Thursday, January 31, 2013

Kau pergi jua...

26 Januari 2013, 6.50 ptg

Koi sampai rumah ibu mertua koi. Lihat kak Minah dalam bilik...bersalam dengannya...aku duduk di hujung kakinya sambil picit2 betis dan berbual-bual. Walaupun hanya aku sorang yang bercakap, dia tetap cuba memberi reaksi terbaik untukku. sesekali Kak Minah bersuara juga,tetapi amat garau dan penuh seksa utk keluarkan sepatah perkataan. Perutnya yg membusung kelihatan sama seperti perut koi yang mengandung 5 bulan ni. Kuku dan matanya kelihatan kekuningan. Pada ketika ini, Kak minah masih mampu menelan air.

27 Januari 2013, 1.00 ptg

Kak minah sudah tidak dapat mengawal kencing. Langsung sudah tidak mengangkat papan punggung. Mak ambil keputusan ntuk membawanya ke hospital. Pada asalnya ingin membawanya ke Hospital Sultan Ismail, tetapi Kak Minah sudah tidak mampu untuk berada dalam kenderaan dalam masa yang lama. Akhirnya, mak meminta memanggilkan ambulan untuk membawanya ke hospital Segamat kerana dalam ambulan terdapat bantuan oksigen sekiranya Kak Minah semput dalam perjalanan.
Sesampainya di hospital, terus dikejarkan ke Unit kecemasan kerana Kak Minah tidak sedarkan diri. beberapa jam dalam Unit kecemasan, Kak Minah agal stabil dan ditempatkan di wad perempuan. Kemudian, Doktor membuat keputusan untuk memindahkan Kak Minah ke ICU.

27 Januari 2013, 7.00 malam

Kak Minah ditempatkan ke ICU, salur oksigen dimasukkan terus sehingga ke paru-paru kerana Kak Minah sudah tidak mampu bernafas dengan sendiri. Doktor di Hospital Segamat dengan sedaya upaya mencari ikhtiar dan punca penyakit Kak Minah. Sementara mak dan abg Napi (suami kak Minah) terus menerus menunggu di luar wad ICU dengan seribu tanda tanya kerana doktor masih lagi berusaha. Pukul 10.00 malam koi dan suami menjengah mak di hospital, mak belum makan/minum sepanjang hari. Selepas berbual-bual dengan mak...barulah mak minta dibelikan air oren twister kerana tekaknya berasa sangat pahit dan haus. Koi belikan air oren dan sebuku roti kelapa. Mak telan roti lambat-lambat dengan bantuan air oren. Puas juga memujuk mak supaya makan, koi takut mak pulak yang sakit kerana kehilangan air dan gula secara drastik.

28 Januari 2013, 8.00 pagi

Doktor panggil mak untuk berbincang. Punca sakit telah dikenalpasti. Doktor sudah mula meramalkan jangka hayat, tapi mak bercerita, doktor sangat berhati hati mengeluarkan setiap patah perkataan agar tidak mengguris perasaan mak walaupun doktor tersebut berbangsa Cina. barah payudara yang dihidapi dua tahun yang lalu dan telah diisytiharkan oleh HSI sebagai 'bebas kanser' rupanya telah merebak ke hati dan paru-paru Kak Minah. Hatinya telah kehilangan fungsi sepenuhnya dan itu menyebabkan perutnya membusung. Paru-parunya yang telah diserang sel barah menyukarkan Kak minah bernafas dengan sempurna. Doktor memberitahu, sehingga ini hayatnya bergantung semata-mata kepada mesin bantuan pernafasan tersebut. Doktor masih berusaha mencari jalan terbaik untuk mengubati Kak Minah

28 Januari 2013, 2.00 petang

Kami anak beranak datang menjengah mak di luar wad ICU. Mak sedang baca Yasin di luar wad. Suami koi pergi menjengah kakaknya di dalam wad sementara koi tidak punya keberanian utk melihatnya. Mak cerita ketika mak berbisik ke telinganya...Kak Minah sudah tidak punya upaya utk memberi tindak balas. Mak bisikkan supaya kuatkan semangat demi anak-anak dan sebutlah ALLAH, ALLAH, ALLAH dalam hati...mak cerita air mata Kak Minah mengalir tanpa henti tatkala mak berbisik ke telinga. keseluruhan anggota badannya sudah tidak mampu bergerak hanya bola matanya sahaja kelihatan bergerak-gerak di bawah lapisan kelopak mata yang tertutup rapat.

29 Januari 2013, 4.00 pagi

Mak berbisik pada Kak Minah, "Minah, mak nak balik mandi kejap. Nanti mak datang balik jaga engkau ye. Kuatkan semangat". sehabis ayat terakhir mak, Kak Minah mengangkat tangannya hendak memegang mak. Tak pasti sama ada tidak izinkan mak pulang tinggalkannya sebentar atau dia hendak ikut mak pulang.
Melihatkan Kak Minah sudah mula memberi reaksi, mak tinggalkan sebentar dengan sedikit kelegaan.

29 Januari 2013, 8.00 pagi

Doktor panggil mak, "makcik...kami dah berusaha yang terbaik. Sekiranya kami masih mencuba kami bimbang hanya akan terus menyakitkannya. Kami mengalah. kami tidak meminta makcik membawa pulang anak makcik tetapi keadaan tidak akan berubah menjadi lebih baik kerana keseluruhan organ badannya telah hilang fungi."
Mak telefon semua anak2 dan berbincang dengan suami kak Minah. Bertanyakan suami koi, pastinya ia soalan yang tak terjawab. Akhirnya mak ambil keputusan untuk bawa pulang ke rumah dan mencabut mesin bantuan oksigen di rumah di hadapan adik beradik.

29 january 2013, 6.00 petang

semua adik beradik telah berkumpul. Long sebagai anak sulung dipertanggungjawabkan untuk mencabut sistem bantuan oksigen dari Kak Minah. Selepas Long mecabut wayar salura oksigen, kak Minah terus tercungap-cungap. Mak dan suami koi bisikkan kalimah 'Lailahailallah' di telinga Kak Minah. Air mata Kak Minah mengalir tanpa hanti di pipinya, Suami koi kesat air matanya dan kemudian suami koi pula yang gagal menahan perasaannya. Suami koi berundur dan Abg Napi pula membisikkan kalimah Allah ke telinga isterinya. Selepas 15-20 minit keadannya, akhirnya Kak minah pergi jua.

Al Fatihah buat kakak ipar koi Tuminah binti Samah. Kitorang akan sentiasa rindukan Kak Minah.




Friday, January 25, 2013

Teruk sangat ke buka kelab malam?



"Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?


Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”

Jawapan:

 Tak salah kottt....tapi berdosa itu pasti...


Anas r.a. berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak; pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya.” (Riwayat al-Tirmizi no. 1295, Abu Daud no. 3674, Ibn Majah no. 3381 dan Ahmad no. 316)

Firman Allah Ta’ala :
Tafsirnya : “Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” ( Surah al-Ma’idah : 90)

Tazkirah : Antara (6) Kelebihan Hari Juma'at





Ditulis oleh Unit dakwah & Islah DMPP   
Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang...DUNIA & AKHIRAT!

1.    Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2.    Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s  diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, RasuluLlah SAW bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3.    Penghulu Segala Hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
 4.    Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut RasuluLlah SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”

5.    Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6.    Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu  terdapat suatu masa di mana seorang hamba  mukmin  apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya  daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith RasuluLlah SAW  daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith RasuluLlah  SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi : Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar. (Riwayat Muslim)

Unit Dakwah & Islah,
Lajnah Penerangan & Dakwah
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

c&p http://muslimat.pas.org.my/v2/

Wednesday, January 23, 2013

Tolong, Mesti, Wajib, Please LIKE!


Eh nyampah pulak koi kebelakangan ni...asal bukak blog orang nak baca-baca...keluar menda nih..asal blogwalking...keluar mende nih...hishhh...semak betullah..




Bukan koi taknak sokong...masalahnya koi dah like pun keluar jugak mende nih...klik like lagi...pastu tekan next entry pun keluar lagi...laaaa...tak reti bahasa rupenya mende ni...

Bukan tak boleh taruk...boleh.,..tapi sediakanla butang close sekali...ni kang butang close takde...taruk sampai 40 saat...wei...kalau 10 saat koi boleh tunggu lagi...sampai 30 ke 40 saat...tak kuasa la heh...

nak membaca pun sampai terganggu...maaf cakapla..ini kali terakhir la koi datang blog dema yang suka paksa-paksa orang like ni. Kalau kandungannya terlalu hebat sampai kali pertama menjengah terus jatuh cinta tu lainla...Tak suruh pun koi like sendiri.


Tuesday, January 22, 2013

Cikgu Rania 2 (Siri 28): Akukah yang bersalah?

UMMAR Qayyum tidur nyenyak seperti bayi. Sudah lebih sejam tidurnya tidak terganggu. Selepas menelan beberapa biji pil yang diberikan doktor tadi, dia betul-betul jendera. Rania membiarkan sahaja Ummar Qayyum lena walaupun hatinya meronta-ronta mahu berbicara dan memohon kemaafan pada suami tercinta. Sesekali Rania memicit-micit kepalanya yang terasa pening-pening lalat.
Kesan kemalangankah? Soalnya sendiri tetapi tidak dilayan sangat. Doktor sudah mengatakan bahawa dia sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah kesan daripada kemalangan tersebut. Kalau ada pun hanyalah disebabkan rasa terkejut. Cuma Ummar Qayyum sahaja yang terpaksa ditahan di wad kerana luka dan kecederaan di kepala. Namun hasil pemeriksaan mendapati bahawa secara keseluruhannya Ummar Qayyum berada dalam kondisi yang stabil.

Luka-luka yang dialaminya hanyalah luka luaran sahaja dan dia perlu berada di hospital untuk pemantauan bagi memastikan bahawa dia benar-benar sihat sebelum dibenarkan keluar.

“Betul ke Ren okey ni?” bisik Puan Sri Zalia perlahan supaya tidak mengganggu tidur Ummar Qayyum.

Dia was-was mahu meninggalkan anaknya bersendirian menjaga Ummar Qayyum. Tan Sri Razlan yang duduk di sebelah Rais di penjuru bilik memerhatikan sahaja gelagat si isteri.

“Ren okey mama. Mama jangan bimbang. Doktor pun kata Ren okey tadi kan!” tegas Rania.

“Memanglah doktor kata begitu tapi Ren kan terlibat juga dalam kemalangan. Ren pun perlu rehat!” tekan Puan Sri Zalia.

“Biarlah Ren temankan Qayyum. Duduk kat rumah pun buat apa? Buat dia risau ingatkan Qayyum. Baik Ren kat sini.” Tan Sri Razlan memberi pandangan. Dia sudah pun berdiri di sebelah Puan Sri Zalia.

“Betul kata ayah. Ren nak temankan Abang Qayyum kat sini.” Rania tidak berganjak daripada keputusannya.

Mendengar kata Tan Sri Razlan, Puan Sri Zalia terpaksa akur. Dia memberi isyarat pada Rais ajak beredar.

“Kalau begitu, mama dengan ayah balik dulu,” ujar Puan Sri Zalia akhirnya. Tangan kedua-dua orang tuanya disalami. Rais usap kepala di adik.

“Jaga diri tahu!”

“Kereta macam mana abang?” tanya Rania pula.

“Tak payah bimbang. Abang uruskan semua termasuk insurans. Beritahu Abang Qay-yum kalau dia jaga nanti, “ pesan Rais sebelum pintu bilik mewah di hospital swasta yang menempatkan Ummar Qayyum dikatup.

Sunyi memenuhi ruang kamar yang dingin itu sebaik sahaja ahli keluarganya beredar. Rania mengusap lembut muka suaminya. Terdapat kesan darah kering pada balutan putih yang mengelilingi sebahagian daripada kepala Ummar Qayyum yang berbalut. Lengan Ummar Qayyum juga luka terkena serpihan cermin tingkap yang pecah. Kaki kanan Ummar Qayyum juga mengalami luka-luka kecil.

Rania perhatikan wajah suaminya yang pucat tetapi tenang. Dia rasa bersalah. Kerana hendak menjemput aku, Ummar Qayyum ditimpa kemalangan! Hatinya berdetik demikian sungguhpun sehingga setakat ini tiada siapa pun yang menyalahkannya.
Dengusan lembut dari rongga mulut dan hidung Ummar Qayyum memecah hening di bilik yang hanya menempatkan mereka berdua. Sesekali Rania meletakkan kepalanya di atas katil di sisi tubuh Ummar Qayyum. Dia berasa tenang tapi seketika kemudian, diangkat kepala dan ditenung wajah Ummar Qayyum.

Berulang-ulang kali dia berbuat demikian tanpa rasa jemu.

Beberapa buah majalah yang dibawa oleh ibunya tadi masih berada di dalam beg kertas. Dia tidak berminat untuk menyentuh apatah lagi membacanya. Dia mahu Ummar Qayyum segera sembuh dan pulang ke rumah secepat mungkin. Pintu kamar yang menempatkan Ummar Qayyum diketuk dari luar. Terkuak dari luar sebelum sempat dia menghampirinya untuk dibuka. Muncul Nenek Ninda bersama Bakhtiar sekeluarga. Bingkas Rania menyalami tangan ibu mentuanya. Nenek Ninda hanya bercakap sepatah dua kata sahaja dengannya, selebihnya dia banyak berbual dengan isteri Bakhtiar.

Ashraf Danial yang kebetulan pulang bercuti berdiri di sisi katil Ummar Qayyum. Tapi dia tidak semesra seperti dahulu dengannya. Rania perasan sesuatu yang pelik. Mereka sekeluarga begitu dingin dengannya. Kenapa? Atau barangkali situasi Ummar Qayyum menyebabkan mereka sedih dan tidak berminat berbual mesra?

Semasa meminta diri untuk pulang, Rania perasan mereka tetap dingin. Sewaktu tangannya menyalami tangan Nenek Ninda, perempuan itu tidak memandang pun padanya. Tetapi apabila keluarga Bakhtiar sudah bergerak agak jauh darinya, Nenek Ninda pusing kembali menghampirinya.

“Jaga Qayyum baik-baik.” Wajah Nenek Ninda tidak menampakkan kemesraan.

Rania yang masih terpinga-pinga mengangguk cuma. Hatinya berkata-kata sendirian menyedari kedinginan sikap ibu Ummar Qayyum.

“Duduk berumah tangga ni, kena bertolak ansur. Jangan nak suruh suami ikut rentak kita saja. Nasib baik cedera Ummar Qayyum tak serius sangat.” Kata-kata penuh bermakna singgah di telinga Rania lagi.

Berdesing telinga Rania mendengar ungkapan akhir daripada Nenek Ninda sebelum pergi. Rania tercegat memandang tubuh wanita yang berlenggang pergi. Kenapa mak cakap macam itu pada aku? Dia menyalahkan akukah atas kemalangan yang
menimpa Ummar Qayyum? Fikir Rania yang masih tepinga-pinga dan terkejut memamah sindiran pedas Nenek Ninda. Rania termenung di sisi katil Ummar Qayyum. Dia masih tidak percaya Nenek Ninda sanggup melontarkan kata-kata sedemikian padanya. Mengapa mak kata begitu pada aku?

Apa yang mak dengar? Siapa yang mengacum pada emak? Salah akukah apabila kemalangan ini berlaku? Soalnya lagi tidak mengerti.

“Memang salah dia nenek. Memang salah dia,” hasut Murni sesungguh hati di telefon.

Dia terdengar Rais bercerita kepada Puan Sri Zalia tentang kemalangan yang menimpa Ummar Qayyum dan Rania. Panas hatinya mendapat tahu kecederaan yang dialami oleh Ummar Qayyum semasa pulang menjemput Rania. Rania pula sihat sejahtera dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Tapi nenek tengok tadi dia jaga Qayyum baik saja.”

“Memanglah sebab dia rasa bersalah buat Abang Qayyum accident. Abang Qayyum macam mana nenek?” Murni pritahin benar akan keadaan Ummar Qayyum.

“Dia tidur tadi. Kami pun tak kejutkan dia tengok dia lena sangat. Kesan ubat agaknya.”

“Kasihan Abang Qayyum, dia stres tu!” rintih Murni.

“Apa yang berlaku sebenarnya Murni. Nenek tak berapa fahamlah!”

“Ya Allah nenek. Kak Murni dah cakap pada nenek tadi. Semuanya gara-gara Kak Ren tu!”

“Apa masalah mereka?”

“Kak Ren lah puncanya. Dia ni memang mengada-ngada sejak dulu. Akhir-akhir ni dia lagi banyak buat ragam. Asyik merajuk tak tentu arah. Sikit-sikit merajuk, silap sikit merajuk. Kan Murni dah cakap, kerana nak memujuk dan menjemput dialah, Abang Qayyum accident.” Galak sungguh Murni bercerita. Tak bertapis-tapis. Kebelakangan ini kerap benar dia menghubungi Nenek Ninda menggunakan telefon bimbitnya.

Sebaik sahaja dia mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa Ummar Qayyum, pantas tangannya menghubungi Nenek Ninda. Sepintas lalu diceritakan kemelut yang menimpa rumah tangga Rania pada Nenek Ninda.

“Nenek tak tahu pula mereka ada masalah. Ingatkan bahagia, maklumlah berbulan madu sampai ke Paris, London...”

“Semua tu lakonan Kak Ren, nenek. Nak tunjuk konon dia bahagia raya, padahal Murni tahulah apa sebenarnya yang berlaku. Murni serumah dengan mereka. Kasihan Abang Qayyum nenek. Asyik nak ikut telunjuk Kak Ren. Nak kena jaga hati Kak Ren lagi.”

“Sampai begitu sekali?”

“Yalah sebab Kak Ren tu cemburu sangat. Masa reunion Abang Qayyum dengan kawan-kawannya pun dia cemburu kat kekasih lama Abang Qayyum. Pendek kata Abang Qayyum nak bergerak sejengkal pun susah,” tambah Murni lagi.

Cerita itu tidak bernoktah pada hari kemalangan sahaja bahkan berlarutan sehingga detik itu. Macam-macam cerita dalam rumah Tan Sri Razlan disampaikan pada Nenek Ninda.

Di rumah megah itu, di kala semua penghuni rumah keluar untuk menjemput Ummar Qayyum pulang setelah dibenarkan keluar wad, dia bergayut dan terus bercerita pada orang tua yang tidak tahu kisah hujung pangkal itu. Yang ada di rumah itu di kala itu hanyalah dia, Fahim dan Makcik Rohaya sahaja. Makcik Rohaya pula duduk di dapur. Sibuk memasak sebab malam nanti, seluruh keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Tan Sri Razlan pun turut serta dan mahu seluruh keluarga berkumpul meraikan kepulangan Ummar Qayyum setelah tiga malam di hospital.

“Kasihan Qayyum...,” keluhan Nenek Ninda kedengaran berat sekali.

“Memang kasihan. Kadangkala Murni rasa macam nak menangis tengokkan Abang Qayyum...”

“Si Qayyum tu pula memang jenis mengalah, ikut sangat kerenah bininya itu. Tengoklah, sejak berkahwin jarang balik jumpa nenek.” Rintihan Nenek Ninda menyeronokkan Murni.

Dia makin sedap mencucuk jarum ke lubang telinga Nenek Ninda. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

“Abang Qayyum nak jumpa nenek, Kak Ren tu yang tak bagi. Dia buat alasan selalu sibuk dengan kerja sekolah. Lagipun dia pernah beritahu pada Murni dia tak suka sangat berada dengan keluarga nenek.”

“Dia cakap macam tu pada Murni?” Terkejut Nenek Ninda mendengarnya.

“Ah, macam-macam dia cakap nenek. Tak larat telinga Murni nak mendengar tapi Murni tahan saja mengenangkan Murni menumpang keluarga mereka.”

Nenek Ninda terdiam. Betulkah apa yang dikata Murni ini? Nampak si Rania tu macam baik saja tapi kalau betul kata Murni, memang silap besar Ummar Qayyum ni! Fikir Nenek Ninda lagi.

“Kamu di rumah tu macam mana Murni? Baik ke Ren dengan keluarganya melayan kamu?”

“Nek, sebenarnya Murni nak jumpa nenek. Murni nak mengadu sesuatu pada nenek.”

“Mengadu apa?”

“Murni tak boleh cerita kat telefon. Err nenek nak balik kampung tak?”

“Kenapa Murni?”

“Kalau nenek nak balik kampung, Murni nak ikut. Murni nak bawa Fahim sekali.”

“Kamu ni lain macam saja Murni.”

“Ya Murni memang ada masalah besar.”

“Kamu nak balik berdua dengan Fahim saja? Rais macam mana? Dia bagi ke kamu balik kampung dengan nenek?”

“Dia tak kisahkan Murni pun nek!”

Terperanjat Nenek Ninda mendengar kata-kata Murni. “Apa maksud kata-kata Murni ni?”

“Itu sebab Murni nak jumpa nenek.”

“Hujung minggu ni, nenek nak balik kampung. Nak duduk dua minggu kat sana dengan Acap. Kamu nak ikut?”

“Murni nak ikut nenek,” rengek Murni.

“Kalau nak ikut. Kamu bersiaplah pagi Sabtu. Nenek suruh Acap singgah ambil kamu,” pesan Nenek Ninda.

Gembira bukan kepalang Murni mendengarnya. Dia dodoikan Fahim yang menggeliat di atas katil. Apabila Fahim sudah bangkit, digantikan lampin pakai buang dan dibawa Fahim turun ke bawah melihat Makcik Rohaya yang sedang leka memasak.

“Makcik masak apa?” soalnya lembut sengaja hendak menduga perempuan yang sejak dahulu tidak pernah menyukainya.

Makcik Rohaya tidak mempedulikan Murni.

“Makcik ni, orang tanya tak jawab pun!” Murni pura-pura merajuk. “Fahim tengoklah nenek tua ni sombong tak bertempat,” sindirnya dan pergi.

Makcik Rohaya menjuih menyampah. Tak sedar diuntung si kaduk naik junjung ini! Tak tahu ke yang awak tu hendak dimadukan? Memang padan dengan muka kau Murni! Getus Makcik Rohaya.

“Boleh mak cik masakkan bubur air untuk Fahim?” Laungan Murni singgah di telinga Makcik Rohaya.

Sungguhpun menyampah, ditanak juga bubur air dalam periuk kecil. Malam itu seluruh keluarga berkumpul. Rania memapah Ummar Qayyum keluar dari bilik tetamu di tingkat bawah menuju ke ruangan makan. Sementara keadaan Ummar Qayyum sedemikian, Puan Sri Zalia telah berpesan supaya suami isteri itu menggunakan bilik tetamu di tingkat bawah untuk kesenangan Ummar Qayyum bergerak. Ummar Qayyum nampak tidak berapa sihat dan jalannya terhinjut-hinjut.

“Abang makan banyak-banyak ya supaya abang cepat sembuh. Kat hospital Ren tengok abang tak berselera langsung.” Rania suapkan Ummar Qayyum makan.

Senang hati Puan Sri Zalia melihatkan perkembangan positif antara anak menantu. Ada hikmah di sebalik musibah yang melanda ini, fikirnya.

“Ren ambil cuti sampai bila?” tanya ibunya.

“Esok Ren kena kerja. Ren dah cuti dua hari. Nanti Ren ambil cuti rehat lagi. Nak ambil serentak tak boleh mama.”

“Tak apalah, mama dengan Makcik Rohaya pun ada boleh tengok-tengokkan Qayyum.”

“Ren nak ambil terus pun tak apa, nanti ayah uruskan...”

“Tak mengapa ayah! Ren ikut saja prosedur yang ada...,” bantah Rania.

Dia tidak suka ayahnya menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah undang-undang sesuka hati.

“Macam mana dengan kes budak yang biadap dengan Ren tu? Dah dibuang sekolah?” tanya Tan Sri Razlan. Rania tatap muka ayahnya sedetik.

“Ayah tahu?” Rania kehairanan.

“Takkan ayah tak tahu!”

“Siapa yang laporkan pada ayah?”

“Tak payahlah Ren ambil tahu.”

“Kalau boleh Ren tak mahu ayah campur tangan,” pesan Rania. Tan Sri Razlan terdiam.

“Kes itu serius Ren...”

“Ren pohon pada ayah biar pihak sekolah yang selesaikan boleh?” Tajam renungan Rania pada ayahnya. Persoalan itu mati di situ apabila Ummar Qayyum berdehem. Memahami situasi makan malam yang perlukan ketenangan, persoalan itu bernoktah di situ.

Tan Sri Razlan berbual topik perniagaan dengan menantunya. Murni memerhatikan sahaja gerak geri Ummar Qayyum. Dia perasan Ummar Qayyum tidak banyak bercakap dan bergurau-senda seperti biasa. Makan malam keluarga itu kelihatan dingin meskipun lauk-pauk penuh di atas meja. Rais juga kurang berbual.

Kehidupan orang dalam rumah ini ibarat retak menunggu belah. Semuanya bermasalah. Bermula dengan dinginnya hubungan antara Tan Sri Razlan dengan Puan Sri Zalia, sekarang melarat pula pada Ummar Qayyum dengan Rania. Elok sangatlah tu! Aku tak kisah kalau ikatan antara aku dengan Rais berantakan, asal saja seisi rumah ini tidak harmoni! Biar semua merasa. Akan aku tambahkan lagi keserabutan dalam rumah ini! Tekad Murni sambil menjamu selera.

Tiba masa yang sesuai, dia menyatakan hasrat hatinya hendak pulang ke Kampung Daun Pisang pada Puan Sri Zalia. Puan Sri Zalia terkejut. Pohon-pohon bunga ros yang sedang dibajainya itu diketepikan seketika. Topi kebun yang dipakai meleweh lalu ditolak dengan lengan.

“Nak balik kampung Nenek Ninda? Kenapa?” tanya Puan Sri Zalia penuh prihatin.

“Murni... Murni rasa Murni perlukan ketenangan.”

Wajah sayu Murni dipandang hiba oleh Puan Sri Zalia. Berkecil hatikah Murni? Malam tadi dia bersama suami serta Rais berbincang tentang hasrat hati Rais untuk menyunting Ros Ilyani. Terdengar dek Murnikah perbincangan mereka tiga beranak?

Fikir Puan Sri Zalia mendadak.

“Murni tersinggungkah?” tanya Puan Sri Zalia tiba-tiba.

“Tersinggung?” tanya Murni tidak mengerti.

“Mungkin Murni terdengar perbualan kami malam tadi...er...tentang hasrat hati Rais untuk meminang Ros Ilyani,” terang Puan Sri Zalia yang menyangka Murni terdengar akan hal tersebut.

Murni pura-pura merintih.

“Mama tahu walaupun Murni rela tapi Murni berat hati untuk dimadu kan?” Keprihatinan Puan Sri Zalia membuatkan Murni lagi bijak berlakon.

“Murni sedar Murni siapa di sini mama. Murni dikutip oleh Abang Rais. Murni kena tahu diri. Murni kena akur dengan takdir Murni tapi Murni tak tahu pula yang hati Murni tak seperti yang Murni sangkakan!”

“Murni tak rela?”

“Murni tak berhak untuk berkata rela atau tidak mama. Murni bernasib baik sebab Abang Rais sudi bernikah dengan Murni dan menerima Fahim seadanya tapi Murni minta ruang untuk diri Murni. Murni takkan halang niat Abang Rais malah Murni akan izinkan.”

Puan Sri Zalia terduduk di rumput. Belas kasihannya pada Murni datang menimpa-nimpa. Dia sedar sangat kedudukan Murni sekarang. Dia kasihankan Murni tapi apakan daya dirinya. Dia tahu Murni kecewa dan amat terluka.

Aku sendiri pun terluka bila mengetahui aku dimadukan walaupun madu aku telah mati, inikan pula Murni yang masih muda dan mengenali Ros Ilyani. Ah! Kehidupan ini sesuatu yang sangat misteri, fikirnya.

“Beginilah Murni. Kalau Murni nak balik kampung, baliklah. Nanti mama suruh Abang Rais hantar.”

“Tak payah mama. Murni tak nak ganggu Abang Rais. Dia pun sibuk nak uruskan macam-macam menjelang pernikahannya.”

“Habis Murni nak balik macam mana?”

“Murni dah bincang dengan Nenek Ninda. Nanti Acap akan jemput Murni kat sini. Nenek Ninda dengan Acap dah macam keluarga pada Murni,” kata Murni.

“Murni nak beritahu pada Nenek Ninda tentang situasi Murni? Tentang hasrat Rais nak kahwin dengan Ros Ilyani?” tanya Puan Sri Zalia.

“Kalau Murni tak beritahu pun lama-lama Nenek Ninda akan ketahuan juga.”

Puan Sri Zalia serba salah. Apa pula tanggapan Kak Ninda pada aku? Murni ni dah macam cucu padanya. Segan pula aku kalau Kak Ninda tahu tentang Murni dan Rais. Hal Qayyum dengan Rania pun masih belum selesai. Puan Sri Zalia perasan Nenek Ninda agak dingin dengannya semasa berjumpa di hospital swasta semasa melawat Ummar Qayyum. Mungkinkah dia dapat tahu kemelut yang melanda Ummar Qayyum dengan Rania? Marahkah dia pada Rania kalau diketahui gara-gara kerenah Rania,
Ummar Qayyum kemalangan? Ah...Rania! Rania!

Dia semakin risau mengenangkan hal anak-anak. Cuba diusir perasaan tidak tenteram itu, bimbang akan menjejaskan kesihatannya tapi sesekali perasaan cemas dan risau itu sering mengusiknya. Dek bimbang, dia mengadu pada Nenek Ninda tentang kerisauannya sewaktu Nenek Ninda berkunjung ke rumah semasa hendak menjemput Murni.

“Kita sebagai orang tua, kenalah nasihat-nasihatkan anak-anak. Jangan dimanjakan sangat anak-anak ni. Kelak kita juga yang susah.” Madah Nenek Ninda bersulam sindiran membuatkan Puan Sri Zalia terdiam. Tapi dia menerima teguran itu dengan dada terbuka.

“Yalah kak, nanti saya nasihatkan anak-anak mana yang patut.”

“Ren cuti lama ke?” tanya Nenek Ninda pada Rania pula.

“Esok Ren dah nak balik sekolah mak.”

“Qayyum macam mana?”

“Saya dengan Kak Rohaya ada. Kami boleh tengok-tengokkan Qayyum...”

“Sebaik-baiknya isterilah...” tempelak Nenek Ninda lagi.

Rania menundukkan mukanya. Ini sudah kali kedua ibu mertuanya menyindirnya.

“Bila balik sini nanti Murni tolong tengok-tengokkan Abang Qayyum tu...” Pesan Nenek Ninda pada Murni. Terpana Rania dibuatnya.

Sehinggalah Nenek Ninda bersama Asraf Daniel dan Murni meminta diri untuk pergi, Rania masih lagi di awang-awangan. Dia tidak mengerti mengapa Nenek Ninda asyik menyindirnya.

“Mama perasan kata-kata mak pada Ren tadi?” Rania mengadu pada ibunya.

Puan Sri Zalia angguk perlahan.

“Mak marahkan Ren ke sebab Abang Qayyum accident?”

“Entahlah Ren, mama pun tak tahu tapi mama perasan emak mertua kamu dingin dengan mama.”

Sebuah keluhan terlepas juga dari Rania. Maknanya tak salahlah aku berasa sedemikian sebab mama pun sama! Salah akukah? Ulangnya lagi entah untuk kali ke berapa.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CikguRania2_Siri28__Akukahyangbersalah_//Article/index_html

Monday, January 21, 2013

Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut

 

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.

 

Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.

 

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.

 

Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:


a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

 

Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.

 

Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.

 

Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.

 
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

C & P from http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat


sekadar mencoretkan apa yg terbuku di hati tatkala melihat ramai yg mencemuh niat murni Cute Mum.
baca-baca komen umat Nabi Muhammad SAW di page Hok FM. Adoi...ramai benar2 yang tak tau hukum dan ramai jugak yang reka hukum sendiri...tengok print screen kat bawah ni..komen pertama dah letak hukum haram..adoih bijak pandainya....byk jugak komen2 yg agak menjengkelkan. Kebanyakannya asyik persoalkan kalau2 terkawen dgn adik beradik susuan...la...yang tu yag lebih dirisaukan....bukannya kita bagi susu kat anak susuan tu pakai topeng muka...bukannya bagi susu main letak depan pintu pagar tekan loceng pastu lari....tahulah ibu menjaga ukhwah antara anak susuan dan keluarga bayi yg disusukannya...terbercinta antara anak susuan yang dirisaukan pulak...

Dah tu boleh pulak hok fm tu tanya 'ok ke perkhidmatan ini?' waklu kedondang ini adalah perkhidmatan. Korang pikir apa yang panas aje yer....hati dan perasaan ibu2 kat malaysia ni korang tak fikir ye...nasib baik koi tak pernah like pun page munguks ni...





Friday, January 18, 2013

Pemadam

ohh..entry ini adalah lanjutan daripada entry kak Diana yang bertajuk MAISARA:: pemadam. 

Bila baca gelagat anak-anak yang hilang alat tulis kat sekolah teringat zaman dulu2...mmg selalu hilang alat tulis..(sekarang pun sama). sampaikan kalau ada kerja mewarna takut nak buat kat rumah sebab pensel warna yang tak seminggu beli dah tinggal beberapa batang. pulak tu dalam satu kotak kecik tu kadang2 hijau 2, biru 2, merah takde, hitam takde, habis tertukar dan hilang. mak koi paling hangin kalau pensel warna hilang pasal itulah alat tulis yang agak mahal pada zaman dahulu. sapa2 yang dapat pakai keler Luna yang panjang tu...itu kira dah anak orang ada-ada la tuh...

Si Maisara anak dara Kak Diana ni pulak kesnya hilang pemadam,sebagai galang gantinya ditonyoh dgn jari dgn sedikit campuran enzim emilase. Tapi masa dulu koi ikat getah gelang dihujung pensel sebagai ganti pemadam kalau hilang.

Macam gambar kat bawah nilah rupa pemadam kecemasan zaman koi darjah 1,2,3 dulu. Darjah 4,5,6 dah pandai jaga barang. Darjah 5 dan 6 pulak cikgu dah suruh pakai pen. Haaa..kretip tak. Takat satu dua huruf tu terlayan la pakai pemadam jenis ni...kalau banyak tu...kena la pinjam pemadam orang lain.





Sekarang ni sebijik pemadam tahan bertahun-tahun tak pernah hilang...cuma pen aje yg selalu hilang. Tiap kali gi meeting mesti tertinggal kat meja meeting orang tu. huh...untungla sapa tuan punya opis yang asik anjurkan meeting tu.

Tuesday, January 15, 2013

ABPBH 2012: Apa Pilihan Anda?

Saja je nak kongsi pilihan koi..tp koi tak hantar pun undian..Nak hantar tapi macam takut menjadi salah seorang supporter tegar majlis keraian yang langsung tidak bersifat Islamik yang mana pada malam tersebut hampir semua artis yang hadir berlumba lumba menayangkan aurat dan bentuk badan. Kalau koi hantar undian..inilah undian koi...Undian deme macam mana?

*Pilihan koi yang berwarna merah

Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar
Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal
Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif
Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama
Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari
Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha
Gambar ehsan : Rotikaya
Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak
Pelakon Filem Wanita Popular
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin
Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak
Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira
Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil
Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura
Bintang Paling Popular 2012


Cikgu Rania 2 (Siri 27): Seandainya Kutahu!

 Oleh Samsiah Mohd Nor

RANIA mengenakan blaus warna merah darah ikan yang dikenakan dengan seluar panjang berwarna hitam. Tudungnya pula bercorak abstrak gabungan warna putih merah dan hitam. Beg tangan kulit berjenama Miu Miu bewarna kelabu sudah disilangkan ke tubuhnya.
“Ren nak ke mana ni?” tanya Puan Sri Zalia kehairanan.

Sejak akhir-akhir ini Rania makin sering keluar sendirian. Tadi pun Ummar Qayyum keluar berseorangan. Rania tidak ikut sekali kerana katanya penat. Alih-alih Rania juga hendak keluar. Apa sudah jadi?

“Nak keluar jumpa kawan.” Rania capai kunci kereta.

“Kawan yang mana?” tanya Puan Sri Zalia lagi.

Makcik Rohaya pun nampak terpinga-pinga. Cuma Murni yang senyum penuh makna di luar penjuru ruang tamu kedua.

“Er...kawan Ren lah.”

“Tadi kata tak ikut Qayyum sebab penat. Ini boleh pula keluar,” tempelak ibunya.

Rasa tidak senang hati mulai menerjah tasik hati Puan Sri Zalia.

“Ada hal penting mama.” Tangan ibunya segera disalami dan belum sempat ibunya bertanya lanjut, Rania sudah pun turun tangga menuju ke keretanya.

“Dah beritahu Qayyum?” Jerit Puan Sri Zalia tapi anak itu pura-pura tidak mendengar.

Puan Sri Zalia memandang cuma kereta Rania yang bergerak agak laju meninggalkan halaman rumah.

“Apa masalah si Rania ni? Qayyum keluar sendiri. Dia keluar sendiri.” Sejalur resah bermukim di wajah Puan Sri Zalia. Dia perasan anak menantunya agak dingin dan sepi sesama mereka.

Pasangan itu sudah tidak mesra seperti dulu lagi. Ingatkan perkara-perkara kecil yang berlaku dalam rumah tangga yang masih muda itu berlalu begitu saja bak angin tapi salah anggapannya. Nampak gayanya hubungan dingin antara Rania dengan Qayyum masih berlarutan. Dia bimbang kalau-kalau kudis kecil akhirnya membusung atau menjadi seperti api dalam sekam. Di luar tak kelihatan tapi makan dalam.

“Alah biasalah Puan Sri, orang baru melangkah ke dunia baru. Err apa orang kata, dalam proses mengenali.” Makcik Rohaya tergelak kecil sesudah mengungkapkan kalimah itu.

Puan Sri Zalia mengeluh penat. Dia menekan-nekan dadanya yang berasa ketat tiba-tiba. Tapak tangannya ditopang pada dinding tepi beranda. Dia seakan-akan memerlukan sesuatu untuk menahan tubuhnya.

“Puan Sri jangan fikir sangat tentang anak-anak. Pandailah mereka menyelesaikan masalah mereka,” nasihat Makcik Rohaya seraya memaut tubuh Puan Sri Zalia masuk ke dalam rumah. Dia sedar air muka majikannya itu sudah berubah rona.

“Si Rania ni lain sikit budaknya. Hendak ikut kepala dia saja, entah apa lagi yang dia tak puas hati tu,” ujar Puan Sri Zalia sebaik sahaja dia duduk di kerusi. Segelas air suam disuakan oleh Makcik Rohaya yang baru datang dari dapur. Makcik Rohaya sengaja duduk dan berbual-bual dengannya untuk mengelakkan tuan rumah itu tertekan. Jangan sampai Puan Sri Zalia masuk hospital sekali lagi!

“Puan Sri, nanti pandai-pandailah Qayyum pujuk isterinya tu...” Makcik Rohaya cuba mendamaikan jiwa Puan Sri Zalia yang tetap berkocak mengenangkan fi’il Rania nan seorang.

“Yalah kak. Harap-harap masalah mereka tidak berpanjangan, maklumlah darah tengah manis. Silap hari bulan macam-macam perkara boleh berlaku.”

“Eh, jangan fikir bukan-bukan Puan Sri...,” potong Makcik Rohaya.

Pembantu rumah nan setia itu sengaja bercerita yang lunak-lunak tentang Rania dan Ummar Qayyum untuk menyedapkan rasa hati Puan Sri Zalia. Muka Puan Sri Zalia ceria seketika namun air mukanya kembali keruh apabila disapa Ummar Qayyum yang kembali semula ke rumah selepas dua jam Rania pergi.

“Dia ke mana? Saya call banyak kali tapi dia tak angkat,” terang Ummar Qayyum.

“Dia kata nak jumpa kawan.”

“Kawan yang mana?”

Puan Sri Zalia tidak dapat menjawabnya. Kerana dilanda kerisauan, Ummar Qayyum terus-menerus menghubungi Rania tapi tetap hampa. Akhirnya dia duduk di sebelah ibu mertuanya.

“Kurang-kurangnya dia cakaplah dia hendak ke mana. Dia diam begini buat kita risau,” keluh Ummar Qayyum.

Tindakan Rania tidak disenangi. Perangai Rania yang ada masanya kebudak-budakan merimaskannya.

“Tak sempat mama nak tanya, dia dah masuk kereta.” Puan Sri Zalia memberi alasan.

Makcik Rohaya menuangkan Nescafe panas ke cawan lalu dihulurkan penuh hormat pada Ummar Qayyum. Ummar Qayyum capai seraya mengucapkan terima kasih. Alangkah bagusnya kalau Rania yang melayan aku! Hatinya berdetik. Ini tidak! Makcik Rohaya pula yang menunggu di rumah. Dia hilang entah ke mana! Telefon tidak berangkat. Marah sangatkah Ren pada aku sehingga langsung tidak menjawab panggilan? Dia hilang fokus mengenangkan Rania.

Laporan kewangan yang perlu disediakan untuk dibentangkan pada ahli Lembaga Pengarah Syarikat keesokan harinya jadi terbantut. Tumpuannya hilang. Dia masuk bilik dan bermenung pula di sisi jendela. Nombor telefon Rania ditekan lagi! Entah untuk kali yang ke berapa.

“Jawablah Ren,” pujukan Ros Ilyani kedengaran lagi namun tidak membawa apa-apa erti kepadanya.

Telefon bimbitnya berdering sejak dari tadi. Sudah berpuluh-puluh panggilan dari Ummar Qayyum tapi satu pun tidak dijawabnya. Dia buat keras kepala. Ros Ilyani pegang bahu Rania. Bermacam-macam cara dilakukan untuk memujuk tapi Rania tetap dengan pendiriannya. Dia buat muka ketat dan langsung tidak mengendahkan nasihat Ros Ilyani.

“Jawablah. Tak baik Ren buat macam tu! Beritahu padanya yang Ren ada kat sini. Dia risau tu,” nasihat Ros Ilyani.

“Kan Ren dah kata Ren tak nak jawab, maknanya Ren tak naklah!”

Akhirnya Rania matikan telefon bimbitnya. Senyap terus telefon bimbit itu. Kemudian dia lemparkan pandangan pada pokok-pokok jambu yang rendang-rendang tapi lebat berbuah di sekeliling rumah Ros llyani. Dia sampai di rumah kampung yang sejuk di kaki bukit itu sejak tadi. Sengaja dia membawa diri ke situ kerana geram dengan Ummar Qayyum. Di sisinya ada seplastik buah jambu yang besar-besar dan seplastik kecil buah anggur yang telah pun dikutip dan dimasukkan oleh Halim ke dalam beg untuk dibawa pulang oleh Rania nanti.

“Ren dah lupa mama Ren sakit jantung sebab stres? Suka mama Ren stres lagi sekali?” Ugut Ros Ilyani.

“Ren nak ajar dia sikit,” sahut Rania perlahan. Ada nada bersalah pada suara kerasnya itu.

“Ren nak ajar apa? Kak Ros tak nampak apa-apa kesalahan pun yang Qayyum buat,” kata Ros Ilyani.

“Itu kata kakak tapi saya rasa Qayyum bersalah,” sampuk Halim. “Ada isteri kat rumah tapi menyibuk nak tolong orang lain.”

“Mungkin ada kecemasan. Ummi tak ada orang lain nak minta tolong barangkali. Lagipun bukan Qayyum tak ajak Ren ikut sekali, Ren yang tak mahu ikut.” Ros Ilyani sangat yakin Ummar Qayyum mempunyai alasan yang konkrit untuk membantu anak Ummi Kalthum.

“Tapi yang dia rahsiakan kisah cinta dia dengan Ummi Kalthum dulu apa hal? Kalau saya berada di tempat Ren pun saya marah,” tambah Halim lagi. Air suam di dalam gelas Rania yang tinggal separuh ditambah oleh Halim.

“Nasib baik kau faham perasaan aku Halim.” Rania menghargai pengertian yang ditunjukkan oleh Halim. Di rumahnya tidak ada siapa yang mahu memahami perasaannya. Ibu asyik memenangkan Ummar Qayyum manakala Rais pula beranggapan dirinya suka membesar-besarkan perkara kecil.

“Kau ni boleh tak jangan jadi batu api?” marah Ros Ilyani.

“Apa pula? Sebagai lelaki saya rasa tindakan Ummar Qayyum tu tak gentleman langsung. Dah merahsiakan hal dia dengan Ummi satu hal, lepas tu pergi tolong pula hantar anak orang tu! Fikir logiklah kak!” tempelak Halim lagi.

“Kau tak terfikir ke yang Qayyum mungkin ada alasan kukuh untuk buat semua tu?”

“Alasan apanya?” jeling Halim.

“Payah cakap dengan kamu ni,” herdik Ros Ilyani. “Duduk sana! Menyibuk campur hal orang perempuan ni apa pasal?”

Dimarahi oleh kakaknya, Halim menghala ke kebun anggurnya. Bangga menyelinap di sanubarinya setiap kali melihat buah-buah anggur yang bergayut-gayutan di tangkai. Tercapai juga hajat hatinya supaya buah anggur sulung itu dirasa manisnya oleh Rania. Dari jauh, dia memandang Rania yang berwajah bersahaja.

Ah Ren! Salah akukah bila kau dilanda kemelut begini? Berkata Halim sendiri. Datang pula rasa menyesal kerana membatalkan perkahwinannya dengan Rania pada saat-saat akhir dulu. Bodohnya aku! Sepatutnya aku kahwin saja dengan Ren walaupun dia tidak cintakan aku! Manalah tahu lama-lama berputik juga cintanya pada aku seperti mana buah anggur ini. Siapa sangka pokok anggur juga
akhirnya boleh berbuah di bumi Malaysia? Dan siapa sangka Rania juga mungkin boleh jatuh cinta pada aku satu hari? Bodohnya aku! Tidak henti-henti Halim mengutuk diri sendiri. Dia tetap memandang Rania dari celah batas-batas pohon anggur yang ditanam berjajaran.

“Cemburu Ren tengok kehidupan Kak Ros dan Halim di sini. Bahagia walaupun tanpa pasangan.” Rintihan Rania berterusan.

“Kebahagiaan itu bersifat umum. Ren tak boleh ukur macam tu. Kita kena reda dengan kehidupan yang telah Allah atur untuk kita, barulah kita bahagia!” Ros Ilyani capai ranting-ranting kecil yang berselirat di laman rumah.

“Kak Ros ni memang berhati mulia sebab itulah agaknya Abang Rais tak dapat lupakan Kak Ros sampai sekarang.” Rania pecahkan rahsia.

“Apa Ren merepek ni?” Ros Ilyani patah-patahkan pula ranting tersebut lalu dinyalakan api.

Ranting-ranting kecil mudah saja dimamah api. Longgokan sampah di tepi pokok nangka dijunamkan ke dalam api. Berkeriut bunyi daun kering dijilat api yang menyala.

“Selain nak mengadu tentang masalah Ren, Ren juga nak berkongsi cerita dengan Kak Ros tentang Abang Rais,” ujar Rania tenang.

“Duduklah kat sini Kak Ros. Susah Ren nak bercerita bila Kak Ros pergi mari macam tu!” arah Rania pada Ros Ilyani. Mendengar itu Ros Ilyani lalu duduk bersebelahnya. Lalu Rania pun membuka kisah perihal Rais dan Murni. Terlopong Ros Ilyani mendengarnya.

“Takkanlah sampai macam tu!” komen Ros Ilyani.

“Betul! Kak Ros ni dahlah baik hati, bendul pula! Kalau bermadu dengan Murni, Ren rasa mesti aman damai hubungan Kak Ros dengan Murni.”

“Jangan mengarutlah Ren.” Muka Ros Ilyani masam-masam manis. Halim datang semula menyaingi mereka. Ditanyakan oleh Rania pada Halim tentang hal itu. Halim terkebil-kebil.

“Rais nak kahwin dengan Kak Ros? Biar betul Ren?” Halim seakan tidak percaya.

“Ya...” Rania angguk bermakna.

“Bermadu!” Kali ini Halim tersenyum sumbing.

“Kau jangan buat muka macam tu!” ugut Ros Ilyani.

“Apa pula! Tapi rela ke akak bermadu? Pahit bermadu ni walaupun namanya madu yang manis!” Halim sengaja menyakat Ros Ilyani.

“Jangan menyibuk boleh?” Ros Ilyani berasa terhina dengan gurauan Halim. Muka sepuluh sen Halim jelek dipandangnya.

“Errr, sebenarnya saya tumpang gembira.” Halim ubah persepsi tentang poligami bila melihat wajah kelat Ros llyani.

“Mengada-ngada! Kau ingat akak tak tahu!”

“Akak ni, bergurau sikit pun tak boleh. Nak melenting saja.”

“Gurauan kau itu menyakitkan hati orang. Pergilah... tengok-tengokkan si Tarmizi tu. Pergi bungkus buah-buah anggur tu, ada juga faedahnya daripada menyibuk kat sini. Biar kakak dengan Ren saja berbual pasal hal orang perempuan ni,” halau Ros Ilyani.

Kerana malu, Halim terpaksa angkat punggung.

“Ren, kalau kau nak tanam pokok anggur kat rumah kau, kau cakap saja kat aku. Nanti aku tolong tanamkan,” kata Halim sebelum meninggalkan mereka berdua.

Dia menyaingi Tarmizi dengan meninjau beberapa batas pokok anggur yang sedang galak berbuah.

“Kak Ros marahkan Halim macam budak-budak. Kasihan dia!” Belas pula Rania melihatkan keadaan Halim. Tua-tua begitu masih kena marah.

“Memang patut kena marah pun. Daripada Ren kasihankan dia, baik Ren fikirkan Qayyum tu.”

“Hah, jangan ubah topik,” potong Rania seraya memutar kembali cerita tentang Rais tadi.

Ros Ilyani termenung sejenak setelah cerita Rania difahami semuanya. Tidak pernah terlintas di hatinya bahawa Rais mempunyai rancangan sedemikian. Jauh renungannya apabila ditanyakan Rania tentang pandangannya terhadap isi hati Rais.

“Rais suruh Ren tanyakan Kak Ros ke?”

“Taklah. Ren tak bincang apa-apa pun. Mama yang beritahu pada Ren. Sampai mama kena serangan jantung dek terkejut bila dengar Rais nak ceraikan Murni.”

“Kak Ros pun terkejut. Takkan Rais nak buat macam tu. Tergamak ke dia?”

“Tu yang mama cakap. Mama tak kisah kalau Rais nak kahwin dengan Kak Ros tapi mama tak bagi Rais ceraikan Murni.”

“Kasihan Murni.”

“Memang kasihan Kak Ros. Murni dah banyak berubah sejak kahwin dengan Rais. Dia sabar sangat walaupun mama sindir macam-macam. Akhirnya mama terbuka hati menerima Murni, itupun selepas dapat tahu ayah ada anak dengan arwah isteri keduanya!”

“Macam-macam berlaku dalam eluarga Ren kan?”

“Ada hikmahnya Kak Ros.”

“Tapi, ada sesuatu yang Kak Ros nak nasihatkan Ren.”

“Apa dia kak?”

“Terus terang Kak Ros nak cakap bahawa perselisihan faham antara Ren dengan Qayyum cuma perkara kecil sangat. Tak payah Ren nak besar-besarkan.”

“Maksud Kak Ros, Ren yang salah?”

“Bukan masalah Ren salah atau Qayyum betul tapi bagi Kak Ros, perkara tu tak sepatutnya jadi seperti ini. Ren tak boleh tinggalkan rumah tanpa beritahu mama apatah lagi Qayyum. Dia kan suami Ren,” nasihat Ros Ilyani seikhlas hati.

“Jadi Kak Ros macam mana?” tanya Rania tiba-tiba.

“Macam mana apa?” Ros Ilyani kurang faham.

“Setuju tak dengan rancangan Rais?” Rania sengaja memusingkan cerita supaya kisahnya dengan Ummar Qayyum terbantut.

Panjang dengusan Ros Ilyani. Rania berasa geli hati pula melihat Ros Ilyani tidak mampu menjawab soalan cepu emas itu. Dapat diduga apa jawapan Ros Ilyani. Kuat perasaan Ros Ilyani pada Abang Rais rupanya, fikir Rania. Dia teringat perbincangan ringkas antara dirinya, ibu dengan Murni apabila cadangan itu diusulkan. Murni pasrah sahaja apabila usul itu dibawa kepadanya. Betul juga kata mama. Daripada Murni diceraikan lebih baik bermadu.

“Fikirkan tentang anak Murni tu. Kalau Murni ambil, mampukah Murni jaga dan kalau ditinggalkan pada kami, sanggupkah Murni?” Itu kata-kata emaknya yang masih segar di ingatan Rania.

Akhirnya Murni akur dan bersetuju sahaja. Belas benar bila Rania kenangkan Murni. Begitulah nasib menumpang kasih lelaki! Seperti aku jugakah bila menumpang cinta Qayyum? Atau mungkin benarkah kata Abang Rais bahawa aku keras kepala?

“Macam mana Kak Ros?” ulang Rania sekali lagi.

“Kak Ros boleh setuju tapi dengan satu syarat.”

“Apa dia?” Rania menggoncang-goncangkan tubuh Ros Ilyani.

“Ren telefon Qayyum dan beritahu pada dia Ren ada di sini,” Ros Ilyani bersyarat.

Belum sempat Rania menyahut, sebuah kereta kelihatan bergerak perlahan-lahan menuju ke arah kediaman dua beradik itu.

“La...Qayyum!” rungut Rania. “Kak Ros beritahu dia ke?”

“Taklah, mana ada.”

“Mana dia tahu?”

“Mana Kak Ros tahu! Instinct kot!” teka Ros Ilyani. “Alang-alang Qayyum dah sampai, berbaik-baiklah. Tak payah bergaduh lagi,” pesan Ros Ilyani.

Halim bersama Ros Ilyani menyambut mesra kedatangan Ummar Qayyum. Bersama Ummar Qayyum ada Rais sekali.

“Kat sini rupanya menyorok!” Leter Rais seraya duduk di beranda di bawah pokok.

Ummar Qayyum segera merapati Rania. Rais menyibukkan diri berbual dengan Halim dan Ros Ilyani untuk memberi peluang kepada Ummar Qayyum memujuk Rania. Entah mengapa, hati Ros Ilyani berasa bergetar setiap kali matanya bertentang dengan mata Rais. Sudah lama perasaan sedemikian terpendam. Tiba-tiba sahaja perasaan yang disembunyikan selama ini muncul kembali.

“Ros macam mana?” tanya Rais tiba-tiba sahaja.

Kelu pula lidahnya untuk menjawab namun sebaik sahaja melihat muka Halim yang seakan mengejek, segera sahaja Ros Ilyani mengawal perasaan. Dia pura-pura selamba tetapi air mukanya berubah-ubah. Sehinggalah para tetamu meminta diri untuk pulang, Ros Ilyani masih lagi berperang dengan perasaan. Dia hanya mampu melambai lesu pada Rais yang memandu kereta Rania. Rania pula menaiki kereta Ummar Qayyum.

“Nanti jumpa lagi ya Kak Ros,” jerit Rania yang mulai ceria.

Kereta telah pun bergerak meninggalkan laman rumah Ros Ilyani.

“Lain kali jangan buat lagi tau!” pesan Ummar Qayyum lembut.

Telapak tangan Rania kejap dalam genggamannya. Dia bahagia kerana akhirnya mudah saja memujuk Rania. Barangkali ada pesanan dan nasihat daripada Ros Ilyani yang menyejukkan hati Rania.

“Tak nak janji.”

“Tengok tu! Abang tak sukalah kita gaduh-gaduh! Abang balik ke Malaysia lama-lama macam ni, tapi kita gaduh-gaduh, rugi tau!”

“Dah tahu macam tu janganlah buat pasal.”

“Dah, dah, kita tak usah cakap pasal tu lagi. Apa cerita dengan Kak Ros sekerat hari di sini?” tanya Ummar Qayyum mesra.

Berceritalah Rania tentang penerimaan Ros Ilyani terhadap cadangan Puan Sri Zalia.

“Dia setuju?” tanya Ummar Qayyum seakan tidak percaya.

“Ren pun terkejut. Selama ni, Kak Ros pendam perasaan rupanya tapi Ren tabik pada Kak Ros. Dia langsung tak tunjukkan yang dia frust bila Rais kahwin dengan Murni.”

“Mulia hati Kak Ros,” puji Ummar Qayyum.

“Pukul anak sindir menantu ya?” ujar Rania yang berasa seperti Ummar Qayyum menyindir.

“Laa...apa pula? Abang memuji Kak Ros,” terang Ummar Qayyum.

Rania beristighfar. Dia sedar akhir-akhir ini dia suka merajuk dan gemar mencari pasal. Tenang rasa hati bila emosi dapat dibentengi.

Perjalanan pulang menjadi indah apabila gurau-senda membumbui perbualan mereka.

Dari jauh, Ummar Qayyum perasan sebuah Proton Satria berwarna biru yang dipandu laju tidak berhenti apabila tiba di selekoh simpang tiga. Dia sudah dapat menduga apa yang bakal berlaku kalau dia lambat bertindak. Justeru, dia menekan minyak dengan harapan keretanya tidak dihentam oleh pemandu yang tidak beretika itu. Malangnya, pemandu yang sedang leka bertelefon itu sudah hilang arah. Pemandu muda itu panik lalu kereta Ummar Qayyum dihentamnya dari sisi.

“Ya Allah!” Rania menjerit dek terkejut mendengar bunyi dentuman yang kuat.

Dia berasa pening-pening lalat seketika kerana kepalanya terhantuk pada tingkap. Seketika dia berpaling ke sebelah. Ummar Qayyum sudah terkulai! Darah pekat mengalir dari kepala Ummar Qayyum. Rania menggigil.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CikguRania2_Siri27__SeandainyaKutahu_//Article/index_html

Friday, January 4, 2013

Boleh kongsi???

Just nak komen kepada komen bagi entry blog Kongsa Kongsi...koi tak sangkal apa yg saudara kita luahkan dalam entri beliau. Tapi kalau betul ini sistem yang diterapkan sekarang...memang chekick darah. Kita berhak meluahkan kegeraman kita sebagai pengguna lebih2 lagi kalau teraniaya kan...

Kasut yang dibeli Saudara Apan ;- lubang tali sebelah kiri tak bertebuk. Pastu takleh tukar.


print screen komen pembaca

Sebagai bekas pekerja Al-Ikhsan...koi tak suka betul bila orang cakap Al Ikhsan jual barang ciplak. memang Al Ikhsan pernah amik barang kat Siam...real made in Thailand..mmg jenama Siam. Tapi seingat koi barang2 tersebut adalah kelengkapan untuk kedai macam rak, offer bin, patung mannequin, hanger baju...mmg tu semua dari Siam.

Jenama antarabangsa pun ada kilang di Thailand. Kilang kat Asean utk pasaran di negara2 Asean sahaja. Ini semua utk kurangkan shipping cost. Jadi barang yang kawan kastam dia cakap tu..masih lagi produk di bawah label antarabangsa yang sah.

Bebudak ni menulis ikut sedap jari jer..tak tahu ke hasil penulisan deme ni baca satu dunia. Bayangkan berapa besar fitnah yang disebarkan oleh mereka ni. Pakai nama Anon pulak tu. Nampak sangatlah mmg benda fitnah. Kalau betul Al Ikhsan jual barang tak ori, dah lama dah bungkus kedai tu. Dah lama dah kena saman kedai tu.

Jgn tak tahu Orang-orang besar dari Adidas dan Nike selalu datang melawat kedai Al Ikhsan sebagai pembeli misteri. Mereka melihat bagaimana produk mereka dipersembahkan. Pernah satu ketika Al Ikhsan dapat amaran dari supplier kerana menggantung baju jenama A menggunakan hanger jenama B. Disebabkan kecuaian promoter ketika itu...Jenama B enggan menghadiahkan hanger baju jenama mereka lagi kepada Al Ikhsan.

koi bukan peminat kipas susah mati Al Ikhsan...tapi tak suka hidup dalam suasana fitnah di sana sini. Yang mana kita tahu ia tidak benar...boleh la kita sama-sama kongsikan apa yang benar.


Tuesday, January 1, 2013

Cikgu Rania 2 (Siri 25): Secangkir cinta yang tumpah

Oleh Samsiah Mohd Nor

“PUAN Sri kena banyak rehat. Dia tak boleh stres,” terang Doktor Dayana, pakar jantung yang memeriksa keadaan Puan Sri Zalia sebelum keluar dari bilik Angsana, bilik mewah yang menempatkan Puan Sri Zalia. Sebelum itu, banyak informasi yang diberikan Doktor Dayana tentang keadaan Puan Sri Zalia.
Dia terkena serangan jantung peringkat awal. Walaupun tidak serius, tetapi dia perlu mengambil ubat secara berkala. Rais berasa bersalah yang teramat sangat setelah mendengar berita itu.

“Salah abang,” adunya pada Rania.

Wajah hiba Rais tidak dapat dibendung. Hujung kasutnya menguis-guis rumput di bawah bangku tempat dia bersembang dengan Rania. Sengaja dia duduk-duduk di situ bersama Rania untuk berbincang tentang permasalahan keluarga.

“Apa yang berlaku bang? Kenapa mama sampai pengsan?” tanya Rania.

Dia sangat-sangat mahu tahu punca yang menyebabkan ibunya pengsan semasa berada bersama Rais dengan Murni.

“Mama terkejut dengar abang nak bercerai dengan Murni.” Tanpa berselindung Rais menjelaskan perkara sebenar.

“Abang nak bercerai dengan Murni? Kenapa?”

“Kan abang dah cakap dulu, abang kahwin dengan Murni sebab nak selamatkan bayinya.”

“Bila semua dah selamat, abang nak ceraikan dia? Macam tu?” Rania tidak bersetuju langsung mendengar keputusan abangnya.

Rais terdiam.

“Patutlah mama stres,” komen Rania.

“Kita dua-dua buat mama stres.” Rais tidak suka Rania meletakkan kesalahan tersebut pada dirinya seorang. Dia juga menempelak Rania bahawa ibu mereka turut menyebut tentang masalah yang melanda Rania dengan Ummar Qayyum.

“Apa masalah Ren dengan Qayyum....baru kahwin dah asyik bertelagah!”

Rania mengeluh resah. “Dia tu lah...”

“Apa?”

“Macam mana Ren tak bengang abang, dia asyik bergayut dengan Ummi Kalthum, kawan lama masa mereka sama-sama belajar di Sydney dulu. Dari hari nak ke Melaka hari tu, perempuan tu asyik telefon dia. Kat rumah kita pun sama. Itu masa Ren sedar. Masa Ren tak tahu...entah berapa puluh kali sehari dia orang berbual agaknya.” Wajah Rania masam kelat.

“Oh, kes cemburulah ni,” Rais mengejek. “Tak adalah Ren. Abang kenal Qayyum tu.”

“Ren pun macam abang juga dulu, tapi dulu! Sekarang tak lagi. Makin dekat dengan Qayyum, Ren rasa Ren makin tak kenal dia. Ren tak tahu macam mana latar belakang dia dulu, siapa dia! Entah-entah playboy! Dulu dengan Murni, sekarang dengan Ummi Kalthum pula!” Rania menceceh.

“Perempuan yang suka dekat dia,” Rais mempertahankan Ummar Qayyum.

“Perlu ke dia layan? Boleh saja kalau dia tak nak layankan?” Rania menjeling. “Bayangkan hari tu, masa nak ke Melaka, setengah jam dia bersembang dengan perempuan tu! Apa ke hal tu?” Rania betul-betul marah.

“Dah, dah cukup! Masalah Ren kecil saja, nanti boleh selesai. Jom naik tengok mama,” ujar Rais.

Malas dia hendak mendengar cerita Rania. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke tingkat tiga di Bilik Angsana. Puan Sri Zalia sedang berbaring di katilnya semasa mereka memasuki kamarnya. Tan Sri Razlan duduk di kerusi di sebelah katil sementara Ummar Qayyum berdiri di tepi jendela. Dia memandang sayu Rania yang baru masuk ke bilik ibunya. Rania memeluk ibunya tanpa mempedulikannya.

“Mama...”

Wajah Puan Sri Zalia pucat. Dia kelihatan lemah. Mindanya tidak dapat menolak masalah yang melanda anak-anaknya. Dia teringat peristiwa yang berlaku sebelum dia pengsan. Tangan Rania digenggamnya.

“Mama...tak mahu Ren gaduh-gaduh lagi...,” bisiknya perlahan di telinga Rania.

Rania peluk ibunya lebih erat.

“Mama jangan bimbang masalah kami. Mama kena jaga kesihatan mama.”

Puan Sri Zalia gelengkan kepalanya. Dia tetap berkeras mahukan Rania menjaga keharmonian rumah tangga yang baru dibina.

“Bila mama boleh keluar ayah?”

“Kalau mama okey, doktor kata lusa.”

“Malam ni Ren nak jaga mama.”

“Ayah jaga mama malam ni,” kata Tan Sri Razlan.

Ummar Qayyum yang menyandar di dinding hanya menjadi pemerhati.

“Esok kan ayah ada meeting penting,” Rania memberi peringatan.

“Meeting pukul 10 pagi. Sempat!” tutur Tan Sri Razlan.

Mendengar itu Rania diam. Dia turut bersetuju dengan rancangan ayahnya. Sudah lama ayah dan ibu tidak berbual-bual mesra seperti itu, barangkali inilah saat yang sesuai untuk ayah memujuk ibu, fikirnya.

“Ren pergilah makan apa-apa dengan Ummar Qayyum,” cadang ayahnya.

“Ren tak lapar.”

“Qayyum tak nak makan? Dari tadi tak makan apa-apakan?” Tan Sri Razlan bertanyakan Ummar Qayyum pula.

“Saya pun tak lapar ayah,” sahut Ummar Qayyum. Dia tahu sisa-sisa kemarahan Rania terhadapnya masih ada. Rania langsung tidak menegurnya sejak ibunya pengsan sehingga kini. Apa salahku? Kalau berbual dengan Ummi Kalthum merupakan satu kesalahan pada Rania, besar sangatkah kesalahan itu? Ummar Qayyum benar-benar tidak mengerti. Rania seperti wanita yang sudah jauh berubah daripada yang dikenali sebelum ini. Puas dia beralah, tetapi Rania tetap dengan keras kepalanya. Dia mahu berbincang, tetapi Rania melarikan diri dan tidak mahu bercakap dengannya.

Semasa hendak pulang, Rania menyalami tangan ayahnya, tapi tidak pula mengganggu ibunya yang sedang tidur.

“Kirim salam pada mama ya ayah. Cakap kat mama esok Ren datang,” ujarnya.

Ummar Qayyum setia di sisi Rania.

“Baik, drive carefully ya!” pesan Tan Sri Razlan. Kerana banyak yang difikirkan, dia tidak sedar perang dingin yang masih berterusan antara Rania dan Ummar Qayyum. Dia melihat jam di tangannya sebaik sahaja kelibat Rania bersama Ummar Qayyum lenyap di balik pintu. Kalau ikut perancangan, dia ada rancangan dengan Zara Aliya pada malam itu, tapi melihatkan keadaan isterinya tidak sampai hati pula hendak ditinggalkannya.

Masa inilah aku harus bersama dengannya dan waktu beginilah aku diberi peluang untuk menjernihkan situasi keruh rumah tangga, fikirnya. Dihubungi Zara Aliya untuk memaklumkan situasi tersebut.

“Alah ayah ni, asyik cancelled saja rancangan,” rengek Zara Aliya.

“Bukan ayah sengaja. Kan ayah dah cakap mak cik tak sihat,” ujar Tan Sri Razlan yang berdiri agak jauh dari katil isterinya. Bicaranya pun seakan-akan berbisik takut didengari isterinya yang sedang tidur.

“Boleh Zara visit mak cik?” tanya Zara Aliya.

Tan Sri Razlan terdiam sejenak. Niat anaknya murni, tetapi sesuaikah? Bolehkah isterinya menerima kunjungan anak tersebut? Tidak marahkah Zalia nanti melihat Zara Aliya?

“Boleh ayah?”

Tan Sri Razlan tidak membalas pertanyaan anaknya, tetapi menukar tajuk perbualan. Dia bertanyakan hal-hal lain berkenaan si anak dan sebelum menghentikan perbualan, dia menasihati anak itu supaya tahu menjaga diri. Zara Aliya merungut sebaik sahaja talian dimatikan. Dia membaling telefon bimbitnya di atas sofa lembut. Wajahnya berkerut. Cuba dihubungi ayahnya beberapa kali, tetapi tiada jawapan.

Tan Sri Razlan akhirnya mematikan telefon bimbitnya. Dia mengeluh payah. Dia tahu Zara Aliya merajuk.

Sengaja tidak dijawab panggilan Zara Aliya demi menjaga hati Puan Sri Zalia yang sudah pun tersedar dari tidur. Puan Sri Zalia batuk-batuk kecil. Terkocoh-kocoh Tan Sri Razlan menghulurkan air kosong padanya. Selepas meneguk air, Puan Sri Zalia berbaring semula tanpa mengendahkan si suami. Dia memandang kosong semasa Tan Sri Razlan bersolat Maghrib di penjuru bilik. Hatinya dihiris pilu setiap kali mengingatkan peristiwa pembohongan yang dilakukan oleh si suami. Belum habis kisah suami, anak-anak pula dikait masalah!

Dada Puan Sri Zalia berasa sebak. Selesai meraup muka dan membaca doa, Tan Sri Razlan dekati isterinya dan membantunya berwuduk. Puan Sri Zalia bersolat dengan cara duduk. Air matanya mengalir semasa doa dipanjatkan. Jiwanya berasa tenang. Rasa berdosa tiba-tiba melingkarinya. Datang pula rasa bersalah kerana menyisihkan suami. Sepanjang petang tadi, tidak banyak berlaku komunikasi antara dirinya dengan si suami.

Sepatah ditanya oleh suami sepatah juga dijawab olehnya. Untuk tidak memburukkan keadaan, Tan Sri Razlan mengikut saja rentak Puan Sri Zalia. Malam itu terdapat sedikit perubahan. Puan Sri Zalia mahu bercakap dengannya. Walaupun tidak semesra dahulu, tapi memadailah buat permulaan, fikir Tan Si Razlan. Puan Sri Zalia turut mengadu tentang dadanya yang masih berasa sendat dan perutnya yang berasa sebu. Tan Sri Razlan menuangkan susu segar yang diambil dari peti ais mini ke dalam mug lalu diunjukkan kepada Puan Sri Zalia. Dia duduk bertenggek di sisi katil. Diampu tubuh Puan Sri Zalia untuk duduk dan membantunya minum susu.

“Anak-anak mana?” tanya Puan Sri Zalia lama kemudian.

“Saya suruh mereka balik. Malam ni saya jaga awak,” beritahu Tan Sri Razlan.

Wajahnya tenang semasa merenung wajah isteri yang sudah lama menjeruk rasa terhadapnya. Puan Sri Zalia melemparkan pandangan ke luar tingkap dari Bilik Angsana. Dia terkenangkan anak-anaknya. Dia masih ingat apa yang berlaku sebelum tiba-tiba dia jatuh pengsan.

“Tak payahlah awak fikir apa-apa lagi. Awak kena banyak berehat dan jangan stres. Itu pesan doktor,” ujar Tan Sri Razlan seperti dapat membaca apa yang bergolak di fikiran isterinya. Dia telah dimaklumkan tentang kemelut yang melanda rumah tangga Rais-Murni, malah perselisihan faham antara Ummar Qayyum dan Rania juga diketahuinya.

“Saya risaukan anak-anak!” Puan Sri Zalia terjebik.

“Buat masa ni awak kena jaga kesihatan awak. Budak-budak tu dah dewasa, tahulah mereka mengemudi hidup mereka masing-masing.”

“Kalau betul macam awak kata tu, tak adalah saya tersadai kat katil klinik ni,” protes Puan Sri Zalia.

“Dah, dah jangan fikirkan lagi. Awak kena sembuh cepat. Nanti, kalau awak dah sihat, saya ingat nak booking tiket. Kita sekeluarga ke Makkah buat umrah. Bawa semua anak-anak dan menantu,” cadang Tan Sri Razlan.

Berseri sedikit air muka Puan Sri Razlan mendengar cadangan suaminya. Dia tersenyum sejuring. Esoknya tatkala Rania datang mengunjungi ibunya di bilik, wajah ibunya nampak ceria dan jauh lebih sihat dari semalam. Bersama mereka, ada sebuah bakul yang dibawa oleh Ummar Qayyum.

Kedua-dua orang tua itu disalami oleh anak menantu. Ummar Qayyum menyampaikan salam ibunya kepada kedua-dua ibu bapa mentua. Sempat Tan Sri Razlan berbisik sesuatu di telinga Rania sebelum dia meminta diri pulang ke rumah untuk bersiap-siap menghadiri mesyuarat.

“Patutlah mama happy,” bisik Rania seraya duduk di sisi ibunya. Ummar Qayyum pula berdiri di tepi katil.

“Dah lama mama mengidam nak ke Makkah satu keluarga. Seronoknya dapat mengerjakan umrah beramai-ramai,” Puan Sri Zalia melahirkan isi hatinya. Rania susun bekalan yang dibawa dari rumah di meja sisi.

“Mak cik buatkan mama bubur air dengan ikan jeruk,” terang Rania. Selain bubur air, ada karamel kegemaran Puan Sri Zalia dibekalkan bersama. Rania pindahkan sebahagian daripada bubur ke dalam mangkuk lalu ditaburkan ikan jeruk yang sudah diracik bersama daun sup di atasnya.

Ummar Qayyum suka melihat cara Rania melayan ibunya. Dia anak yang sangat penyayang, tapi mengapa dengan aku Rania berubah laku? Tak aku sangka hati Rania sekeras kerikil!

“Kamu berdua masih bergaduh lagi?” tegur Puan Sri Zalia tidak semena-mena.

Dia perasan sepatah kata pun tidak terucap antara mereka. Masakan perang dingin antara anak menantunya masih berpanjangan! Berubah air muka Ummar Qayyum disergah begitu. Rania menundukkan mukanya.

“Taklah...,” sahut Rania lama kemudiannya. Ummar Qayyum berdehem kecil.

“Mama tak suka!” Daripada wajah yang ceria, berubah muka Puan Sri Zalia jadi kelat. “Berumah tangga ibarat kamu melayari perahu di lautan. Kalau dah di laut, ada pasang surutnya. Kamu berdua kenalah pandai mengemudi perahu.”

“Mama tak payah risau...kami okey saja.” Rania cuba berselindung daripada ibunya. Dia menyuapi ibunya bubur air yang sudah sebati bergaul dengan ikan jeruk dan daun sup.

“Jangan sampai perahu kamu tak tentu arah!” sambung Puan Sri Zalia sebaik sahaja bubur yang disuap Rania ditelannya. Rania hulurkan pula air kosong tatkala melihat ibunya seperti tercekik.

“Masa makan mama tak payah bercakap,” leternya pula kepada Puan Sri Zalia.

Komen Rania menyebabkan Puan Sri Zalia terus diam. Ummar Qayyum duduk di penjuru bilik sambil membelek-belek surat khabar. Dia tidak berminat membaca akhbar tersebut sebab fikirannya sedang melayang.

Seperti Puan Sri Zalia, dia juga dilanda kecelaruan. Walaupun Rania banyak berdolak-dalik, tetapi Ummar Qayyum yakin ibunya sedar kemelut yang melanda mereka. Hakikatnya mereka masih tidak bercakap. Hatinya benar-benar terusik dengan sikap dingin Rania. Malam tadi, Rania tidur di bilik ibu bapanya dan meninggalkan Ummar Qayyum sendirian di kamar. Puas Ummar Qayyum mengetuk pintu bilik tapi langsung tidak diendahkan. Panggilan telefon Ummar Qayyum tidak dijawab, malah berpuluh-puluh SMS memujuk rayu daripada Ummar Qayyum langsung tidak diendahkan. Pagi tadi, awal-awal lagi Ummar Qayyum telah bersiap-sedia menunggu Rania di ruang tamu utama. Dia bimbang kalau-kalau Rania akan memandu sendirian ke klinik dan meninggalkannya di rumah. Ah! Hati seorang isteri, sukarnya untuk aku memahami!

“Kalau kita nak berangkat ke Makkah nanti, Qayyum ikut sekali ya! Kalau Qayyum ada kat Sweden, Qayyum turun dari sana saja,” kata Puan Sri Zalia sebaik sahaja selesai makan.

Ummar Qayyum yang sedang melamun tersentak. Dia sekadar tersenyum mendengar usulan Puan Sri Zalia.

“Mama ni, tengah sakit-sakit pun boleh sihat kalau nak berjalan,” sindir Rania.

“Bukan berjalan, kita nak buat umrah. Mama suka sangat. Dah banyak sangat bala menimpa keluarga kita!” Puan Sri Zalia melepaskan apa yang tersengkak di dadanya. Sambil itu dia mahu menyindir mereka berdua.

“Mama, mana ada balanya! Itukan ujian daripada Allah...”

“Pandailah Ren bercakap. Kalau betul ujian, kenapa Ren tak ambil iktibar?” Ditempelaknya Rania dengan selamba. Bengkak hati Rania. Dia menjeling Ummar Qayyum yang sedari tadi asyik mencuri pandang padanya.

“Perkara kecil-kecil tu jangan dibesar-besarkan,” leter Puan Sri Zalia lagi, tetapi apabila Rania menyuruhnya berhenti bercakap, dia akur.

“Mama jangan stres tahu! Doktor dah pesan banyak kali,” giliran Rania pula membebel.

Dia menjeling Ummar Qayyum seraya berbisik perlahan padanya semasa melintasi kelibat lelaki itu.

“You nak pergi mana-mana pergi sajalah, tak payahlah nak berkepok kat sini...”

“Sayang nak abang pergi?” ungkap Ummar Qayyum balik. Cara Rania bercakap dengannya kurang disenangi.

“Terpulang...” sahut Rania dan pura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sewaktu dikerling ibunya.

Puan Sri Zalia terbatuk-batuk kecil. Dia memandang Rania dengan wajah berkerut. Ternyata telahannya benar. Tidak disangka perselisihan faham antara anak menantunya berlarutan. Dia yakin Rania yang bersalah. Walaupun Rania anak yang baik dan berbudi, tapi dia ada angin. Ada masa-masanya sikap Rania sukar ditafsir. Apa yang Rania tidak puas hati? Apa yang telah dibuat oleh Ummar
Qayyum sampai lama benar marah Rania? Puan Sri Zalia tertanya-tanya sendiri. Dadanya berombak kecil. Melihat ibunya seperti sedang membilang kesalahannya, Rania minta diri.

“Ren nak ke mana?” Puan Sri Zalia kehairanan.

“Nak keluar sekejap.”

“Keluar ke mana seorang begitu?”

“Kejap saja mama,” ujarnya dan terus keluar. Di luar pintu bilik ibunya, terserempak dia dengan Rais bersama Murni tanpa Fahim.

“Mana Fahim?” tanya Rania.

“Dengan pengasuh,” sahut Murni. “Mama macam mana?” soal Murni pula.

“Mama dah okey.”

“Kak Ren nak ke mana ni?” tegur Murni.

“Kak Ren nak jalan-jalan kat taman kejap. Jom ikut akak,” ajak Rania. Murni pandang Rais.

Apabila Rais anggukkan kepalanya, Murni akur. Murni mengikut Rania. Mereka duduk di sebuah bangku yang mengadap taman permainan mini kanak-kanak.

“Kak Ren masih bergaduh dengan Abang Qayyum?” cungkil Murni apabila ada ruang untuk dia bertanyakan soalan peribadi kepada Rania.

Panjang keluhan Rania mendengar soalan Murni.

“Kita orang perempuan macam nilah kak. Susah nak faham lelaki kan?”

Rania mengeluh. “Barangkali kami berdua buat silap. Belum saling kenal masa kami ambil keputusan untuk berumah tangga.”

“Maksud Kak Ren?”

“Yalah, akak belum betul-betul kenal abang Qayyum awak tu,” akui Rania tanpa berselindung.

“Macam hubungan Murni dengan Abang Raislah. Murni tak salahkan Abang Rais kalau dia nak bercerai dengan Murni lepas Fahim selamat dilahirkan,” Murni bercakap untuk menagih simpati.

“Mana boleh Rais buat macam tu,” bantah Rania.

“Abang Rais boleh buat kalau dia nak.”

“Akak tak setuju.”

“Tak apalah kak, Murni pun sedar siapa Murni. Dikutip abang Rais pun dah seribu rahmat buat Murni.”

“Murni jangan cakap macam tu. Kami dah anggap Murni macam keluarga kami sendiri, malah Fahim mama anggap macam cucu mama sendiri tau.”

“Murni tahu kak, tapi keputusan bukan terletak di tangan Murni. Abang Rais yang akan tentukan,” Murni berhiba.

Rania genggam tangan Murni.

“Murni jangan bimbang, kami akan pertahankan Murni, percayalah...”

“Akak pun banyak masalah, tak payahlah susah-susah untuk Murni...”

“Masalah akak pun bukanlah masalah yang besar sangat, salah faham saja.”

“Murni pun tak faham. Nampak macam serasi saja akak dengan Abang Qayyum, tapi bergolak juga, apa masalahnya?” cungkil Murni lagi.

“Orang ketiga.”

“Orang ketiga?” Murni berfikir sejenak sebelum menyambung, “Hari tu, masa akak bergaduh dengan Abang Qayyum, Murni dengar akak sebut nama Ummi Kalthum. Tak silap Murni, Ummi Kalthum tu yang datang masa kenduri kahwin kat kampung tu kan?”

Rania angguk. “Dia pun kenal Murni.”

“Dia kenal Murni? Siapa dia Kak Ren?”

“Dia sama belajar dengan Abang Qayyum masa di Sydney dulu. Tapi akak perasan, akhir-akhir ini, dia selalu telefon Abang Qayyum, tu yang buat akak marah.”

“Murni rasa dulu Acap pernah cakap pada Murni tentang Ummi Kalthum ni. Tak silap Murni, Ummi ni pernah jadi kekasih Abang Qayyum masa mereka belajar sama-sama.”

“Apa? Ummi Kalthum pernah jadi kekasih Ummar Qayyum?” Rania seperti tidak percaya mendengarnya. Rasa amarahnya membuak-buak. “Kenapa dia tak beritahu akak masa akak tanya?”

Rania menjerit. Dia betul-betul sakit hati dan rasa tertipu. Murni tersenyum
di dalam hati!

c&p from:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CikguRania2_Siri25__Secangkircintayangtumpah/Article/index_html

Lazada

Post Terhangat