. Kematian Balasundram mencetuskan reaksi yang luarbiasa di kalangan masyarakat kerana tidak terjangkau di fikiran kita terdapat manusia sekejam pendera Balasundram, yang sanggup mendera seorang kanak-kanak yang tidak berdosa sedemikian rupa. Balasundram meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang teruk akibat didera secara fizikal dan bedah siasat mendapati kesan-kesan luka baru dan lama juga kesan diliwat. Peristiwa malang ini bagaimanapun menjadi pemangkin kepada penggubalan Akta Pelindungan Kanak-Kanak 1991, akta khusus bagi menangani permasalahan kanak-kanak yang memerlukan pelindungan

http://www.utusan.com.my

Sunday, December 16, 2012

Main kutu?

Sapa pernah ade kutu? Main kutu? makan kuih kutu? hoho..kuih kutu takde yer..yang ade ialah kuih putu...masa kecik-kecik koi sebut kuih kutu..kutu kacang...kutu piring..kutu bambu...sebut ikut sedap mulut jer..dah pandai mengoogle sikit rupenya ia adalah kuih PUTU...

entry hari ni takde kena mengena pun dgn makanan..terkenang masa kerja Al-Ikhsan dulu kitorang selalu main kutu atau main undi dengan rakan2 sepejabat dulu. Kebanyakan pekerja Al ikhsan tu adalah wargadaerah Skudai tu jer..lgpun masa tu mmg rapat dgn diorang semua,,,teruja la jugak nak main undi dengan diorang.

sempat la juga main dua round. sekali tu main 10 orang, sorang bayar seratus. Undi-undi nama koi dapat last sekali...huhu..sabarnya lah nak menunggu utk dapat duit 900 tu (tak masuk duit kita) . Last sekali koi berjaya jugak dapat tapi dapat 800 jer...sbb sorang drpd ahli kutu tu dah cabut lari..huhu...masa tu rasa marah sangat..habis semua sumpah seranah maki hamun keluar. Yelah...terasa diri dikhianati...cewahhh...

Ketua undi tu nak bayarkan 100 lagi tu..tapi koi menolak selepas mendengar bahawasanya bukan koi seorang yang terkena. Ramai lagi yang terkena. Bila melihat kembali latar belakang akak tu....kesian pulak..mungkin dia ade masalah yang kita tak tahu....Bila masa berlalu...koi pun dah halalkan duit tu...koi pun tak kaya dan tak juga jadi papa kedana kerana duit seratus yang dia tak bayar tu.

selepas bertahun-tahun koi terbaca pulak keratan akhbar yang mengatakan main kutu ni haram. Eh haram apa pasal pulak..bukan ade unsur unsur riba pun...lg haram masuk saham2 kat bank tu yang mana kita tak tahu dari mana sumber duit kita tu terberanak....owwh..rupanya haram kerana ianya tidak didaftarkan. Lagipun ianya mengundang bahaya penyelewengan. last2 kang balai polis jugak yang semak...



kalau kat kampung...makcik-makcik kat kampung yang mana pendapatannya berbentuk gaji harian cam menoreh ke...jual sayur ker...aktiviti main undi ni masih lagi berleluasa sebenarnya. Lagipun diorang kat kampung tu dah macam sedara mara. Satu nama bayar 10-15 ringgit seminggu. Yelah..kat kampung nak gi keluar bandar pun semata mata nak buat saving 50 ringgit sebulan mmg malas dan tak berbaloi. Jadi dgn cara ni dapatlah menabung dengan cara yang mudah. Biasanya ketua undi adalah orang yg berkenderaan dan senang nak keluar ke bandar. yelah dah kumpul2 duit orang takkan nak simpan bawah bantal, buat sementara utk genapkan sebulan simpanlah dalam bank dulu. 

Kadang2 tgk ketua undi ni..tak dapat profit apa2 pun...pusing kutip duit orang satu kampung...risiko lagi...apa yang buat diorang suka sgt jadi ketua undi ntah. kalau duit hilang ker...terpakai ker..dah jadi kerja nak ganti pulak.

Korang pulak camne.?? pernah ke main kutu ni...ker pernah berkutu....koi masa darjah dua dulu pernah la berkutu...huhu..azab mak koi cuci kepala dengan asam belimbing buluh...yelah dapat detect ada kutu pun dah malam..nak cari ubat kutu pun kedai dah tutup...makanya dgn belimbing buluh belakang rumoh je mak koi tonyoh tonyoh kat kepala koi...pedihnyelah....padan muka koi..sapa suruh tak jaga kepala sendiri. haha...

Saturday, December 15, 2012

Hampir siap

June 2012

July 2012

Ogos 2012

September 2012

Oktober 2012

November 2012

Disember 2012

Sikit aje lagi nak sampai ke garis penamat. Tak sabar rasanya nak serah sekolah ni untuk digunakan. Sekolah kecik macam ni amik masa bertahun untuk disiapkan. InsyaAllah dengan rahmat Allah kami akan menyentuh garis penamat itu. Sikit lagi nih...

Friday, December 14, 2012

Selamanya Harimau Malaya...

koi pun tak nak ketinggalan hapdet pasal perlawanan pasukan Malaysia lawan Thailand malam tadi.Huh kecewa!! Bukan kecewa dengan mutu permainan, kecewa dengan sikap pemain Malaysia. Dah tahu kan...Thailand memulakan serangan psikologi sejak awal lagi, bagi padang berlopak berlumpur utk latihan, takde bilik salinan, takde bilik air, layan mengalahkan pasukan MSSD tp kena pahamlah yang itu adalah serangan psikologi Thailand. Kita kena kuat mental untuk hadapi semua tu. Dah bertahun tahun der berlatih kat padng cantik penginapan selesa..baru seminggu berlatih kat sawah janganlah terus down okehh!

bila dapat pengadil K-POP kita tak boleh harapkan pengadil akan selalu buat keputusan yang memihak kepada kita. lainlah dapat pengadil Iran ker, UAE ke, Turki ke...bila keadaan macam tu apa saje provokasi dari pihak lawan kita kena tutup telinga. kena tolak ke, tarik ke, bentes ke...buat tak tahu saja..jangan lawan, membentak sbb mmg sengaja pihak lawan provoke kita dan jangan harap la dapat pengadilan dari pengadil Kpop ni. Mmg pihak lawan nak pasukan kita kena kena kad merah. Tak boleh marah marah..masa kamera close up, dari gerak bibir nampak sgt si fadhli tgh sebut perkataan 'b*t*h'. Harap harap lepas ni fadhli shas menjadi lebih penyabar dan elakkan perang mulut dengan pihak lawan yang mana mereka sengaja buat kita naik angin. Mengucap banyak banyak ye dik.

bila tinggal 10 pemain, semangat Malaysia pun terus down..yelah tinggal 10 orang pemain, kalah pun ada alasan. Alasannya "main 10 orang". Dahla ayam tambatan semua kena sampar. Huh alasan lagik!

Koi rasakan...pemain bola Malaysia ni...pasal stamina..skill...En Suami koi kata bolehla...ada banyak peningkatan. Budak2 ni semua bersemangat tinggi. Akan tetapi bab ketahanan mental ni kena asah lagi la...Rasanya nanti budak lepasan SPM ni nak pergi PLKN pemain Malaysia kena join sama la takpun hantar pergi kem biro tatanegara...hehehe...

Apapun..perjalanan bolasepak negara masih panjang. Selamat Maju Jaya Harimau Malaya...


Thursday, December 13, 2012

Langsir Hujung Tahun


dah bosan dengan corak bunga-bunga...kita beralih kepada corak geometri pulak....warna pun hitam putih jer...dah kehabisan warna dah nak pakai...kain ni dibeli sebelum bulan puasa hari tu dengan harapan ianya sempat dijahit utk raya..tapi malangnya tak sempat jahit dan ianya tersadai berbulan bulan...baru ujung minggu lepas sempat siapkan.

Padahal rumoh koi ni bukannya besor sangat pun...cuma perlukan empat panel langsir jer utk ruang tamu...jahit pun simple jer..jahit kain keras utk selit penyangkut dia tu (sori tatau panama dia)...pastu jahit scallop dia...jahit kelim bawah langsir...dah siap...tapi tak siap-siap jugak....Ni kalau amik upah jahit langsir orang mau dia kapankan koi dengan kain langsir tu..dah nak masuk raya tahun depan langsir deme tak siap2 lagi.

Walaupun tak cantik macam dalam majalah deko deko rumah..koi tetap suka sbb koi jahit sendiri....Senget pun takpe...hehe...

Wednesday, December 12, 2012

Absent Minded

Absent Minded la konon...sebenarnya pelupa...dan koi salah seorang yang memang pelupa orangnya.
Masa masih belajar dan tinggal di asrama, selang 3 hari koi kembali ke asrama, pasti akan ada parcel dari kampung menyusul. hehe....Bila nak balik ke asrama..mak dan abah koi akan tanya macam macam di muka pintu..tiket bas dah bawak? henpon dah bawak? jam tangan? beg duit? beg mekap? dan lain lain lagi...sampaikan koi boleh jawab..."dahla mak...kang tertinggal bas pulak nak check satu satu..."

sampai aje kat asrama...telefon mak..."mak kalkulator cheah tinggal atas meja dalam bilik, mak tudung bawal baru beli tertinggal kat rak...'' bila dah kawen beranak pinak  "mak kasut anak tinggal...mak botol susu anak tinggal...mak itu tinggal..ini tinggal..." tapi skang dah tak suruh abah pos lagi...En suami koi tak bagi...dia kata suruh mak simpankan ajer....nnt balik lagi baru amik...asik nyusahkan orang tua jer...dr kecik sampai dah beranak pinak pun asik susahkan orang tua ajer...hehehe

itu kisah balik kampung....kalau jadi orang terakhir tinggalkan rumah atas sebab En Suami kerja luar daerah ...mmg ade aje yg terlupa..siap sekalitu lupa nak bagi beg anak anak kat taska...dah terbwak sampai ke opis...adoihh...mmg cari pasal nak kena patah balik. kalau takat lupa tutup lampu atau kipas tu mmg dah jadi makanan dah. Skang ni En Suami yang akan buat last check tiap kali keluar rumah. Tapi kalau suami kerja luar daerah, pagi2 dia tepon tanya suis seterika dah tutup? botol susu budak ade bawak? lampu bilik atas dah tutup?

henpon sebijik...pengecas aja ada 5 bijik..hehe..ini semua gara-gara lupa nak cas la...lupa nak bawak pengecas balik kampung la...bila lupa nak bawak, terpaksalah beli yang baru. Huduh peel betul.! Mujur dapat suami yg penyabar dan layankan ajer kelupaan koi ni...Sayang awak! hehe

Bos sekarang ni pun okay jugak..sebelum balik dia akan remind perkara2 yang dia suruh sepanjang hari.."Yan, pasir dah order? Claim dah hantar? PO dah faks? Itu dah? Ini dah?"  tq bos pasal banyak tolong koi...



Wordless Wednesday: Moga satu hari...


Tuesday, December 11, 2012

Cikgu Rania 2: Dia yang tertewas

JARI-JEMARI Rania yang runcing mengurut-urut lembut lengan kanan Makcik Rohaya. Minyak urut berangin cap Tok Ayah disapu lagi di sekitar lengan yang berurat-urat itu. Lengan Makcik Rohaya yang sengal-sengal sejak malam tadi beransur pulih bila digosok dengan minyak urut berwarna kuning cair itu.
“Bagus minyak ni,” puji Makcik Rohaya.

Dia membaca maklumat yang terdapat pada bekas pembungkus botol minyak urut.
“Minyak dari Terengganu. Bagus sungguh!”

“Bukan saja minyak yang bagus, tengok siapa yang urut.” Sengih Rania mencuit hati Makcik Rohaya.

“Ya Ren memang pandai serba-serbi. Pandai urut, pandai belajar, pandai memasak, pandai cari suami, pandai jaga diri..”

“Dah dah dah, cukup, biar Ren pula menambah. Yang mak cik tu pula ada hati nak pindah konon. Tengok ni, kat rumah ni kalau mak cik salah urat, sengal-sengal badan, ada Ren tau! Ren boleh tolong urut sikit-sikit. Kalau duduk kampung nanti siapa nak buat?” Bebelan Rania terhadap Makcik Rohaya bersambung balik pada pagi Ahad yang bercuaca indah itu. Sebelum ini dia membebel juga tapi berhenti sekejap dek kesibukan dengan pelbagai urusan. Keluhan Makcik Rohaya terdengar lagi. Sudah beribu-ribu kali Makcik Rohaya mengeluh begitu.

Rania melunjurkan kakinya yang berasa kebas dan kali ini tangan tua Makcik Rohaya pula yang memicit betisnya. Mereka duduk bersantai di pondok depan mengadap laman yang berumput. Puan Sri Zalia pula sedang asyik membelai bunga-bunga ros yang mekar di taman mini belakang. Leka betul dia. Itulah hobinya sejak dulu. Kini, hobinya itu semakin menjadi-jadi lebih-lebih lagi dengan kesibukan Tan Sri Razlan. Suaminya itu bukan sahaja sibuk dengan urusan kerja tetapi juga sibuk menguruskan hal Zara Aliya.

Gasaklah dia! Fikir Puan Sri Zalia. Dengan topi kembang di kepala, asyik benar dia memotong ranting-ranting pokok bunga ros yang berselirat.

“Ingat, kalau mak cik sebut lagi nak pergi dan tinggalkan Ren, Ren juga akan tinggalkan rumah ni. Abang Qayyum pun dah ajak Ren pindah. Dia balik dari Sweden nanti, terus Ren ajak pindah, habis cerita!” Kata-kata Rania menyentap hati Makcik Rohaya.

Seperti memberi kata dua kepadanya! Ini sudah masuk kali ketiga Rania menghalangnya. Selepas majlis perkahwinan di Kampung Daun Pisang, dia ditahan oleh Rania atas alasan macam-macam. Kebetulan, kelahiran anak Murni yang diberi nama Fahmi membuatkan Puan Sri Zalia kelam-kabut sedikit, jadi Makcik Rohaya setuju. Kemudian dirayu-rayu Rania lagi apabila Ummar Qayyum kembali semula ke Sweden.

“Janganlah ugut mak cik sampai macam tu.” Renungan Makcik Rohaya menusuk hatinya.

Kegelisahan bertakung di rongga hati orang tua yang nampak benar sukar membuat keputusan. Dibuang mati emak diluah mati ayah . Wajahnya berkerut.

“Ren tak main-main. Mak cik keluar hari ni, esok Ren ikut. Mak cik tak percaya, mak cik tengoklah...” Daripada duduk Rania sudah berdiri. Dia membalik-balikkan tubuhnya yang berasa lenguh.

Keresahan Makcik Rohaya kian ketara. Rania retus beberapa kuntum bunga kesidang lalu diselitkan di sanggul rambut tua Makcik Rohaya. Tangan Rania dipegang dan diusap-usap lembut oleh Makcik Rohaya.

“Mana boleh Ren buat macam tu. Sampai hati Ren nak tinggalkan mama Ren tu?”
tanya Makcik Rohaya seraya menjuihkan mulutnya pada Puan Sri Zalia yang masih terbongkok-bongkok di taman mini.

“Mak cik pula sampai hati nak tinggalkan Ren? Nak balik kampung nak duduk seorang?”

“Itu mama Ren. Mak cik ni siapa? Masakan boleh disamakan. Mak cik orang gaji di rumah ni!” Perempuan tua itu mulai sebak.

“Mak cik....” Rania menjerit kecil seraya memeluk pembantu rumah yang sudah dianggap macam keluarga sendiri. Hiba hatinya mendengar ungkapan tersebut.
Jarang sekali Makcik Rohaya berkelakuan aneh sedemikian. Air mata Makcik Rohaya yang menitis disapu lembut oleh Rania.

“Kenapa mak cik cakap macam tu? Tak baik. Kami sayang mak cik dan tak pernah anggap mak cik macam tu.”

“Kamu anak beranak orang baik-baik, kalau tidak masakan berbelas-belas tahun mak cik duduk di sini.”

“Habis tu kenapa mak cik cakap macam tu? Ada siapa-siapa yang kata mak cik orang gaji di sini?” cungkil Rania.

Makcik Rohaya serba salah. Dia menelan air liur. Rahsia yang berlaku antara dirinya dengan Murni tidak ada siapa yang tahu hingga saat ini. Segan pula hendak memberitahu Rania apa yang berlaku kerana sebelum dia dicaci Murni, dialah yang terlebih dahulu suka menyindir dan memerli Murni. Mengenangkan itu, Makcik Rohaya mendiamkan diri.

“Siapa cakap pada mak cik macam tu? Beritahu Ren? Murni?” serkap Rania.
Terlintas juga di hatinya mungkin Murni ada berkata sesuatu kepada Makcik Rohaya sehingga menyebabkan Makcik Rohaya berkecil hati. Tetapi mustahil kerana selama berada di rumah itu, Makcik Rohaya yang selalu mengenakan Murni. Makcik Rohaya menggeleng.

“Kalau bukan Murni, tak payahlah mak cik nak ambil kisah, kami semua sayangkan mak cik. Kami anggap mak cik macam keluarga sejak dulu. Jadi, mak cik kena duduk di sini sampai bila-bila. Mak cik tak boleh ke mana-mana tau,” Rania memaksa.

Makcik Rohaya mengeluh dalam.

“Lagipun sekarang mak cik dah jadi nenek, nenek Fahim!” pipi tua Makcik Rohaya dicium Rania.

Mendengar itu, dari hiba, muka Makcik Rohaya berubah rona. Juih Makcik Rohaya kian panjang. Hingga saat itu, dia tidak suka mendengar nama Murni atau apa-apa sahaja tentang perempuan itu. Dia meluat pada budak kampung yang tidak sedar diri itu. Tidak ada siapa pun yang tahu bahawa kerana perempuan bernama Murni itulah dia mahu keluar dari rumah yang sudah dihuni berbelas-belas tahun itu. Kata-kata nista yang diucapkan Murni masih terngiang-ngiang lantas menusuk hati tuanya.

Marahkan Murni, anak Murni pun tak dipandangnya. Banyak alasan yang diberi supaya dia tidak perlu menjaga Murni dan anaknya. Bidan kampung dipanggil oleh Puan Sri Zalia untuk menguruskan Murni manakala anak Murni pula diupah pengasuh dari pusat asuhan berdekatan untuk menjaganya di rumah bermula jam 8 pagi hingga 7 malam. Pada waktu malam, Murni terpaksa menjaga anaknya sendiri.

Dia sering mendengar anak Murni menangis pada waktu malam. Jarang sekali bayi itu dapat tidur nyenyak. Kembung perut, lapar atau tidak selesa barangkali, fikirnya. Padan muka kau Murni! Jagalah anak kau sendiri! Getus Makcik Rohaya.
Kemudian, direnung pula wajah Rania yang putih dan bersih sesuci dan sebersih hatinya. Daripada panas hati, jadi sejuk serta-merta bagai api disiram air hujan.

Aku sayang sangat budak ni. Sejak dia sunti lagi aku mengasuhnya, masakan kerana budak tak tahu asal-usul itu, Rania hendak aku tinggalkan? Buatlah dia juga pergi dari rumah ini, sunyi sepilah rumah mewah ini. Yang ada hanya Rania dan Rais suami isteri dengan bayi yang baru lahir. Hubungan Tan Sri dengan Puan Sri pun tidak lagi semesra dahulu walaupun mereka masih berkomunikasi.
Bermaharajalela pula si Murni itu kelak. Entah apa pula yang boleh dia lakukan kalau sudah beraja di mata, bersultan di hati, fikir Makcik Rohaya dengan perasaan gerun.

“Mak cik tak jadi pergi, mak cik akan jaga Ren tapi Ren mesti janji cepat mengandung tahu,” janji Makcik Rohaya dua hari selepas itu. Kali ini Makcik Rohaya pula bersyarat. Gembira bukan kepalang Rania mendengarnya. Segera pula dia berkongsi berita gembira itu dengan Puan Sri Zalia.

“Alhamdulillah, bolehlah mak cik tolong tengok-tengokkan anak Murni,” harap Puan Sri Zalia.

Rania diam sahaja. Bukan dia tidak perasan Makcik Rohaya kurang kisah tentang Murni dan anaknya cuma dia malas hendak memanjangkan cerita itu. Yang penting Makcik Rohaya mahu terus tinggal bersama mereka. Terpulang pada Makcik Rohaya hendak tengokkan anak Murni atau tidak. Dia tidak kisah. Dia pun sedang sibuk membina rumah tangga. Banyak yang hendak dipelajari sebagai seorang isteri. Ke dapur hendak juga dijengah. Kerana itulah dia seronok apabila Makcik Rohaya akan terus tinggal bersama mereka.

Bebanan tugas di sekolah pula makin banyak dipikul. Dengan wujudnya sistem baru iaitu PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) untuk menilai murid-murid, kerja guru makin bertimbun. Kerana itu dia perlu bijak membahagikan masa. Nasib baik Ummar Qayyum juga sedang sibuk dengan tugasnya di Sweden, kuranglah sikit peranannya sebagai isteri. Kalau tidak, mana masa nak siapkan kerja sekolah, menyemak buku latihan murid-murid, belajar memasak, melayan suami.

Ah! Rindu pula pada Ummar Qayyum, fikir Rania seraya mencapai longgokan buku karangan murid tingkatan lima Perwira yang belum disemak. Minggu depan dia akan dicerap oleh Puan Salsiah Harun. Oleh itu, buku-buku latihan murid perlu ditanda sebelum diserahkan kepada Ketua Panitia untuk tindakan selanjutnya.
Senak dadanya semasa buku karangan milik Shahir Fikri mahu ditanda. Bukan sahaja karangan jenis ucapan yang diarahkan tidak dibuat malah beberapa karangan lain yang sebelum itu juga tidak dilengkapkan walaupun telah berulang kali diberi peringatan. Budak itu memang suka mencabarnya. Nama murid itu memang terkenal dalam kalangan guru-guru yang mengajarnya. Malas, baran dan bermasalah disiplin. Esok, Shahir Fikri perlu dipanggil dan ditanya, fikir Rania.

“Saya dah cakap, saya tak suka karangan,” budak lelaki berwajah cengkung dengan pipi berjerawat itu menjawab soalan Rania.

“Suka tak suka awak kena buat. Kan cikgu dah pesan berkali-kali. Tak lulus karangan, kebarangkalian awak gagal BM tinggi. Gagal BM, awak gagal SPM.”

Mukanya masam mencuka.

“Buatlah ya,” pujuk Rania. Suaranya lembut. Shahir Fikri mengerling ke kiri kanan memberi isyarat bosan. “Esok cikgu nak tengok ya,” sambung Rania lagi.
Esoknya, sebaik sahaja masuk ke kelas 5 Perwira, kelibat Shahir Fikri tidak ada di tempatnya.

“Mana Shahir?” tanya Rania lalu menghampiri kumpulan murid lelaki yang duduk sekelompok.

Hanya ada sebelas orang sahaja murid lelaki di dalam kelas tersebut. Dua puluh lima orang lagi terdiri daripada murid perempuan. Kawan-kawannya yang duduk sebelah menyebelah saling memandang.

“Dia keluar cikgu,” kata Nor Azmi.

“Keluar ke mana?”

“Jumpa cikgu.”

“Cikgu mana?”

“Cikgu tanyalah dia nanti,” sahut Aiman Saleh lepas tangan.

Rania tidak bertanya lagi. Dia bergerak ke depan kelas dan mulai mengajar.
Sedang leka mengajar, tiba-tiba bunyi deringan telefon bergema. Rania menoleh ke arah murid-muridnya.

“Bunyi apa tu? Telefon kan?” Rania mahu mendapatkan kepastian. Semua murid memandang padanya. Deringan bunyi telefon masih kedengaran. Rania mengikut arah bunyi deringan tersebut.

Datangnya dari arah kelompok murid-murid lelaki. Seketika kemudian bunyi itu berhenti tetapi beberapa saat selepas itu deringan itu terdengar kembali.

“Telefon siapa tu? Tolong bagi saya,” arah Rania.

Masing-masing mendiamkan diri. Murid-murid lelaki membatukan diri manakala murid-murid perempuan mulai berbisik sesama sendiri.

“Siapa punya telefon tu?” tnya Rania lagi. Mukanya sudah masam. Pengajaran dan pembelajarannya sudah terganggu.

“Kamu tahu kan, salah membawa telefon bimbit ke sekolah,” ujarnya lagi lalu mengarahkan Aiman Saleh mencari arah bunyi telefon bimbit tersebut. Daripada sebuah beg galas berwarna hitam, Aiman Saleh keluarkan sebuah telefon bimbit.
Diserahkan telefon tersebut kepada Rania.

“Awak punya?” tanya Rania.

“Bukan. Shahir punya,” jawab Aiman Saleh.

Telefon bimbit itu diletakkan di atas meja guru dan Rania kembali mengajar.
Lima belas minit kemudian, Shahir Fikri masuk tanpa memberi salam. Dia duduk di kerusi lalu dibisikkan sesuatu oleh Aiman Saleh. Wajahnya yang masam menjadi bengis tiba-tiba.

“Pulangkan balik telefon aku,” ujarnya tiba-tiba.

Suaranya tinggi. Dia sudah berdiri. Rania terkejut bukan kepalang disergah begitu. Pengajaran dan pembelajaran terhenti tiba-tiba. Murid-murid perempuan memandang pada Shahir Fikri yang kelihatan tegang. Nafasnya turun naik. Mereka sama terkejut melihat tindakan kurang ajar rakan sekelas.

“Saya ambil telefon awak sebab alat itu mengganggu pengajaran saya dalam kelas.
Boleh awak duduk dan bertenang?” arah Rania kekal berhemah.

“Aku nak telefon aku balik,” herdiknya tanpa segan-silu.

“Saya akan pulangkan tapi bukan sekarang.”

“Aku tak kacau kau, kau jangan kacau harta benda aku. Bagi balik telefon aku,” tengking Shahir Fikri tiba-tiba.

Kelas jadi sunyi-sepi. Semua tergamam dengan tindakan biadap seorang murid terhadap guru. Aiman Saleh yang cuba meredakan keadaan tegang Shahir Fikri turut ditepis. Shahir Fikri bergerak ke depan lalu menendang beberapa kerusi yang mengganggu laluannya. Dicapai sebuah kerusi lalu dicampak ke lantai.
Keadaan jadi bertambah huru-hara. Rania menyabarkan dirinya. Ikutkan hati, mahu sahaja dilempang murid yang biadap dan tidak beretika itu tetapi mengenangkan situasi yang mencemaskan itu, dia mendiamkan diri. Banyak yang menerjah fikirannya saat itu. Dia risau akan keselamatan murid-murid lain. Bimbang juga kalau-kalau murid yang sedang naik angin itu mencampakkan kerusi ke arah murid-murid lain yang kaku tidak bergerak. Justeru dijadikan diri sebagai benteng. Kalau Shahir Fikri semakin ganas, dia sanggup jadi mangsa asalkan murid-murid selamat.

Keadaan semakin riuh-rendah. Shahir Fikri terus beraksi. Sambil bergerak laju, dia terus menendang beberapa kerusi dan menjerit-jerit seraya melemparkan kata-kata kesat kepada Rania. Sambil beristighfar, Rania memerhatikan saja gelagat murid yang kerasukan itu. Tiba-tiba muncul Fakhrul Aziz, murid dari kelas Lima Laksamana di ambang pintu. Murid yang berwajah tenang itu cuba memujuk Shahir Fikri tetapi dia ditumbuk di muka. Terpisat-pisat Fakhrul seketika.

Kesabaran Rania kian menipis. Ringan sahaja tangannya mahu melayang ke muka Shahir Fikri tapi segera disanggah Fakhrul Aziz. Di luar kelas, murid-murid menjadi penonton drama realiti. Beberapa orang murid dan pengawas yang cuba meredakan keadaan Shahir Fikri turut ditempik. Shahir Fikri bergerak ke kelas sebelah lalu menengking pula beberapa guru yang kebetulan sedang memandang ke arahnya.

Akhirnya, dia kembali semula ke kelas setelah amukan amarahnya dilepaskan. Rania masih di tepi pintu memaut tiang kesabaran semasa keadaan mulai tenang. Di anak tangga teratas, Rania tersuluh kelibat Encik Salman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang sedang berlari-lari anak menuju ke tingkat empat. Murid-murid sudah pun bersurai - barangkali kerana menyedari kehadiran Encik Salman.

Shahir Fikri duduk di tempatnya semula. Nafasnya tercungap-cungap seperti lembu yang baru disembelih. Beberapa orang murid perempuan mengesat air mata.
Kesedihan melanda mengenangkan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh rakan sekelas kepada Cikgu Rania.

Rania masih tergamam di muka pintu. Dia tidak berganjak sungguhpun dia sedar Encik Salman ada di luar kelas. Dari celahan tingkap, Encik Salman berhenti dan memandang tepat ke muka Shahir Fikri. Sungguhpun tenang tapi wajahnya tegas. Kemudian, dia bergerak ke pintu belakang dan sekali lagi dia berdiri tegak. Dua tangannya mengilas di belakang. Kelas masih sepi.

“Shahir, ikut saya ke pejabat. Sekarang,” ujarnya dan terus pergi.

Rania tidak mampu mengungkapkan apa-apa kata lagi. Sepuluh minit kemudian, loceng berbunyi dan dia pergi tanpa menunggu murid-murid mengucapkan terima kasih. Sepanjang jalan menuju ke bilik guru, dia berasa kosong yang teramat sangat. Rasa tidak percaya masih menghantuinya. Bagaimana seorang murid tega mengucapkan kata-kata kesat kepada guru yang memberi ilmu? Begitukah adab seorang murid? Allah melihat dan mendengar semua. Tidak takutkah dia pada kemurkaan Allah?

Astaghfirullahalazim! Rania beristighfar. Beberapa orang guru melahirkan rasa simpati kepada Rania. Perasaan marah dan geram mereka pada Shahir Fikri tidak terbendung.

“Dia memang bermasalah sejak dulu. Kenapa masih disimpan? Sepatutnya dah lama dibuang,” komen Puan Khairiah, guru Sains yang pernah mengajar Shahir Fikri.

“Kesalahannya banyak do’oh lalu. Dohlah bawok telefon, masuk lambak, ponteng kelah. Paling teruk biadap terhadap guru,” sampuk Puan Che Marhaini dalam loghat daerah.

Bukan main bersemangat guru yang berasal dari Kelantan itu apabila berhujah.
Beberapa orang guru yang mendengar tersenyum simpul kerana gelihati melihat gelagatnya yang tak ubah seperti ahli politik. Bila bercakap seluruh anggota badannya berfungsi. Dia memang pandai berlawak.

“Kita fikir bila kita bagi peluang, dia akan berubah,” Encik Yusuf merasionalkan keadaan.

“Mana nak tahu dia lagi hebat sekarang.” Ada nada kesal pada bicaranya.

“Cikgu Yusuf memang slow motion sokmo!” potong Che Marhaini.

Rania hanya mendengar komen-komen para guru. Dia tidak berminat untuk menyampuk. Seperti tadi, dia masih tetap kosong. Masih terkejut dan sukar mempercayai peristiwa yang menimpanya. Sejarah berulangkah? Dia teringat kisah lama di sekolah sebelum ini. Setandan kelapa, mesti ada kelapa komeng!

Kalau ini ujian-Mu untuk menduga aku Ya Allah, aku terima dengan reda, kata hatinya semasa memandu pulang ke rumah.

Qayyum, luluh hatinya bila teringatkan suami yang jauh. Bagusnya kalau abang ada! Rintihnya tatkala keretanya berhenti di pagar rumah. Pintu pagar automatik sedia terbuka.

Rania memarkir keretanya di ruang parkir khas. Dia melangkah longlai menuju ke pintu utama dengan hati yang cukup sebal. Loceng dibunyikan. Makcik Rohaya tersenyum menyambutnya di ambang pintu. Tiada sesiapa di ruang tamu utama.
Makcik Rohaya bergegas pula ke dapur. Rania mendengar bunyi sesuatu ditumis.
Bau gulai patin masak tempoyak menusuk hidungnya. Dia bergerak ke dapur.

Kenapa Makcik Rohaya masak ikan patin tempoyak? Membuatkan ingatanku pada Qayyum makin menjadi-jadi!

“Kenapa Ren?” tanya Makcik Rohaya sebaik sahaja terpandangkan wajah sugul Rania.

Rania duduk di kerusi di meja makan di bahagian dapur basah. Dihidangkan segelas air kosong lalu disuakan pada anak majikannya.

“Mama mana, mak cik?” tanyanya pula tanpa menjawab soalan yang ditanya. Air diteguk oleh Rania.

“Mama ada kat bilik Ren,” sahut Makcik Rohaya. Berkerut dahi Rania.

“Mama buat apa dalam bilik Ren?”

“Entahlah, pergilah...” ujar Makcik Rohaya.

Sisa-sisa tenaga yang tinggal, Rania kerah untuk mendaki anak tangga menuju ke kamar tidurnya. Dia membuka tombol pintu kamar lalu terus masuk ke dalam.
Kelibat ibunya tidak ditemukan tetapi di dalam kamar mandi, dia terdengar bunyi jirusan air.

Jendela kamarnya terbuka membawa masuk angin petang menyapu muka. Rania hampiri jendela. Bau rumput yang baru dipotong menyegarkan mindanya. Dia suka bau itu. Dia bertenggek di birai jendela. Ingatan pada suami makin terasa.
Terkenang akan memori indah bersama Ummar Qayyum semasa mereka bersantai di tepi jendela semasa bercuti di hotel di Paris tempoh bulan.

Tubuhnya tiba-tiba diraih dari arah belakang. Rania terkejut.

“Sayang...” sebuah kucupan hinggap di telinganya. Berderau darah Rania.
Dipalingkan tubuh.

Ummar Qayyum sedang tersenyum. Mata mereka bertemu. Dengan tidak semena-mena direbahkan kepalanya di dada bidang Ummar Qayyum. Tanpa diduga, di dada itu, tangisannya bergema!



copy paste dari...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CikguRania2_Diayangtertewas/Article/index_html

Friday, December 7, 2012

Palestin: Bumi Anbiya


Pergi ke Gaza tu bagi koi satu usaha yg murni, bagus, mulia...tapi siapa jua yang pergi hanya akan dapat pergi dengan keizinan Allah Taala. Tak perlulah pertikaikan kenapa A, B atau C tak pergi. Berjalan jalan di page Isu Politik Semasa ni memang buat koi mengucap. Tak kisah lah anda penyokong atau pejuang parti apa sekalipun..tapi ada bahagian bahagian yang koi rasa seram sejuk membacanya. Koi tak dapat menangkap maksud tersirat di sebalik suatu ayat kerana bidang kejuruteraan sangat mementingkan apa yang tersurat.

Contoh macam print screen kat atas ni..pd koi tak usahlah kita pertikaikan kenapa Ustaz Azhar Idrus tak pergi...sebab bagi koi Ustaz Azhar Idrus lebih diperlukan perjuangannya di tanahair kita ni. Masih terlalu banyak ilmu yang perlu dikongsi bersama muda mudi hari ini. Adakalanya kita terlalu banyak fokus tentang solat, puasa, zakat sehingga banyak persoalan remeh temeh yang kita abaikan. Tapi bila baca buku himpunan soalan dan jawapan UAI, barulah terfikir banyak perkara yang koi rasakan remeh temeh selama ini koi diabaikan adalah penting.

Bagi koi...orang yang paling layak dihantar untuk misi keamanan dan kemanusiaan di Gaza bukanlah pejuang agama..bukan juga pendakwah...bukan juga guru agama...Gaza tidak perlukan itu semua...itu semua kita yang perlukan. Sepatutnya kita hantar pesalah-pesalah / banduan seumur hidup tu ke sana. Buat bazir duit kerajaan je kasik makan minum banduan seumur hidup tu..hantar jer pergi Gaza biar mereka lihat kesengsaraan orang-orang Palestine. Mana tau mereka boleh bertaubat dan berubah. Setidak-tidaknya kalau tak mampu memberi jasa di tanahair sendiri dapat juga berbakti demi agama. Hantar pesalah-pesalah juvana supaya mereka lihat rakan sebaya mereka berperang demi agama dan negara dan apa pula mereka lakukan untuk negara mereka sendiri.

Tapi koi pun sangat kagum pada mereka yang rela hati untuk ke Gaza. Tak kisahlah walaupun ada yg kata ianya bukan jihad tapi yang itu biarlah Allah yang menentukannya. Memang kita yang kerdil ni tak dapat nak hentikan serangan zionis terhadap Palestin tapi kalau lihat gambar kat bawah ni...kita tahu yang rakyat Paletine sangat-sangat gembira dengan kehadiran rombongan Aqsa Syarif ke sana. Semoga Allah merahmati kembara rakyat malaysia ke sana.


Gambar dr page Aqsa Sharif

Thursday, December 6, 2012

Minggu 15

Minggu ni masuk minggu ke 15 kandungan koi...mabuk2 dah berkurangan..ada sisa sisa sikit la...tak boleh perut kosong jer. Darah nampaknya makin stabil...dah tak tinggi sangat, cuma pelik apasal berat badan tak naik naik....makan tak berenti renti...

untuk minggu 15 ni rasanya kandungan dah agak stabil..last week scan pun dah nampak degup jantung yg berkelip kelip. kalau ikut anggaran dalam majalah Pa&Ma lebih kurang macam dalam rajah di bawah


hehe..nak kena pergi bercuti ni...hehehe...bercuti apanya?? En. Suami koi dah 2 bulan gaji tak masuk. Hanya rahmat Allah yang buat kitorang masih boleh survive dgn keadaan serba sederhana...bayi dah 12cm..hmm lebih kurang 4 ke 5 inci la...tapi kenapa perut koi tak rasa keras macam koi ngandung dulu2?...dah tebal sangat dengan lemak gamoknyer....

17 hb 12 nak kena buat ujian gula lagi...18 hb nye pulak kena jumpa doktor...koi harap semuanya ok ok aje...

Tuesday, December 4, 2012

Cikgu Rania 2 (Siri 21): Selagi ada rindu buatnya!

MEMANG meriah dan mewah. Itulah rumusan yang dapat dibuat terhadap majlis resepsi perkahwinan Rania dan Ummar Qayyum yang diadakan di sebuah hotel ternama di pinggir ibu kota.
Semua ahli keluarga Tan Sri Razlan berkumpul termasuk Ridwan dan Rindu sekeluarga kecuali Zara Aliya. Mengikut perancangan Tan Sri Razlan, masa itulah dia mahu memperkenalkan Zara Aliya kepada keluarganya tetapi Zara Aliya menarik diri atas alasan mahu ke luar negara. Walaupun agak terkilan, Tan Sri Razlan membiarkan anak itu membuat keputusan sendiri.

“Eloklah dia tak ada. Kalau tidak, mood mama takkan sebaik ini,” komen Puan Sri Zalia pada Rania apabila perihal Zara Aliya disentuh Rania.

“Mama ni, tak baik macam tu tau. Kasihan dia. Dahlah dia tak ada siapa-siapa kecuali ayah, mama anggap macam tu pula.”

“Ren jangan lupa. Ayah tipu mama tau.” Jelingan Puan Sri Zalia bagai bersulam putik-putik dendam.

“Ayah yang tipu bukan Zara.” Pembetulan yang dibuat oleh Rania membuatkan ibunya terdiam sejenak.

“Dah, dah tak hendak cakap tentang dia lagi.”

“Mama...dia tetap anak ayah walaupun mama cuba nak nafikan.”

“Tiba-tiba saja muncul, entah dari mana-mana.” Bebelan Puan Sri Zalia tidak menjadi kudis buta buat Rania.

“Apa pula macam tu! Dah sah sah dia anak ayah.”

“Inilah perangai Ren dari dulu sampai sekarang. Mudah sangat percaya dan simpati pada orang.”

“Tak salah kan mama? Manalah tahu, Zara duduk dengan mama, mama akan sayang pada dia...Ren pula dah kahwin. Nanti kena ikut suami....”

“Tak ada maknanya. Anak orang tetap anak orang.”

“Siapa kata? Tengok Murni, dulu mama tak suka, sekarang bukan main lagi sayangnya mama pada dia,” sindir Rania.

Terkedu Puan Sri Zalia dek terkena di batang hidung sendiri. Walaupun dia memang marah dengan suami, berdetik juga rasa di hati ingin mengenali anak tirinya itu. Ke manalah budak itu pergi? Fikirnya sambil melayan tetamu yang tidak henti-henti bertandang. Senyumnya tidak lekang di bibir. Begitu juga dengan Tan Sri Razlan walaupun jauh di sudut hati dia berasa terkilan kerana Zara Aliya tidak ada berada bersama mereka, tapi dia tetap gembira kerana majlis resepsi perkahwinan Rania dan Ummar Qayyum berjalan lancar seperti yang dirancang.

Ramai orang-orang kenamaan dan penting dalam kalangan rakan sejawatan Tan Sri Razlan turut memeriahkan majlis. Mereka diperkenalkan kepada pasangan pengantin yang nampak begitu anggun dengan busana ciptaan pereka terkenal tanah air.
Rania yang sudah kepenatan memaniskan muka menyalami tetamu yang hadir. Namun senyum manisnya berubah kelat tatkala Puan Wan Sharwin yang pernah ada ‘sejarah’ dengannya menyalami dan ucap tahniah padanya. Dia yang sudah rimas menjadi ‘raja sehari’ makin ketara bosannya apabila perempuan yang pandai berlakon itu menambah-nambah cerita silam yang telah pun dikuburkannya.

“Saya dah kenal anak Tan Sri ni lama dulu. Dia pernah ajar anak saya pun. Anak saya Elly pun ingat Cikgu Ren ni,” ujar Puan Wan Sharwin seolah-olah dia begitu rapat dengan Rania.

Rania buat muka penat dan bosan.

“Macam mana sekolah baru?” sambungnya lagi.

“Biasa saja,” sahut Rania malas melayan.

“Yalah kan !Mana-mana sekolah sama sahaja. Er...Elly sekarang sambung belajar di UIA dalam bidang perundangan. Dia nak jadi lawyer,” ceritanya lagi dengan bangga.

“Yalah puan. Kirim salam pada dia dan cakap jadilah peguam yang hebat dan beretika. Jangan jadi ‘loyar’ buruk seperti yang pernah dia buat kat sekolah dulu,” sahut Rania yang sudah sampai ke puncak kebosanan.

Tanpa rasa bersalah, dia meminta diri dengan cara hormat seraya menarik tangan Ummar Qayyum menghala ke arah teman-teman gurunya.

“Kenapa sayang cakap macam tu? It’s rude you know!” komen Ummar Qayyum yang berasakan bahawa tindakan Rania agak keterlaluan lebih-lebih lagi ditujukan pada tetamu yang datang meraikan majlis mereka.

“I have reason for that.”

“Sayang. Apa sahaja alasan yang you ada, dia kan tetamu. Tetamu kita kena hormat.”

“Ada Ren kisah? Siapa suruh dia merepek-repek. Ren ada sejarah pahit dengan dia. Nampak muka dia, luka lama Ren berdarah kembali.”

Ummar Qayyum diam sahaja walaupun dia tidak bersetuju dengan tindakan Rania.
Berdendamkah Rania? Semakin mengenali Rania, semakin banyak perwatakan Rania yang dia tahu. Orangnya baik hati dan penuh simpati tetapi dia boleh buat sesuatu yang di luar dugaan. Itulah Rania! Kalau tidak, masakan dia boleh putuskan ikatan dengan aku suatu waktu dulu sehingga aku tega membawa diri ke Sweden. Syukur, Allah temukan kami kembali. Aku harap aku akan lebih mengenalimu Ren! Kata Ummar Qayyum sendiri.

Ummar Qayyum memerhatikan pula cara Rania melayan teman-teman sekolah. Kali ini dia peramah dan sangat merendah diri semasa dipuji. Jauh bezanya semasa dia berhadapan dengan Puan Wan Sharwin sebentar tadi. Very unpredictable! Fikir Ummar Qayyum sendiri.

Seminggu selepas itu, majlis perkahwinan berlangsung pula di Kampung Daun Pisang atas kehendak ibu Ummar Qayyum. Rania lebih teruja berada di kampung berbanding di ibu kota. Dia suka melihat suasana kampung dengan segala persiapan dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk-penduduk setempat.
Ada dalam kalangan sanak-saudara Ummar Qayyum yang turut serta membantu. Tak kurang juga yang hanya berlepak di ruang tamu rumah induk tersebut sambil menonton televisyen.

Ashraf Daniel nampaknya lebih betah berada di kampung berbanding sepupu-sepupunya yang lain. Tidak hairanlah kerana sebelum kembali ke pangkuan keluarganya, Ashraf Daniel pernah duduk dengan Ummar Qayyum dan selalu pulang menjengah Nenek Ninda di kampung. Laman depan rumah Nenek Ninda dipenuhi oleh orang-orang kampung yang datang membantu. Ada yang datang membawa kelapa, gula, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Mereka memasak beramai-ramai selepas dua ekor lembu ditumbang dan dilapah sendiri oleh penduduk kampung.

Seperiuk besar sup tulang bukan sahaja dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung yang datang membantu bahkan juga seluruh keluarga dapat merasa. Mereka berbual-bual mesra sambil melakukan pelbagai kerja. Silaturahim antara mereka berlangsung begitu erat. Cara orang kampung berkomunikasi dengan loghat yang tersendiri membuatkan Rania terkenang pengalamannya mengajar di Sabah dulu. Apa khabar anak-anak muridku dulu? Ajid, Ansari, Bolong dan Maya? Maya yang paling diingati. Sesekali dia sempat berbalas mesej dengan mereka menerusi laman sosial. Namun, belakangan ini, kesibukan membataskannya dengan aktiviti tersebut.

Beberapa khemah berwarna putih yang didirikan di laman rumah kampung milik Nenek Ninda sudah menggamit para tetamu. Dua buah khemah untuk memasak dan menghidang dijarakkan sedikit dengan khemah makan. Pelaminnya pula sangat ringkas dan dipacak tidak jauh dari tempat tetamu menjamu selera.

“Ringkas dan tanpa protokol. Senang kita nak layan kawan-kawan,” bisik Rania.

“Inilah yang emak hendak sangat. Suasana kampung,” bisik Ummar Qayyum di telinga Rania.

Semasa perkahwinan abang-abangnya dulu, emak berputih mata dan sekadar merungut kerana hajat hati hendak mengadakan majlis di laman tapak rumah tidak kesampaian. Kedua-duanya mahu majlis mereka dibuat di Kuala Lumpur untuk memudahkan tetamu yang tinggal sekitar ibu kota datang. Kali ini hajat ibunya tercapai juga.

“I like,” sahut Rania.

Teruja kerana suasana perkahwinan yang bercirikan kampung itu memudahkan pergerakannya.

“Kita tak payah jadi patung yang tegak kat pelamin lama-lama macam kat hotel hari tu. Kali ni kita boleh jalan-jalan dan sembang-sembang sesuka hati,” kata Rania seraya meraikan sekumpulan wanita warga emas yang datang berkumpulan.

“Ni menantu saya.” Dengan bangganya, Nenek Ninda memperkenalkan Rania pada teman-teman sekampung. Kembang kempis hidung Ummar Qayyum mendengar orang-orang kampung memuji-muji kecantikan isterinya. Dia tumpang bahagia melihat gelagat
ibunya yang seronok bercerita sambil bergurau-senda dengan penduduk-penduduk kampung.

Berbeza dengan ibu bapa Rania dan sebahagian kaum keluarga abang-abangnya yang hanya bertenggek di beranda rumah ibunya yang besar dan luas itu. Yang lain pula, lebih selesa berehat di dalam ruang tamu yang lapang sambil menonton televisyen. Tiba-tiba Ummar Qayyum terpandangkan kelibat Murni yang terkedek-kedek hendak turun tangga dibantu oleh Ashraf Daniel. Segera dialihkan pandangannya. Sejak insiden Murni memegang tangannya di rumah ibunya itu, pandangannya terhadap Murni telah berubah. Dia jadi tidak suka pada Murni dan sangat berharap agar mereka tidak duduk sebumbung dengan perempuan itu di rumah ibu bapa Rania.

Malangnya, hingga ke hari ini, Rania masih belum berbincang dengan Puan Sri Zalia tentang cadangannya untuk tinggal berasingan. Ummar Qayyum menyaingi Rania duduk di kerusi bawah khemah. Di tepi khemah, ada beberapa buah periuk besar tempat penduduk kampung memasak sejak petang semalam malah ada lagi dapur
kayu yang masih berasap.

“Banyak persamaan kampung ni dengan Kampung Rimba di Janda Baik,” komen Rania.

“Dah namanya kampung!”

“Kampung Rimba kampung nostalgia. Tempat Ren pernah berkubang dengan Kak Ros, Abang Rais dan Halim zaman kami remaja dulu,” tekan Rania.

Kenangan itu menjentik tangkai hatinya. Dalam keriuhan majlis di tengah kampung yang hijau dan damai itu, Rania mencari kelibat Kak Ros dan Halim.

Semasa majlis resepsi di Kuala Lumpur mereka tidak dapat hadir tapi mereka berjanji akan datang di majlis yang diadakan di Kampung Daun Pisang. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan sahabat-sahabat sejati itu. Seingat Rania, semenjak dia bernikah dan bergelar isteri, berita daripada Kak Ros dan Halim langsung tidak didengari. Kali terakhir berjumpa semasa majlis akad nikah itulah.

“Tak nampak Kak Ros dengan Halim,” ujar Rania. Suaranya kendur.

Ummar Qayyum memandang sekeliling, cuba meninjau kelibat kedua-dua beradik itu tapi tidak kelihatan.

“Belum datang lagi agaknya!” sahut Ummar Qayyum mahu menyedapkan hati Rania tapi sehingga majlis hampir tamat, kelibat mereka berdua tetap tidak kelihatan tetapi yang muncul ialah tetamu yang tidak disangka-sangka oleh Ummar Qayyum.
Ummi Kalthum bersama Faheem!

Mereka yang baru tiba tersenyum di laman.

Anak-anak kembar Ummi Kathum tidak ada bersama mereka. Tetamu dihampiri oleh pasangan pengantin. Rania tersenyum lebar apabila disapa oleh Faheem. Timbul sejalur rasa malu apabila dia teringat kata-kata Ummi Kalthum tentang Faheem.
Faheem tu your secret admirer! Terngiang-ngiang ungkapan Ummi Kalthum detik itu.

“Apa khabar Rania?” sapa Faheem dengan sopan sekali. Mata redupnya merenung lembut ke arah gadis yang pernah mencuri hatinya semasa mereka di UPM dulu.

“Ni I nak kenalkan, Ummar Qayyum...,” celah Ummi Kalthum selepas Rania menjawab sapaan Faheem. Tangan yang dihulur Ummar Qayyum disambut segera oleh Faheem.

“Tahniah!” sepatah kata dihulur Faheem pada Ummar Qayyum.

Mereka berdua dijemput makan masakan orang kampung. Ummi Kalthum berbual-bual dengan Ummar Qayyum sambil makan manakala Rania pula seronok melihat cara Faheem menjamu selera. Faheem menambah dua kali sambil memuji-muji keenakan masakan desa. Kedamaian desa turut menarik perhatiannya.

“Abang yakin Rania mesti suka duduk di sini kan,” ujar Faheem.

Ummar Qayyum mulai rasa semacam tatkala telinganya beberapa kali mendengar Faheem membahasakan dirinya sebagai ‘abang’ kepada Rania.

“Macam mana Abang Faheem tahu?” tanya Rania pula.

“Abang pun suka suasana desa seperti ini. Dulu-dulu selalu juga abang usha Rania. Rania kan suka ikut program-program kedesaan.”

Rania tergelak kecil mendengar perkataan ‘usha’ dari mulut Faheen. Perkataan itu selalu digunakan oleh budak-budak lelaki di sekolah.

“Ingat abang tak mengikuti perkembangan Rania dengan Ros Ilyani? Abang pun tahu Rania selalu pergi ke kampung Ros Ilyani di Janda Baik tu kan?”

Pengakuan Faheem benar-benar memeranjatkan Rania. Sejauh itu dia mengetahui perkembangan aku? Minatnya pun sama dengan aku. Patutlah setiap ayat-ayat yang ditulis di facebook sarat dengan kalimah dan ungkapan berfalsafah. Rania terkenang ayat Faheem yang berbunyi, “Rinduku senantiasa basah buatmu dan aku selalu mengintaimu di balik purnama malam tapi barangkali kau tidak pernah tahu kewujudanku.”

Oh! Barangkali benarlah seperti ayat yang diungkapnya. Aku tidak pernah tahu kewujudannya. Macam mana aku hendak tahu kalau dia berselindung di sebalik cahaya purnama, fikir Rania.

“Apa cerita kakak angkat Rania tu?” tanya Faheem seterusnya.

“Alhamdulillah Kak Ros baik. Patutnya dia datang majlis ni tapi tak muncul pula.” Wajah Rania berelung resah. Tadi, hampir-hampir dia menghubungi telefon bimbit Ros Ilyani tetapi ditangguhkan sebab ramai tetamu. Ummar Qayyum semakin tidak selesa melihat situasi mesra antara Rania dengan Faheem. Ternyata situasi yang dilihat itu mengocak jiwa raga dan ego lelakinya. Tumpuannya pada bicara Ummi Kalthum pun mulai tenggelam timbul kerana dia lebih terdesak mahu mengikuti perbualan dua teman yang terpisah lama itu.

“Yang you cerita tentang Halim tu siapa Faheem?” Celah Ummi Kalthum pula.
Makin terkebil-kebil Ummar Qayyum dibuatnya. Banyak benar tentang hal ehwal Rania yang diketahui oleh orang berdua ini, fikir Ummar Qayyum sendiri.

Faheem menjeling kepada Rania. Dia membasuh mulut dan tangan dan membiarkan Ummi Kalthum menunggu jawapan daripadanya.

“Makan lagi Faheem,” pelawa Ummar Qayyum saja-saja.

Faheem capai tapai yang dibungkus dengan daun getah manakala Ummar Qayyum ambil jag yang berisi teh panas di meja sebelah. Empat gelas diletakkan atas meja seraya dituangkan teh panas ke dalam gelas.

“Seronok kan buat majlis kahwin kat kampung. Kita boleh santai-santai macam ni,” kata Rania sambil memandang sekeliling.

Tetamu yang tinggal sebahagian besarnya ialah sanak-saudara dan beberapa orang penduduk kampung yang sedang berkemas dan membasuh pinggan mangkuk berserta
periuk belanga. Di beranda, ahli keluarganya sudah tidak kelihatan. Barangkali mereka berehat di ruang dalam sementara menunggu waktu untuk kembali ke Kuala Lumpur.

“Makanan macam ni tak jumpa tempat lain.” Faheem merujuk tapai yang unik cara pembungkusannya. Sekali suap tapai manis larut dalam mulut Faheem.

“Halim siapa Faheem?” ulang Ummi Kalthum apabila soalan yang ditanya tidak berjawab.

“Dia ni, semua nak tanya kat sini.” Sengaja Faheem menyindir Ummi kalthum.

Melihat Ummar Qayyum meneguk teh tarik panas, Faheem pun turut serta.

“Yalah, you tahu Qayyum, sepanjang jalan, macam-macam dia cerita kat I. I pun tentulah teruja nak tahu kan!” Ummi Kalthum mempertahankan dirinya. Rania sabar menanti. Seperti Ummar Qayyum, dia juga mahu mendengar cerita daripada Faheem.
Apa lagi yang Faheem tahu?

“Halim tu adik Ros Ilyani. Kakak angkat Rania ni,” sahut Faheem sesudah teh panas dihirupnya. Tekaknya rasa kesat kesan tapai dengan teh panas.

“Datang tengok orang kahwin tapi cerita berbagai-bagai pula!” leter Ummi Kalthum.

“Tak ada masalah, dah tak ada tetamu lagi dah! Lagipun dah kali ketiga kami naik pelamin,” kata Rania.

“Hah, tu dia! Jadi tak ada salahnya bercerita pasal masa lalu kecuali Qayyum atau Rania marah. But I don’t think so! Kan Rania?” duga Faheem.

“Menarik cerita Abang Faheem sebenarnya. Ren tak pernah tahu ada cerita-cerita sebegini di sebalik tabir kehidupan Ren. Ingat hidup Ren masa dulu-dulu hambar rupa-rupanya ada banyak kisah!”

Rania tersenyum kecil. Dia tidak pernah menyangka bahawa kehidupan zaman remajanya disuluh oleh Faheem. Ummar Qayyum menelan air liur. Sejalur perasaan aneh datang dan melingkari hatinya. Dadanya berombak perlahan sedang hatinya mulai berdegup tanpa rentak. Kenapa semua ini datang mendadak? Dulu, masalah Murni dan masalah Murni masih belum berkesudahan. Sekarang Ummi Kalthum. Bukan
sahaja dia tetapi datangnya Ummi Kalthum bersama Faheem. Faheem! Siapa lelaki ini yang tiba-tiba muncul seperti angin. Barangkali dia angin yang sepoi-sepoi bahasa pada Rania tapi pada aku, dia angin sejuk yang boleh mencucuk sampai ke tulang hitam.

Di beranda, suasana yang aman dan tenteram menjadi kalut tiba-tiba. Rania menoleh ke arah sekumpulan wanita warga emas yang bergegas mendaki anak tangga.
Kemudian, Ashraf Daniel pula kelam-kabut turun dari beranda dan menuju ke arah mereka.

“Kenapa Acap?” tanya Ummar Qayyum.

“Kak Murni sakit perut. Nak bersalin kot!” sahutnya.

“Laa, masa ni pula!” Ummar Qayyum pandang Rania.

“You dah nak jadi Pak Ucu,” usik Rania dengan senyum nakalnya. Malang sekali, senyum tidak bermukim di wajah Ummar Qayyum.


copy paste dari
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CikguRania2_Siri21__Selagiadarindubuatnya_/Article/index_html

Post Terhangat