Saturday, August 24, 2013

Denggi beraya

Salam Syawal semua...Hmmm...raya tahun ni meriah masa kat kampung je..balik JB langsung tak beraya sebab Encik Suami koi demam denggi. Mujurlah cepat pergi klinik mendapatkan khidmat nasihat dan memantau bacaan darah. Alhamdulillah takde apa-apa kemudaratan yang amat sangat.

Ni dah 2 hari dia mula bekerja...cuma balik kerja nampak lemah sangat sbb site tempat kerjanya memang sanga panas. ke hulu ke hilir dengan badan yang belum pulih sepenuhnya. Suruh bawak botol air tak mau...takat bawa botol air mineral 500ml tu..apalah sangat.

Harap-harap takde masalah sebab demam denggi ni akan berulang-ulang. Pulak tu Encik Suami koi ni jenis kurang minum air masak. Suruh bawak botol air,..berhari hari air botolnya tak habis...penghabisnya botol yang lesap. Dah malas nak belikan botol air lagi...recycle lah botol air 100 plus ke..pepsi ker..heheha

Tengok dia demam hari tu memang menakutkan. tak pernah-pernah demam sampai macam tu. Sampai habis sekotak cool fever anak, panas badan tak kurang sikit pun. Taruk kain basah kat dahi...orangnya tak sejuk..kain yang panas. Makan tak lalu...asyik minum jer. Minum 100plus macam yang doktor suruh, muntah pulak. Makan sup ketam pun muntah jugak. teguk air kosong jeklah.

Seminggu jugak cutinya. Nasib baiklah bos tak bising2. Suruh pergi mintak MC, dia kata tak payah. Ada pulak begitu..hmmm...apa apalah..jagalah kesihatan diri ye...anak-anak kita kecik lagi...




0 comments:

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??