Selesai bayar buku sekolah sesi 2024 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, January 6, 2024

Selesai bayar buku sekolah sesi 2024

Minggu lepas sebelum penggal akhir bermula,
Mama Yan dan suami dah selesai membayar yuran dan membeli buku sekolah untuk sesi tahun 2024/25.
Tapi untuk anak nombor 3,4 & 5 aje.
Yang nombor 1,
jualan buku belum dimulakan.
Kisah minggu lepas,
minggu ni baru berjaya tulis.
Sabar ajelah kann..
Lemau sungguh penulis blog aziankhalil dot com ini..


Untuk kali ni,
Mama Yan tak beli tali leher, tak beli lencana dan tak beli tanda nama.
Sebab semuanya masih elok melekat pada baju dan tudung.
Tapi MY beli tambahan baju dan seluar sukan je.
Semuanya dah buruk buruk dan mereput sebab basuh dan keringkan setiap hari.

Sekolah anak ni yuran PIBG nya RM50 sahaja untuk setiap keluarga.
Alhamdulillah.. kategori murah la ni.


Alhamdulillah..
kali ni MY ajak suami MY sekali gi bayar yuran sama sama.
Cikgu lelaki suami yang deal.
Cikgu perempuan MY yang uruskan pembayaran.
Kelas Sarah dengan Ucid cikgu lelaki.
Kelas Aril cikgu perempuan.
tempat belian baju sukan pula cikgu perempuan.
Okay.. fair & square gitu.
Buku-buku tulis untuk kegunaan tahun depan dah sedia..

Minggu depan dah mula UASA atau nama lahirnya Ujian Akademik Semester Akhir.
Berusahalah bersungguh sungguh ye anak anak...
Sesungguhnya hidup ini keras.
Yang lembik dan lemah akan ketinggalan.


 

5 comments:

  1. Alhamdulillah setel satu bab 🤲
    Sekolah anak⁴ belum bermula lagi pembelian buku & pembayaran.
    Good luck anak²!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah settle semuanya. Dah lega...

    ReplyDelete
  3. Dah lama takde anak sekolah
    Giliran cucu2 pula

    ReplyDelete
  4. seronok pulak kalau setel yuran awal2 nie...sek anak Linda belum lagi...rsenya time cuti sek nanti tu,,,yuran PIBG dekat sek anak Linda rm70.. yang sek tadika pun ada yuran PIBG gak..rm50..hahaha...mcm2 lah

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad