selama beberapa tahun berblog ni..koi tak penah ambil tahu pun pasal BE..selalu je baca blog orang yeay dapat BE, yeay Be ke 10, yeay BE datang lagi...koi pun gatal-gatallah hantak tiket kat nuffnang tanya acaner nak melayakkan dapat BE tu...dan di bawah ni panjang lagi lebar jawapannya..tak larat koi nak baca...
Hi Azian,
Terima kasih kerana menulis kepada kami!
Untuk
mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali
anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk
membuat kempen CPUV bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang
menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPUV. Pihak Pengiklan
(Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan
beberapa faktor seperti berikut:
Disebabkan Pihak Pengiklan
(Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka,
maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang
berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di
dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah
sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey'
yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka
tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers.
Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali
isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang
tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh
Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka
bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu,
kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa
ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.
Kebersanan
penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan.
Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan
mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin
mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya.
Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah
dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan.
Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat
yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.
Sebagai
contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen
pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi
unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang
dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit
iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di
bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis
panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar
mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan
berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.
Selain
itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk
dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat
pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu,
Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan
dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya,
maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana
Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada
blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada
program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami.
Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih
rendah berbanding dengan ahli Glitterati.
Oleh itu, anda
perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda
untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu
mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang
betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih
anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa
angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!
Good luck dan selamat berblogging! :)
Cheers,
Laura Lee
Community Executive
Post Top Ad
Thursday, March 14, 2013
Bagaimana untuk mendapat BE?
Tags
# iklan Nuffnang
# tips mendapat BE
About AzianKhalil
tips mendapat BE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Author Details
Nama penuh koi Azian binti Khalil. Lahir pada tahun 1981. Koi tu adalah kata ganti diri pertama ikut loghat sesetengah daerah di Pahang. Kawan-kawan selalu panggil Yan, Ayan & Mama Yan. Merupakan isteri & ibu kepada 6 orang anak.
bagus perkongsian nih....:)
ReplyDeletex pernah pon nak tau..
ReplyDeletedpt je alhamdulillah..tpi yg part survey tu betul..kena isi ..hihi
hurmm akak pun ada terima macam nie masa mula2 dulu ;)
ReplyDeleteDah dpt B.E nanti kena rajin update blog tau Nafisa... sehari 4 kali.. in shaa Allah masyuk... dpt buat beli tudung fareeda selai jadik la.. kan.
ReplyDeleteSelamat berblogging :)
ReplyDeleteHehe
hehe...ada alhamdulillah..takde masih terus berblog selagi punya kemampuan. senang refresh apa2. nak tgk formula kira2 pun cari kat blog sendiri, takdelah workstation koi penuh dgn 'post-it'
ReplyDelete