Thursday, February 21, 2013

Bekerja pun..kami tetap suri tauuu....


Koi tak sure sapa yang letak caption tu atas gambar Ustaz Azhar dan Ustaz Don ni...sama ada memang dua orang ustaz ni memang memberikan pendapat sebegini atau tidak...ianya sedikit menyentuh emosi koi. Tak payah la bandingkan kerja/karier siapa lebih banyak pahala, lebih mulia, lebih mengharukan.

Koi tahu tugas sebagai engineer pompuan ni memberi sumbangan kepada negara sangat sikit...tak lebih dari secubit garam di lautan. Tapi koi tetap beranggapan tak payah bandingkan tugas-tugas seperti.... jadi cikgu lebih mulia kerana mendidik anak bangsa, tugas sebagai polis menjaga keamanan negara lebih besar mulianya...kalau terkorban masa bertugas dah kira jihad, jadi doktor lagilah mulia selamatkan nyawa orang, jadi surirumah sepenuh masa lagi besar pahalanya jaga suami dan anak-anak, suami pun tak susah hati.

Ibu koi surirumah dan koi rasa sgt bertuah kerana balik sekolah je makanan dah terhidang, rumah bersih sempurna, kerja sekolah siap sempurna. Dulu2 masa kecik tgk kawan yang mak bapaknya kerja, belanja sehari RM10. Koi sehari RM2 jer. Tapi RM10 tu termasuk makan tengahari sbb mak kerja tak balik masak...Tiap pagi bawak bekal sarapan nugget, sosej,nugget, sosej. Koi tak pernah jamah pun menda alah nuget dgn sosej tu...sebab Mak koi buat sarapan jemput, lempeng, mi goreng, nasi goreng. Nampak macam mewah aje makan nuget dgn sosej tu...padahal ibu bapanya mengejar masa. Selalu tengok dia dapat jam mahal2, dapat kasut sukan berjenama dan koi selalu puji cakap bertuah engkau. Tapi dia pulak cakap..takdelah,ko lagi best...bila tanya apasal pulak...Dia tak pernah jawab...dia senyum je. Sekarang baru koi faham.

Setiap tanggungjawab yang telah Allah amanahkan itu ada kemuliaan dan pahalanya.

Walaupun bekerja...bergaji...tapi gaji koi bukan untuk beli SKII, jauh sekali beli tudung Fareeda, tidak sekali untuk Habib jewels yer...semuanya untuk Drypers, Dutch Lady 456, TM, Maxis, TNB, SAJH, Nissan, PTPTN, dll...

Walaupun bekerja, title engineer tu tertinggal kat punch card kat opis...tapi tanggungjawab sebagai pekerja tu tetap ada. kadang2 dah pukul 9 malam pun bos boleh call lagi tanya itu/ini. Sampai jer rumah dah macam katun menguruskan rumah...So, bekerja atau tak bekerja...kaum isteri ni semua wajar digelar suri tau...

Walaupun bukan fulltime surirumah..Harap2 koi ni fulltime suri dihati En. Suami hingga ke akhirnya..Aminnn..

7 comments:

Bin Muhammad said... [Reply]

Salam,
Andai anda telah melakukan segala kewajipan & tanggungjawab utk rumahtangga, xperlulah tersentuh dgn kenyataan itu.
Yang penting anda bekerja wajib mendapat restu dan keredhaan dari suami.
Jagalah maruah keluarga/suami dan kehormatan diri apabila keluar dari rumah.

Nafisa81 said... [Reply]

@Bin Muhammad kita dianugerahkan dgn emosi dan perasaan, kenapa pulak tak boleh tersentuh??????????

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Tudung Fareeda?. Ha'ah.. mahal kan.. tapi cantik.

Emmm cemana nak ckp eh. Housewife mmg diberi tempat istimewa sbgmana sabda Baginda S.A.W
"Wanita yg tinggal di rumah bersama anak2nya (mendidik dan mengasuh mereka) di akhirat kelak akan tinggal bersama2 aku"

Anyway..pasti ada bonus2 pahala utk career2 woman juga as long apa yg dibuat atas restu suami, menjaga aurat dan batas2 pergaulannya. Khadijah, isteri baginda S.A.W juga adalah seorang ahli perniagaan kan?.

Waallahualam.

Nafisa81 said... [Reply]

@Miss Mirror a.k.a Sam hehe...yelah bukan fulltime pun still isteri jugak yang buat semua kerja tu...jadinya hadis tu terpakai utk semua isteri yang menguruskan rumah tangga...macam koi...macam kak mirror...

diana said... [Reply]

betul jugak kata yan tu,,wanita ni masing2 ada peranan dia..yang jadi suri rumah peranan nya mungkin lebih pada rumahtangga berbanding wanita bekerja yang tumpuan dan masa nya lebih lama di tempat kerja.balik umah je dah petang berapa jam je lagi nak masuk tidur.walaupun masa kat tempat kerja lebih lama bukan la bermaksud wanita tu tak bagus,tak baik.sedangkan meringankan beban suami pun dah dapat pahala..

Nafisa81 said... [Reply]

@diana cita2 masa remaja nak jadi inspektor..sebab terpengaruh dengan Abby Abdi dalam Gerak Khas...Cakap kat suami nak apply polis...suami cakap "Layak ke???"

Razfira said... [Reply]

kiranya buat 2 kerja serentak.. lg hebat

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??