Raja Lawak Gila!!!! - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Raja Lawak Gila!!!!


Lawak 2018/1

*MURID*: Cikgu. Boleh saya tanya soalan
*CIKGU*: Tanyalah.🙄
*MURID*: Macamana nak simpan gajah dalam almari.
*CIKGU*: Tak tahu.
*MURID*: Senang ja. Buka pintu almari, masukkan gajah.
*CIKGU*:😇
*MURID*: Nak tanya lagi cikgu.
*CIKGU*: Hmm. Tanya lah
*MURID*: Mcmana nak simpan kerbau dalam almari.
*CIKGU*: Oh senang ja. Buka pintu almari, masukkan kerbau.😀
*MURID*: Salah... Kena keluarkan gajah tu dulu.
*CIKGU*: Awak main2 ya.😳
*MURID*: Tak adalah.

*MURID*: Cikgu. Kalau harimau buat birthday party, semua binatang pergi, last sekali siapa yg tinggal.
*CIKGU*: Tinggal harimau lah, sebab dia maksn habis semua binatang2 tu.
*MURID*: Salah. Kerbau, sebab dia masih lagi dalam almari.
*CIKGU*: Ishh... Kamu ni.😤

*MURID*: Soalan last cikgu.
*CIKGU*: Ok.
*MURID*: Mcmana cara nak berenang kat sungai yg banyak buaya.
*CIKGU*: Tak ada cara. Saya kena guna bot.
*MURID*: Salah. Berenang je lah.
*CIKGU*: Kamu nak mati kena makan dgn buaya ka.😳
*MURID*: Tak mati lah. Kan semua binatang pergi bithday party harimau.
*CIKGU*: 😡👃 💨💨

*MURID*: Cikgu2, soalan paling last, ya.
*CIKGU*: Baikla. Ha, apa?
*MURID*: Kenapa bila naik bas ada tempat duduk basah?
*CIKGU*: Ada orang tumpahkan air.
*MURID*: Salah. Sebab..tadi kan berenang kt sungai..
*CIKGU*: @#$&^*👊✊💩😾😤

Just utk hilangkan stress
😂😂😂😂😃😃😃😃
Copypaste

STORY 1

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama.

Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.

Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar-besar.

"BANK SPERMA DIROMPAK"

STORY 2

Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si Makcik mengikut pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

"Makcik, ini adalah lift"

STORY 3

Pada satu hari tersebut ler kisah sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah pondok yang kecik jer. Walau pun kecik mereka hidup aman bahagia. Tapi kan, depa nie ada satu kebiasaan pelik, setiap kali kalau depa nie nak beromen atau nak buat sex malam tu, depa saling bagi tau antara satu sama lain dan berdiskus supaya buleh ler depa buat persediaan aper yang patut.

Pada satu minggu tu, mak bapak si isteri sering plak ler melawat depa nie. Nak dijadikan citer, lamer la plak depa nie menumpang. So, slack ler sikit dan tak dapat ler depa berdiskus. Kalau dapat diskus pun, limited benda-benda yang open jer beb. So depa pun tunggu ler sampai kedua mak bapak si isteri tu balik. Balik jer, si suami pun mendapat satu idea yang bernas gitu dan berbincang ler dengan isteri

suami : Sayang, bila mak bapak yang ada sini, kalau kita nak projek, abang nanti kata, malam ni kena basuh kain tau .. jadi Yang fahamlah yang malam tu abang nak projek ...

isteri : Oklah bang ...

Pada satu hari tu, mereka berdua nie bertengkar la plak, pas tu gaduh-gaduh berselisih paham la plak. Sebab masing-masing merajuk dan tension. Mereka pun tak bertegur saper. Selepas 2 hari lepas gaduh tu, si suami tu nak projek le ngan wife dier tu, tapi takut si isteri tak nak layan dier, si suami pun panggil anak dier menyampaikan pesan.

Suami : Atan, pi habaq kat mak, malam ni dia kena basuh kain.

Atan pun pergi ler jumpa mak dier dan cakap.....

Atan : Mak, mak.. abah kata malam ni mak kena basuh kain.

Suami : Pi habak kat bapak, mak kata WASHING MACHINE ROSAK ..kena services bagi dalam dia clean, kalau tak nanti air clorox melimpah keluar..

Atan pun bagi ler tau bapak dier. Si suami pun frust nonggeng le, tapi walau camner pun dier tunggu. Tunggu-punya tunggu, mak bapak si suami plak datang melawat. So si suami pun panggil anak dier untuk menyuruhnyer bagi pesan yang sama.

Suami : Atan, pi habaq kat mak, malam ni dia kena basuh kain, dah banyak dok simpan..

Atan pun gi ler jumper mak dier, pas tu dier datang balik jumper bapak dier dan bagi tau................

Atan : Mak kata, abah ni tak faham ka ..WASHING MACHINE DOK ROSAK LAGI.. simpanlah dulu ...

seminggu kemudian, mak bapak si suami pun balik ler ker rumah. Si isteri pun terfikir yang aper guna-guna gaduh-gaduh, baiklah berbaik semula. Dier pun dah lama tak projek, jadi dier pun panggil ler anak dier untuk mengajak suaminya projek.

Isteri : Atan, pi habaq kat bapak, mak kata WASHING MACHINE DAH BAIK, malam ni boleh basuh kain ..

Atan pun pergi ler jumper bapak dier..... pas tu dier jumpa mak dier balik dengan jawapan dari ayah atan tu..............

Suami : Pi habaq kat mak... Bapak kata tak payahlah nak basuh kain malam ni ..BAPAK DAH BASUH PAKAI TANGAN...

STORY 4

Pada satu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya.
Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar.

Loving betullah mereka.

Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"


STORY 5

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak.

New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la.

Saya belanja awak free minum jugak!

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : ?????????????

STORY 6

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.

Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.

Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000. Pembeli : Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

STORY 7

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS"

"SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH"

STORY 8

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh!

Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.

Suzy : Tapi mengapa?

Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.

Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu.

Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzy : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.

Adik beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu : (Separuh berbisik)

Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.

Suzy : Ha!!??!!

STORY 9
Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*
Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!


STORY 10
Nak dijadikan cerita, ada 3 org pengembara yg telah tersesat di dlm hutan. Kendian nk bg sedap cerita, diaorg telah ditangkap oleh satu puak pribumi makan org..
Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!!

STORY 11
PAK PANDIR

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya, Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

============================== ====================

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."

============================== ====================

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

============================== ====================

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan...

============================== ====================

Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..

============================== ====================

Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem.....
============================== ====================

pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.

alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun...

pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata - i am sorry. orang putih tu pun kata - i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la - i am sorry 3. orang putih tu penin, dia kata - what sorry 4.

pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab - i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata - i thing this man must be sick(6).

pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba - i am sorry 7.....

===========================================================================

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

====================================================================================

Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia. Bila
wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.
Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh
pokok ubi kayu..hehehe.
Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...
5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab
aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan? tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu la, jawab Pak Pandir dengan selamber nye.

STORY 12
Ada Ape Encik?

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."



STORY 13
Selalu Terbangun

Mike pergi berjumpa seorang doktor kerana mengalami masalah susah tidur. Dia sudah mencuba berbagai ubat tidur.. tetapi tetap susah untuk tidor..

"Mungkin perubatan tradisional akan berhasil" kata doktor.

"Sebelum tidur cubalah mengira dari angka satu, dua, tiga.. sampai akhirnya anda tertidur...

Seminggu kemudian Mike kembali berjumpa doktor itu..

"Nampaknya anda sudah lebih segar dan sihat.. apakah cara itu berhasil..?" tanya doktor.

"Sebenarnya hampir berhasil.. pada bilangan ke tujuh saya sudah mula mengantuk.. tapi pada bilangan kedelapan saya akan terbangun kembali" jawab Mike.

Doktor kehairan..

"Mengapa Mike.. awak ada masalah besar ke?!!?"

"Ya, kerana saya adalah seorang peninju !"


STORY 14
Diam

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.

"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak."

"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis."


STORY 15

Janda 18 tahun

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"

STORY 16
tersebut alkisahnyer.....

adalah di sebuah kampung... namenyer kampung Hulu. Pak Imam nyer memang hari hari setaip masuk waktu p masjid, masuk waktu pi masjid. Ade lah satu hari ni, time tu masuk ler waktu zuhur, tok imam ni pun p la amik basikal die nak mengayuh p masjid kpg hulu, on the way die nak p masjid tu, lalu ler die kat satu umah tu, tiba2 die ternampak seorang budak dalam lingkungan 5 tahun tak pakai seluar ngan sedang berlari2 kat depan halaman umah. Tok imam tu apa lagi, panggil ler budak tu.

Tok Imam: budak, mai sini sat.
Budak: ye tok imam, naper ni?
Tok Imam: hang ni tak pakai sluar psai apo?
Budak: mak tak bg.

Tok imam tu pun mengelengkan kepala lalu memberi wang kepada budaktu tadi.
Tok imam: hang p bag kat mak ni 10 ringgit, suruh p beli seluar.

budak tu pun dgn happy nyer pun p la panggil mak dier dan mencerita segalanyer. Mak budak tu pun td merasa terharu. Die pun berfikir lah...

kebesokkan harinyer...time nak masuk waktu zuhur, tok imam ni pun nak gi masjid. lalu lah kat depan umah yg smalam. tiba2 die ternampak lagi seorang budak pompuan dalam umur lingkungan 12 tahun tak pakai seluar sedang berlari2 kat depan umah. pak imam pun mengeleng kepala nyer lalu memanggil budak popuan itu td

Tok imam: awat tak pakai seluar?
budak pompuan: mak tak bagi.
Tok imam: tak cukup kot duit bg smalam, tak per la...hang amik duit ni 20 ringgit ni p bg kat mak sruh beli seluar.

ape lagi, budak pompuan tu happy nyer, pastu bgtau la kat mak dier.... emak dier berfikirlah lagi..."klo budakkecik 5 tahun bg 10, 12 tahun 20 ringgit... klo umur lagi tue, lagi byk ler.... "

kebesokkan hari nyer... tok imam pun lalu lah kat depan umah tu seperti biase. tiba2,tok imam ternampak mak budak tu tak pakai seluar sedang berlati2 kat depan umah.
tok imam aper lagi.... gelang ngan terhangguk terus.die pun panggil la mak budak itu.

Tok imam: awat hang tak seluar?
mak budak itu pun malu2 tersipu2 tak tau nak jwb...sbb die fikir nak duit lebih dari tok imam.... pas tu tok imam pun menyeluk saku nyer nk bagi duit...

Tok Imam: nah! amik dua posen ni, p beli gillete(Mate pencukur),cukuq bulu lebat tu....

STORY 17
org gile
Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

STORY 18
Mimpi Seorang Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

STORY 19
masa
Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk
separuh masa)?
Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di
dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab….”Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah…

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap
pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain di! dalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bola sepak yang digunakan didalam perlawanan.

Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!! Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit…itu adalah “bola
referee”!

STORY 20
*buku tak bermutu
Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”

“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.

“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.

“Kenapa pula Cik?”

“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”

Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”

STORY 21
*salesman
Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”

STORY 22
cewek

Cewek Telanjang Naik Teksi
Cewek telanjang nekad naik taksi, pemandu teksi pun membebel. Si cewek pun marah-marah.
"Gak pernah liat orang telanjang apa!!!"

Pemandu teksi pun menjawab,
"Aku cuma bingung kamu nanti nak keluarkan duit dari mana!!!"


STORY 23
bangga betul

Tahun lepas sainitis Russia korek tanah sedalam 100 meter, diorg terjumpa la kesan wayar copper yg berusia 1000 tahun... and membuat kesimpulan bahawa nenek moyang mereka ade telephone network... .woo bes..
Pas tu, saintis Amerika tak puas ati, diorg pun korek gak, sedalam 200 meter... diorg lak terjumpe talian fiber optic lama yg dipercayai berusia 2000 tahun... lalu membuat kesimpulan, org US 1000 tahun lagi advance dari org Russia dalam komunikasi telefon yg lagi canggih dari diorg... ..pergh canggih...
Saintis Malaysia plak try try gak, diorg korek sedalam 500 meter... pastu diorg report la, diorg tak jumpe ape2... ..so diorg wat kesimpulan; 5000tahun dahulu nenek moyang org melayu sudah tahu menggunakan teknologi wireless! hehehe... bangga..bangga MalaysiaBOLEH!! Hahaha

STORY 24
Sayang2..
Satu hari Ahmad melawat rumah sepupunya yang baru berkahwin bernama Yop dan bercadang untuk tinggal semalaman di rumah Yop.
Yop : Sayang, sediakan minuman untuk sepupu abang nie.
Isteri : Baik, bang.Kemudian, tiba pula waktu makan malam.
Yop : Intan payung, sediakan makan malam untuk sepupu abang nie sekali yek.
Isteri : Baik, bang.
Selepas larut malam, Yop memanggil isterinya lagi.
Yop : Adindaku, sediakan bilik tetamu untuk sepupu abang nie tidur.
Isteri : Baik, bang.
Isteri pun berlalu pergi.
Ahmad : Iskh, romantiknyer korang nie yek. adinda la, sayang la, Intan payung la... ..
Yop : Eh, takder la. Aku lupa nama bini aku jer.

STORY 25
Kisah Kuda
Cikgu : Abu! Lukisan apa yang kau buat nie..? Kosong jer.
Abu : Kuda makan rumput, cikgu.
Cikgu : Mana rumputnya?
Abu : Kuda dah abis makan, cikgu.
Cikgu : Mana kudanya?
Abu :! Kuda dah kenyang. Dia dah balik kandang...

STORY 26
borang
al kisah tersebutlah kisah,arakian berjalanlah satu pasangan yang telah lanjut usia, menuju
ke kaunter imigresen, niat di hati nak pegi umrah.tiba di sana dimintaklah borang untuk diisi,

Isteri: abang faham ker borang tu mcm maner nak isi
Suami: ala abang ni kalau setakat form orang putih ni kacang jer

Name: Ali Bin Deraman
Age: 63
Sex: _______________

bila dah masuk bab sex ni yang payah, si suami pon bertanya isteri

suami: sex tu aper yer Yang.?

isteri: ish tanya kiter lak.. tadi kata kacang

suami: setahu abang sex ni yang itu-itu tuuuuu. (sambil mencocok telapaktangan isterinya)

isteri: iyer ker bang... benda macam ni pon depa nak tau gak ker

suami: agak-agak abang itulah kot

isteri: abis dia nak kita tulis apa kalau pasal benda tu bang..

suami: dia nak confirm kita sihat ker tak kot..

isteri: a'ah!!! abis tu abang nak tulis apelah

suami: kita tulis ajelah apa2 yg boleh yakinkan depa yg kita ni masih sihat
dan kuat

isteri: dia nak tahu berapa kerap kot...(tersenyum tersipu-sipu)

suami: a'ah! bijak juga isteri abang ni.

isteri: abang nak tulis camner bang

suami: everyday kot.

isteri: everyday tu apa bang

suami: tiap-tiap hari ler

isteri: mak aiiii!!!... dah buang tebiat ker org tua ni, masa mula2 kahwin dulu boleh ler. abang tak malu ker tulis macam tu dah tua-tua begini

suami: iyer tak iyer jugak kan, abis tu nak tulis ape

isteri: abang tulis jer lah jarang-jarang, kan dia nak tahu kita sihat ker tak jer.. jarang-jarang tu dah kira ok aper kalau banding ngan umur kita yg dah tua ni.

suami: baiklah...abang isi jarang-jarang ajelah

Name: Ali Bin Deraman
Age: 63
Sex: Seldom
bla.bla.bla.

Di kaunter

Peg.Imigresen: Semua dah lengkap pakcik cuma satu jer yg tak jelas sangat

Ali: Apa dia nak

Peg. imigresen: pasal SEX ni kenapa pakcik tulis SELDOM

Ali: syyyyyyyyyyyhhhhhhh!!!!!!!!!! (pelan-pelan nak.)

Peg.Imigresen: (kenapa pakcik?)

Ali: malu nak...

Passport pon siap selepas seminggu

Suami: oh! lain kali kalau ada form tanya pasal sex kena bubuh M rupanya, macam dia tahu jer aku ni saiz M jer...

Isteri: yang saya ni lak apsal dia bubuh F

suami: eh!eh! tengok Yang. iye tak iye gak, agaknya sebab awak selalu fail kot

Isteri: fail apernya bang?

Suami: awak kan mandul......


STORY 27
Masalah pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"



STORY 28
CURANG

Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"
Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini
kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah
mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan berkata... "Kenapa kau tak balik lagi Jalil... kejap lagi suami akak balik...!!"


STORY 29
askar
Seorang askar baru sedang bertugas mengawal pintu masuk utama.
Arahan untuknya adalah jelas. Tiada kereta dibenarkan masuk kecuali mempunyai sticker khas di cermin hadapannya.
Sebuah kereta tentera yang besar datang dengan seorang Jeneral berada di dalamnya.
Askar pengawal itu berkata, "Berhenti!. Siapa di dalam?"
Pemandu kereta berkenaan, seorang Korporal menjawab, "Jeneral Zaini"
"Maafkan saya. Tuan tidak dibenarkan masuk kerana kereta ini tidak mempunyai sticker khas pada cerminnya."
Jeneral itu berkata, "Pandu terus!"
Askar pengawal itu berkata, "Nanti dulu!. Tuan betul-betul tidak dibenarkan masuk. Saya mendapat arahan untuk menembak jika tuan cuba masuk tanpa sticker khas."
Jeneral itu kemudiannya berkata kepada Korporal dihadapannya, "Saya beritahu kamu, jalan terus!"
Askar pengawal itu kemudiannya merapati cermin belakang kereta dan berkata, "Jeneral, saya baru dalam perkara ini. Adakah saya perlu menembak tuan atau pemandu tuan?".

STORY 30
Hindu hadhari
Seorang menteri sedang mengadakan jamuan makan malam di rumahnya. Dia menjemput
semua menteri-menteri dari negara luar dan orang kenamaan serta vvip datang menjamu selera di rumahnya.
Diantara tetamu yang hadir ialah seorang menteri dari negara India yang beragama Hindu.
Apabila makanan dihidangkan, lauk pauk seperti daging lembu juga dihidangkan. Menteri dari India
tersebut ragu-ragu dengan jenis daging yang dihidangkan lalu bertanya dengan pelayan.
"Ni daging apa ni?"
"Oh... ni daging lembu,"
Orang India tersebut agak terkejut
Namun dengan selambanya dia menjawab dengan tersenyum
"Oh...Tak apa la...Saya Hindu Hadhari.."

MANA BARANG YANG 'FREE'?
Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli
barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-
barang yang dipesan.
Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan
membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu
tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...
Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak
ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka
isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk
menebus benda 'FREE' itu.
Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk
menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan
jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin.
Suami kata mana boleh, dal! am mesti tak ada punya.Dia terus meminta
dari jurujual.
Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran
mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si
suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami
tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi
belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan
berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...!!!

AKIBAT TUNJUK PANDAI
Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah
tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya.
Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah
bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat
ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak
lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan
lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk
tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan
Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah
juga kemanisan malam pertamanya itu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji
Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi
rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap
untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun,
maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan
Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik
berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh
semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian
ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai
solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya
Si Mamat tadi,
"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat
jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat
tadi."
"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah
tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini
tak pernah sembahyang Subuh. Dia
tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.

JANDA YANG DAHAGA
Hasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami akibat kemalangan
jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang
cantik.
Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana cuaca
panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk
mencari air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur
semula. TAMAT... (Habis tu, apa yang korang fikir?)

PAK PANDIR BERJUMPA DOKTOR
Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor
psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.
Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab.
Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu
lembab?
Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu
menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.
Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?
Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar
mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali
sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia
meninggal dunia?
Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor?
Doktor: ???
P/s: Kalau anda juga tidak dapat menjawab soalan doktor itu bermakna
anda juga...

KURA-KURA TIGA BERSAHABAT
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah
bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa
minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.
Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya,
sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul
perbualan di antara mereka.
Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk
amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding
Kekura III.
Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai
sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II
menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu.
Kekura III tidak juga balik.
Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan
lapar.
Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan
ni."
Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik
aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan
ni kan? kan?!!!"

SURAT MAHASISWA KEPADA AYAHNYA
Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada
ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin
meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian
tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya
yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya
cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti
surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya,
kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati
agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa h! ari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang
mengandungi ayat yang ringkas:
Kepada Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.

PENJUAL TERLUR BUAT PENING
Pada suatu hari di Pekan Rabu, seorang pembeli ingin membeli telur.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau
Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik ni jual telur atau nak jalan-jalan? "
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan
pembeli sampai dia datang."

SALAH TULIS NAMA
Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan
Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor
pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong.
Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas.
Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka
akan menempun sebuah perkuburan cinta. Seram juga dua orang jejaka
ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man
mula menegak.
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di
sebuah kubur.
Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja.
Esok
siang buat la," kata si Dol marah.
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul
tulis," kata
apek tersebut.

JURUJUAL YANG MALANG
Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.

"Puan, saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya," kata jurujual dengan penuh yakin.
"Kalau begitu," kata wanita tersebut, "Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik."

TIGA ORANG GILA
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka
masa di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapa! n yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran
sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

SELESEMA BURUNG
Seorang lelaki menghubungi doktor panelnya untuk memberitahu suatu
masalah.
"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya
menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah
dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin. "
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit
itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
"Celaka," jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

TIDAK NAMPAK LAMPU MERAH
Seorang mat motor telah ditahan setelah melanggar lampu isyarat
merah. Sebelum polis menyamannya, dia bertanya kepada mat motor
tersebut, "Kenapa kamu tidak berhenti ketika lampu merah menyala?
Kamu tidak nampak ke?"
"Saya nampak, encik," jawabnya perlahan.
"Habis tu, kenapa kamu tidak berhenti?" tanya polis tersebut lagi
yang tidak berpuas hati.
"Saya tidak nampak encik. Kalau saya nampak encik di situ, saya
pasti tidak akan melanggar lampu merah," jawabnya.

SIAPA DI LUAR?
Seorang penjenayah tua yang menyorok di pinggir kampung sedang sakit
tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba
kedengaran satu ketukan kuat di pintu rumahnya.
"Siapa di luar?" jerit orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah! Saya ingat anggota polis yang datang."

BAPA DAN TIGA ANAKNYA
Seorang bapa berjalan dengan tiga orang anaknya, masing-masing
berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja.
Bapa itu nampak berfikir keras ketika saya bertanya.
"Ada yang dapat saya bantu?"
"Saya ingin membeli sesuatu tetapi tidak dapat mengingati
kesemuanya," jawab bapa tersebut. Lalu dia memandang ke arah anak-
anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak sekalian, selain katil dan
pintu bilik air, apa lagi benda yang korang rosakkan dalam minggu
ini?"

ADA SISA MAKANAN, ENCIK?
Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya, "Ada sisa
makanan, encik?"
Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada." Pengemis itu pun
mengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi.
Keesokan harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi dan
bertanya soalan yang sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnya
tetapi dia tetap menerima jawapan serupa iaitu 'tidak ada'.
Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh pengemis
tersebut, akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali
cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu.
Semuanya habis dijual! Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki
kamu ke lantai,"
Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya, "Ada
paku?"
"Tidak ada," jawab tuan warung.
Pengemis bertanya lagi, "Ada sisa makanan, encik?"

ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu
benda, jangan lupa di mana tempatnya!
Jenaka 1
Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya.. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.

Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri & berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"

Dengan kehairan pemuda melakukannya dan bertanya..
"Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"

"Supaya," jawab si doktor..
"Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu
yang bertubi-tubi seperti tadi!"

Jenaka 2
Seorang Ibu di kampung menceritakan kepada temannya tentang anaknya dengan penuh rasa bangga...
"Anak gadis saya yang masih menuntut itu tinggal di Kondo di KL.. !"

"Ia makan malam di restoran yang berbeza setiap hari, ada baju bagus2 dan banyak kekasih".

Rakannya membalas..
"Saya faham perasaan engkau.. Anak gadis saya juga seorang pelacur seperti itu... Tabahlah..."

Jenaka 3
Linda sedang menampal kertas dinding (wallpaper) bergambar bunga-bunga di dinding biliknya. Setelah selesai dia memanggil ibunya untuk memberi komen mengenai hasil kerjanya itu.

Ibu : "Kertas dinding yang kau pasang ini cantik sekali, tapi mengapa di bahagian sana gambarnya agak menonjol seperti tidak rata.."

Linda : "Oh... baru saya ingat.. saya lupa menanggalkan jam dinding tadi!!"

Jenaka 4
Rina : "Moyangku berperang melawan Jepun. Datukku berperang melawan Portugis. Dan ayahku berperang melawan Bugis"

Azrul : "Nampaknya keluargamu tidak boleh bertolak ansur dengan orang


 Jenaka 5

 "Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH, heh...heh...heh...". 
Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". 
"No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...

jenaka 6
 Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "

Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

Jenaka 7
 Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
 Isteri: Buku bank abanglah..

Jenaka 8
 Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak   : derma ape bang?
 lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak   : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
 lelaki : ?????


 jenaka 9
 Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
 Farid    : Mengapa?
 Siti     : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
 Farid    : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.

Siti     : Erkkkkkk........ Benci ........


 jenaka 10

 3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. 

Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. 
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


 Citer 5
 Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen across the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene. So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. 


So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
 Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
 So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
 Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN
 HOUSEMATE SAYA."
 So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
 Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

 Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6
 Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan
 pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan
 kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya
 mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
 Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
 Tok Batin        : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
 Kawan Tok Batin : ????????

; Citer 7
; Seorang posmen yang datang menghantar surat .
; " Assalamualaikum "
 " Walaikumsalam "
; " Ni rumah encik Sameon ye?
; " Ya saya"
; " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
; " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


; Citer 8

; Orang Asli Dan Polis
 orang asli    : selamat pagi tuan
 polis         : selamat pagi
 polis         : apa hal
 orang asli    : saya nak buat repot tuan
 polis         : fasal apa tu
 orang asli    : kawan saya di baham harimau
 polis         : pukul berapa
orang asli    : dia tak pukul, terkam
 polis         : habis?
orang asli    : tak habis, tinggal kepala


 kisah 1

 Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.


 kisah 2 

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
 

 Shan     :  Kenapa menangis?
 

Amin     : Saya datang untuk ujian darah.
 

 Shan     : Awak takut ke?
 

 Amin     : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
 Amin    :   Eh, kenapa pula awak menangis?
 Shan    :   Saya datang untuk ujian air kencing...

 kisah 3
 

; Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
 "Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

> > kisah 4

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

 Polis        : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? 
Penjaga      : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
 jantung manakala yg ketiga disambar petir.
 Polis        : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
 Penjaga      : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

1 comment:

  1. Assalammualaikum ..

    Memang lawak. Upload la lagi .. Thehehee

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad