Thursday, July 11, 2013

Biskut Raya : Chocolate Rocher

Dalam majalah SDK Edisi Julai 2013, ada banyak koleksi resepi dan yang paling menarik hati koi mestilah yang ada coklat2 sikit. Koi tengok resepi biskut chocolate rocher ni tak susah sangat dan ada potensi jadi rebutan di meja, syawal nanti. Apa apa hal, kita salin dulu. Buat tak buat cerita lepas raya.

BAHAN-BAHAN A
  •  300g Buttercup spread 
  • 150g gula kastor 
  • 1 1/2 sudu madu 
BAHAN-BAHAN B
  • 90g bijirin milo 
  • 120g tepung jagung 
  • 400g tepung gandum 
  • 30g croquant 
  •  20g badam halus.
 HIASAN
  •  Secukup coklat  masakan hitam,putih,gula hiasan, cawan kertas

CARA-CARA:

1. Sebatikan semua ramuan A.
2. Masukkan bahan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Sukat adunan setengah sudu dan bulat-bulatkan. Celup pada putih telur dan golek dalam badam cincang. 4. Bakar pada suhu 150C selama 30 minit. 
5. Setelah biskut sejuk, celup dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Rujuk entri http://www.aziankhalil.com/2011/09/jom-buat-kuih-rayapart-1.html untuk kaedah mencairkan coklat masakan

Inilah rupa Bisku Chocolat Rocher tu...ala ala Ferrero Rocher gitu...ni gambar dari majalah.

2 comments:

Cik Puan Rara said... [Reply]

wahhh dh keluar resipi biskut raya dh ni.

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Amboii... dah sibuk2 nak buat biskut ni, dah abis pantang ke???.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??