Bumblebee Time - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, December 27, 2018

Bumblebee Time

Gambar atas ni masa tengok Movie Venom dengan ayah.
Promosi bumblebee dah mula dah masa ni
Memang masing masing dah aim nak tengok BumbleBee gayanya 


Ni pulak tengok hari Isnin lepas. 
Ayah tak ikut sebab ada meeting SAKJ kat Muar. 
memandangkan anak buah suami ada kat rumah
bawak la dia untuk tolong pimpin sorang
Kalau Mama Yan sorang-sorang je..
Agak kelam kabut la sikit.

Mama Yan tengok kat MBO Cinema kat U Mall aje.
Dekat sikit.
Walaupun sound systems kat sini tak segah TGV kat Aeon..
tp dah berbaloi sangat dahhh...
Orang pun tak ramai..

Tercapai la hasrat anak anak nak tengok Bumblebee..
walaupun perjanjian asal lepas sunat nak bawa tengok Polis Evo 2
tapi ramai pula kawan kawan up kat FB
tak sesuai bawak anak anak tengok Polis Evo
so...
Tukar tengok Bumblebee.

Mama Yan tak pernah suka tengok cerita Transformers..
dari kecik sampai sekarang memang tak suka..
Tapi tau la juga Optimus Prime, Autobots dan Decepticon
Selalu dengar anak anak sebut masa diorang main permainan robot diorang

Untuk cerita Bumblebee ni..
Okayla nak bawa anak anak pergi menonton..
takde kissing part yang panas-panas..
Heroin dia pun pakai t shirt dan sleeveless shirt aje..
bukan singlet tali halus tu
Time scene berlari-lari takde la kita kena tutup mata anak-anak drpd melihat sesuatu yang boleh menghilangkan ayat hafazan diorang...

yang belum tengok...
Agak berbaloi la juga bawa anak tengok cerita ni...
Sebab ada la part kasih sayang family...
Ada sedih sikit sikit..
Ada happy..
dan yang penting anak anak happy...
sekali sekala di bawa keluar..

Minggu depan dah naik sekolah..
No more movie time.
ni last utk tahun 2018 ye anak anak...

Hailee Steinfeld memegang watak sebagai Charlie Watson.
Dia la yang jumpa Bumblebee yang menyamar jadi kerete VW Beetle.



1 comment:

  1. anak2 saya pun nak tengok cerita ni tapi tak tahu lah bila dapat pergi tengoknya ni. oklah kalau takde part yang tak enak dilihat tu, takdelah kita pulak segan dengan anak2

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad