Random story

 Hari ni rasa macam kekeringan modal nak menulis. So, tulis la apa apa pun...blog Mama Yan ni bukan ada Nuffnang bukan ada adsense pun... Apa pun tarak, so takde la sayang sangat kalau tak update barang sehari dua. Cuma, kalau dah tercuti lama sangat tu...nak dapatkan semula mood menulis tu...payah kemain. eh...blogger blogger otai mesti teringatkan bagaimana kita bersusah payah mempertahankan status Gliterati kat Nuffnang...hahaha


Gambar atas ni si Aril,
hari hari tertinggal bekal kat dalam kelas. 
semalam dia berjaya bawa balik semua bekal dia yang tertinggal kat dalam kelas.
Ada 5 bekal,
4 daripadanya tupperware original.
nasib baik sekarang rehat dalam kelas je,
so, bekas makanan kalau tertinggal pun dalam kelas aje la...
insyaallah selamat.
Kalau tertinggal kat kantin,
Orang kantin kumpul masuk dalam kotak,
agak agak takde yang tuntut... gone with wind...

Ni sarapan Mama Yan sekarang..
Roti wholemeal + susu.
begitulah ye...
perut lapar, tapi tak boleh sebarangan makan.
Mama Yan baru je baik dari sakit perut dek cerry berry.
dekat seminggu juga...
tapi tak pergi klinik pun,
malas dah nak tambah ubat...
minum je la air suam banyak banyak.

lagipun darah tinggi MY macam tak reti reti nak turun pula..
statik aje kat situ walaupun makan ubat tak missed.
so kena jaga makan lebih sikit lagi la kott


ni kejadian hari Sabtu lepas,
Ikut suami pergi site kat Muar.
Dah lama tak ikut pergi site.
Mula mula pergi site Muar, lepas tu Ulu Tiram, lepas tu tengok orang buat stor kami kat pekan nanas.
Masa on the way balik dari Muar, kami singgah makan.
lepas ambik makanan,
kami duduk dan panggil akak kedai tu suruh kira,
lepas tu dia kata "takpe, makan dulu"
Lepas makan, dia tanya makan apa tadi?
Ulang ulang la dia kira acah acah congak..
lepas tu asyik suruh ulang sebab salah kira..
dok eh eh eh ah...
nasib baik la sebelum MY ngap ada capture gambar.
Tapi letih la kalau tanya ambil pedal ayam berapa ketul, sayur berapa senduk, ikan besar ke kecik?
dah orang suruh kira dulu dia sibuk nak main henpon,
bila time nak kira terkial kial..
alahai makcik...
rotan nak?

Yeyeayyy..
Rumah MY dah masuk UNIFI..
dulu tak masukkan sebab kat sini takde unifi.
Ni bila dah ada...
kita mohon upgrade la dari streamix ke Unifi 100mbps.
Alhamdulillah..laju.
tingkat atas dan bawah dua dua dapat coverage.
Dulu...dalam bilik tak dapat line pun.
Terpaksa guna hotspot henphone kalau nak buat kerja kat komputer.
Dengan adanya internet berkelajuan tinggi dan unlimited ni,,
harap harap semangat berblog akan terus laju, pantas dan tidak terbatas seperti internetnya jugaa...


Ni kejadian hujung minggu lepas lepas...
sebelum MY diserang sakit perut.
Temankan suami tanam pokok pisang kat kebun.
gambar ni masa dah siap tanam tanam dah...
tengah rehat... baru lepas makan sarapan beli kat gerai tepi jalan.
sebelum sebelum tu dia dah tanam ansur ansur..
tinggal sikit ni MY baru ikut...

Suami gali lubang,
Mama Yan masukkan baja akar dan puradan dalam lubang tu,
pastu masukkan benih pisang,
pastu kambus balik lubang, lepas tu letak puradan lagi sesudu keliling nya...
apasal kena letak?
entah..
Suami suruh letak..
Kalau tanya suami,
mesti dia jawab,
supplier benih pisang tu yang ajar..
hahaha

ni katanya dah order lagi benih pisang tanduk pulak..
ya ampunnn...
banyak sangatlah masanya nak tanam pisang bagai ni...
kerja kat site berlambak, kat opis menimbun,
dia bantai nak tanam pisang pulak..
layan...
orang kalau minat bertani...
memang gitulah..
semoga benih pisang berkembang subur jadi pokok dan berbuah nanti.
aminn







14 Comments

  1. Penuh tangan peluk bekas makanan yang tertinggal ya.

    ReplyDelete
  2. Adoii geli hati betul tengok anak mama tu peluk bekas bekal dia penuh tengok sambil muka dia selamba je senyum.

    Eh..sakit hati juga dengan cara kedai makan yang satu tu kan, nak meniaga buatlah cara nak neniaha, mana boleh main kira2 congak macam tu, nnt kalau dia silap kira banyak dia berdosa, kalau dia kira sikit kita amik lauk banyak kang kita pulak berdosa, haishhhh...

    Oh..somi mama pun minat menanam2 juga ek, sama cam suami akk tanah rizab jalan sekangkang monyet kt belakang tu penuh dah dgn mcm2 pokok.

    ReplyDelete
  3. Sy lebih selesa kalau owner kira dulu. Kalau makan berdua takpe lagi, kalau dgn anak-anak jenuh nak ingat lauk apa depa ambik... Lgpun rasa lebih telus kalau tahu harga sebelum makan. Tauke pun takdelah main agak2 je. Kita pula takdelah terlebih/terkurang bayar.

    Seronoknya tanam pisang!

    ReplyDelete
  4. Lain kali akak pun nak buat macam Yan la. Sebelum makan ambik gambar dulu.

    Amboih..dia pakai gambar dia masa kat eropah hari tu ke??

    ReplyDelete
  5. blog kita ada nuffnang ngn adsence tapi takde dapat apa pun, masa buat blog dulu ada kawan tu ajar salah samapi sudah takde dapat apa...
    tapi jenis suka menulis kat blog walupun merapu hehehhe

    nasibla selamat lagi tupperware tu kalau idok... abisla tupperware omaknya

    ReplyDelete
  6. Wah banyak pokok pisang tanam. Tidak habis makan buat kerepek atau beri sedikit pada saudara-mara.
    Internet sudah laju jadi bolehlah rajin tulis pos 2-3 sehari.

    ReplyDelete
  7. saya tertarik dengan menu mamayan, betapa tabah makan oat je. bilalah saya nak setabah itu hehehe

    ReplyDelete
  8. Yan try lah apply adsense Yan boleh gak jana2 income :)

    ReplyDelete
  9. Furadan tu adalah racun makhluk perosak jenis serap.
    Ia akan diserap oleh akar pokok menyebabkan pokok itu resisten terhadap serangan seperti ulat pengorek batang.
    Yang eloknya benih pisang tu direndam dulu bahagian pangkalnya sehari dua dengan larutan racun perosak dan kulat sebelum ditanam.

    ReplyDelete
  10. ooo cerah orangnya...ingatkan berkulit Africa macam dalam FB tu...😝

    ReplyDelete
  11. Blogger je rasa camna rasa dia kalau dah lama tak update blog tu kan.
    Peluk erat erat tupperware tu. hihi
    Seronok tu dapat berkebun. Semoga hasil tanaman semua hidup subur dan berhasil.

    ReplyDelete
  12. haha nasib selamat tupperware tuuu... comel je dia bawak tupperware banyak2

    ReplyDelete
  13. lama jg tu ceriti beriti... syukur bkn food poisoning

    ReplyDelete
  14. Gambar anak mama yan dengan tuppurware tu comel.. hahaha.. Akhirnya berjaya juga dia bawa balik..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...