Sayur pucuk manis tumis pedas

Semalam jalan jalan beli barang sikit sikit kat Maslee dengan anak sulung Mama Yan. Mula mula dah ambil sayur kailan dan beberapa jenis sayur lagi. lepas tu, nampak pucuk manis ni kat rak hujung, letak balik kailan. Ambil sayur pucuk manis ni. Dah lama tak makan sayur ni. Kat Maslee jarang ada sayur kampung ni. Banyak sayur Cameron Highland je. Kalau nak sayur kampung kena pergi pasar malam la kot.

Sambil sambil perhati anak main kat laman, kita siang la sayur kita. Masa ni kepala ligat fikir nak masak apa dengan sayur ni. Selalu MY masak tumis air atau orang Jawa kata masak bening. Takpun masak lemak campur keledek. Siang sayur ni ambik daunnya aje, Ranting ranting nya tu tak payah, keras, Kecuali bahagian pucuknya tu, boleh la patahkan dalam seinci dua.

Masa basuh sayur ni, orang kata kena ramas ramas sikit. barulah rasa manisnya keluar nanti. Ye ke? Entahlah... Ramas ajelah... sebab daunnya dah banyak yang tua tua ni. kot la kalau ramas ramas dia boleh jadi muda balik. eh takk...kot la kalau ramas ramas nanti dia boleh jadi lembut.

So, tadi Mama Yan ambil keputusan nak masak tumis ajelah. Dah jemu berkuah kuah ni. Lebih lebih lagi kuah bersantan. muak rasa. 

Bahan bahan bumbunya:

Bawang merah kecil 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
lada cili 3 tangkai
Lada besar 1 tangkai
Ikan bilis setengah genggam

Tumbuk semua bahan bahan di atas. Kalau nak blend boleh juga, kalau nak hiris boleh juga sebenarnya,
Ikutlah citarasa masing masing. Mama Yan suka tumbuk guna lesung batu, tapi jangan hancur sangat.

Tumis guna sedikit minyak. Agak agak dah naik bau dan dah garing sikit bumbunya... Bolehla masukkan sayur. Oh ya, jangan lupa masukkan garam ataupun bahan penyedap rasa kalau suka. Kalau tak, garam aje dah cukup. Dah ada ikan bilis buat tambah rasa dah

Masukkan sedikit air. Nak bagi bumbu dan sayur sekata... masukkan sedikit air. Kalau nak berkuah sikit, tambahlah air lebih sikit. MY memang nak kering kering sikit lauk hari  ni. 

Bila dah siap, boleh la dihidangkan dalam mangkuk lawa kat rumah masing masing. Mangkuk lawa kami ni berjenama terkenal. Ramai yang guna jenama macam kami guna ni. Tapi Mama Yan tak kisah pun kala sama dengan orang. Tak hadap la nak jadi 'rare' sangat. 

Amacam...terkenal tak jenama mangkuk kami? Korang hader? selain Jenama Fresh & White, rumah Mama Yan juga ada pinggan mangkuk jenama Colgate, Darlie, Puteri Emas, Sunquick, Alicafe dan lain lain lagi. Sejenis yang pergi beli barang pantang nampak iklan "PERCUMA". 



 

15 Comments

  1. Favourite sayur Manis nih. Buat masak lemak dgn udang pun sedap nih 🥰

    ReplyDelete
  2. Bahan perencah yang ditumbuk tu pun dah nampak sedap!

    ReplyDelete
  3. sedapnye masak mcm ni je..kak yan :p

    ReplyDelete
  4. mangkuk kita sama lah mama yan! hahaha

    ReplyDelete
  5. MY tunjuk ni baru teringat lama betul dana tak masak pucuk manis ni atau orang jawa panggil `cekok manis`, dana pun suka masak tumis gini atau masak lemak putih...

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak jumpa sayur pucuk manis ni hampir lupa dulu selalu makan

    ReplyDelete
  7. nak! post sikit yang dah siap masak tu sis :P

    ReplyDelete
  8. Sayur favourite ni. Suka masak tumis pedas pedas sebab rasa dia manis kan. Susah nak jumpa ni. Kalau dapat beli tu memang suka lah.

    ReplyDelete
  9. jenama pinggan mangkuk kita sama la... sejenis pantang nampak benda free juga. cawan gelas pun macam-macam jenama ada.

    ReplyDelete
  10. memang sedap, masak lemak putih letak labu, emm bertambah nasinya

    ReplyDelete
  11. Cekor manis memang sedap di masak tumis kering cenggini.
    Kalau wak , tambahkan tempe potong nipis2.

    ReplyDelete
  12. Owh boleh buat tumis juga sayur ni.. Ingat sesuai buat masa lemak je..😅

    ReplyDelete
  13. dpt mkn dgn ikan kerisi goreng sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  14. uiii rare mangkuk tu sebab kat rumah saya takde..hahahaha

    ReplyDelete
  15. Sedapnya sayur tu.. selalunya lepas ambil daun, batangnya cucuk dalam pasu.. hehehe...
    Mangkuk tu sha pun kumpul.. Sama macam mama yan pantang nampak offer free.. hehehe..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...