Site Visit MPKu Disember 2018 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, December 12, 2018

Site Visit MPKu Disember 2018

Hari ni Mama Yan pergi site visit utk tender projek di MPKu.
Tapi tak pergi site pun...
Duduk dengar taklimat je dekat Dewan Persidangan MPKu.
Sebenarnya memang Taklimat Projek, 
Tapi dah terbiasa sebut Site visit

Taklimat tapak ni syarat wajib tender sekarang. 
Kalau tak datang taklimat, tak boleh beli tender.
Dalam taklimat ni, biasa pihak klien akan bagi tahu syarat syarat tender, 
dan akan bacakan tender isi isi tender sepintas lalu.
Kadang2 kena pergi site juga lepas taklimat. 

Boleh tahan ramai juga yang datang hari ni. 
Maklumla...
Katanya tender sekarang telus.
So ramai la yg nak cuba nasib agaknya.
Dulu2...payah nak cuba cuba aje ni...hahaha

Dah la dewan ni besar....
Kontraktor yang dah tua tua ni....masa staff MPku bagi taklimat...masa tu la diorang dok berngonge ngonge kat telefon masing. Ye faham...
Korang semua bos bos...
Tapi drpd duduk dlm dewan tak dengar taklimat,
Baik duduk luar dewan, 
Cakap kat luar kan tak ganggu orang lain.

Lepas keluar dewan MY terus start kete...
Terus balik.
Tengah fikir fikir nak beli ke tak...
Sebab kerja penyelenggaraan taman.
Harga tender RM250 pulak tu....
Mahal!





No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad