Tuesday, October 1, 2019

Kenduri Kawen Anak Wak Jali

Takde idea nak tulis apa sebenarnya...
Tapi tak rela nak biarkan blog ni bersawang lagi...
Jadi,
Apa apa pun bolehla buat story...

Hari Sabtu lepas,
Wak Jali,
Tukang paip rasmi kami jemput ke majlis sambut menantunya,
Kat Taman Kota Masai.

Nasi minyak dia...
Fuhhh...first class.
Tak sempat nak ambil gambar...
Dah ngap laju laju...

Lepas habis nasi minyak,
Mama Yan bangun ambik laksa penang pula...
Laksa Penang sempat ambil gambar sebab perut dah kenyang sikit,
Kadar pecutan menelan dan berkurangan...
Walaupun perut dah kenyang,
Gigih juga bangun ambil... 
Feveret la katakan...
Dasar gelojoh!
Hahaha



Dalam perjalanan nak pergi tempat parking,
Nampak pulak ada telefon awam,
Tak tahu lah elok lagi ke tak...
Sebab kat sekitar kawasan Skudai tu,
Dah tak nampak dah telefon awam.
Kalau ada pun dalam sekolah aje lah untuk kegunaan murid murid


Zaman Mama Yan kecik kecik dulu...
sekitar 1980 an
Kat kawasan perumahan Mama Yan,
Telefon awam letak kat simpang 3 selalu berbunyi,
Bila angkat,
Nanti dengar la suara pemanggil suruh panggilkan orang tu la...
Orang ni la...
Pakcik tu la...
Makcik ni la...

Kadang kadang kita bebudak ni..tak tahu nama sebenar makcik pakcik kat kawasan tu...
dah la salah panggil jadinya...
Kadang kadang tu...
pemanggil nak bercakap dengan Ani...
Punyalah ramai Ani kat kawasan tu..
Ada Makcik Ani Hasan, Ani Pi'e, Ani Radi, Ani Rashid...
yang hujung tu semua nama suaminya..
Kalau pemanggil bagi nama dengan nama ayahnya..
manalah budak budak ni tahu...
Lucu betul zaman tu...

Lepas tu,
jiran sebelah Mama Yan pasang telefon kat rumah,
Jadi apa apa hal kecemasan,
Memang bagi nombor telefon jiran ajelah.
Kalau Mama Yan balik lambat dari sekolah,
Telefon je makcik sebelah rumah,
Minta tolong sampaikan pesanan.

Sekitar pertengahan 1990 an,
hampir semua rumah dah ada telefon talian tetap,
jadi telefon awam tu dah takde lagi kat situ..
tinggal pondoknya aje...

Sekarang..
Pondoknya pun dah takde..
Pondok zaman dulu kala kan besi...
Dah kena timbang kati dek mat pet agaknya...
hahaha...
Tinggal tiang je...
alhamdulillah,
Tiang tu masih la kukuh di simpang tiga tu...
lagi 10 tahun tiang pun dah takde agaknya..
pakai kabel fiber optic je dah semua...

Skill nak bagi masa bercakap jadi lebih lama. 



Nota kaki : Jauh betul beza zaman kanak kanak kita dulu dengan anak anak sekarang






7 comments:

norhidana said...

tajuk kenduri kawin tapi patut tukar kenangan mengenai telefon awam ni mama yan hehehhe...

nampak kepekatan kuah laksa tuh, mesti sedap

telefon awam punya kenangan tu sama lah, tp teringat masa belajar kt jengka dulu, telefon awam tu mmg penting untuk kita call mak kat kampung, zaman 2000 tu mana lh mampu nk berhp kan. Sanggup simpan duit siling 50sen dek nk call mak kat kampung. memang itu lah penhubung paling berguna masa tu selain surat

AzianKhalil said...

Norhidana>kah kah kah..punyalah takde idea nak menulis...tajuk pun takde kena mengena dengan isi...

Mrs. A said...

Kalau tajuk tak cakap kenduri kahwin memang Mrs. A pun tak tahu yang laksa tu di majlis kenduri kahwin hahaha...

Adeh! cerita pasal public phone ni Mrs. A pun ada kisah masa zaman sekolah duk asrama malam minggu hahahah... siap beratur masing-masing take turn nak guna public phone ni paling geram kalau tunggu orang depan tu yang jenis bergayut lama. Bila tanya dia lama lagi tak pastu dia pun tunjuk syiling dia yang tinggi klcc tu ha! cer bayangkan tu lama ke tak lama.

Sunah Sakura said...

eh eh tukang paip rasmi ek....nanti kalo ada nak cari tukang paip boleh la roger2 kak yan

Nor Azimah Ali said...

Telefon awam ni dah boleh kira barang antik kot, hehe..payah dah nak jumpa. Kalo ada pun ada pondoknya aje.

Sheila Arshad said...

masuk U dulu sempatlaj beratur kat public phone memalam tunggu turn nak call. Kalau siang nanti mahallah pulak

Sha Mohamed said...

Nampak sedap laksa tu.. kuahnya pekat..

Kalau nampak telefon awam ini, memang boleh mengundang kenangan lama.. hehehe

Klik! Klik!

Post Terhangat