Sungguh menakutkan...selepas berpuluh tahun lamanya boleh pulak puak Sultan Sulu ni nak menuntut Sabah.
Dalam kenyataan mereka - Azzimudie Kiram, pemimpin
penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam
temubual radio dengan InterAksyon.com - portal berita dalam talian
saluran TV Filipina TV5.
"Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bukan rakyat Filipina."
Sementara
itu, Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan, memberitahu stesen radio
dzBB bahawa Azzimudie telah menelefon untuk memberitahu mereka tentang
serangan tersebut.
"Tidak ada apa yang dapat dilakukan tentang itu sekarang," kata Idjirani dalam satu wawancara berasingan dengan AFP.
Beliau mengulangi pengumuman awal Azzimudie bahawa mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.
"Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya.
Tiba-tiba Kesultanan sulu menjadi hot topik di Google. Tak caya...koi baru taip Kesu...dah keluar perkataan kesultanan sulu
Ishhh...jangan pulak lepas ni kerajaan Riau menuntut Johor dari Malaysia kerana asalnya Johor adalah milik Riau semasa zaman Kesultanan Johor-Riau dahulu kala.
Apapun hanya doa yang mampu yang diutuskan buat mereka yang berada di kawasan Lahad Datu dan sewaktu dengannya. Mudah-mudahan tiada lagi pertumpahan darah samaada anggota keselamatan kita mahupun pihak di pihak penyerang. Semoga Allah Taala membukakan pintu hati mereka untuk berundur secara aman. Amin.
2 Comments
dah nampak banyak hasil baru datang nak mintak balik...huhu...
ReplyDeletesemoga keadaan di sabah akan kembali pulih seperti biasa
ReplyDeleteTerima kasih, jap lagi MY approve ya :-)