1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada
akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka".
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela
bunyian(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah
manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak
akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang
soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf
dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di
antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan
muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya
hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar
oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka
agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari
kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" - Sahih Muslim
Post Top Ad
Friday, March 1, 2013
Tazkirah Jumaat : Menjelang Kiamat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Author Details
Nama penuh koi Azian binti Khalil. Lahir pada tahun 1981. Koi tu adalah kata ganti diri pertama ikut loghat sesetengah daerah di Pahang. Kawan-kawan selalu panggil Yan, Ayan & Mama Yan. Merupakan isteri & ibu kepada 6 orang anak.
Salam,
ReplyDeleteSungguh menakutkan...kebanyakannya kini sudah dan sedang berlaku.
Semoga Allah pelihara kita agar tidak tersesat..
Semuanya dah berlaku. Cuma yang bulan sabit tu je tak pasti cemana. Tak pandai nak tgk.
ReplyDeleteKemain aok. Letok gmbor ummi Hafilda. Tergelok koi tgk.
@LydSunshine
ReplyDeleteowhh..ummi hafilda ke namanya tu?? hihihi