Friday, August 30, 2013

Baby Aril 3 Bulan

Kelmarin Aril gi klinik untuk check up dan injection 3 bulan. Mamanya pulak ada MGTT a.k.a minum air gula. Ktorg sampai jam 8 pagi, daftar gitu gini jam 8.30 pagi koi minum air gula. Sementara tu ayahnya bawak aril masuk bilik check up. Berat Aril kali ni 6.1kg. Alhamdulillah. Perkembangan Aril normal cam bayi lain jugak.

Sebenarnya minggu lepas ada jururawat dari klinik kesihatan call suruh datang untuk perancang keluarga. Masa dia call tu, dia yang confirmkan temujanji sekali dengan temujanji anak dan minum air gula. Dia kata datang sekali je senang. Pastu, kelmarin, koi ckp la yang koi datang sekali untuk minum air gula, check anak dan perancang kluarga. Tetiba nurse tu bising-bising pulak..

"mana boleh macam ni. Kalau check anak, anak jelah. Kalau macam ni bercelaru tau tak? Minum air gula ni 2 jam baru siap tau tak?"

 Apa ntah..apa yg celarunya?

"Hari ni busy tau tak? Orang ramai. Mana boleh buat perancang keluarga hari ni. "

Tak nak buat sudah. Bukan koi yang terhegeh-hegeh nak buat perancang keluarga tu. Koi pandang misi tu dengan muka blurred. Sah perut kembung,tak leh kentut. Tu yang meroyan aje tu.

Lepas Aril injection kitorang pun singgah kedai mamak beli roti canai untuk anak2 pastu balik. Layan anak2 makan, mandikan aril,tidokan Aril, pastu koi pergi klinik semula untuk ambik darah lepas 2 jam. Anak3 tinggal jap dgn ayahnya. Rumah koi dengan klinik kesihatan dekat je. Kadar dekatnya tu, kalau jalan kaki berpeluh sakan la. Tapi kalau naik moto tak sempat panas ekzos moto tu. Pastu amek drah. Siap...

harap-harap gula dalan darah koi ni normal2 aje

3 comments:

diana said... [Reply]

eleh kerek pulak nurse tu..suruh dia gi jadi guru besar la senang..layak dengan lagak nye tu..

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

I pun tak phm dgn sikap diorang ni, sesuka je marah2 org, baik Klinik Kerajaan maupun swasta yg berbayar tu pun sama je.. ada ke patut diorang tu marah2 kat I yg cun melecun ni... ahaks!. last2 I ckp ngan Doktor, sejak tu tros diorang tak brani bukak mulut lg. Padan muka. Hahaha..

Azlan Strider said... [Reply]

wah...boleh plak nurse tu cakap camtu..haiyoo...apa2 pun hopefully aril sentiasa dalam keadaan yang sehat..

Regards,
-Strider-

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??