Tuesday, December 18, 2012

Berita Derita Dera

Pagi tadi masa tunggu giliran kat Klinik Ibu Anak tengok ade berita pasal penderaan kanak-kanak di Alor Setar. Tajuk beritanya "Bapa Tiri Mangsa disiasat" . Kalau dah ade bukti dan saksi takyah nak siasat-siasat lagi...siat-siat jer..

Lepas tengok berita dalam TV tu terus terngiang-ngiang lagu Derita ni...Penah tak dengar lagu Derita nyanyian kumpulan Okid?? Lirik cam kat bawah ni...tapi kalau nak dengar lagu...kat youtube ada rasanya. Apalah yang ada dalam kepala hotak si pendera ni ek?? Takde belas kesian ker..alangkan kucing mengiau kelaparan pun kita kesian, ini pulak budak menangis...Ya Allah...ngeri bila dibayangkan. tak sampai hati nak tgk video klip yang di'link'kan dari youtube ke fb baru2 ni...

Yang mendera dalam tempoh 2 ke 3 tahun kebelakangan ni selalunya teman lelaki ibu mangsa, bapa tiri mangsa dan Ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal. Beratnya dugaan menjadi ibu tunggal ni...Semoga Allah Taala jauhkan kita semua dari kejadian dan persekitaran seperti ini...


Derita 
By Okid

Buka mata dan lihatlah..
Insan kecil yang tak berdosa
Jadi mainan dan hinaan semua
Manusia tiada berpedoman...

Apakah salah mereka
Menjadi mangsa yang terbiar..
Dia disiksa tanpa rasa simpati
Hanya melihat darah merah mengalir ke bumi...
Chorus:
Sengsara kan terasa...
Di sepanjang hayatnya...
Tangisan tak bersuara
Insan yang sekecil tu... Merasa
Peritnya derita....
Ditanggung jua...

Mengapa dia disiksa
Hingga lesu tak bermaya
Haruskah kita menyaksikan
Penderitaan pada mereka

Apa nasib mereka jika ini masih terjadi
Kita sama sama membantu
Melindungi hidup mereka..

Mereka perlukan perhatian
Bukan penyiksaan yang diminta
Berikan kasih dan belaian mesramu
Moga diberi petunjuk dan hidayah yang sejati...

Sebahagian petikan dari Utusan Malaysia:- 

Kes-kes kematian akibat penderaan bukan merupakan fenomena yang baru di Malaysia. Kes-kes penderaan yang tidak membawa maut mula dikesan seawal tahun 60-an lagi disusuli dengan penemuan-penemuan golongan perubatan mengenai kecederaan-kecederaan yang dialami kanak-kanak yang dikatakan bukan disebabkan oleh kemalangan (non-accidental injuries). Kes-kes sebegini telah diterbitkan di dalam jurnal-jurnal perubatan dan perkembangan ini dikenalpasti rentetan daripada the battered baby syndrome yang mula diperkatakan oleh Profesor Kempe di awal 60-an di Amerika. 

Di Malaysia, penderaan kanak-kanak mula diterima sebagai suatu permasalahan sosial di dalam tahun 1990, selepas penderaan kejam yang berlaku dan menyebabkan kematian S.Balasundram, kanak-kanak kecil yang ditinggalkan di sebuah tandas air di Hospital Kuala Lumpur dengan kesan-kesan penderaan fizikal dan seksual yang dahsyat. Kematian Balasundram mencetuskan reaksi yang luarbiasa di kalangan masyarakat kerana tidak terjangkau di fikiran kita terdapat manusia sekejam pendera Balasundram, yang sanggup mendera seorang kanak-kanak yang tidak berdosa sedemikian rupa. Balasundram meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang teruk akibat didera secara fizikal dan bedah siasat mendapati kesan-kesan luka baru dan lama juga kesan diliwat. Peristiwa malang ini bagaimanapun menjadi pemangkin kepada penggubalan Akta Pelindungan Kanak-Kanak 1991, akta khusus bagi menangani permasalahan kanak-kanak yang memerlukan pelindungan

http://www.utusan.com.my

5 comments:

Kesuma Angsana said... [Reply]

x tau nk komen apa dah KA

LydSunshine said... [Reply]

Tapi perubahan akta tak dpt mengubah kejahatan org yg mendera tu pun. Kerajaan kena buat langkah yg lebih drastik la supaya org takut nak dera kanak2 lagi. Kes balasundram tu mcm penah dgr, tapi dah lupa kisahnya.

diana said... [Reply]

AKAK TAK BERANI NAK TENGOK VIDEO2 SEDAIH NI..TAMBAH2 MELIBATKAN ANAK2 KECIK..TAKUT SUSU BADAN MERUNDUM...JANGAN KAN VIDEO..GAMBAR PUN AKAKTAK TENGOK..

SUAMI AKAK KATA INDIA TU SIAP CAMPAK BUDAK TU YE??KEJAM.

Nafisa81 said... [Reply]

KA> dah terlalu banyak kes...
Lyd > Balasundram tu antara kes pertama yg dapat liputan meluas kat Malaysia...tp dah lama sgt dah...
diana> ntahla kak..tgk sedutan sikit jer kat berita, itu pun kabur2..tak sampai hati nak tgk...

ieda said... [Reply]

aduhhh tolonglah kesian kan budak2 nie ... apalahh yg mereka tahu nie , sampai nak dera2 nie !!! huhuh

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??