Tuesday, October 22, 2019

Majlis Penyerahan Sekolah Agama Ibnu Sina

Alhamdulillah...
Semalam secara rasminya...
Sekolah agama yang kami bina telah diserahkan kepada pemiliknya...
Syukur sangat sangat...
Dah selesai... 
Kerja dah selesai,
Maknanya dah takde kerja la ni...
Kena lah Mama Yan dan suami mengisi tender dengan lebih gigih lagi...hihihi

Majlis petang semalam dihadiri oleh Pejabat Pendidikan Islam Daerah, Maij, Guru besar sekolah, arkitek dan jurutera perunding, unit perancang ekonomi negeri dan guru guru yang bakal berpindah masuk ke dalam sekolah tu...
Ramai juga la yg datang semalam...

Serahan kotak kunci oleh wakil pemaju kepada pihak klien...
Lepas ni kena buat dokumen penyerahan pulak la ye.. 

Semalam Mama Yan order Mi Bandung, kuih karipap, kek pisang dan air teh o panas untuk 30 oarang makan...
Rupa rupanya,
Badan kebajikan sekolah siap buat pot luck bawak macam macam makanan...
Segan lak nak ambil gambar makanan orang...hehehe
Ada bihun goreng, karipap, donut, kuih seri muka, air sejuk dan panas siap set cawan gelas segala.
Mama Yan bawak gelas kertas aje...hahaha..

Sampai dua ketering ,
Memang dah rupa kenduri la semalam.
Makanan penuh.
Nasib baik MY tak order bihun goreng,
Kalau tak, jenuh la habiskan.
Tu pun sebab dah selalu sangat order Bihun goreng,
Sesekali tukar menu la pulak kan...
Dah la hari hujan,
Memang layan la mee bandung panas panas...






Ada cikgu sekolah tu siap minta nombor telefon katering,
Tak puas makan katanya...
Alhamdulillah...
Selain happy dapat serah sekolah,
Happy juga dapat sediakan makanan memuaskan hati dan perut.
Tapi Mama Yan tak sempat rasa...
Sebab takut tak cukup...
Last² betul² tak cukup sebab ramai yang minta nak tapau...

Alhamdulillah sekali lagi.


Nota kaki: Ejaan sebenarnya.. mihun ke, bihun? Ke mi siam? Atau meehoon?

13 comments:

norhidana said...

tahniah mama yan, moga lepas ni dapat tender yang best lagi...

meriah yek siap ada macam2 makanan, terliur nengok mee bandung tuh, compom sedap... mee bandung kat johor mesti sedap...

Kamsiah yusoff said...

Wahhh..semuanya membuka selera..especilally mi tu..

Kamsiah yusoff said...

Salam kenal sis..akak follow sini

Ujie Othman said...

Tahniah Yan!

Terliur akak tengok mee bandung tu tau. Dgn karipap comel tu pun...dua2 favourite!

Akak rasa...utk BM - mee hoon. Bhs pasar - bihun. Bhs joho - mee siam 😄

Sheila Arshad said...

alhamdulillah settle ye.
insyaallah lepas ni adalah dapat tender lain yg lebih masyuk.

karipap tu mcm samosa pulak

Orchid Puteh said...

MUdah-mudahan terus sukses..

Segar biji mata ni nampak mee bandung tu..hehe

Warisan Petani said...

Tahniah
Dah dapat payment penuhlah

abuikhwan said...

Assalamualaikum,
salam kenal blogger, pertama kali singgah di sini. Tahniah, atas usaha yang dilakukan, moga beroleh kejayaan seterusnya

Nor Azimah Ali said...

Wah tengah masyukk la ni, bestnya. Hihi.
Tahniah, moga makin murah rezekinya.
Entah..saya pon konpius nak ejaan yg betulnya, tapi kalo saya nak cepat je..eja mihun asal faham kan.

Sunah Sakura said...

waaa alhamdulillah, tahniah kak yan dan suami!

AzianKhalil said...

dah lepas CPC dah boleh dapat separuh dari wang tahanan. Tapi VO projek ni, belum siap proses lagi...tak tahu apa lagi yang tak kena.

Puan Hazel said...

Alhamdulillah besar jasanya (dan pahala) tu mama yan.

Allah, terliur lah hai mee bandung tu

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. selesai dah kerja ye mama yan..
Semoga ada rezeki yang lebih baik buat mama yan lepas nie.. Aamiin..
Sedap mee bandung tu..

Klik! Klik!

Post Terhangat