Sunday, September 29, 2013

Ikan Kaloi…

Photo0191

Ikan kaloi merah ni kitorang bela sejak belum ada anak lagi…anak koi yang sulung dah 5 tahun la ni..maknanya ikan ni dah lebih 5 tahun la umur dia. Panjangnya pun dah lebih sekaki. Kepalanya pun dah naik berbonggol. Koi nak ambik gambar dia dekat-dekat..tapi asik bergerak je…semuanya blurrr…En. Suami koi rajin beli ikan tapi bab nak cuci filter..hmm…mak jemah jugak yang kena cuci….

Ikan kaloi koi ni makan apa je yang dicampak dalam akuarium dia…selalu bagi makanan dialah. Sebab kalau tak bagi makanan dia, warna merah dia tak naik…putih jerr….kalau terputus bekalan makanan dia bagi nasi dia telan, roti dia telan, kangkung pun perabih….

Photo0551 
Ni ahli baru...baru jer beli awal tahun ari tu. Kecik lagi..ini species ikan kaloi gak…kaloi hitam. Yang ni masa mula-mula masuk akuarium kat rumah mogok lapar. Bagi apa pun semua tak makan. Cuba beli udang halus…woooaa…laju dia ngejar anak udang tu..tapi larap pulak koi nak nyediakan. Satu lagi selalu jer ak sempat nak pergi kedai ikan cari makanan dia. Pulak tu kadang2..udang belum sampai….Tapi lama-lama ikan ni makan aje pelet dia tu. Mula-mula je jual mahal.

Tu batu dalam akuarium tu batu koi buat hiasan dalam pasu bunga manik koi. Hehehe….bunga manik dah tak berbunga..tinggal manik je dalam setor bawah tangga



Photo0215
Ini kedai ikan tempat kitorang selalu pergi cari ikan dan aksesori akuarium. Kedai ni kat Taman Daya. Ada banyak jenis ikan jual kat sini…bukan ikan jer..makanan ikan pun ada banyak pilihan. Haiwan peliharaan lain pun banyak gak, ada burung…ada arnab, hamster, iguana, dan macam2 lah

Photo0209 
Budak berdua tu tengah mengkaji apa benda ntah kat dalam akuarium tu..udang kot…Udang pun koi dah banyak kali bela..tapi tak tahan lama..asik kena kunyah dek ikan jer. Tak berbaloi bela udang dalam akuarium ikan..kalau nak..buat kolam betul-betul…bela udang jer…pastu pancing, dapat hasil cam kat bawah ni…huih…masak lemak cili padi sedap..goreng pun sedap….

IMG_0064

Kaka...mia abij

Sape tau apa makna tajuk di atas?? 
Cepat-cepat..siapa boleh terjemahkan kata-kata di atas?? 
Ayat di atas ditulis oleh pekerja Bangladesh koi masa projek kat UTM dulu.

Melihat gambar ni di fanpage Oh Media! yg terus teringatkan ayat kat atas tu

Friday, September 27, 2013

Terima kasih Hari Malaysia: 16 Sept 2013


DSCN1446
Ni sessi main air kat depan rumah koi.
Nak bawak gi mandi-mandi kat tanjung balau, mak metua koi tak ndak.
Mainlah air dalam kolam plastik tu yer

DSCN1447
ni anak dara adk ipar koi/ adik suami. Dorng ni dok kat Kemaman.
Kat teganu kan cuti Jumaat Sabtu, then dorang amek cuti hari Ahad..dapatla 4 hari cuti termasuk 16 Sept
Datangsekali dengan mak pak mertua koi

DSCN1448
Makan-makan durian..
Hehe..koi memang dari kecik tak makan durian. Koi pun tak tahu apa rasa durian. 
Koi jugak tak makan apa sahaja yang berasaskan durian..
tempoyak ker, pengat ke, durian crepe ke, aiskrim ke…
tapi koi tak kisah dan takde hal kalau suami koi nak beli durian. 
Yang duduk atas sofa tu bapak mertua koi. Yang pakai jersi JDT tu adik suami koi. 
Huh…layan durian sampai tak ingat anak bini dah ye Dol.

DSCN1449
Comel betul anak dara diorang ni…
mulutnya pun sangat petah berkata-kata…
makin tambah geram bila dia bercakap dalam slang tengganu yang agak tebal. 

DSCN1457
Ni gambar koi la..asik amik gambar orang jer.
.tak berbaloi nak print gambar takde muka sendiri..hahaha…
Masa ni kitorang pergi makan seafood kat Senibong. 
Naik satu kereta je. Nilah first time Grand Livina tu digunakan untuk penumpang sepenuhnya.
6 dewasa 3 kanak-kanak 2 bayi bawah setahun. 
Oraitlah..masih selesa. 
Yang tak selesanya bila our kiddos kejap nak dok belakang..kejap nak dok depan…

DSCN1462
Masa makanan sampai koi lupa nak snap sebab busy…hahaha…
ingat tak ingat dah bangun dari seat dah nak balik. 
Ok..kali ni koi makan udang goreng sepuas-puasnya 
sebab hari tu masa pergi sebelum bersalin koi batuk-batuk. 
Makan seketul udang goreng terus batuk tak berenti..potong betul. 
Kali ni…hmm..balas dendam!

Thursday, September 26, 2013

Sebelum & Selepas

DSC01331 DSC01332
SEBELUM                                SELEPAS

Sebelum apa? Selepas apa? Masa ni tengah jaga orang korek tanah kat site. Bosan. Panas. Takde nak buat apa..amik gambar sendiri. Lepas ambik gambar tu..tengok..MASYAALLAH…garang nya muka koi. Patutlah budak-budak kat site takut dulu. Dah la hitam, gemuk, garang….Memang menakutkan.

Pastu koi bukak beg..ambik bedak..tepek-tepek lebih kurang…senyum sikit…dan angkat henpon tinggi-tinggi supaya mendapat sudut dan pencahayaan yang sesuai…’kechekek’ !Okay….yang ni nampak okay sikit. Kurang menakutkan.

Wednesday, September 25, 2013

Alhamdulillah...Masalah Selesai dengan Nurich Lacto-Lite

Ingatkan lepas bersalin masalah buasir dah selesai. Rupanya tak kurang pun. Susah betul nak menyempurnakan proses penyahtinjaan ni. Paling kurang setengah jam bertapa dalam bilik termenung tu.

Pergi farmasi, dia nak bagi ubat daflon,tp dgn syarat tak boleh susukan anak. Habis tu umar Mukhsin nak makan apa? Pergi klinik pun sama jugak. Makan sayur pun sama juga. Tetap susah nak membuang. Aiyoo..rasa dah tak sanggup nak masuk tandas lama lama. Masuk toilet tingkat bawah, agak dah krem kaki bercangkung, pindah naik toilet atas.

Pastu search kat gugel cara nak ilangkan masalah sembelit. Byk yg suggest lactolite hai-o. Koi pun kontek kak lin, tokey stokist Hai O kat skudai. Tanya dia pasal Nurich Lactolite. Dgn penerangan ringkas dan padat,koi terus aje setuju nak beli. Harga rm158, ahh., tolak tepi jap pasal harga, yg penting kesihatan dalaman dulu.

Baca arahan kat kotak kena larutkan dalam air sejuk, tak boleh pakai air panas. Nnt bakteria baik tu mati. Tapi bila koi larutkan, dia jadi berketul ketul. Melekat lekat pulak tu kat tepi cawan. Jenuh korek2 sampai bersih, sayang woo...teringat pulak kak lin ckp yg dia suka masukkan terus serbuk tu dalam mulut, pastu minum air.

Masa mula-mula dulu, koi makan 2 sachet sehari, pagi dan malam. Koi tuang aja serbuk lactolite tu dalam mulut, dan sangat mengejutkan bila rasanya sgt sedap ada rasa vanila gitu. Lepas 2 sachet je(malam & pagi), koi ada rasa nak membuang, tp takdelah rasa memulas mulas perutnya. Rasa macam proses normal ajelah. Rasa nikmat yang amat sangat bila dapat menyahut panggilan alam dgn rasa selesa tanpa rasa seksa.

Yang bagusnya...dia bukan macam produk farmasi yang semata-mata melembutkan najis...Lactolite ni juga menyental saki baki najis kita pada dinding usus. Jadi, bukan selesaikan masalah sembelit aje,dia juga memastikan kesihatan usus kita.

Tandas cantik camni pun tak guna tau kalau bahan buangan keras cam batu.

Erk..geli ke baca cerita pasa masalah pencernaan ni...mungkin menda ni memalukan sikit...tapi sebab malula kadang2 masalah tu makin meruncing. Skang koi dah consume dengan Nurich Lactolite ni dah 2 box, cuma dah tak minum 2 kali seharilah...sebab masalah sembelit tu memang dah takde langsung. Koi minum selang 2 ke 3 hari sekali je untuk jaga kesihatan usus koi.

Bukan masalah sembelit je akan selesai...masalah paling memalukan...kentut berbau busuk gila pun hilang tau. Menyesal tak beli dari awal lepas bersalin hari tu. Tak sembelit bukan bermakna kena cirit...Jangan risau sebab tak uk-uk cirit.


 Yang nak jaga kesihatan usus...yang tak sanggup berkampung dalam toilet lama-lama...yang baru bersalin seriau nak buang air besar...yang kesian kat mak/bapak yang dah tua susah nak membuang...Bolehlah beli menda ni ni.

HUBUNGI : Azian Khalil 017-7995824 (call/sms/wasap/wechat)

WW: Mengantuknya

DSC00368

DSC00370

Tuesday, September 24, 2013

Glamer Bini Mat Yo

bini mat yo
Alamak...tak clear la pulak
 
Glamor betul bini Mat Yo dalam seminggu ni…Ini semua gara-gara perang mulut antara
Bini Mat Yo dan Pakcik security berkenaan dengan parking kereta. 
Owh..koi belum tengok video klip tersebut ye…baca-baca jer…

Hmm…berkahwin dengan orang popular…tak kisahlah penyanyi ke..pelakon ker…
.pemain bolasepak ker…apa sahaja yang dilakukan dengan mudahnya akan tersebar 
dan dengan mudahnya akan menerima hentaman. 
Bersedialah mental dan fizikal

Apa yang diperangkan koi pun tak tahu sebab malas nak tengok..
sapa nak tengok carilah sendiri…
takde pekdahpun dengar orang berikam lidah.
 Kalau nak bertegang urat bertikam lidah pun..biarlah tentang sesuatu yang mendatangkan faedah.
 Berbahas tentang ilmu ker…masa tgh  site meeting ke..hahaha

Seorang wanita yang telah berkahwin…apabila dia berdiri..orang akan melihat siapakah suaminya.


index  
Eh..ini bini Khairul Fahmi

Setem


setem

Setem yg baru En Suami belikan. Kirim setem 80sen dengan 60 sen, dalam 10 keping. yang mari setem 50sen 20keping, setem 30sen 20 kepng…haa..amek kaww! Pandai-pandailah nak padankan sebab pejabat pos taman universiti yg tak pernah lengang tu kehabisan setem 60sen dan 80sen.

Ini semua angkara peraduan bonanza hari keluarga Nestle. Habis sampul surat En. Suami koi kerjakan. Sebab skang jaarang keluar siang2, terpaksalah kirim En. suami belikan setem. Nasib baik dia layan aje walaupun terpaksa menunggu lama. Eh..pejabat pos ni akde sistem beli setem online ker?

Sunday, September 22, 2013

Pa&Ma Oktober 2013: Rambut Gugur

Photo1086

Dalam majalah Pa&Ma keluaran Oktober 2013...ada merungkai masalah rambut gugur di kalangan ibu yang baru melahirkan. Menurutnya masalah keguguran rambut ni takkan menyebabkan kebotakan rambut. Ishh..tak botak ker? Bersalin yang pertama dan kedua dulu tak seteruk ini rasanya.

Photo1087

Dalam majalah ni kata…mesti tau:
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal 
  • wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepala 
  • purata 100 helai rambut gugur setiap hari 
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak Jadi semasa hamil rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat 
  • Selepas bersalin,paras hormon akan kembali normal. Dua hingga tiga bulan slepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk. 
  • Masalah ini tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu. 
  • Slepas setahun pertambahan dan keadaan rambut akan kembali normal kepada sebelum anda hamil
Antara cara untuk mengatasinya seperti yang dicadangkan adalah:
  •  makan makanan yang kaya zat besi. 
  • Elakkan buat rambut macam rebonding, perm, colour etc, 
  • Potong pendek rambut. 
  • Pakai shmpu kaya vitamin b. 
  • Guna sikat yang lembut dan jangan sikat masa rambut masih basah. 
  • Minum air masak secukup mya. 
  • Anbil supplement multivitamin,mineral,zat besi.
  • tidur dan rehat yang cukup
***kalau ada orang gaji kat rumah bolehla dapat rehat yg cukup kottttttt


Saturday, September 21, 2013

Jualan Gudang Karangkraf


Pada yang berada di sekitar Shah Alam...jangan ketinggalan serbu Jualan Gudang Karangkraf...

hmm...dah lama tak beli buku  :(

Friday, September 20, 2013

Gambar Menunaikan Haji tahun 1940: Selamat Menunaikan Haji Bos

entry copy paste


Gambar En. Falah(bos) masuk surat kabar metro last week. selamat menunaikan haji en. Falah dan isteri. Semoga mendapat haji yg mabrur



Ada yg naik pesawat

naik kapal laut
Solat
Tawaf
 Wukuf di padang Arafah
Bertahlul
Melontar jamrah





 
Pilih kambing untuk dam

Wednesday, September 18, 2013

Pantang Jumpa Pen

DSCN1231
 
Si Umar Mahfuz ni…nilah…pening kepala. pantang betul jumpa pen. Ada ada aje benda yang nak dicontengnya. Janganlah besepah sepah kalau dokumen tu penting atau masih nak digunakan. Memang wassalam lah diconteng dek budak ni. Ini dia menyelongkar beg kerja ayahnya…tejumpa pulak marker sharpie ayahnya…hmmm..pulak tu tanpa rasa bersalah..tanya “Omel tak?.Saya jadi kucing”

Bukan takat kertas, malahan segenap inci dinding rumah koi telah pun menjadi mangsa kerakusan tangan budak Mahfuz ni. Kadang  tu lantai pun ada kesan conteng, tapi lantai boleh la koi mop aje. Kalau dinding tu..memang kena cat barulah. Nak raya ari tu, ada jugak suarakan pada suami koi…rasa cam nak cat rumah lah…tapi..suami koi senyum aje. Huh..taknak lah tu…yelah..tunggu la sampai budak Mok tu besar sikit. Nanti koi jugak yang meroyan tengok dinding baru cat dah kena conteng.


DSCN1430

Hah..inilah rupa si penconteng tu. Abang dia dulu..dapat pen atau pensel terus cari buku. Dia ni,kejap je dah bosan..conteng dindingla..muka sendiri la...peti ais la...


DSCN1432
Sebahagian daripada dinding yang telah menjadi mangsa budak ni. 



Close up sikit

Monday, September 16, 2013

Microwave..yeyeayy…!

Kelmarin En. Suami belikan koi microwave kat Jusco Taman Universiti.Hehe…suka..suka..suka sangat. Mula-mula tu..dalam 2 minggu lepas..masa shopping barang dapur dah dipelawa. Tapi koi takmo. Koi tak reti guna. Takat guna untuk panaskan lauk semalam, baik takyah beli…koi tak reti guna…beli nak wat apa.

dah tu kelmarin tengok movie apa tah…ada scene budak tolong mak dia panaskan pizza dalam microwave. Dik utuknya koi “tengok tu..budak kecik pun pandai pakai microwave”

Tecabar dengan kata-katanya…koi pun setuju. Siap-siap terus keluar gi beli.Selepas tak tahu memilih yang mana satu, suami koi pilihkan model yang bawah ni..Harga RM399. Jadila...hehe..takut jadik tukun habuk jer

Photo1075  
Terima kasih En Suami koi...
 
Tu kotaknya…berat wehh…ingatkan ringan je..ala-ala oven koi. Rupanya..koi sorang tak terangkat. Nak angkat tu boleh..tapi sebabkan koi masih bersuami dan beliau masih sihat..secara otomatik…”Ayah…tolong mama kemas dapur ni..beratla”. Hahaha 


 Photo1077
ada aje model nak menyelit.

 Photo1078
Balik rumah..bukak kotak…terus test. Panaskan lauk yang mak mertua koi bawak semalam.

Thursday, September 12, 2013

Gambar dan sudut

DSCN1409
Kalau ambik gamba dari sudut bawah..nampaklah dagu koi yang belapis-lapis macam kek lapis madura tu.
  
DSCN1407
So, nak ambik gamba kena ambik dari atas. Boleh cover sikit dagu berlapis dan pipi tembam koi. tapi pipi si Aril kelihatan sungguh melayut dalam sudut ni. Takpe…baby kalau pipi tembam orang geram…cubit-cubit…kita kalau pipi naik tembam nak tengok cermin pun menyampah.

asal koi tangkap gambar je..adalah orang menyempei nak begambar sama…tak kiralah koi ambik gambar benda pun…ada je makhluk sorang tu kelihatan sama. kadang tu tak perasan pun bilamasadiamenyelit kat belakang koi.

Lepas Bersalin Je, Mesti...

RAMBUT GUGUR....rasa macam nak botak dah ni...sekali sikat...bergumpal rambut koi tanggal. Biasanya koi potong aje rambut lepas bersalin..kiranya kalau gugur pun koi tak berapa nampak sebab pendek kann... kali ni terasa sayang pulak sbb masa pregnant ari tu koi rebonding dan kesan rebonding tu masih elok. Bila pregnant bukan main lebat berkilat lagi rambut.

Ini semua disebabkan kitaran hormon...tapi kalau sebab hormon pun takkan takde solution kan...risau jugak...rambut koi bertabur tabur kat dalam rumah...sampai berbelit belit kat kat jari anak, kat dapur, kat bilik air jangan citerlah...

Nak pergi stokis Hai O tak kesampaian lagi sebab En Suami asik balik lewat je. Nak beli shampoo garam buluh kot kot berkesan dengan koi kan.



Ramai orang kata rambut gugur sebab anak main air liur...hehe..sebenarnya kebetulan masa usia baby umur 3-4 bulan dia baru pandai bubbling dan 3 bulan lepas bersalin badan kita mula seimbangkan kembali hormon-hormon masa kita mengandung hari tu. Jadinya orang2 tua buat kesimpulan rambut gugur kalau anak main air liur..kesian baby tuh...dipersalahkan pulak.

walaupun menda ni memang normal disebabkan hormon...tapi ia agak mengerikan...tak caya??

Haa...ini hasil sikatan rambut koi sebaik sahaja bangun dari tidur...kalau hari2 macam ni...cukup sebulan...nampak lah kulit kepala.




Thursday, September 5, 2013

Friend ; bujang dan kahwin


Friend kat fb remaja lelaki 16 tahun

Friend kat fb seorang dewasa berusia 36 tahun
**Apakah perbezaannya??

Wednesday, September 4, 2013

Gobok @ Almari

Semalam ayah budak-budak ni belikan almari pakaian untuk diorang. Plastic drawer tu dah tak muat nak isik baju diorang. Tambah lagi baju adik Aril pun nak masuk lemari jugak. Then ayah pun belilah satu...Harga RM340, beli kat kedai perabot Tan, kat Taman U ni jer. Barang-barang perabot rumah koi semua beli kat sini. Murah pun murah...hutang pun boleh maaa...

Almari belum isik baju...diorang dah masuk dulu. Asalkan jangan patah, tercabut, terkehel sudah ye anak-anak..



**orang kat johor ni panggil almari gobok.
**koi biasa sebut lemari


Monday, September 2, 2013

Tipah Tertipu Bang..

Ini iklan 3 in 1 sterilizer yang koi beli hari tu dalam fb. Dia kata harga asal RM 209. kasik offer sampai RM119.

Yang ni pulak dari website Mydear sendiri. Lahh...RM89.90 je ker?? Ya Ampunnn....

Ini yang koi lemah beli barang kat internet ni...nak cong orang aje taunya...koi ada tanya kat fb dia pasal regenya jauh lebih mahal dr dalam wen mydear..haram nak dijawabnya. Masa nak menjual, bukan main laju lagu membalas pm.

takpe..bagi ruang masa dulu...tengok apa penjelasan dia pasni...kalau ayat-ayat dia agak kerek...koi publish aje link fb dia kat blog. Sedih tau rasa tertipu macam ni.

Klik! Klik!

Post Terhangat