Wednesday, July 31, 2013

Dah shopping raya?


Koi dan family dah shopping raya untuk 1st stage. 1st stage lebih kepada anak-anak je. Tempat pilihan shopping raya tahun ni adalah jusco bukit indah. Kitorg pergi hari biasa. Ayah diorang ambil half day.

Memilih pakaian yang ada diskaun, cantik dan brkualiti. Sebat tak ramai orang, dapatlah memilih dengan aman. Yang tak kenanya, si kecik tak mahu duduk dla  stroller. Lenguh tangan dukung umar mukhsin.

Tahun lepas beli seluar panjang, tp sayang seluar masih cantik dah senteng. Cepat betul tinggi. So, tahun ni beli seluar bermuda paras bawah lutut. Lagipun susah nak cari seluar si abang mukhlis. Yang panjangnya ngam, pinggangnya besar sangat. Yang pinggangnya selesa,seluarnya singkat macam nak ke sawah. sebabnya si abang ni kuyus keying. Baju pulak gila gila nak baju Ben10.

Koi tak beli baju raya, koi beli kuali. Hahaha,.. Tak dapat menahan keinginan untuk memiliki seketul non-stick pan. So,dibelikanla jugak. Ianya pwp dengan pembelian seratus ke atas. Harga rm59.90 dr seratus lebih. Dah seminggu beli tp belum rasmi lagi sbb sayang nak pakai.

1 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Nafisa - I pulak teringin nau nak beli kuali cap ikan yg boleh kukus panggang tu.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??